Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MAJLIS sukan rakyat

  ‫ والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى‬, ‫بسم هللا الرحمن الرحيم الحمد هلل رب العالمين‬
‫ آله وأصحابه أجمعين‬.  
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim 
                 Kami merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan
nikmat2Mu yang tidak terhitung. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-
dosa yang telah kami lakukan. 
Engkau berkatikanlah majlis kami ini iaitu majlis sukan rakyat di sk slow temiang pada
pagi ini.
Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,
Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran
kami ,sejahterakanlah penglihatan kami agar kami dapat menjalankan aktiviti pada
hari ini dengan lancar dan sempurna serta terpelihara daripada sebarang kecederaan
dan bahaya.
Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum ,
kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan
sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah
keindahan diri kami dengan kesihatan.
Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami sekolah ini
akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang.
Kami pohon padaMu Ya Allah Kurniakanlah kepada kami juga kesabaran, ketabahan
semangat permuafakatan dan silaturahim yang murni dan sejati untuk terus
menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara.  

Anda mungkin juga menyukai