Anda di halaman 1dari 18

1.

0 Pengenalan

Pendidikan Seni Visual adalah satu proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek
pemahaman, penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui
imaginasi dan konsepsi murid. Pendidikan seni adalah suatu sistem pengajaran dan pembelajaran
yang bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya. Pendidikan
seni adalah sangat penting dan bermakna dalam kehidupan seharian kerana keadaan di sekeliling
kita semuanya berkaitan dengan seni. Kita tidak dapat lari dari keindahan dan kecantikan seni itu
sendiri. Seni merupakan satu perkara yang subjektif dan sukar untuk digambarkan.

Masyarakat menggambarkan pendidikan seni ini adalah satu mata pelajaran yang kurang
penting dan perkara negatif ini perlu dikikis dari minda masyarakat yang kurang kreatif ini.
Tanpa mereka sedari atau tidak, hakikatnya pendidikan seni ini telah ada dan disemai dalam diri
kanak-kanak sejak dari kecil lagi contohnya aktiviti menconteng, apabila mereka terjumpa pensel
atau warna, mereka akan luahkan ekspresi melalui hasil contengan itu didinding atau di atas
kertas. Mereka akan lukis atau conteng berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada.
Selain itu, penggunaan warna-warna baju yang dikombinasikan oleh ibu bapa dan secara tidak
langsung, mereka telah menerapkan unsur seni warna dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak
telah didedahkan dengan ilmu kesenian sejak dari kecil dan tanpa kita sedar perkembangan seni
kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai
sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.
Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi
pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat
melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu
membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan kreativiti dan
menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk
serta objek yang terdapat di sekeliling mereka.
Peranan guru Pendidikan Seni di sekolah adalah sangat penting supaya dapat
bekerjasama meningkatkan kualiti pembelajaran, kreativiti dan kesenian dalam diri kanak-kanak.
Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial training)
sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui
jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia
tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah
bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang
cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar
(art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus,
pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi
kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh
dan menyeronokkan.

2.0 Proses Artistik Kaedah Chapman

Terdapat 3 fasa dalam Proses Artistik Kaedah Chapman bagi menghasilkan karya seni,
iaitu kaedah penjanaan idea, pengolahan dan pemurnian dan kemahiran menggunakan bahan. Di
dalam pendidikan seni, ketiga-tiga kaedah yang diutarakan oleh Chapman adalah sangat penting
dan perlu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru perlu menerapkan dan
mengaplikasikan kaedah ini supaya murid-murid dapat meningkatkan kreativiti dan kemahiran
mereka dalam pendidikan seni. Berpandukan kaedah dan teknik yang betul, kemungkinan minat
murid dan kreativiti mereka dapat ditingkatkan serta dipupuk dalam diri mereka. Guru-guru juga
perlu bijak dan kreatif dalam menarik minat murid untuk mendekatkan diri mereka dengan
pembelajaran secara langsung atau tidak langsung.

2.1 Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) 

Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan


penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk
membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan
kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak
mampu menghasilkan karya. Tidak semua murid mempunyai idea dan kreativiti yang
tinggi untuk menghasilkan sesuatu aktiviti atau karya itu. Jadi disini, guru berperanan
untuk membantu murid-murid dalam mencari dan menjana idea mereka sebelum
melakukan aktiviti. Contohnya, untuk menghasilkan gambar suasana di kampung, guru
bercerita dan cuba mencungkil idea murid-murid tentang subjek atau material yang
kebiasaannya terdapat di kampung. Sesi bersoal jawab juga penting dalam menjana idea
murid-murid. Mereka akan menjawab dan bercerita tentang apa yang mereka tahu
melalui pengalaman sedia ada. Mereka akan dapat gambaran bagaimana untuk melukis
dan berkarya dengan lebih baik.

2.2 Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)

Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual


yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi
memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema
dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini
dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa
kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Kanak-kanak ditahap ini masih lagi lemah dan tidak
dapat menghasilkan sesuatu karya dengan sempurna. Mereka perlukan latihan dan
pengulangan contohnya aktiviti melukis gambar rumah, pada peringkat permulaan
kemungkinan mereka hanya mampu melukis rumah tanpa pintu, tangga, tiang dan
sebagainya. Namun, apabila diminta melukis gambar rumah untuk kali kedua, ketiga dan
seterusnya, pasti terdapat perubahan dan peningkatan dalam karya mereka. Hasil karya
mereka akan lebih mantap dan berkualiti. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan
kreativiti dan perkembangan idea kanak-kanak.
2.3 Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan


yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan
yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat
eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih
memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan
persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru
perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan
serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya
pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. Dalam menghasilkan
karya yang menarik, penggunaan alatan, bahan dan teknik adalah perkara yang penting.
Guru-guru perlu bijak dan kretaif dalam pemilihan bahan untuk melakukan aktiviti seni.
Melalui alatan dan bahan juga, ia dapat membantu dan meningkatkan minat murid dalam
aktiviti seni dan berkarya. Contohnya, di dalam bidang menggambar, selain daripada
menggunakan pensel warna, mereka boleh juga didedahkan dengan alatan yang lain
seperti warna krayon, pastel dan juga warna air. Melalui kepelbagian alatan dan bahan, ia
dapat membantu meningktkan kreativiti dan minat murid-murid. Murid-murid tidak akan
bosan dengan matapelajaran pendidikan seni dan mereka akan bersemangat untuk
melakukan aktiviti seni pada masa akan datang.

2.4 Penilaian guru PSV

Di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni, guru memainkan peranan penting dalam
melahirkan kanak-kanak yang kreatif dan berminat berkarya. Sikap dan minat guru itu sendiri
mendorong kanak-kanak untuk mendekatkan diri dalam Pendidikan Seni. Guru yang kreatif dan
berjiwa seni dapat menjadi “role model” kepada murid-murid untuk mendekatkan diri mereka
dalam dunia seni dan berkarya dengan lebih baik. Guru berperanan sebagai pembimbing
(fasilitator) kepada murid-murid.
Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan di mana
peserta digalakkan mengambil tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik,
1994). Menurut beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi
kolaboratif dikalangan pelajar. Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap
tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam pengajran dan pembelajaran Seni Visual.
Sebagai contoh, jika seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di
tepi pantai, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai
suasana di tepi pantai. Kemudian, guru perlu membimbing murid-murid melukis gambar tersebut
dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya, murid-murid akan
melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru. Seorang guru yang berperanan sebagai
pembimbing perlu mempunyai sikap-sikap berikut untuk membimbing murid-murid dalam
P & P Pendidikan Seni Visual:

1) Bersopan santun
2) Menghormati pandangan murid
3) Peramah
4) Jujur
5) Prihatin
Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan lebih
jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secara bimbingan akan
memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani dan bersemangat semasa
menghasilkan karya seni visual.

Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk
mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini dikemukakan oleh seorang tokoh yang
tidak asing lagi dalam kajian dunia pendidikan. Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada
kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni Visual,
guru perlu berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isi pelajaran
yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan
seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk
perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni.
Guru-guru dapat memberi motivasi kepada murid-murid melalui memberi komentar yang
positif. Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid. Selain itu, guru juga
perlu membantu murid dan memberi kebebasan kepada murid untuk meluahkan ekspresi mereka
melalui aktiviti berkarya. Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan
yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. Guru juga perlu merancang masa
pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir,
membuat eksperimentasi, dan meneroka. Memberi rangsangan kepada murid contohnya,
pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan dan melalui pameran hasil
karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.
Guru perlu berusaha untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran fleksibel dalam proses
pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea
dan cadangan daripada murid. Hormat-menghormati antara satu sama lain iaitu guru pendidikan
seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan
komitmen yang ditunjukkan oleh murid. Memberikan galakan dan motivasi iaitu elakkan
daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk
meneruskan penghasilan karya. Penghargaan sangat penting bagi murid-murid supaya dapat
member semangat dan rasa karya dan usaha yang mereka tunjukkan dihargai. Galakkan dan
berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam
kelas.

Dalam proses P & P Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagai pemudah cara.
Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid membuat kain rentang bagi menyambut
hari merdeka. Seperti yang kita ketahui, kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap
sederhana. Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak memberi bantuan
yang sewajarnya. Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah
cara. Guru boleh menyeidakan “wording” yang sesuai untuk membuat kain rentang tersebut.
Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah disediakan oleh guru. Dengan cara ini,
murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran asas membuat kain rentang.
Guru seni sewajarnya mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada
murid-muridnya secara berkesan. Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam
melaksanakan P & P, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik
dalam penghasilan karya seni. Usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh seorang guru seni adalah
seperti :

1) Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua
murid.

2) Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam P & P.

3) Memahami dinamika kumpulan.

4) Membantu murid memperkembangan ilmu seni.

5) Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalani


aktiviti P & P seni mereka.

6) Menggubah dan menyesuaikan strategi P & P yang dapat menarik perhatian


murid.

Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para guru seni.
Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara tidak langsung akan
mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha melakukan yang terbaik dalam penghasilan
karya seni.

4.0 Kreativiti

4.1 Definisi kreativiti


Perkataan kreativiti berasal daripada perkataan bahasa latin iaitu “creare” yang membawa
maksud “membuat” , manakala dariapda perkataan Greek pula “creare” bermaksud
“memenuhi”. Menurut Kamus Dewan (2002) pula mentakrifkan kreativiti sebagai satu
kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif.
4.2 Pandangan tokoh-tokoh mengenai kreativiti

Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berhubung dengan


maksud kreativiti. Antaranya ialah pendapat daripada Viktor Lowenfeld, Gilchrist, Paul
Torrance, June King McFee, Fryer, Victor Lowenfeld, Edward de Bono, Dunn dan ramai
lagi.     
Mengikut Viktor Lowengfeld (1975), kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula
jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri itu adalah faktor pertama
digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan.
Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan
meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.Gilchrist
pula menyatakan bahawa kreativiti adalah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru
dan menilai sama ada maujud ataupun tidak. (Leonard Yong,1994).
Manakala Paul Torrance (1974) memberikan definisi kreativiti sebagai proses
yang mana seseorang menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan,
unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya, mengenal pasti perkara-
perkara yang sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis
tentang kekurangan-kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis ini
dan memungkinkan pengubahsuaian dan mengujinya semula dan akhir sekali
menyalurkan keputusannya kepada orang lain (Leonard Yong,1994).
Bagi June King McFee pula, beliau berpendapat bahawa kreativiti adalah
keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru bagi memperkemaskinikan idea yang
ada. Aktiviti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap
kepada sesuatu organisasi yang baru dianggap sesuatu kreativiti. Berdasarkan
kepada kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang
maksud kreativiti. Antara maksud yang diperjelaskan oleh beliau ialah kreativiti adalah
sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi
tidak semua orang kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti
adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari
kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan
sehingga terhasilnya suatu produk.
Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982) menjelaskan, kreativiti berkait dengan
suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan
atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses
pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang
terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea
sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian, berlaku proses pemikiran kreatif,
mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan kemahiran, keinginan
meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek dimanipulasikan serta
dikaji, teliti menggunakan langkah-langkah perkembangan kreatif : sumbang saran,
penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi, penyusunan semula, pengunduran,
membuat penyenaraian dan dimensi lain (analogi).
Pendapat Edward De Bono (1992) pula menyatakan bahawa kreativiti adalah
bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan
mempunyai nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan
sesuatu yang biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui. Bagi
pendapat Dunn (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan untuk menjana
idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba
sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan
pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan sebagai
penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.
5.0 Hasil Karya Seni Kanak-Kanak

5.1 Bidang : Menggambar (Lukisan)


Tajuk : Alam Flora dan Fauna
Dilukis oleh : Murid tahun 5 Jasmine

Ciri-ciri Penerangan

Isi Kandungan  Tema yang ingin di diceritakan melalui karya ini adalah berkaitan
dengan alam flora dan fauna.
 Fikiran adik Ammar lebih kepada dunia ciptaannya sendiri iaitu dunia
kartun yang penuh dengan fantasi dan khayalan semata-mata.
 Karya ini adalah berkaitan dengan Ultraman yang ingin
menyelamatkan Negara, tetapi ia telah dimusnahkan oleh seekor
raksasa.
 Adik Ammar mempunyai nilai yang tinggi di dalam dirinya dimana dia
membayangkan setiap hasil yang diperolehi adalah bermula dari usaha
yang keras.
Kreativiti kaedah
Penjanaan Idea
Chapman

 Pada peringkat ini, cerita yang berunsur khayalan ini sangat sesuai
dengan jiwa beliau. Beliau berasa seronok apabila dapat menyaksikan
cerita yang berkaitan dengan lawan dan keganasan.
 Guru-guru membantu dalam menceritakan dan member contoh tentang
alam fantasi supaya mereka dapat membuat gambaran tentang apa yang
perlu dilukis bagi tajuk Alam Fantasi ini.
 Beliau mendapat idea melalui pengalamannya iaitu menonton cerita-
cerita yang penuh dengan aksi ini.
 Di dalam kehidupan sehariannya, aktivitinya terisi dengan menonton
dan melihat cerita aksi ini.
 Ianya sangat sesuai dengan kanak-kanak lelaki yang inginkan
kebebasan dan keseronokan.
 Pada peringkat ini, adik Ammar mampu mengimaginasikan sesuatu
yang selalu beliau saksikan.
 Dari situ, adik Ammar dapat menghasilkan karya seperti ini.
 Dalam pemikirannya, beliau memikirkan ultraman dan raksasa, jadi
beliau akan cuba sampaikan dan luahkan di atas sehelai kertas lukisan.
 Adik Ammar mampu melukis seekor raksasa dan ultraman, walaupun
ianya tidaklah cantik dan sempurna seperti yang sebenarnya.
 Mesej yang ingin disampaikan melalui karyanya sangat difahami oleh
sesiapa yang melihatnya kerana tahap pemikirannya tidaklah tinggi
seperti orang dewasa.
Pengolahan dan Pemurnian

 Proses pengolahan dan pemurniaan diperlukan bagi murid-murid untuk


menghasilkan karya yang menarik dan kemas.
 Hasil karya ini tidak dilukis hanya sekali tetapi ia telah melalui proses
pengolahan dan pengulangan yang berulang kali.
 Pada kali pertama, hasil karya adalah tidak seperti ini, kemungkinan
adik Ammar hanya mempelajari melukis raksasa, kemudian ultraman
dan seterusnya dia dapat berimaginasi untuk melukis dan menghasilkan
karya dalam situasi seperti ini.
 Kanak-kanak perlukan latihan dan bimbingan untuk melakukan sesuatu
supaya dapat menghasilkan produk yang berkualiti dan bermakna.

Kemahiran Menggunakan Bahan

 Adik Ammar hanya menggunakan warna pensel sebagai alat untuk


menghasilkan karya tersebut.
 Beliau tidak mempelbagaikan alat dan bahan. Ini kerana kanak-kanak
lelaki pada peringkat ini tidak berminat untuk perkara yang remeh
temeh seperti menggunakan warna krayon atau warna air.
 Pada peringkat ini, mereka tidak mementingkan warna. Cukuplah
sekadar hasil mereka siap dan memuaskan hati mereka.

Kreativiti  Kreativiti yang ditonjolkan oleh adik Ammar ini sangat menarik. Dan
ia sangat sesuai dengan jiwa lelaki pada peringkat kanak-kanak ini.
 Beliau bijak menghasikan sesuatu yang ringkas, padat dan menarik.
 Adik Ammar menghasilkan karya ini berdasarkan pemikiran dan
keinginan beliau untuk menjadi seperti Ultraman.
 Selain itu, adik Ammar ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran
beliau. Pengaruh televisyen dan permainan juga menyebabkan beliau
menghasilkan karya seperti ini.
 Beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang banyak
berkaitan dengan kartun ini.
 Jadi mudah bagi adik Ammar untuk melukisnya.
 Dunia pemikirannya sentiasa dikelilingi dengan fantasi kartun ini. Jadi
tidak mustahillah adik Ammar akan menghasilkan karya ini.
 Pada peringkat umur adik Ammar ini, beliau kreatif melukis raksasa
dan ultraman walaupun ia tidak sempurna seperti yang sedia kala.
 Tetapi ia sangat memberi kepuasan kepada adik Ammar.
 Beliau juga bijak mengatur starategi dalam dunia ciptaannya supaya ia
kelihatan lebih menarik.
 Luahan dan keinginan beliau akan tercapai apabila karyanya terhasil di
atas kertas lukisan.
 Setelah melihatnya, adik Ammar rasa seronok dan mendatangkan
keuasan dalam dirinya.

5.2 Bidang : Menggambar (Lukisan)


Tajuk : Perayaan
Dilukis oleh : Kanak-kanak berumur 9 Tahun

Ciri-ciri Penerangan

Isi Kandungan  Lukisan ini menceritakan tentang sesuatu perayaan iaitu Hari Raya
Aidilfitri yang disambut oleh orang Islam.

 Lukisan ini dilukis oleh adik Hanan yang berumur 9 Tahun.

 Hasil karyanya dilukis berpandukan tema yang diberikan oleh guru.

Kreativiti Kaedah Penjanaan idea


Chapman
 Guru memberikan tema dan konsep yang perlu dilakukan untuk
menghasilkan karya ini. Guru membimbing dan membantu murid
dalam mencetuskan idea untuk berkarya.

 Bagi adik Hanan, beliau mendapat idea untuk melukis gambar ini
adalah berdasarkan penceritaan guru, melalui sesi soal jawab guru dan
murid-murid.

 Adik Hanan juga mendapat idea untuk melukis gambar ketupat dan
rumah itu adalah berdasarkan pengalaman yang telah dilalui oleh
beliau. Setiap tahun, dia akan menyambut Perayaan Hari Raya
Aidilfitri jadi beliau melalui sendiri situasi seperti ini, maka dia dapat
melukis berdasarkan pengalaman yang telah dilaluinya., Dia mendapat
idea untuk melukis ketupat, pelita, bunga api dan wanita dan kanak-
kanak sedang menyambut Hari Raya.

 Selain itu, adik Hanan juga mendapat idea dan inspirasi untuk melukis
gambar bagi suasana di Hari Raya adalah melalui televisyen dan
gambar-gambar yang dilihat.

Pengolahan dan Pemurnian


 Adik Hanan mengolah dan melakukan pemurnian bagi hasil karyanya.
 Dapat dilihat dalam hasil karyanya, beliau dapat melukis gambar
figura manusia seakan-akan yang benar.
 Objek seperti ini adalah bukan pertama kali dilakukan oleh beliau.
 Bagi mendapatkan hasil figura seperti ini, adik Hanan telah melakukan
latihan, pengulangan dan pemurniaan supaya hasil yang diperolehi
menarik dan menyerupai subjek yang sebenar.
 Guru membantu murid untuk melakukan pemurnian hasil karya
mereka.
Kemahiran menggunakan bahan
 Adik Hanan hanya menggunakan bahan pensel, pensel warna, pen
cecair hitam dalam karyanya.
 Tahap kawalan tangan yang terkawal. Mewarnakan setiap imej yang
digambarkan dengan kawalan tangan yang baik.
 Diperingkat umur beliau, mereka masih tidak mahir untuk
menggunakan warna krayon atau warna air.
 Walaupun hanya menggunakan pensel warna, namun hasil yang
kelihatan sangat cantik dan menarik sesuai dengan tahap dan peringkat
umurnya.
 Guru mengajar dan menunjukkan cara serta teknik yang betul untuk
mewarna bagi sesuatu gambar. Guru memainkan peranan penting
dalam melahirkan murid-murid yang kreatif. Guru yang kreatif dan
mengetahui teknik serta kaedah yang sesuai dalam berkarya dapat
membantu murid-murid dalam melukis, mewarna dan mencipta
sesuatu yang baru. Keadaan ini juga dapat menarik minat murid untuk
berkarya dan melibatkan diri dalam Pendidikan Seni.
6.0 Kesimpulan

Penggunaan kaedah yang betul dalam Pendidikan Seni Visual dapat melahirkan kanak-kanak
yang kreatif dan berminat dalam seni. Kaedah Chapman dapat membantu kanak-kanak dalam
perkembangan kreativiti mereka. Berdasarkan ketiga-tiga kaedah Chapman itu seperti Penjanaan
Idea, Pengolahan dan Pemurnian dan Penggunaan Alat dan Bahan ia sangat membantu kanak-
kanak untuk berkarya dan mendekatkan diri mereka dengan seni. Melalui kaedah ini, kanak-
kanak lebih mudah untuk menghasilkan karya kerana ia tiada batasan dan kongkongan untuk
meluahkan ekspresi. Kanak-kanak boleh belajar dan bermula dengan seni yang asas, kemudian
dengan bersandarkan kaedah yang digunakan, kreativiti dan bakat murid dapat ditingkatkan.

Guru-guru juga memainkan peranan yang penting dalam melahirkan dan


mengembangkan bakat kanak-kanak dalam bidang seni ini. Guru membantu mereka dari segi
mencari idea, mengolah idea, pemurnian dan penggunaan alatan yang sesuai dan pelbagai dalam
bidang seni. Kanak-kanak perlukan inspirasi dan semangat daripada kalangan orang dewasa.
Melalui inspirasi, hasil karya dan sifat kreatif yang dipunyai oleh guru dapat membantu
mencetuskan semangat, inspirasi dan idea kepada mereka untuk berkarya dan mendekatkan diri
dengan seni. Kemahiran kanak-kanak amat bergantung kepada latar belakang pendidikan yang
diterima menerusi corak pengajaran guru Pendidikan Seni Visual yang lepas

 Menurut Bersoon (1982), galakan yang diberi kepada kanak-kanak menggunakan deria
dan respon emosinya dalam memperolehi pengalaman akan meningkatkan keupayaan kanak-
kanak dalam membuat pengamatan dan penaksiran. Penglibatan murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual penting bagi meningkatkan kemahiran pelajar.Guru
memainkan peranan yang sangat penting bagi menggalakkan pelajar aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual. ( Noriah Kamarudin, 2006). Faktor peranan guru, strategi
pengajaran dan pembelajaran guru, kemudahan sekolah serta alat dan bahan yang digunakan
semasa pengajaran dan pembelajaran dapat mempengaruhi tahap penglibatan murid-murid
dalam Pendidikan Seni Visual.
Rujukan

Chapman, Laura H. (1978). Approaches to Art in Education. New York: Havcourt Brace
Jovanovich Inc.
Day. D. Micheal (1998 ). Art Education: Essential for a balanced education , Arts Education
Bulletin, April 1998
Hassan Langgulung (1991). Kreativiti dan Pendidikan, Suatu Kajian Psikologi dan
Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus dewan bahasa dan pustaka terbitan 2002
Lowenfeld, Victor and Brittain W. Lambert (1970). Creative and Mental Growth. 5 th.
ed. New York: Macmillan Company.
Mc Fee, June King (1972). Preparation For Art. San Francisco: Wadswath Publishing
Company, Incorperation.
Raja Zalabuddin Raja Yaakub (1985). Bukankah Seni Untuk Masyarakat. Dewan Budaya. Kuala
Lumpur:
Siti Zainon Ismail (1989). Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://definisi.org/proses-artistik-kaedah-chapman
http://www.scribd.com/doc/36257375/Victor-Lowenfeld

Anda mungkin juga menyukai