Anda di halaman 1dari 2
BAHAGIAN INSTRUKSIONAL DAN PEMBELAJARAN DIGITAL JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Galeria PjH, Aras 4-7, Jalan P4W Persiaran Perdana, Presint 4 62100 W.P, PUTRAJAYA Tel :03-88919000, Ruj. Kami : JPPKK.BIPD.600-1/2/5 (é ) Tarikh : 28 Oktober 2022 PENGARAH POLITEKNIK PENGARAH KOLEJ KOMUNITI YBrs. Dr/Ts./Tuan/Puan, PELEPASAN KEPADA PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI UNTUK PULANG MENGUNDI BAGI PILIHAN RAYA UMUM KE-15 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat dari Jabatan Pendidikan Tinggi bernombor Ruj : JPT(BMH)1000/01/02/035 Jid 2 (17) bertarikh 21 Oktober 2022 seperti yang dilampirkan adalah berkaitan. 2. Sepertimana YBrs. Dr/Ts./tuan/puan sedia maklum, Pilihan Raya Umum Ke-15 telah ditetapkan pada 19 November 2022 (Sabtu). Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kole} Komuniti (JPPKK) bersetuju supaya Politeknik dan Kolej Komuniti memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi dari 17 hingga 21 November 2022 sepertimana yang telah dipersetujui oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. 3. Untuk makluman, pihak JPPKK menetapkan tiada sebarang pindaan terhadap kalendar akademik Politeknik dan Kolej Komuniti yang sedang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun penggantian kelas yang dijadualkan dalam tempoh berkenaan perlu dilaksanakan oleh pihak Politeknik dan Kolej Komuniti. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) bagi pelajar-pelajar yang terlibat perlu dirancang mengikut kesesuaian sama ada secara bersemuka atau dalam talian di sepanjang tempoh sehingga sebelum minggu Peperiksaan Akhir Semester/ Pentaksiran bermula seperti yang ditetapkan dalam kalendar akademik. 4. Perkara ini turut melibatkan pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri (LI) dan Work Based Learning (WBL). Oleh yang demikian, dimohon pihak institusi memaklumkan kepada pihak industri supaya memberi pelepasan dalam tempoh tersebut bagi memudahkan urusan pelajar berkenaan dalam proses pengundian. Segala aktiviti yang dirancang dalam tempoh tersebut boleh diganti mengikut kesesuaian jadual latihan tanpa melibatkan pelanjutan tempoh LI dan WBL pelajar di industri. 5. Kerjasama YBrs. Dr./Ts./tuan/puan untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara ini amat dihargai agar pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dapat menjalankan tanggungjawab pada negara sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ini. Sekian, terima kasih. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, a (MOHD NOOR BIN SHAHUDIN) Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kole] Komuniti 1. KP 2. TKP (Perancangan) 3. TKP (Governan) 4, PK (Kompetensi)

Anda mungkin juga menyukai