Anda di halaman 1dari 4

KAEDAH PENYELIDIKAN I

(GGGB 6013)
___________________________________________________________________
NAMA :
NOOR EFFENDI BIN ISMAIL
MATRIK :
P105257
TUGASAN :
TUGASAN 1
PENSYARAH :
DR. HARUN BIN BAHARUDIN
TAJUK :
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Motivasi Terhadap
Pembelajaran Bahasa Arab
___________________________________________________________________

Pernyataan Masalah PENGENALAN


 Motivasi merupakan satu daya yang boleh mendorong dan
memupuk semangat seseorang itu dalam bidang
pembelajarannya.

MENYATAKAN MASALAH
 Penguasaan dan pencapaian Bahasa Arab masih belum
memuaskan dan mencapai matlamat yang disasarkan.

MENJUSTIFIKASIKAN MASALAH
 Pelajar mempunyai tahap motivasi yang rendah dalam
mempelajari dan mendalami Bahasa Arab.
 Tahap motivasi pelajar yang rendah dikaitkan dengan suasana
pembelajaran Bahasa Arab yang tidak baik kerana ianya tidak
digunakan secara aktif dan di anggap sukar mempelajarinya.

MENGENENGAHKAN JURANG
 Motivasi pelajar kurang memuaskan kerana kurangnya
semangat untuk belajar Bahasa Arab.
 Pengkaji mencadangkan para guru harus menyediakan
pelbagai aktiviti untuk menarik minat pelajar dalam
mempelajari Bahasa Arab.
 Para guru juga boleh mengambil elemen-elemen semasa
proses pembelajaran yang kondusif untuk medapatkan hasil
yang terbaik dikalangan pelajar.

PIHAK YANG MENDAPAT MANFAAT


 Para pelajar, para guru dan pengkaji lain.

Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk melihat apakah faktor-faktor yang
membentuk motivasi pelajar Bahasa Arab.

Objektif Kajian  Mengenalpasti tahap pencapaian pelajar peringkat menengah


rendah di SMKA Naim Lilbanat dalam mata pelajaran Bahasa
Arab
 Mengenalpasti tahap minat pelajar peringkat menengah
rendah di SMKA Naim Lilbanat terhadap mata pelajaran
Bahasa Arab.
 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi
pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat
terhadap mata pelajaran Bahasa Arab.
 Menguji hubungkait tahap motivasi dengan pencapaian
Bahasa Arab bagi pelajar peringkat menengah rendah di
SMKA Naim Lilbanat.

Persoalan Kajian  Adakah pelajar minat untuk mempelajari Bahasa Arab


 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar
terhadap matapelajaran Bahasa Arab
 Adakah terdapat hubungkait tahap motivasi dengan
pencapaian pelajar bagi matapelajaran Bahasa Arab.

Hipotesis Kajian  Faktor motivasi yang tinggi untuk pelajar dapat menjamin
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab berjaya
dilaksanakan dengan jaya dan sebaiknya.
Definisi Operasional  Motivasi ditakrifkan sebagai dorongan untuk mewujudkan
tindakan serta mengekalkan niat bagi mencapai matlamat
Pembolehubah
yang diingini (Ames & Ames, 1989). Ia merupakan satu elemen
Kajian utama yang menentukan sejauhmana penglibatan peribadi, keaktifan,
dan kejayaan dalam menguasai Bahasa kedua (Oxford & Shearin,
1994).
Rujukan  Kajian ini menggunakan 18 rujukan tempatan dan 17 rujukan
antarabangsa.
KAEDAH PENYELIDIKAN I
(GGGB 6013)
___________________________________________________________________
NAMA :
NOOR EFFENDI BIN ISMAIL
MATRIK :
P105257
TUGASAN :
TUGASAN 1
PENSYARAH :
DR. HARUN BIN BAHARUDIN
TAJUK :
KEBERKESANAN PENGAJARAN BAHASA ARAB UNTUK
PEMAHAMAN AYAT AL-QURAN
___________________________________________________________________

Pernyataan Masalah PENGENALAN


 Pengajian Bahasa Arab di Malaysia khususnya menjurus
kepada bidang akademik. Bahasa Arab adalah sumber
kepada pemahaman kepada pengajian agama bagi pelajar
yang mengambil bidang tersebut.

MENYATAKAN MASALAH
 Bahasa arab penting untuk dipelajari bagi memahami isi
kandungan ayat-ayat al-Quran.
MENJUSTIFIKASIKAN MASALAH
 Terdapat lambakan buku Bahasa Arab yang menggunakan
ayat al-Quran sebagai sumber premier dan sekunder dalam
penulisan namun dikhuatiri masih gagal memenuhi kehendak
orang awam di Malaysia dalam pengajian Bahasa Arab untuk
tujuan pemahaman Bahasa Arab al-Quran.
MENGENENGAHKAN JURANG
 Kajian terhadap kedua-dua modul mempunyai
pendekatannya yang tersendiri.
 Modul Bahasa Arab oleh Dr. Nadeah Elias memakan masa
yang panjang untuk membolehkan seseorang peserta dapat
mengaplikasi kemahiran pemahaman ayat al-Quran mereka
jika tidak diaplikasi secara konsisten oleh individu.
 Pengkaji berpendapat teknik yang digunakan dalam Modul Belajar
Bahasa Arab Menggunakan Quran Per Kata boleh disemai daripada
peringkat awal walaupun tanpa melibatkan penggubalan sukatan
pembelajaran dalam pengajian Bahasa Arab secara khusus.

PIHAK YANG MENDAPAT MANFAAT


 Para pelajar, para guru dan pengkaji lain.

Tujuan Kajian  Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan dan


keberkesanan modul yang dibangunkan oleh dua orang
individu iaitu Dr. Nadeah Elias dan Ustaz Nasaruddin Hasim.

Objektif Kajian  Kaedah pengajian Bahasa Arab untuk pemahaman al-Quran.


 Mendedahkan isi kandungan modul Dr. Dr. Nadeah Elias dan
Ustaz Nasaruddin Hasim.
 Keberkesanan kedua-dua modul ini terhadap masyarakat yang tiada
pengetahuan tentang Bahasa Arab.

Persoalan Kajian  Apakah isi kandungan dalam dua modul iaitu Modul Belajar
Bahasa Arab Menggunakan Quran Per Kata dan Modul
Pendidikan Bahasa Arab al Furqaan.
 Adakah kedua-duanya sesuai untuk semua lapisan
masyarakat.

Hipotesis Kajian  Al-Quran dapat membantu masyarakat dengan mempelajari


Bahasa Arab untuk memahami isi kandungannya.
Definisi Operasional  Modul bahasa merupakan susunan ilmu linguistik yang
dirangka dan dirancang secara menyeluruh untuk tujuan
Pembolehubah
pembelajaran dan pengajaran bagi memenuhi objektif-
Kajian objektif tertentu (Richard, 2013). Kajian berkaitan
penggubalan modul bahasa lazimnya akan menghasilkan
pelbagai teori berkaitan pemurnian sukatan pelajaran,
objektif pembelajaran, prosedur pengajaran dan kaedah
penyampaian.

Rujukan  Kajian ini menggunakan 13 rujukan tempatan dan 5 rujukan


antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai