Anda di halaman 1dari 17

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2019

JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

“RANCANGAN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN HARIAN


(RPH TRANSFORMASI)”

MUHAMMAD RAFIQ BIN RAZALI


SK SENTUL UTAMA
KATEGORI PERTANDINGAN
INDIVIDU

TAJUK INOVASI
“RANCANGAN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN HARIAN (RPH)
TRANSFORMASI”

SINOPSIS INOVASI
Rancangan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Harian (RPH) Transformasi ialah
merupakan inovasi dalam perancangan pengajaran guru ke arah pengajaran berpusatkan
murid dan menerapkan elemen pembelajaran abad ke 21 (PAK 21). Selari dengan program
transformasi sekolah yang dijalankan oleh SK Sentul Utama, maka inovasi penulisan RPH
ini dicipta. Pengenalan Rancangan Pengajaran dan Pemudahcaraan (RPH Transformasi)
secara ‘drop-down list’ dalam ‘Microsoft Office Word’ telah membuka dimensi baharu
pengajaran di SK Sentul Utama (SKSU). RPH Transformasi adalah transformasi penulisan
RPH yang lebih seragam tanpa meminggirkan elemen-elemen PAK 21 sekaligus selari
dengan Pelan Pembangungan Pendidikan Malaysia 2013-2025. RPH Transformasi
menfokuskan kepada tiga ciri utama iaitu mudah, tepat dan tersusun. Guru-guru SKSU lebih
mudah untuk merancang PdPc menggunakan RPH Transformasi’
kerana ia mempunyai pilihan-pilihan yang membolehkan guru memilih daripada senarai
(dropdown menu) atau menanda pada pilihan. Ia juga mudah diakses oleh guru dan pihak
berkenaan memandangkan ia dalam bentuk ‘softcopy’ dan guru boleh menyimpan di dalam
‘Google Drive’ yang memudahkan guru untuk mengaksesnya menggunakan telefon pintar di
mana-mana sahaja. Selain daripada itu, RPH Transformasi juga tepat dari sudut elemen-
elemen dalam pengajaran masa kini. Selain elemen-elemen penting dalam RPH seperti
tajuk, standard kandungan dan standard pembelajaran, RPH Transformasi ini memuatkan
juga elemen aspirasi murid, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), pentaksiran dan
pembelajaran kooperatif. RPH Transformasi juga melatih guru untuk merancang PdPc
secara tersusun iaitu bermula dari objektif pembelajaran sehingga kepada refleksi.

OBJEKTIF INOVASI
1. Memudahkan guru-guru merancang PdPc dalam aspek penulisan perancangan
pengajaran yang lebih mudah dan tersusun.
2. Membantu guru merancang PdPc bertepatan dengan elemen-elemen PAK 21 yang
menjurus kepada kemenjadian murid.
3. Meningkatkan kualiti guru dalam pelaksanaan pengajaran berkesan dan cemerlang.
4. Menghasilkan murid yang berkualiti melalui perancangan yang berkualiti.

1
KUMPULAN SASARAN
Guru-guru yang mengajar di sekolah.

LATAR BELAKANG
Penghasilan inovasi RPH Transformasi bermula dengan pengumpulan maklumat-
maklumat berkaitan PAK 21 yang menjadi tunjang kepada inovasi ini. Pereka inovasi
menyenaraikan elemen-elemen yang penting untuk merancang PdPc yang berkesan dan
selari dengan PAK 21 antaranya aspirasi murid, elemen KBAT, jenis pentaksiran dan
pembelajaran kooperatif. Kemudian, tab ‘developer’ diaktifkan di dalam ‘Microsoft Office
Word’ di mana terdapatnya fungsi ‘drop-down list’ dalam tab ‘developer’ ini. Kesemua
maklumat-maklumat yang sesuai dimasukkan ke dalam ‘drop-down list’ satu persatu
sehingga selesai. Contoh ‘drop-down list’ yang telah dimasukkan maklumat adalah seperti
Rajah 1 dibawah:

Rajah 1: ‘Drop-down list’ EMK

Pemilihan ‘drop-down list’ dalam Microsoft Office Word adalah ‘drop-down list’ yang dikenali
sebagai ‘Combo Box Control Centre’ yang membolehkan guru menaip maklumat sendiri
sekiranya maklumat yang diingini tiada dalam senarai. Penggunaan ‘drop-down list’ ini
merupakan transformasi penulisan RPH yang lebih mudah, cepat dan tepat kepada para
guru. Penulisan RPH guru menjadi mudah apabila bukan semua maklumat guru perlu
menaip tetapi hanya perlu memilih dalam senarai yang telah tersedia. Berikut merupakan
pembahagian bahagian yang guru perlu guru menaip sendiri dan bahagian yang hanya
perlu dipilih daripada senarai ‘drop-down list’.

2
(a) Guru perlu menaip sendiri
1. Tema
2. Tajuk
3. Kod Standard Kandungan
4. Kod Standard Pembelajaran
5. Objektif Pembelajaran
6. Kriteria Kejayaan
7. Konsep
8. Rangka Pengajaran (Pemula, Aktiviti Utama, Penutup)
9. Tindakan Susulan Murid (Pemulihan, Pengukuhan, Pengayaan)
10. Impak
11. Refleksi
(b) Guru hanya perlu memilih daripada ‘drop-down list’:
1. Mata Pelajaran
2. Kelas
3. Tarikh
4. Masa mula dan tamat
5. Tempoh
6. Hari
7. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
8. Nilai Murni
9. Aspirasi Murid
10. Bahan Bantu Belajar (BBM)
11. Pembelajaran Kooperatif
12. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
13. Pentaksiran
Selain memudahkan penulisan RPH, guru juga akan menghasilkan satu RPH yang lengkap
dengan elemen-elemen penting untuk PdPc.

ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI


Isu yang perlu dipertimbangkan dalam inpvasi ini ialah antaranya amalan atau
praktis di sekolah. Inovasi ini akan menjadi kesukaran kepada guru apabila pihak sekolah
mengkehendakkan guru untuk mencetak RPH dan dimasukkan ke dalam fail. Isu
penggunaan kertas akan timbul kerana bentuk RPH ini ialah satu RPH untuk satu muka
surat. Walaubagaimanapun, isu ini boleh ditangani sekiranya cetakan dibuat dengan dua
muka surat pada satu kertas atau dikecilkan menjadi dua RPH di dalam satu muka surat.
Pihak sekolah juga boleh menjadikan RPH ini dalam bentuk e-RPH di mana guru tidak perlu
mencetak RPH mereka sebaliknya memuat naik RPH ke dalam platform maya seperti
‘Google Drive’. Semakan oleh pentadbir juga dilakukan dengan menyemak ‘Google Drive’
berkenaan. Ini akan menjimatkan penggunaan kertas selain memudahkan sesiapa sahaja
yang berkeperluan untuk melihat RPH guru dengan hanya perlu mengakses ‘Google Drive’
berkenaan sahaja.

3
Isu yang kedua ialah kekhuatiran kesilapan maklumat dalam penulisan RPH atau
penduaan maklumat dalam RPH yang berbeza. Ini berlaku apabila amalan guru yang
menyalin (copy) dan menampal (paste) dengan tidak teliti. Kecuaian ini akan menimbulkan
masalah dalam penulisan RPH guru. Masalah ini boleh diatasi dengan guru-guru yang
menyalin dan menampal RPH yang lebih kurang sama maklumatnya membuat semakan
beberapa kali sebelum menghantar RPH.
Isu seterusnya ialah dari sudut penggunaan RPH ini iaitu dikhuatiri guru yang
mengggunakannya secara tidak sengaja terpadam ‘drop-down list’ yang telah dibina. Oleh
yang demikian, penting untuk pengguna mempunyai salinan fail asal atau ‘mastercopy’ dan
sentiasa menduakan (duplicate) setiap kali mahu menggunakannya untuk membuat RPH

HURAIAN INOVASI
Inovasi RPH Transformasi ini menggunakan aplikasi ‘Microsoft Office Word’ yang
mengaktifkan tab ‘developer’ dalam aplikasi ini. Kebiasaannya, tab ‘developer’ dalam
aplikasi ini disembunyikan (hide). Tab ‘developer’ inilah yang mempunyai fungsi untuk
membina ‘drop-down list’ yang memudahkan pengguna menyenaraikan maklumat yang
banyak dengan hanya memilih sahaja maklumat yang diingini. Penggunaan RPH
Transformasi ini sangat mudah di mana pengguna hanya memerlukan aplikasi ‘Microsoft
Office Word’ bermula daripada 97 hingga terkini. Kemudian, pengguna perlu mempunyai
Fail RPH TRANSFORMASI ini untuk menggunakan fungsi ‘drop-down list’ dalam RPH.
Pengguna hanya perlu menaip RPH seperti biasa cuma dimudahkan dengan terdapat
beberapa elemen pengguna hanya perlu memilih daripada senarai yang ada tanpa perlu
menaip. Elemen yang boleh dipilih adalah seperti Rajah di bawah:

Rajah 2: Pilihan mata pelajaran

4
Rajah 3: Pilihan Kelas

Rajah 4: Pilihan Masa Mula dan Masa Tamat PdPc

5
Rajah 5: Pilihan Tarikh

Rajah 6: Pilihan Hari

6
Rajah 7: Pilihan Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Rajah 8: Pilihan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

7
Rajah 9: Pilihan Pembelajaran Kooperatif

Rajah 10: Pilihan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

8
Rajah 11: Pilihan Pentaksiran

Rajah 12: Pilihan Refleksi

‘ONE STOP CENTRE’ PERANCANGAN PdPc PAK 21

9
Pengenalan RPH Transformasi juga bertujuan untuk membantu guru merancang
PdPc yang berteraskan PAK 21 yang menjadi tuntutan pendidikan kini. Ini adalah kerana di
dalam RPH Transformasi terdapat fungsi di mana guru-guru boleh merujuk senarai aktiviti-
aktiviti PAK 21 atau pembelajaran kooperatif tanpa perlu bersusah-payah melayari Internet
untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti PAK 21.

Rajah 13: Rujukan Aktiviti Kooperatif

PENGURUSAN RPH TRANSFORMASI


Pengurusan RPH Transformasi perlu tersusun dan sistematik agar objektif inovasi ini
dapat dijayakan. RPH Transformasi yang sudah ditaip perlu dimasukkan ke dalam Google
Drive khas untuk disimpan dan disemak oleh pihak-pihak berkeperluan. Ini adalah juga
untuk memudahkan guru untuk mengakses RPH mereka tanpa mengira masa dan tempat
kerana ia disimpan di dalam ‘cloud’.

Google Drive
RPH Transformasi

10
RPH Transformasi ini juga dicipta dalam tiga versi iaitu versi Bahasa Melayu (BM),
versi Bahasa Inggeris (BI) dan versi Jawi.

Rajah 13: RPH Transformasi versi BM

11
Rajah 14: RPH Transformasi versi Jawi

12
Rajah 15: RPH Transformasi versi BI

KOS INOVASI
Kos untuk membina inovasi ini ialah tiada. Di mana pengguna hanya perlu
mempunyai ‘Mirosoft Office Word’ dan fail RPH Transformasi.

13
KEBERKESANAN INOVASI
Satu kajian rintis untuk menguji keberkesanan RPH Transformasi telah dijalankan
kepada guru SK Sentul Utama. Berikut merupakan kerangka kajian rintis yang dijalankan:

Konstruk kajian yang dipilih ialah tahap keberkesanan RPH Transformasi, tahap
pengetahuan pembelajaran abad ke 21 guru dan tahap aplikasi pembelajaran abad ke 21
guru. Keberkesanaan RPH Transformasi telah dinilai dengan menjalankan soal selidik
kepada para guru di SK Sentul Utama. Analisis soal selidik suara guru keberkesanan RPH
Transformasi menunjukkan 43.4 % guru bersetuju penulisan RPH lebih mudah, sistematik
dan cepat. Rajah 16 menunjukkan peratus keberkesanan RPH Transformasi.

TAHAP KEBERKESANAN RPH TRANSFORMASI


44.3 %
45.0 33.9 %
40.0
35.0
30.0
PERATUS %

25.0
20.0
13.9 %
15.0 7.1 %
10.0 0.7 %
5.0
0.0
SANGAT TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SANGAT
TIDAK SETUJU SETUJU SETUJU

14
Rajah 16: Peratus Keberkesanan RPH Transformasi
Manakala analisis suara guru berkenaan tahap pengetahuan dan aplikasi
pembelajaran abad ke 21, menunjukkan 50 % guru bersetuju pengetahuan tentang PAK 21
lebih baik dan 50.3% guru bersetuju aplikasI PAK 21 lebih baik selepas implementasi RPH
Transformasi.

60
52 %

50

40
PERTAUS %

27 %
30

15 %
20
6%
10
0
0
SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU
SETUJU
TAHAP PENGETAHUAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Rajah 17: Tahap Pengetahuan PAK 21

60.0
50.3 %
50.0

40.0 34.0 %
PERATUS %

30.0

20.0 12.3 %

10.0 3.2 %
0.3 %

0.0
SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SANGAT
SETUJU SETUJU SETUJU
TAHAP APLIKASI PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Rajah 18: Tahap Aplikasi PAK 21

Secara kesimpulannya, para guru SK Sentul Utama bersetuju bahawa penggunaan


RPH Transformasi ini memberi banyak kemudahan selain membantu mereka menulis RPH
dengan lebih sistematik dan cepat. Penggunaan RPH Transformasi juga membantu guru-
guru SK Sentul Utama untuk mengamalkan pengajaran berdasarkan elemen-elemen PAK

15
21 dan PdPc berkesan. Kesan jangka masa panjang bagi inovasi ini ialah akan terhasil
guru-guru yang pakar merancang PdPc yang berkualiti seterusnya menghasilkan
pengajaran yang cemerlang.
Pendidikan kini menuntut para guru untuk menjadi pendidik yang berkualiti dan
bertaraf global. Elemen-elemen yang diperkenalkan oleh KPM seperti PAK 21 adalah antara
langkah-langkah ke arah merealisasikan hasrat pendidikan tersebut. Dalam usaha
menghasilkan guru yang berkualiti, perancangan guru perlu terlebih dahulu berkualiti.
Kebuntuan dan kesukaran guru untuk merancang pengajaran dalam RPH agar kesemua
elemen-elemen yang diingini oleh pendidikan kini diterapkan dalam RPH guru telah
dipermudahkan dengan RPH Transformasi ini. Selain daripada itu, inovasi RPH
Transformasi ini juga menuntut guru untuk menjadi seorang yang bijak dan kreatif dalam
merancang PdPc. RPH Transformasi menjadi salah satu ‘one stop centre’ kepada guru
untuk merancang pembelajaran berteraskan PAK 21. Oleh yang demikian, potensi untuk
inovasi ini disebarluaskan adalah sangat tinggi dan diperlukan oleh para guru yang ingin
merancang RPH dengan cepat, tepat dan tersusun.

16

Anda mungkin juga menyukai