Anda di halaman 1dari 6

PERASMIAN

MASA 10.30 pagi CUE/AKTIVITI Aluan pengacara ANN/PENGUMUMAN Bismillahirahmanirrahim.. Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap hadirin berikan perhatian, Mohon saya mulakan majlis. Yang Berusaha En. Ilias bin talib Ketua jabatan hal ehwal pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Yang Berusaha, En mahzan bin hasim, Mentor pismp sem4 rbt (a),pj/bm Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Yang Berusaha, En.____________________________ Ketua kampong chandek kura, mukim kedawang. Yang Dihormati, Ahli jkk kampung chandek kura,penduduk-penduduk kampung , seterusnya saudara saudari guru-guru pelatih sekalian. Syukur Alhamdulillah, Bersama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi, Atas limpah kurnianya dapat kita berkumpul pada pagi yang indah ini untuk bersama-sama menjayakan program bina insan guru fasa 4 /2011.untuk pengetahuan hadirin sekalian, program ini bina insane guru ini adalah merupakan 1 program wajib yang harus dijalani pada setiap semester iaitu bermula dari semester 1 hingga semester 6 pismp bagi menerapkan nilainilai insane guru dalam diri guru-guru pelatih.sehubungan dengan itu, kami telah memilih kampung chandik kura ini sebagai destinasi bagi bersama-sama menjayakan program anak angkat pada semester ini. TURN

Bacaan doa

Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati. Untuk itu, majlis mempersilakan saudara hamzah bin azizan , untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Ucapan pengerusi big

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya, Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya, Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara. Bagi meneruskan majlis,

Majlis mempersilakan saudara mohd faizol asyraf bin mahdzir, pengerusi program big fasa 4 2011 Institut Pendidikan Guru MALAYSIA Kampus Perlis bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan ini mempersilakan.

Ucapan penyelaras dan mentor

Terima kasih diucapkan. Seterusnya Majlis mempersilakan en mahzan bin hasim,selaku mentor bagi kelas rbt(a)/pj/bm Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan dengan ini mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih DI atas ucapan tersebut Seterusnya Majlis mempersilakan en.__________________ ,ketua kampong chandek kura, bagi menyampaikan ucapan Majlis dengan dengan ini mempersilakan.

Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami. Tuan-tuan dan puan-puan Untuk itu Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha EN ilias bin talib ketua jabatan hep ,selaku penyelaras bagi program big fasa 4/2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program bina insan guru fasa 4/2011.

Majlis merakamkan ucapan Terima kasih kepada EN ilias bin talib diatas kesudian mernyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi Dengan berakhirnya ucapan perasmian itu tadi maka bermulalah program bina insan guru kita pada kali ini. Diharapkan semua pihak dapat memberikan semangat kerjasama dan komitmen yang padu dalam menjayakan program ini.sekian terima kasih Majlis bersurai .

MAJLIS PENUTUP
MASA 9.00 pagi CUE/AKTIVITI Aluan pengacara ANN/PENGUMUMAN mengumumkan ketibaan en. Nor Saidi Bin Nanyan,Ketua Pemuda Umno Bahagian Langkawi Bismillahirahmanirrahim.. Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Berusaha En. Ilias Bin Talib Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Yang Berusaha, En Mahzan Bin Hasim, Mentor Pismp Sem 4 Rbt (A),Pj/Bm Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Yang Berusaha, En.____________________________ Ketua kampung chandek kura, mukim kedawang. Yang dihormati, En. Nor Saidi Bin Nanyan Ketua pemuda umno Bahagian langkawi Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati. Untuk itu, majlis mempersilakan saudara hamzah bin azizan , untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. TURN

9.20 pagi

Bacaan doa

Ucapan pengerusi big

Bagi meneruskan majlis,

Majlis mempersilakan saudara mohd faizol asyraf bin mahdzir, pengerusi program big fasa 4 2011 Institut Pendidikan Guru MALAYSIA Kampus Perlis bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan ini mempersilakan.

Ucapan penyelaras dan mentor

Terima kasih diucapkan. Seterusnya Majlis mempersilakan en mahzan bin hasim,selaku mentor bagi kelas Rbt(A)/Pj/Bm Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan dengan ini mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih DI atas ucapan tersebut Seterusnya Majlis mempersilakan en.nor saidi bin nanyan ,ketua pemuda umno bagi bahagian langkawi, bagi menyampaikan ucapan Majlis dengan dengan ini mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan Terima kasih kepada EN nor saidi bin nanyan diatas kesudian memberi ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, di jemput naib pengerusi big fasa 4/2011 saudari siti nain zubaidah binti satiam bagi mengiringi en mahzan bin hasim untuk menyampaikan cenderamata. Dijemput en nor saidi bin nanyan untuk menerima cenderamata Kemudian dijemput en.________________ketua kampong chandek kura, Seterusnya dijemput keluarga-keluarga angkat iaitu: 1. _____________________ 2. _____________________

3. _______________________ 4. _______________________ 5. _______________________ Kemudian dijemput, pengerusi big fasa 4/2011 saudara mohd faizol asyraf bin mahdzir untuk menerima sijil.

Penutup majlis

Merah sepuh si api-api, Dipetik juragan dibawa ke pekan, Jari sepuluh disusun rapi, Segala kekhilafan mohon dimaafkan. Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. Hadirin sekalian, Majlis kita pada hari ini sudah pun sampai ke penghujungnya. Saya mewakili pelajar institute pendidikan guru Malaysia, kampus perlis yang telah menjayakan program bina insane guru fasa 4/2011 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan program pada hari ini. Disini ada pengumuman tambahan

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalammualaikum wbt.