Anda di halaman 1dari 5

CARA ATASI BUDAYA LUAR DALAM KALANGAN REMAJA

Tugas dan tanggungjawab untuk menangani budaya negatif Barat ini merupakan
tugas semua orang. Setiap orang daripada kita, daripada pelbagai lapisan kedudukan,
daripada pemimpin hinggalah kepada setiap individu itu sendiri, mempunyai peranan
untuk sama-sama berusaha menangani masalah ini. Oleh yang demikian cara untuk
mengatasi masalah ini telah dibahagiakn kepada 4 bahagian iaitu peranan kita sebagai
seorang individu, keluarga, media massa dan kerajaan.

INDIVIDU

Di peringkat individu, kita bertanggung jawab untuk menjaga diri kita sendiri
dengan berpegang teguh terhadap agama islam. Individu itu perlulah mempunyai
matlamat dan niat supaya dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan budaya barat.
Sebagai contoh menunaikan kewajipan yang telah ditetapkan oleh islam iaitu menunaikan
solat wajib 5 kali sehari . perkara ini Nampak mudah dan selalu dibicarakan disetiap
pelusuk ceramah agama akan tetapi apabila kurangnya akidah dan iman didalam diri
seseorang mereka secara mudahnya boleh terpesong dengan aktiviti black
metal,minuman arak dan sebgainya.

Hal ini demikian penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam diri
umat Islam itu sendiri adalah penting supaya mereka tahu membezakan perkara yang baik
dan buruk terhadap sesuatu perkara.Tambahan pula, masyarakat Islam yang menjalani
arus globalisasi pada masa kini, jati diri dan pegangan mereka terhadap syariat Islam
perlulah kuat dan mantap. Dengan adanya ajaran agama,mereka tidak akan mengikut
budaya asing terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan uptodate Oleh itu ,
kita mestilah berpegang teguh pada ajaran agama dan perlulah mendalami dan
memahami ajaran agama mengikut ketetapan alquran dan hadis.
IBU BAPA DAN KELUARGA

Sebagai seorang ibu bapa yang bertanggungjawab, ibu bapa berperanan penting
untuk mendidik anak-anak untuk menjauhi budaya barat dari usia setahun jagung .
berketetapan dengan hadis nabi yang mana:

“setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang
menyahudikannya, menasranikan, atau memajusikannya,”

Berdasarkan hadis tersebut ia membawa maksud bahawa jika kita adalah ketua
keluarga, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan mendidik ahli keluarga di
bawah jagaan kita agar mematuhi suruhan agama. Sekiranya ketua keluarga mendidik
anak-anak mereka sedari awal dengan ketaatan kepada Allah, maka anak-anak ini
selalunya menjadi seorang yang patuh dan mempunyai perilaku yang selaras dengan
kehendak agama dan masyarakat. Walaupun anak-anak ini agak nakal di peringkat awal,
tetapi akhirnya anak-anak ini, apabila besar mudah diajak kembali untuk mematuhi nilai
atau norma masyarakat. Begitu juga jika anak-anak yang dibesar dan dididik dengan
kehidup jauh daripada nilai-nilai agama maka anak tersebut mudah cenderung kepada
perilaku yang menyimpang apabila mereka besar.

Oleh yang demikian Sejak kanak-kanak lagi, ibu bapa perlu berpesan kepada
anak-anak supaya menjauhkan perkara yang negatif. Hal ini adalah bagi menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri anak-anak di samping mengajar mereka untuk mengelakkan
dir daripada perkara negatif. Selain itu, ibu bapa juga perlulah memberikan didikan
agama yang sempuma dalam diri anak-anak.Hal ini kerana pegangan agama da pat
membantu mereka untuk menangkis segala anasir yang memesongkan pemikiran mereka.
Oleh itu,pegangan agama yang sempurna boleh menjadi benteng dalam menghalang
seseorang daripada terpengaruh dengan budaya barat.
MEDIA MASSA

Selain itu, Media sangat memainkan peranan yang amat luas di dalam
masyarakat. Dengan ini, pihak media perlulah menjalankan tugasnya untuk menayangkan
program televisyen yang berfaedah kepada penonton.Sebagai contoh, pihak media perlu
menapis filem-filem dari budaya barat termasuklah menapis dan menyekat segala
platform yang boleh membawa kepada aktiviti cetak rompak seperti platform telegram
yang semakin meluas penggunaanya diseluruh pelusuk dunia. Hal ini dengan memberi
sekatan kepada filem atau drama yang bersiri dari barat. Sekurang-kurangnya melaui
cara ini ia dapat megawal etika dan tingkah laku terhadap remaja zaman kini.

Media juga harus berhati-hati agar tidak terjebak dengan cara yang tidak beretika
seperti memfitnah sama ada dalam bentuk ucapan, tulisan atau gambar yang boleh
menjatuhkan kehormatan orang lain. Ini tertulis dalam Kitab Allah, bahawa membuka
aib orang lain (ghibah) sangat ditegah oleh Islam kerana ia boleh memecah belah
dan memporak-perandakan umat Islam. Namun, hakikatnya inilah yang banyak
berlaku terutamanya di dalam rancangan yang berbentuk hiburan yang kadangkala
mengambil kesempatan di atas cerita-cerita dan khabar angin yang disampaikan
sehingga boleh mengaibkan seseorang individu dengan keluarganya.

Oleh itu, perkara ini haruslah difahami bersama bahawa seorang Muslim
hendaklah bertanggungjawab ke atas agamanya dan masalah saudara seislamnya.
Justeru, perkara ini haruslah menjadi model yang baik untuk dilaksanakan bahawa
semua pihak media itu bertanggungjawab ke atas usaha dan amal yang dilakukannya.
Oleh itu, tidak timbul di sini bahawa usaha untuk menjalankan dakwah itu terbatas
kepada golongan-golongan tertentu sahaja.
KERAJAAN

Akhirnya, pihak kerajaan mestilah menguatkuasakan undang-undang terhadap


perkara yang kurang bermoral. Dalam kehidupan kita, pasti ada peraturan atau undang-
undang, kerana peraturan dibuat untuk mengatur dan mendisiplinkan manusia. Jika tidak
ada peraturan, pasti kehidupan kita akan menjadi kacau, tidak terkendali dan tidak ada
ketenangan dalam hidup. Undang-undang diadakan untuk kebaikan masyarakat. Perlu
diingat juga tujuan utama undang-undang bukan untuk menghukum walaupun biasanya
bila orang melanggar undang-undang, mereka harus dihukum.

Tidak ada sesiapa atau mana-mana pihak yang boleh dibiarkan melampau atau
berlebih-lebihan sehingga menindas anggota masyarakat yang lain. Sebagai contoh
Tindakan penguatkuasaan terhadap isu LGBT dalam kalangan umat islam. pada
hakikatnya pemilihan jalan kehidupan adalah hak individu itu sendiri dan tidak
sepatutnya diganggu, kerana didalam al-quran sendiri allah pernah berfirman bahwa tiada
paksaan dalam beragama akan tetapi akal yang waras boleh mengatakan bahawa perkara
ini boleh menjejaskan kehidupan seseorang dan mendatangkan pelbagai persoalan
terhadap masyarakat luar.

Bukan itu sahaja bahkan mereka juga akan mempengaruhi pemikiran dan aktiviti
moral remaja-remaja yang akan datang. Oleh yang demikian sesiapa yang melakukannya
perlu ditegur dan diberikan amaran yang keras dengan mengenakan Tindakan undang-
undang. Dengan penguatkuasaan undang-undang yang ketat secara berterusan,masalah
pengaruh budaya luar dalam negara kita pasti dapat dikurangkan dan diatasi.

Anda mungkin juga menyukai