Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan


selamat sejahtera.

Terima kasih pengacara majlis.

Salutasi
Yang Berusaha
 Encik Azmi bin Misron
Penasihat Jawatankuasa Teknikal Ragbi MSS Selangor

 Encik Zairin Akmal bin Mohd Jemoner, Penolong Pengarah, Unit


Pembangunan Bakat Murid , JPN Selangor

 Encik Azrul Hisham bin Hamzah, Penolong PPD Unit Pembangunan Bakat
Murid, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu
Selangor

 Tuan Syed Aldrin bin Syed Ahmad Kaber, Presiden Kesatuan Ragbi
Selangor KRS

 Pengetua-pengetua Sekolah Daerah Hulu Selangor

 Guru Besar-Guru Besar Sekolah Daerah Hulu Selangor

 Penolong-penolong kanan

 Jurulatih

 Guru-guru pengiring

 Ibu bapa dan hadirin yang dihormati


Alhamdulillah dengan limpah rahmat-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun
dalam Majlis Penutupan Kejohanan Ragbi MSS Selangor. Terlebih dahulu saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu
Selangor atas kepercayaaan yang diberikan kepada SEMASHUR untuk bersama-
sama mengelola Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Selangor. Saya juga ingin
mengucapkan tahniah dan syabas kepada kepada Jawatankuasa Pelaksana kerana
dapat menjayakan kejohanan yang berlangsung selama 3 hari ini dengan
cemerlang.

Hadirin hadirat sekalian


1. Saya bersyukur kerana dapat bersama-sama menyaksikan semangat
kesukanan anak-anak yang bertanding dan menyaksikan kesungguhan para
jurulatih dan guru-guru untuk memcapai kemenangan dalam pertandingan
ini.

2. Sukan ragbi ini cukup senonim dengan sukan yang lasak dan mencabar
ketahanan fizikal pemain. Namun begitu sukan ini juga menunjukkan
kesatuan, kebersamaan dan semangat juang yang sangat tinggi antara murid,
guru malah kepada ibu bapa juga.. Selaku tuan rumah, saya amat berbangga
dengan kesungguhan yang dipamerkan oleh semua pihak. Saya amat yakin
sukan ragbi merupakan satu medium untuk kita meningkatkan keyakinan
murid dan mendidik murid untuk lebih berdisiplin bukan sahaja kepada
pemain tetapi juga kepada semua murid yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung. Peluang ini secara tidak langsung dapat menggalakkan
murid untuk ikut serta dalam pertandingan-pertandingan lain.

3. Kejohanan Ragbi MSSS ini juga telah mempamerkan kepada kita kemahiran
guru-guru Selangor yang hebat sebagai jurulatih, guru pengiring dan
sebagainya. Namun seperti yang kita sedia tahu setiap pertandingan pasti ada
menang dan kalahnya. Oleh itu, saya berharap pasukan yang kalah atau
kecundang pada hari ini tidak berputus asa dan jadikan keputusan
pertandingan sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa
akan datang. Bagi pasukan yang menang pula, tahniah saya ucapkan dan
semoga terus cemerlang di peringkat yang lebih tinggi. Saya percaya
perkongsian antara pasukan daerah akan menjadikan Selangor pasukan yang
hebat pada masa akan datang.

Para hadirin yang dihormati sekalian,


4. Akhir kata, tahniah dan Syabas kepada semua pemenang. Tahniah juga
kepada semua Jawatankuasa yang menjayakan kejohanan ini. Semoga majlis
seperti ini menjadi satu -pengalaman indah kepada kita semua. Bagi pihak
penganjur saya memohon maaf sekira terdapat kekurangan sepanjang
kejohanan ini berlangsung. Saya sudahi dengan ucapan Wabillahitaufik
Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai