Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Saya memilih artikel yang bertajuk “Media, Isu dan Tingkah Laku Pengundi dalam Pilihan Raya

Umum ke-14” yang ditulis oleh Nurul Naemah Hamedan, Syed Agil Shekh Alsagoff dan Akmar

Hayati Ahmad Ghazali dari Universiti Putra Malaysia. Objektif penulisan ini adalah untuk

menjelaskan mengenai tingkah laku pengundi dalam PRU ke 14 serta hubungan di antara isu-isu

semasa dan media massa.

Penulis bermula dengan memberikan penerangan tentang penggunaan media baharu dalam

kalangan pengundi bagi mendapatkan maklumat serta isu-isu politik. Melalui pembacaan saya

saya bersetuju menyatakan bahawa saluran media merupakan medium perantara dan agen utama

bagi menyampaikan agenda politik yang berkemungkinan memberi implikasi perubahan tingkah

laku pengundi serta corak pengundian. Artikel ini juga membincangkan pengaruh media sosial

memberi implikasi yang besar terutamanya kepada golongan muda untuk mengundi di dalam

pilihan raya. Malah. perkara berkaitan dengan peranan media serta isu-isu berbangkit dan

seterusnya dibincang secara terperinci di dalam artikel ini.

Dari pembacaan saya melalui artikel ini terdapat penggunaan teori kebergantungan media yang

telah memberi impak kepada masyarakat untuk bergantung sepenuhnya kepada media bagi

mendapatkan informasi terkini serta informasi mengenai calon-calon politi. Ini berikutan untuk

membantu penggundi dalam membuat semasa mengundi menjelang pilihan raya. Penulisan ini

juga memfokuskan mengenai penularan isu dan peranan media sosial merupakan faktor utama

masyarakat bergantung kepada media dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku pengundi

pilihan raya.

1
2.0 HASIL KAJIAN

Artikel ini menerangkan hasil kajian yang dianalisis secara deskriptif dan inferens melalui

borang soal selidik.Penulis menyatakan hasil dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa

responden beroleh maklumat politik melalui media sosial dan peranan media sangat

mempengaruhi proses pengundian. Daripada ulasan penulis juga, beliau menyatakan bahawa

faktor penularan isu seperti korupsi, nepotisme serta penyalahgunaan kuasa juga merupakan

penentu pengundi bagi pilihan raya umum. Misalnya seperti isu kegagalan kerajaan dalam

memerintah negara apabila gagal mengatasi peningkatan kos sara hidup rakyat serta masalah

pengangguran dan keboleh dapatan pekerjaan dalam kalangan siswazah gagal diselesaikan.

Selain itu, hasil dapatan kajian penulis mendapati tingkah laku pengundi PRU ke 14 berkait rapat

dengan media baharu. Hal ini kerana responden bersetuju membaca akhbar dalam talian untuk

memperolehi maklumat serta isu-sisu berbangkit serta berdiskusi mengenai pilitik di laman

media sosial. Penulis amat peka terhadap perubahan kemajuan teknologi terkini telah mengambil

alih media tradisional sebagai medium penyampaian maklumat di kalangan masyarakat amnya.

Penulis dalam artikelnya menyatakan bahawa media sosial merupakan platform untuk sesetengah

parti politik dalam menyebarkan propaganda serta mempengaruhi keputusan undi rakyat ketika

pilihan raya umum. Contohnya penulis dilengkapi dengan hasil dapatan kajian yang jelas

menunjukkan media mempunyai signifikan yang besar yang mampu mengawal cara pemikiran

rakyat mengenai parti politik sepanjang pilihan raya dijalankan.

Cara susunan fakta dan maklumat penulis merupakan salah satu kekuatan dalam artikel ini.

Penulis menyusun maklumat beliau dengan menarik di mana tajuk utama dan sub topik

dipisahkan. Dalam penulisan artikel, perenggan fakta merupakan faktor penting bagi

memudahkan penyusunan ayat-ayat serta idea mudah difahami oleh pembaca.

2
3.0 ANALISIS ARTIKEL

Pilihan raya merupakan satu amalan demokrasi bagi sesebuah negara. Melalui pilihan raya,

rakyat berpeluang untuk memilih parti sebagai kerajaan pemerintah dalam mentadbir negara.

Dalam artikel, penulis mengetengahkan rakyat labih banyak menggunakan media sosial bagi

membincangkan isu-isu semasa mengenai politik. Saya melihat bahawa penggunaan media

baharu seperti aplikasi Whatsapp adalah satu pilihan pengguna pada masa kini kerana ia lebih

pantas dalam penyebaran maklumat khususnya berbanding penggunaan media sosial yang lain.

Berdasarkan artikel ini ada menyatakan bahawa dengan peningkatan penggunaan Internet

sebagai pemangkin dalam kebebasan bersuara terutamanya dalam kalangan blogger. Pada

pesepsi saya, saya menyokong penulisan ini kerana ia dibuat berdasarkan kajian serta ujian

regrasi. Seiring dengan kemajuan teknologi terkini, saya bersetuju menyatakan bahawa keadaan

politik di Malaysia kini banyak dipengaruhi oleh media sosial. Dengan kewujudan pelbagai jenis

aplikasi seperti Facebook, Twitter dan Youtube misalnya, kita dapat melihat pola penggundian

dalam pilihan raya. Malah, dengan kewujudan media sosial ia banyak mengubah landskap politik

negara dan seterusnya memperkasakan lagi perkongsian dari segi informasi secara digital.

Menurut pendapat saya, penulis boleh menambahkan lagi isu-isu politik yang lain yang boleh

mempengaruhi tingkah laku penggundi dan menambahkan glossari dalam penulisan artikel ini

bagi membantu pembaca untuk memahami artikel dengan lebik baik dengan merujuk kepada

glossari yang sedia ada. Kesimpulannya, artikel ini telah menjelaskan bahawa media sosial

sedikit sebanyak memberi impak kepada corak pemikiran masyarakat dan seterusnya tingkah

laku penggundi pada PRU ke 14.

Anda mungkin juga menyukai