Anda di halaman 1dari 1

KELUARGA MALAYSIA; TEGUH BERSAMA

Karya Amira Afiqah binti Marzuki

Malaysia
Pelbagai warna budaya
Hidup harmoni sejahtera
Di bawah payung mahkota

Malaysia,
Pimpinan kita disegani merata
Rakyatnya berpadu mencipta sejarah
Melakar Malaysia di pentas dunia

Semua yang kita kecapi


Hasil muafakat kita semua
Melayu, Cina dan India
Kita adalah bersama

Jika bercerai kita roboh


Bersatu kita pasti teguh
Sepakat dalam muafakat
Kita satu keluarga, teguh bersama.

Anda mungkin juga menyukai