Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KELAS /
MATA PELAJARAN MATEMATIK ( PEMULIHAN)
BIL MURID
TARIKH / HARI /
24/6/2022 JUMAAT 14 MASA
MINGGU
KEMAHIRAN
Kemahiran 3 : Nombor bulat hingga 10
PEMULIHAN

KONSTRUK LINUS Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

STANDARD 10. Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang.
KANDUNGAN

Pada akhir PdPc, murid berupaya:


1. Mengenal serta menyebut lebih atau kurang daripada nombor terpilih menggunakan bahan maujud
seperti gula - gula, guli dan batang aiskrim.
OBJEKTIF 2. Mengetahui lebih atau kurang daripada nombor dalam lingkungan 0 hingga 10 berdasarkan
PEMBELAJARAN
permainan bola beracun.
3. Menjawab sekurang-kurangnya 10 daripada 12 soalan yang diberikan dalam bentuk lembaran kerja
dengan betul.

AKTIVITI Pemula
PEMBELAJARAN
DAN
1. Guru mengucapkan selamat pagi dan bersalam dengan murid.
PEMUDAHCARAAN
2. Guru menyediakan 4 sampul surat ‘ Mr. Bean’ sambil memasang lagu bertemakan ‘ Mr. Bean’.
(PdPc)
3. Murid - murid diminta untuk memakai topeng Mr. Bean yang diberi.
4. Murid-murid cuba mencari 4 sampul surat yang dimaksudkan tadi di sekitar kawasan kelas setelah wisel
dibunyikan.
5. Murid yang berjaya mencari sampul surat diarahkan mengeluarkan gambar daripada sampul.
6. Murid-murid lain mengira bilangan objek yang terdapat dalam gambar tersebut
7. Guru bertanya beberapa soalan secara lanjut berkaitan dengan gambar. Misalnya :
a) Apakah nombor yang datang selepas nombor tujuh? Mana nombor yang lebih dan mana yang
kurang ?
b) Apakah nombor yang berada tengah antara nombor tiga dengan lima ? Mana nombor yang lebih dan
mana yang kurang ?
c) Eja, tulis dalam bentuk perkataan nombor yang datang sebelum nombor sepuluh.
8. Murid menjawab soalan guru secara lisan.
9. Berdasarkan jawapan murid, guru memulakan topik pengajaran yang baharu.

Utama
INTERAKSI MENGGUNAKAN BAHAN MAUJUD
1. Guru menyediakan bahan konkrit seperti gula-gula, guli dan batang aiskrim.
2. Guru meminta murid untuk duduk secara berpasangan.
3. Guru mengedarkan gula-gula secukupnya kepada setiap pasangan.
4. Murid pertama diarahkan untuk menunjukkan tiga biji gula-gula manakala murid yang kedua
mempamerkan empat biji gula-gula.
5. Guru mengutarakan beberapa persoalan bagi menguji kefahaman murid.
Cadangan komunikasi :
a) Yang mana lebih, tiga biji gula-gula ataupun empat biji gula-gula?
b) Bagaimana kamu tahu?
• Melalui padanan satu-satu akan ada sebiji gula-gula yang tidak mempunyai pasangannya.
c) Tadi gula-gula itu ada lebih berapa?
Jangkaan jawapan :
Empat adalah lebih satu daripada tiga.
6. Ulangi langkah 3 hingga 5 menggunakan bahan maujud yang lain seperti yang disenaraikan.
7. Guru memaparkan slaid persembahan powerpoint yang disediakan untuk tatapan murid.
8. Murid diajar konsep lebih dan kurang melalui gambar.
9. Guru bertanya kepada murid sekiranya ada keraguan.

PERMAINAN BOLA BERACUN


1. Guru mengarahkan murid-murid untuk duduk secara berpasangan menghadap depan.
2. Guru memberi bola plastik kepada salah seorang murid.
3. Apabila muzik dipasang, murid dikehendaki menghantarkan bola antara satu sama lain.
4. Bila muzik dihentikan, murid yang memegang bola perlu memilih dua kad gambar daripada guru.
5. Murid mengira bilangan objek dalam kad gambar berkenaan.
6. Murid diminta untuk menulis yang gambar lebih dan kurang.
7. Di bawahnya , dia menuliskan bentuk nombornya.
8. Murid dibimbing tentang cara sebutan lebih dan kurang berdasarkan aktiviti tadi.
9. Langkah tiga hingga sembilan diulang sehingga mencapai kad gambar 10.
10. Guru menyemak hasil kerja murid dari semasa ke semasa dan membantu mereka yang kurang
mahir.

LEMBARAN KERJA DAN GALLERY WALK


1. Setiap murid menerima dan memjawab lembaran kerja secara individu.
2. Guru menjalankan gallery walk untuk melihat dan menyemak jawapan mereka.
3. Murid yang menghadapi masalah diberi bimbingan.
4. Murid yang dapat menyiapkan semua soalan dengan baik diberikan pujian.
5. Guru mengedarkan Modul LINUS kepada para murid untuk membuat latihan tambahan.
6. Murid-murid menyemak jawapan dengan guru setelah menyelesaikan soalan-soalan tersebut.
Penutup
1. Guru menyimpulkan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dengan bertanya semula kepada
murid apa yang telah mereka pelajari.
2. Guru membuka perisian powerpoint interaktif bertemakan sarkas.
3. Murid dikehendaki memilih salah satu watak untuk mendapatkan soalan mereka.
4. Murid akan cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan yang diberi dengan betul.
5. Langkah diulang sehingga semua orang murid diuji.
6. Guru merumuskan pengajaran pada hari tersebut.

BAHAN BANTU lembaran kerja, modul linus, ELEMEN


BELAJAR (BBB) MERENTAS
batang aiskrim, guli, gula-gula,
KURIKULUM (EMK)
slaid persembahan powerpoint, Kinestatik/ pergerakan

bola beracun, kad gambar,


sampul surat ‘ Mr. Bean’, topeng
Mr Bean.

NILAI: Kerajinan,
berdikari
 GALLERY WALK PENGISIAN
KBAT
 TRAFFIC LIGHT KURIKULUM
KAEDAH / TEKNIK:
Penilaian

REFLEKSI / IMPAK
____/____ murid mencapai objektif P&P ditangguhkan kerana:
____/____ murid belum mencapai objektif ¨ Mesyuarat / Kursus
¨ Program Sekolah
________________________________________________________________________ ¨ Guru Pengiring
________________________________________________________________________ ¨ Aktiviti Luar
Tindakan susulan untuk mengatasi masalah murid :- ¨ Cuti Rehat / Cuti Sakit
¨ Cuti Peristiwa / Cuti Am
____________________________________________________________________________ ¨ Cuti Bencana / Cuti Khas

Anda mungkin juga menyukai