Anda di halaman 1dari 3

Para pelajar diminta memberikan tepukan yang bergemuruh kepada barisan guru kita yang

dikasihi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Bunga tanjung di tengah pekan,

Tiupan bayu mencelah suria,

Kalimah nan agung saya mulakan,

Salam sejahtera menambah ceria.

Yang berusaha,

…………………….……………………..

Yang dihormati,

…………………………………………………..

Dan seterusnya anak-anak didik yang dikasihi sekalian

Hadirin sekalian,

16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara telah berlalu meninggalkan kita.
Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka
pada hari ini kita berkumpul untuk menjayakan Hari Guru dengan cara kita.

Ikan merah dijual di pekan,


Syukur gembira dapat sebaldi,
Cuaca cerah turut mengizinkan,
Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.

Bagi memberkati majlis ini, dijemput ………………………… untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan...

Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan
dengan lancar.

Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti oleh lagu Melaka Maju Jaya dan Lagu
Sekolah.

1
Hadirin diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat sebagai lambang kecintaan kita
kepada sekolah dan negara.

Majlis diteruskan dengan

………………………………………………………………………………………………
Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Demikianlah tadi ………………………………………………………….

Acara diteruskan lagi dengan

…………………………………………………………………

Mekar melati diapit kejora,


Kuntuman tersemat, jadi pamitan,
Tersentuh hati mendengar bicara,
Ungkapan azimat jadi ingatan,

Tumbuh selirat bunga melati,


Mari direnjis dalam jambangan,
Ucapan tersirat seribu erti,
Semoga majils menjadi kenangan.

Semoga para guru akan terus berjuang mendidik anak bangsa dengan tekun dan sabar
menghadapi karenah kami. Terimalah kami dengan seadanya dan usahlah dibandingkan dengan
murid-murid yang bersekolah di sekolah yang bertaraf dunia.

Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Guru tidak akan lengkap tanpa mendengar
laungan Ikrar Guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia. Dengan ini, majlis mempersilakan semua
guru untuk bersama-sama naik ke atas pentas bagi menyampaikan Ikrar serta menyanyikan lagu
Guru Malaysia dan lagu Tema

Menghilau laksana pokok kiambang


Di dalam kali tumbuh melata,
Setahun sekali nyanyian berkumandang,
Berbakat sekali guru-guru kita.
Guru,
Hadirmu sentiasa dinanti,
Sejak kecil kami diajar ABC,
Pelbagai ilmu kami pelajari,
Pelbagai bahasa kami kuasai,
Dunia sains diterokai, sejarah dikaji digali,
Kira mengira tak perlu lagi menggunakan jari.

Bidang teknikal tidak ketinggalan,


2
ICT pula melengkap pengetahuan
Disusul oleh pelbagai kemahiran
Melukis mewarna indah lakaran,

Agama dan akhlak paling diutamakan,


Kami mengenal adab dan sopan,
Buat bekalan di masa hadapan.

Bagi menghargai jasa para guru sekalian, dipersilakan anak-anak didk untuk menyampaikan
cenderamata kepada guru masing-masing.

Indah selendang kebaya nyonya,


Sekali imbas puteri kayangan,
Usah dipandang pada harganya,
Ingatan ikhlas tanda kenangan.

Demikianlah tadi selesai sudah majlis perasmian sambutan hari guru. Seterusnya saya serahkan
majlis ini kepada guru yang bertugas untuk pengumuman yang berikutnya.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di bawah saji,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan dikutuk diumpat keji.

Pohon kuini dahannya patah,


Di situ tempat bermain kenari,
Sampai di sini kata bernoktah,
Izinkan saya mengundur diri.

Sekian, wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai