Anda di halaman 1dari 28

JAUNDIS & KEKURANGAN G6PD

DISEDIAKAN OLEH NSM JAIMA HAPIDO KUMP 1/2011 KSKB SG. BULOH

Apa itu jaundis? Jaundis adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi berwarna kekuningan. Keadaan ini disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah bayi.

Apa itu bilirubin? Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis. Jenis-jenis jaundis pada bayi dan penyebabnya?

1. Fisiologi jaundis Merupakan jaundis yang paling sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh

pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang. 2. Patologi jaundis Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh

pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat: y Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah 'O'). y G6PD defisiensi pada bayi

y Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital. Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan? Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan

kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh: y Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak

membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional. y Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus (najis akan berwarna putih) y Kekurangan hormon tiroid y Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?

Bayi anda mungkin sihat jika : Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk. Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.

Bayi anda sihat dan aktif.

Tanda-tanda jaundis berbahaya Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :

 Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.  Peningkatan kekuningan yang cepat  Bayi anda mengalami G6PD defisiensi

 Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk  Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu  Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat

 Bayi demam dan mengalami sawan Kesan akibat jaundis teruk? Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi boleh menyebabkan:  Gangguan pendengaran atau pekak.

 Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)

Apakah rawatan yang diberikan? Terdapat 2 jenis rawatan iaitu: 1. Fototerapi

Rawatan ini akan mengurangkan paras bilirubin dan dikeluarkan melalui najis dan air kencing
Rawatan foto pada bayi yang mengalami jaundis.

2. Pertukaran darah. Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340

umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Pencegahan jaundis Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk.

Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi. Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana ini membahayakan bayi anda.

MARI KITA BERKENALAN DENGAN G6PD


APA ITU G6PD ?

( Glucose 6 Phosphate 'hydrogenese) adalah sejenis enzim dalam sel darah merah. Fungsinya. la akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal. Semasa bersalin ' sample' dan tali pusat bayi dihantar untuk pemeriksaan G6PD di makmal. Sekiranya didapati bayi anda kekurangan G6PD: 1. Anda akan dihubungi melalui telefon atau surat supaya membawa anak anda masuk ke wad untuk pemerhatian. 2. Anak anda dikehendaki tinggal di wad sehingga berumur 10 hari. Pemerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh mendapat kuning (Jaundice) dengan serta merta. Bayi anda dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah-masalah lain. Apakah yang perlu dilakukan bila anak anda kekurangan G6PD. Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti: * Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor. * Ubat gegat. * Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh. * Minyak gosok. * Kacang parang. Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan diberi kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang.

SILA PASTIKAN

Bawa senarai ubat dan tunjukkan kepada doktor bila anak sakit. Beritahu, anak anda kurang G6PD. Apa akan berlaku kalau termakan makanan atau ubat-ubat tersebut? * Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat. Bayi akan mendapat kuning (Jaundice). Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat Demam dan pucat.

Bolehkah seseorang yang kekurangan G6PD hidup secara normal ? Mereka boleh hidup secara normal tetapi dia mesti mengelakkan makanan dan ubat-ubat tertentu. Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. la bukan penyakit keturunana atau berjangkit. Ubat - ubat Yang Harus Dielakkan Atau Digunakan Dengan Berhati - hati Bagi Pesakit Kekurangan G6PD. Antimalaria.

Antibakteria
Lain-lain

Choramine Dapsone Dimercaprol

Antisine Napthalene (ubat Gegat)

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelakiPara ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria. Bagaimanakah G6PD diwarisi? Komplikasi Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya. Bagi bayi yang baru lahir, mereka mungkin lebih mudah mendapt penyakit kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan (Jaundice).

Diagnosis Ujian darah boleh dilakukan bagi menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.

Rawatan Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptomsimptom atau tanda-tanda komplikasi., anda perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya. Larangan yg umum diketahui: # kacang parang # ubat gegat # anti malaria # ubat gatal # sulfonamides # dapsone Tanda:

# kencing berdarah # kuning Jika ada tanda/kesannya berikut kemungkinan ya tp saya tidak ketahui dgn jelas kandungan apa yg terdpt didalamnya: # sesak nafas # pitam # demam # sakit belakang # pening # menggigil # pneumoniapp