Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK SERI PINANG TAHUN 2010/1431H

1. RASIONAL Tanggal 12 Rabiul Awal merupakan tarikh istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Pada tarikh tersebut jugalah Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan dengan membawa khabar berita dan rahmat Allah SWT ke seluruh alam. Kelahiran beliau di tengah-tengah kegawatan masyarakat Arab Jahiliah ketika itu membawa perubahan besar yang tidak ternilai bukan sahaja kepada masyarakat setempat bahkan terhadap seluruh peradaban manusia. Kelahiran beliau merupakan petanda berakhirnya zaman kegelapan dan kekufuran masyarakat Jahiliah ketika itu serta bermulanya tradisi kecemerlangan dan pencerahan masyarakat di seluruh dunia sehingga ke hari ini. Seperti kelaziman umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Keputeraan Rasulullah SAW pada tanggal 12 Rabiul Awal setiap tahun. Serentak dengan itu, Panitia Agama Islam SK Seri Pinang telah merangka satu aktiviti khas sempena sambutan Hari Maulidur Rasul ini. Rasionalnya ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kita kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan.

2. OBJEKTIF 2.1 2.2 2.3 2.4 Mengetahui sirah kehidupan, perjalanan dan perjuangan Rasulullah dalam menyebarkan agama Islam. Menanam rasa kasih dan sayang terhadap Rasulullah seterusnya menguatkan keimanan kita terhadap baginda. Mencontohi akhlak Islamiah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan menjadikan beliau sebagai ikutan terbaik dalam kehidupan seharian. Mewujudkan kesedaran di kalangan warga SKSP tentang nikmat Islam dan Iman yang telah diajar oleh Rasulullah.

3. SASARAN Seluruh warga SK Seri Pinang. 4. CADANGAN AKTIVITI 4.1 Pertandingan Nasyid 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.2 Tarikh : 9 Mac 2011 Penyertaan : 7 kumpulan ( 4 kumpulan perempuan, 3 kumpulan lelaki ) Setiap kumpulan akan mempersembahkan 2 buah lagu masing-masing.

Ceramah Maulidur Rasul 4.2.1 4.2.2 Tarikh : Murid yang terlibat : Pra Sekolah, Tahun 1 6.

5. AJK INDUK Penasihat : Tn Hj Mat Lazim bin Idris ( Pegawai Pelajaran Daerah Kerian ) : En Mohamad Salji bin Yunus ( Guru Besar SK Seri Pinang ) : Tn Hj Md Salleh bin Saad ( PK Pentadbiran ) : Pn Hjh Seniah bt Yob ( PK HEM ) : Pn Fahimah bt Mokhtar ( PK Ko-Kurikulum ) : Pn Rosmawati Bt Che Rashid ( Guru j-QAF ) : En Sedek bin Samsun ( Guru Agama ) : Pn Nur Zakiah bt Ismail ( Guru j-QAF )

Pengerusi

Naib Pengerusi

Naib Pengerusi 1

Naib Pengerusi 2

Setiausaha

Pen. Setiausaha

Bendahari

6. AJK PELAKSANA AJK Pertandingan ( Hakim Nasyid ) : Pn Nooraina bt Abdullah : Pn Siti Normala bt Adris : Pn Norhasikin bt Kariman : En Zainuddin bin Mokhtar : En Azizi bin Mumamad : En Sedek bin Shamsun : En Mohamad bin Yaakob : En Mohd Ali Hanafiah bin Hamzah : En Kamarul Zaman bin Shaari : Pn Nur Zakiah bt Ismail : Pn Hjh Fauziah bt Yaacob : Pn Rosmawati bt Che Rashid : Pn Zuliana bt Mustapa Al Bakri : En Abd. Rahim bin Abu Hassan : Pn Siti Johannes bt Md Japilus : Pn Yuzida bt Yusoff : Pn Ismaniza bt Che Ismail : Pn Nazira bt Shaari : Pn Che Yah bt Hasan : Pn Rosnah bt Suhairi : Pn Zahurin bt Mohamed @ Awang : Pn Fauziah bt Yaakob

AJK Siaraya

AJK Persiapan Dewan

AJK Hadiah

AJK Brosur

AJK Disiplin & Kawalan Murid

Jurugambar & Laporan

Pengurus Peserta

Juruacara

7. SUMBER KEWANGAN Wang SUWA 8. ANGGARAN PERBELANJAAN Makan dan minum murid : RM 1 x 211 orang = RM 211

9. TENTATIF PROGRAM ( PERTANDINGAN NASYID ) 10.30 : Berkumpul di dewan - Ucapan Pengerusi Majlis - Ucapan Guru Besar - Pertandingan Nasyid - Penyampaian Hadiah : Majlis Bersurai

1.00 10. PENUTUP

Dengan adanya aktiviti seperti ini, di harap kita semua dapat menghayati sambutan Maulidur Rasul dengan menanam iltizam untuk memperbaiki pencapaian diri, bangsa dan seterusnya agama kita. Semoga hubungan kekeluargaan dan persaudaraan dapat dikukuhkan bukan sahaja di kalangan warga SKSP tetapi juga dengan umat Islam seluruhnya. Akhir kalam, bersamalah kita mengingati bagaimana perjuangan Rasulullah SAW menumpaskan kezaliman dan ketidakadilan pada zaman Jahiliah dengan menggunakan wadah keluhuran akhlak dan ketajaman akal baginda sendiri. Semoga kita berupaya mengikut jejak langkah baginda, Insya Allah .

Di sediakan oleh,

Disahkan oleh,

.. ( PN ROSMAWATI BT CHE RASHID ) Setiausaha, Sambutan Maulidur Rasul, SKSP 2011.

( EN MOHAMAD SALJI BIN YUNUS) Guru Besar, SKSP 2011.

Anda mungkin juga menyukai