Anda di halaman 1dari 4

Isu semasa berkenaan ajaran sesat

Ajaran sesat selalunya lahir dari pelbagai ajaran atau gerakan yang baru direka oleh seorang
guru atau penganjur ajaran sesat yang menggunakan pelbagai nama.

Sebagai contoh ajaran yang terkini di Malaysia ialah Perjalanan Mimpi Yang Terakhir
(PMYT). Ajaran ini telah ditubuhkan pada tahun 2021 dan diketuai oleh seorang wanita yang
digelar Sittah Annur. Dia turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir telah diturunkan kepada
dirinya untuk dijadikan sebagai panduan kepada umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti
atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran tersebut boleh dicabut nyawa oleh Allah
SWT. Wanita tersebut menggunakan media sosial seperti Facebook, YouTube dan Telegram
untuk menyebarkan pelbagai dakwaan dan ramalan pelik kononnya Perang Dunia Ketiga
berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahadi bagi
melawan musuh. Bukan itu sahaja, Sittah Annur turut mendakwa dirinya beryaqazah dengan
malaikat dan bertemu secara jaga (sedar) dengan Nabi Muhammad SAW dan merangka pelan
keluar bersama pengikutnya jika peperangan berlaku.

Susulan pendedahan itu juga, Mufti negeri, pihak berkuasa agama, Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengarahkan PDRM untuk mengambil tindakan mengikut
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kepada mana-mana
individu yang cuba menimbulkan kegusaran, menakut-nakutkan dan mengganggu
ketenteraman awam termasuk kepada kumpulan PMYT. Pasukan polis telah melakukan
serbuan terhadap Sittah Annur di rumahnya dan dia telah disiasat mengikut Seksyen 298A
Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau
permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan
harmoni atau perpaduan, atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998. Selepas 26 hari dalam tahanan dia telah mengumumkan pengisytiharan
taubat (Istitabah). Sittah atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar dijangka akan membaca teks
Istitabah dan menandatangani dokumen perakuan taubat yang akan disaksikan empat saksi
utama. Menurut sumber, selepas dokumen perakuan taubat dilakukan, waran tangkap
terhadapnya juga terbatal.(Berita metro, September 2021)

Selain dari ajaran dia atas, terdapat juga ajaran yang diasaskan oleh seorang lelaki
bernama Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminnullah Ahmad. Ajaran tersebut
digelar Hadi Minallah yang berasal dari negara jiran iaitu Indonesia. Ajaran ini telah
diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia melalui satu rakaman video yang telah dimuat turun
ke media sosial yang mana video tersebut memaparkan tindakan beberapa wanita berniqab
memeluk dan mencium tangan seorang lelaki dipercayai pengasas ajaran tersebut dalam satu
majlis di Langkawi pada bulan Jun yang lepas. Ajaran ini aktif menyebarkan dakyah sesat
mereka melalui YouTube yang dinamakan Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah. Pengasasnya
berkata dia mengaku tiada agama dan menyebarkan fahaman makrifat sesat, Nur Muhammad
serta pluralisme agama yang dakwanya Tuhan tidak melihat kepada agama selain turut
menolak hadis.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk
Shaary berkata setakat ini langkah pencegahan awal telah diambil oleh pihak berwajib bagi
mengekang penyebaran ajaran baharu itu. Tindakan pemantauan turut dilakukan terhadap
mana-mana ajaran lain yang membawa kepada kesalahan dari sudut agama. Walaupun belum
didedahkan lagi, tetapi kita masih ada kemudahan untuk memantau dan sentiasa mendapatkan
maklumat, yang timbul (ajaran) itu apabila sudah sampai masanya.(The Professor, 2022)

Kerajaan Malaysia sangat menitikberatkan dalam soal keagamaan, setiap ajaran yang tiada
dalam unsur ahli sunnah wal Jamaah mereka akan menahan dan membanteras ajaran tersebut
supaya ajaran itu tidak digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu negara kita masih
berpegang dengan ajaran ahli sunnah wal Jamaah, tetapi kita mungkin akan lebih resah jika
kita membiarkan kerajaan bukan Islam memerintah kerana mereka mungkin tidak akan
mempeduli tentang agama walhal mereka akan menyokong tindakan seperti tersebut. Seperti
sedia maklum, negara kita pernah diperintah oleh kerajaan yang bukan Islam, mereka pernah
menyokong akan perkara yang berlawanan dengan konsep Islam iaitu Islam liberal. Oleh
kerana itu, ajaran sesat ini boleh dihindari dalam sesebuah negara jika mereka mempunyai
kerajaan yang berpegang teguh dengan al Quran dan sunnah. Perkara ini dapat dikaitkan
dengan firman Allah dalam surah az-Zummar ayat 41 bermaksud:

“Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad), kitab suci al-
Quran yang menyatakan segala kebenaran (bagi menjadi panduan hidup) kepada umat
manusia seluruhnya. Oleh itu, sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beramal
menurutnya), maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat
(tidak berpandukan kepadanya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya
sendiri; dan engkau (wahai Muhammad hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang
menguasai (keadaan dan bawaan) mereka”.

Anda mungkin juga menyukai