Anda di halaman 1dari 4

Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum air.

Kerbau itu berjalan melalui satu


lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek aja, jenih dan sejuk. Kerbau itu
mengharung air. Air itu hanya setakat lutut sahaja. Kerbau itu menuju ke tengah-tengah sungai
kerana air di bahagian tengah sungai lagi jernih. Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu
di tepi sungai. Kerbau merenung ke arah uara itu. Kerbau ternampak air terhambur naik di tebing
sungai.

"Tolong! Tolong! Tolong aku, kerbau!" tiba-tiba terdengar suara dari tepi sungai dekat rimbunan
buluh. Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau ternampak sesuatu berbalam-
balam dari jauh seperti batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suara meminta tolong terus
bergema. Merayu-rayu bunyinya. Kerbau mendekati suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya
ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengah belakangnya.Oh, buaya! Kenapa ini?" tanya
kerbau. "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh bergerak.
Berat sungguh batang kayu ini," jawab buaya. Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba
mengangkat kayu itu dengan tanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-cepat
melepaskan dirinya. Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera
menangkapnya.

"Eh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau apabila dirasai kakinya digigit buaya. "Aku hendak
makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku," jelas buaya sambil menggigit lebih kuat lagi.
"Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat
baik, kau balas jahat," kata kerbau.
"Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat," sambung kerbau lagi. "Aku tidak
peduli," jawab buaya. Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya.
Kerbau tidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya menariknya ke
bawah tentulah ia akan lemas. Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya. "Janganlah
bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda lain," kerbau merayu. Tetapi
buaya tetap tidak peduli. "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat," kata buaya.
"Apakah syaratnya?" tanya kerbau. "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa
berbuat baik dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang lalu di sini," ujar buaya. "Kalau jawapannya
sama sebanyak tiga kali, aku akan bebaskan kau," ujar buaya lagi.
Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya. Mereka bersama-sama menunggu
sesiapa sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu. Tiba-tiba mereka ternampak
sebuah saji yang buruk hanyut. Buaya pun bertanya pada saji.

"Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya. "Tidak betul. Berbuat baik dibalas
jahat," jawab saji. Saji menceritakan kisah hidupnya. "Di rumah, aku digunakan untuk menutup
makanan. Nasi, lauk, kuih, dan apa-apa sahaja aku lindungi," jelas saji. "Pendek kata, aku banyak
menolong dan berbakti kepada tuan aku. Kucing dan tikus tidak boleh mencuri lauk. Aku
lindungi," cerita saji. "Tetapi aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak, tidak berdaya lagi
menutup makanan, aku dibuang ke sungai," ujar saji. "Itulah sebabnya aku berkata berbuat baik
dibalas jahat," saji menamatkan ceritanya dan terus hanyut."Macam mana kerbau? Betul atau
tidak apa yang aku kata?" tanya buaya. Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih.
Kerbau berdoa di dalam hati supaya Tuhan menolongnya. "Tuhan tentu akan menolong orang
yang baik," kata kerbau dalam hatinya.

Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk pula hanyut di situ. Sebelah daripada
kasut itu tenggelam kerana tapaknya tembus. Tetapi kasut itu bergantung kepada pasangannya
dengan tali. Kedua-dua belah kasut itu bersama-sama hanyut. "Hah, itu satu lagi benda hanyut!
Kita cuba tanya," kata buaya. "Kasut, betul atau tidak berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya.
Kerbau berdebar-debar menunggu jawapan kasut. Kalau kasut bersetuju dengan kenyataan itu
bererti ia akan selamat. Kalau kasut berkata tidak betul, habislah riwayatnya. "Tidak betul kerana
berbuat baik dibalas jahat," jawab kasut. Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila
mendengar kasut memberi jawapan itu. Kasut lalu bercerita.Pada suatu masa lalu, kasut amat
disayangi oleh tuannya. Setiap hari kasut dibersihkan dan dikilatkan. Apabila malam, kasut itu
disimpan di tempat selamat. Kasut itu juga hanya dipakai oleh tuannya apabila pergi ke bandar
sahaja. Kalau tuannya pergi ke tempat berpasir atau berlumpur, kasut itu tidak dipakainya. Tetapi
apabila sudah buruk, kasut itu tidak disayangi lagi. Badannya tidak dikilatkan lagi. Kasut itu
dibaling ke tepi tangga selepas digunakan. Apabila malam, kasut itu ditinggalkan di halaman
rumah. Kasut itu dibiarkan berembun dan berhujan. Ketika itu juga, kasut itu menjadi tempat
persembunyian katak puru untuk menangkap nyamuk. Apabila sudah terlalu buruk dan koyak,
kasut itu dibuangkan ke dalam sungai. "Itulah sebabnya aku hanyut ke sini," kasut menamatkan
ceritanya lalu pergi bersama-sama arus air. "Sudah dua jawapan.

Engkau kalah. Tetapi aku bagi satu peluang lagi," kata buaya. "Kalau datang yang ketiga, sama
jawapannya, engkau akan menjadi habuanku," jelas buaya kepada kerbau.Ketika kerbau dan
buaya menanti kedatangan benda yang ketiga, tiba-tiba datang seekor kancil hendak minum air.
Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan kerbau. Kancil terkejut apabila melihat buaya
menggigit kaki kerbau. Kancil melihat air mata kerbau berlinang. Manakala buaya pula kelihatan
bengis. "Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?" tanya kancil. "Mujurlah engkau
datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim yang ketiga untuk mengadili kami," kata buaya.
"Mengapa?" tanya kancil. "Kami bertengkar, berbuat baik adalah dibalas jahat," kata buaya.
"Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?" tanya kancil. Buaya lalu bercerita mengenai dirinya
yang ditindih batang kayu. Kerbau datang menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas
perbuatan baik kerbau. Buaya menganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya. "Tetapi sebelum
aku memberikan keputusan, aku mahu tengok kejadian asalnya," kata kancil. "Mula-mula aku
kena tindih batang pokok patah. Batang pokok itu jatuh menimpa belakang aku," jawab buaya.
"Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau?" tanya Kancil. "Macam
mana aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayu itu," jawab buaya. "Baiklah!
Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena tindih," ujar kancil. Buaya
mengikut sahaja arahan kancil. Buaya melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat batang pokok.
"Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atas belakang buaya?

Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat batang kayu itu?" kancil
mengarah seperti hakim. Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil. "Cuba engkau
bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat?" kancil mengarah buaya. Buaya cuba bergerak
dan mengangkat batang pokok itu tetapi tidak berdaya. "Cuba lagi, seperti engkau mula-mula
kena tindih," kata kancil. "Up! Up!" bunyi suara buaya cuba mengalih batang pokok. "Kuat lagi!
Kuat lagi!" seru kancil.Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan diri. Buaya cuba
mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya sahaja membedal
air tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak. Buaya sudah penat. Kerbau pula menunggu arahan
kancil. "Selepas itu apakah yang terjadi?" tanya kancil. "Selepas itu aku datang menolong. Aku
mengangkat batang pokok itu. Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku," jawab kerbau.
"Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?" tanya kancil. Kerbau segera mendekati batang
pokok itu.

Kerbau menundukkan kepala hendak engangkat batang kayu itu. "Sudah! Setakat itu dulu. Aku
sudah faham. Jangan angkat kayu itu," kata kancil. "Habis itu macam mana pula dengan buaya?
Tentu buaya akan mati," jawab kerbau. "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata
kancil. "Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini
patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik," kata kancil lalu berlari naik
ke atas tebing sungai. Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah
kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik.
Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil. "Jaga, kancil! Kautipu
aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau," pekik buaya. Namun, kancil dan kerbau tidak
mempedulikan buaya lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil
ke tebing sungai itu telah menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang
setimpal dengan perbuatan jahatnya itu.

"Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata kancil. "Biarlah buaya ini mati. Kalau
buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak
tahu membalas budi baik," kata kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya bertempik
apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya
dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat lalu berlari
naik ke atas tebing mengikut kancil. "Jaga, kancil! Kautipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan
kau," pekik buaya. Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau
mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah
menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan
jahatnya itu.

Anda mungkin juga menyukai