Anda di halaman 1dari 3

Kunci Bahasa

 ANTOLOGI TINGKATAN 1        

Kunci Bahasa

(Abdul Hadi Yusof)

MAKSUD SAJAK

Rangkap Maksud

Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur


1
yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.

Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik
2
walaupun berlaku perubahan masa.

Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga tidak timbul
3
sebarang kekeliruan.

4 Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.

5 Bahasa digunakan untuk berkomunikasi

Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan dan


6
susunan kata  serta bahasa yang puitis.

TEMA
Bahasa dan peranannya dalam masyarakat.  Bahasa penuh dengan keindahan dan digunakan untuk
berkomunikasi

PERSOALAN

1. Bahasa yang bermaruah.  Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi mengelakkan orang lain
terguris hatinya.

2. Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat dan tidak akan
hilang ditelan zaman.

3. Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk menyampaikan
nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi.

4. Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan secara berhemah.

BENTUK

1. Terikat
2. Terdapat enam rangkap

3. Semua rangkap mempunyai dua baris dan rimanya aa.

GAYA BAHASA

1. Pengulangan kata

Contoh:  bahasa dan tidak

1. Bahasa Arab

Contoh:  ukhwah dan ummah

1. Metafora

Contoh:  jambatan ukhwah

1. Asonansi - pengulangan vokal i

                Contoh :  tidak berbilur bahasa di lidah

1. Aliterasi - pengulangan konsonan b

                Contoh :  bahasa berbuah

NILAI

1. Bersopan santun

Contoh: bahasa bermaruah/bahasa berbudi.

1. Pemurah

Contoh: tidak lokek pada ummah

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak menguris hati orang lain.

Contoh:  Bahasa bermaruah

               tidak berbilur bahasa di lidah

1. Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.

Contoh:  Bahasa bersejarah

               tidak luput bahasa bertingkah

Anda mungkin juga menyukai