Anda di halaman 1dari 28

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Asal-usul Kesultanan Johor

Kerajaan Johor diasaskan pada tahun 1528 oleh Sultan Alauddin Riayat II, putera Sultan

Mahmud dengan Tun Fatimah. Kesultanan Johor ini mengambil masa hampir seratus tiga belas

tahun untuk muncul sebagai sebuah kuasa di Selat Melaka, menyambung keagungan kerajaan

Melaka.1 Kesultanan Johor telah diperintah oleh pemerintah dari sultan-sultan Melaka sehingga

tahun 1699, iaitu dengan kemangkatan Sultan Mahmud Shah yang digelar juga “Sultan Mangkat

Dijulang.”

Dalam episod Johor, Sultan Mahmud merupakan raja terakhir daripada jurai raja-raja

agung Melaka yang mendakwa raja berasal dari keturunan Pagar Ruyung di Minangkabau.

Sultan Mahmud dipercayai merupakan raja dari keturunan Sultan Mahmud dari Kesultanan

Melayu Melaka yang tewas diserang Portugis. Sultan Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka

telah melarikan diri ke Kampar , Sumatera dan berkahwin dengan seorang anak raja di sana.

Baginda dikurniakan dua orang anak lelaki . Seorang anaknya berhijrah ke Perak membuka

kerajaan di sana dan seorang lagi berhijrah ke Johor Lama (Kota Tinggi) Johor dan membina

sebuah negara di panggil Kerajaan Johor. Pemerintahan Johor dari keturunan Kesultanan Melayu

Melaka, sampai kepada Marhum Mangkat Dijulang. Episod pembunuhan Sultan Mahmud

mengakibatkan retak yang ketara dalam kepimpinan dan menandakan kemerosotan Johor sebagai

kerajaan yang terulung dirantau Melayu. Pembunuhan Sultan Mahmud disebabkan oleh perasaan

tidak puas hati Megat Seri Rama yang mendapat sokongan daripada pembesar-pembesar.

1.2 Kezaliman dan Kejatuhan Sultan Mahmud


1
Dr Abdullah Zakaria Ghazali(1997).Warisan Persuratan Johor.Yayasan Warisan Johor,Johor.hlm15
1
Baginda adalah raja yang terlalu zalim dalam menjalankan pemerintahan dan mangkatnya

baginda tanpa meningggalkan zuriat untuk meneruskan tampuk pemerintahan di Johor.Utusan-

utusan Belanda ke Johor dalam tahun 1699 menyifatkan sultan ini sebagai

masih terlalu muda dan tidak dapat dikawal; baginda menghabiskan mas dengan keseronokan

yang keji dan berkelakuan tidak senonoh. Baginda membunuh orang sesuka hati dan melakukan

kekejaman sewenang-wenangnya.2 Kezaliman Sultan Mahmud telah diakui oleh semua tulisan

orang Eropah dan juga sejarah yang ditulis oleh orang Melayu sendiri. Contohnya, baginda telah

menembak seorang rakyat sehingga ubat bedil itu telah menembusi bahunya dan ubat bedil itu

terbenam dalam daging orang itu, Tindakan baginda seterusnya adalah mentertawa setelah

melihat peristiwa yang berlaku itu. Peristiwa yang tidak berperikemanusiaan ini telah disaksikan

sendiri oleh Alexender Hamilton seorang pedagang bangsa Scot. Sikap tidak berpeikemanusiaan

ini tidak seharusnya wujud dalam diri pemerintah. Tugas pemerintah yang sebenarnya adalah

untuk menaungi dan menjaga keselamatan, keamanan dan kebajikan negeri dan rakyatnya.

Puncak kezaliman baginda Sultan Mahmud apabila baginda telah membelah perut isteri

Megat Seri Rama yang ketika itu sedang hamil. Oleh sebab isteri orang besar itu telah

mengambil seulas nangka kerana mengidamkan buah itu. Disebabkan kezaliman itu, maka

Bendahara Tun Abdul Jalil dengan persetujuan Orang Kaya bersepakat membunuh baginda.

Tugas untuk membunuh baginda Sultan diserahkan kepada Megat Seri Rama. Menurut adat

Melayu seseorang raja boleh diturunkan dari takhta kerajaan melalui musyawarah dan muafakat

segala Orang Kaya. Hanya Seri Bija Wangsa yang menentang komplot untuk membunuh Sultan

Mahmud kerana menganggap derhaka. Walau bagaimanapun, beliau telah dibunuh terlebih

2
Leonard Y. Andaya,(1987).Kerajaan Johor 1641-1728: Pembangunan Ekonomi dan Politik 
. KualaLumpur.hlm244-245
2
dahulu untuk melicinkan rancangan membunuh Sultan Mahmud. Akhirnya, pada 1699 ketika

umur baginda lebih kurang dua puluh empat tahun, baginda telah ditikam sedang

baginda dijulang ke masjid untuk pergi bersembahyang Jumaat.3

BAB 2 KESAN DI AWAL DAN DI AKHIR ABAD KE-18

2.1 Pengambil Alihan Kuasa oleh Golongan Bendahara

Selepas peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud, pemerintah Johor telah diambil alih oleh

keluarga Bendahara kerana Sultan tidak mempunyai zuriat untuk mewarisi takhtanya. Sultan

Abdul Jalil menjadi pemerintah yang pertama. Walaubagaimanapun, Sultan Abdul Jalil gagal

untuk mendapat sokongan dan taat setia daripada rakyatnya. Hal ini kesan daripada pembunuhan

raja yang merupakan penderhakaan yang cukup besar bagi masyarakat Melayu tradisional.

Rakyat tidak mengiktiraf pemerintahan Bendahara kerana mereka seorang penderhaka dan juga

perampas kuasa. Lebih-lebih lagi Orang Laut yang berperanan penting kepada kesultanan Johor

dari abad ke-15 hingga ke akhir abad ke-17 tidak dapat menerima keadaan yang telah berlaku.

Akhirnya, berlaku ketidakstabilan politik dalaman di Johor. Orang Laut begitu marah

sehinggalah bukan sahaja enggan mengakui pemerintahan yang baru tetapi mengancam untuk

bertindak balas iaitu membalas dendam ke atas orang Johor disebabkan pembunuhan pemerintah

Sultan Mahmud. Kegagalan Johor mengawal jajahan takhluknya menandakan kelemahan yang

ketara pada wangsa yang baru itu. Pada pandangan orang Melayu tidak mempunyai daulat lalu

menggalakkan beberapa golongan keturunan pemerintah Melayu di Minangkabau yang pada

masa dahulku menghantar sebuah keluarga di raja ke Semenanjung Tanah Melayu supaya

3
Ibid hlm 252
3
membantu menyelesaikan masalah itu. Keluarga diraja Mingangkabau telah mendakwa bahawa

Raja Kecil berhak menduduki takhta Johor.

2.2 Kemunculan Raja Kechil Menuntut Kekuasaannya

Seterusnya,keadaan runcing ini telah menyebabkan camputangan kuasa luar seperti

Minangkabau dan Bugis. Keadaan politik yang tidak stabil di Johor membawa kepada

kemunculan Raja Kecil dari Siak yang telah mengakui bahawa dirinya sebagai putera kepada

Sultan Mahmud. Pada tahun 1717, apabila Sultan Mahmud mangkat, Che’Pong iaitu gundik

Sultan Mahmud dan ibu kepada Raja Kecil telah melarikan diri ke Minangkabau yang pada

ketika itu sedang mengandungkan Raja Kecil.4

Setelah Raja Kecil dilahirkan, baginda dijadikan anak angkat oleh keluarga di raja Pagar

Ruyung di Minangkabau. Maka, kedatangannya ke Johor bertujuan untuk mengambil alih

tampuk pemerintahan Kerajaan Johor. Khabar ini seolah-olah memutikkan semangat baru dan

mengembirakan Orang Laut yang tanpa syak wasangka terus menerima khabar itu dan sanggup

berjuang bersama raja yang dikatakan berketurunan daulat itu. Orang Johor digambarkan amat

mengalu-alukan kedatangan Raja Kecil yang dianggap berdaulat seperti yang digambarkan

melalui petikan berikut:

“Tuan kita sudah datang!” Dan mana suku Laksamana ,semua datang menghadap,semuanya menghadap
baginda.Maka kata orangJohor ,”Jikalau betul asal tuan .Kami,mintak tawarkan air masin” dan
titahbaginda,”baiklah”. Dan lalu diambil Rotan , dilingkar, dimasukkan kedalam air. Lalu dimasukkan
kedalam lingkaran itu .Dan masing-masing meminum air itu sangat tawar, lagi sejuk rasanya. Maka
segala orang Johor pun bersoraklah,”ialah ,tuanku patik ,Tuanku Yang MahaMulia ini!” Dan Baginda
pun berititah kepada segala rakyat,“Hendaklah kamu Mengatakan “daulat”.5

4
Raja Ali Haji(1998).Tuhfat al-Nafis.Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa Pustaka Kuala Lumpur.hlm18-21
5
Muhammad Yusof Hashim(1992).Hikayat Siak.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.hlm125
4
2.3 Camputangan Bugis di Johor

Orang Bugis yang memainkan peranan penting sewaktu Perang Johor-Jambi mempunyai

pengaruh yang kuat di Johor. Selain daripada orang Bugis, orang Minangkabau juga mempunyai

pengaruh yang kuat. Orang Bugis dan Minangkabau percaya dengan kematian Sultan Mahmud,

mereka dapat mengembangkan pengaruh mereka di Johor. Campurtangan Bugis di Johor

merupakan babak terakhir dari siri-siri tangan luar dalam hal-ehwal Johor. Kedudukan Yang di-

Pertuan Besar yang tidak mempunyai kuasa menimbulkan perasaan tidak puas hati orang-orang

besar keturunan orang Melayu. Maka, pihak Melayu berusaha untuk menyingkirkan pengaruh

Bugis di Johor. Mereka juga mendapat sokongan kuat daripada Sultan Mansur dari Terengganu.

Walaubagaimanapun, usaha tersebut adalah sia-sia apabila Sultan Mansur balik ke Terengganu

dalam tahun 1760 meninggalkan kerajaan Johor yang dikuasai oleh Bugis.

Pergolakan politik Johor bertambah bergolak apabila Raja Kecil ingin menuntut

kekuasannya semula sebagai anak raja, iaitu anak kepada Sultan Mahmud. Raja Kecil

menjanjikan kepada orang Bugis bahawa sekiranya mereka menolongnya menaiki takhta dia

akan melantik ketua orang-orang Bugis sebagai Yang Dipertuan Muda Johor. Pada masa itu

orang-orang Bugis telah memberikan alasan untuk pergi ke Selangor bagi mengumpul orang-

orangnya sebelum melancarkan serangan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1717, Raja Kecil

dan askar dari Siak (Minangkabau) telah menyerang Johor terlebih dahulu setelah terlalu lama

menunggu kedatangan orang-orang Bugis. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil telah menawan

Panchor. Raja Kecil melantik dirinya sebagai Yang di-Pertuan Besar Johor dan bergelar Sultan

Abdul Jalil Rahmat Shah. Tidak cukup dengan itu, Raja Kecil mengarahkan Laksamana

Nakhoda Sekam membunuh iparnya, Bendahara Abdul Jalil di Kuala Pahang pada tahun 1721.

Putera Bendahara Abdul Jalil, Raja Sulaiman dan Tengku Tengah atau Tengku Erang meminta
5
bantuan Bugis lima bersaudara yang terdiri daripada Daeng Parani, Daeng Marewah, Daeng

Chelak, Daeng Kemasi dan Daeng Menambun.6

Akhirnya, dengan gabungan anak-anak pemerintah Bendahara yang telah dipecat,

dikenali juga sebagai “Anak-anak Raja Lima Bugis Bersaudara” yang membawa kepada

peleraian perang saudara Bendahara-Bugis, telah mengalahkan Raja Kecil pada tahun 1722.

Akhirnya, kesultanan Johor-Riau telah ditubuhkan dengan bantuan “Anak-anak Raja Bugis Lima

Bersaudara.” Orang Bugis kemudiannya telah diiktiraf oleh orang Bendahara dengan mengiktiraf

kedudukan Raja Muda dari Penyengat, Riau iaitu yang dikenali sebagai Sultan Sulaiman.7

Kemudiannya, Sultan Sulaiman, putera kepada Sultan Abdul Jalil dilantik sebagai Sultan Johor-

Riau. Kegemilangan Kesultanan Johor-Riau berkekalan sehingga kepada pemerintahan Sultan

Mahmud Ibn Sultan Abdul Jalil.

Pada tahun 1784, pembesar Johor telah meminta bantuan Belanda untuk mengusir orang

Bugis dari Riau. Dengan itu, pembesar Melayu dapat menguasai semula tampuk pemerintahan

kerajaan. Pada tahun 1802, orang Bugis kembali semula ke Riau. Sekali lagi berlakunya

pertikaian antara orang Melayu Johor dengan orang Bugis yang sukar diselesaikan. Para

pembesar Johor berusaha mengekalkan kuasa dan pengaruh di kawasan masing-masing. Sebagai

contoh, Bendahara Johor bertapak di Pahang dan Temenggung Johor bertapak di Pulau Bulang

dan menguasai Singapura serta tanah besar Johor.

Sultan Johor pada ketika itu bersemayam di Lingga ketika Riau masih dikuasai oleh

orang Bugis. Dalam rentetan kejatuhan empayar Johor-Riau ini juga memperlihatkan orang laut

6
Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali(1999).Jurnal Warisan Johor:Pengasas&SultanYang Memerintah Kerajaan
Johor.Yayasan Warisan Johor.hlm39
7
Ooi Keat Gin(2004).Southeast Asia:A Historical Encyclopedia,From Angkor Wat to East Timor.United States of
America.hlm699.
6
berpecah-belah. Ada yang mengikut pembesar Melayu johor dan ramai pula yang menjauhkan

diri daripada sultan dan pembesar. Ini menunjukkan perpecahan telah berlaku dalam kerajaan

Johor-Riau.

BAB 3 KESAN DI AWAL DAN DI AKHIR ABAD KE-19

3.1 Bermulanya Campurtangan British

Selepas Sultan Mahmud mangkat pada tahun 1812 di Lingga, baginda telah meninggalkan dua

orang putera, iaitu Tengku Hussin dan Tengku Abdul Rahman. Tengku Abdul Rahman disokong

kuat oleh Yamtuan Muda Raja Jaafar dilantik sebagai Sultan Johor. Perlantikan ini menimbulkan

rasa tidak puas hati Tengku Hussin, putera sulung Sultan Mahmud.

Pada tahun 1818, pihak Belanda menandatangani perjanjian dengan Tengku Abdul

Rahman . Belanda memberikan pengiktirafan Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan dan sebagai

balasannya, Belanda mahukan posnya di Riau didirikan semula. British pula yang sememangnya

bersaing dengan Belanda dalam menguasai jalan perdagangan dan cuba mencari tapak baru

kerana Pulau Pinang tidak strategik. Dengan kedatangan Sir Stamford Raffles pada tahun 1819,

Kerajaan Johor-Riau telah dibahagikan kepada dua kerajaan, iaitu Tengku Hussin sebagai Sultan

Johor dan Singapura, manakala Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Riau-Lingga. 8 Seterusnya,

perjanjian ditandatangani antara Tengku Hussin dan Tengku Abdul Rahman dengan pihak

British pada 6 Februari 1819. Dengan ini terbuktilah bahawa Tengku Hussin telah diakui oleh

Temenggung Abdul Rahman sebagai Sultan Johor, yang mempunyai hak dan kedaulatan ke atas

negeri Johor yang tidak boleh dipersoalkan lagi.9

8
Ibid hlm699
9
Rahman Saripan(1991).Masyarakat Melayu Abad ke-19.Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlm94
7
Kedatangan Sir Stamford Raffles dalam membantu menyelesaikan perebutan kuasa ini

sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Semasa Johor menghadapi masalah perebutan kuasa

ini lagi, British yang pada waktu itu menduduki Melaka sejak tahun 1795, berkuat kuasakan

surat kew menyerahkan semula Melaka kepada Belanda pada tahun 1818. Oleh kerana pihak

Belanda menjalankan dasar menyekat perdagangan menyebabkan Gabenor Jeneral India, Warren

Hasting, berpendapat perlunya sebuah pelabuhan baru bagi mengawal perdagangan di Kepulauan

Melayu. Dengan itu beliau mengarahkan Sir Stamford Raffles mencari pelabuhan sama ada di

Aceh atau Riau, maka Belanda mengambil langkah segera menduduki semula Riau. Raffles

kemudiannya tidak ada pilihan lain, kecuali Singapura. Beliau mengambil kesempatan dari

perebutan takhta kerajaan Johor ini. Raffles datang ke Johor berunding dengan Temenggung

Abdul Rahman di Teluk Belanga. 10

3.2 Peluang Kesempatan British


Dalam pertemuannya dengan Temenggung Abdul Rahman yang berkuasa di Johor pada tahun

1819, Raffles berjaya memujuk untuk menandatangani perjanjian membuka loji atau pangkalan

British di Singapura, dengan perjanjian pembayaran elaun British kepada Sultan. Raffles juga

berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman memanggil Tengku Hussin dari Riau ke

Singapura untuk dilantik sebagai Sultan Johor. Tengku Hussin tiba di Singapura pada bulan

Februari 1819 dan dengan sokongan Temenggung Abdul Rahman dan Raffles, beliau memakai

gelaran Sultan Hussin Muhammad Shah. Pada 6 Februari 1819 ini juga, perjanjian

ditandatangani oleh Sultan Hussin dan Temenggung Abdul Rahman dengan Sir Stamford Raffles

di mana, Syarikat Hindia Timur Inggeris dibenarkan membuka lojinya di Singapura dengan

10
Dr Abdullah Zakaria Ghazali(1997).Warisan Persuratan Johor.Yayasan Warisan Johor,Johor.hlm17-18
8
bayaran tahunan 5,000 ringgit Sepanyol kepada Sultan Hussin dan 3,000 ringgit Sepanyol

kepada Temenggung Abdul Rahman dan ini mengesahkan lagi pelantikan Sultan Hussin sebagai

Sultan Johor. 11

Ini menjelaskan bahawa, British menggunakan peluang di atas konflik yang berlaku

untuk kepentingan mereka sendiri. Di atas kebijaksanaan British, mereka mengisytiharkan Sultan

itu sebagai Sultan atau pemerintah semata-mata untuk memenangi hati rakyat dan juga dalam

mengaburkan muslihat mereka untuk menguasai sesuatu kawasan yang dianggap bernilai sebagai

pelabuhan, untuk menguasai ekonomi dan kekayaan di Kepulauan Melayu. Apabila Sultan

ditabalkan sebagai seorang Sultan di suatu kawasan, maka dengan pengiktirafan ini, bermakna

Sultan akan menerima segala peraturan yang ditetapkan British. Keterbukaan Sultan juga dalam

menerima British menyebabkan segala peraturan yang dibuat British sewenang-wenangnya

dipersetujui. Persetujuan ini disebabkan oleh faktor kewangan yang dijanji oleh British terhadap

Sultan-sultan kerana mereka sangat memerlukan ganjaran wang untuk melangsaikan hutang dan

ada di antara Sultan juga terlalu boros menggunakan wang. Sebagai contoh, disebabkan

keborosan mereka, John Crawford telah menahan wang pembayaran bulanan kepada Sultan

Hussin dan Temenggung Abdul Rahman selama tiga bulan dengan alasan Kompeni Inggeris

tidak mempunyai wang. Hal ini membuatkan sultan dan temenggung bergadai bergolok untuk

membiayai tanggungan besar mereka. 12

11
Ibid hlm17-18
12
AF Yassin&Zam Ismail(2002).Sejarah Adat-Istiadat Kesultanan Johor.Yayasan Warisan Johor,Johor.hlm30-31
9
3.3 Penyerahan Singapura
Penahanan pembayaran bulanan kepada sultan dan temenggung membuatkan mereka kesempitan

wang. Akhirnya Crawford membuat cadangan kepada Sultan dan Temenggung supaya

menyerahkan Singapura kepada Inggeris dan dengan demikian Sultan akan diberi hadiah

sebanyak $33,200 Sepanyol bersama gaji bulanan seumur hidup sebanyak $1,300. 13 Sementara

Temenggung pula diberi wang hadiah sebanyak $26,800 dengan gaji bulanan seumur hidup

sebanyak $700. Di samping itu, jika Sultan dan Temenggung mahu pindah dari Singapura kedua-

duanya akan diberi wang lagi sebanyak $20,000 untuk Sultan dan $15,000 untuk Temenggung. 14

Cadangan ini dianggap banyak pihak sebagai usaha Inggeris hendak menghalau Sultan

dan Temenggung dari bumi Singapura. Perkara ini sebenarnya menjelaskan kepada kita bahawa

Crawford berjaya menjalankan tipu muslihatnya untuk menjadikan Singapura milik British. John

Crawford hanya menggunakan helah semata-mata untuk memulakan politik pecah dan

perintahnya di negeri-negeri Melayu dan Singapura. Hal ini disebabkan oleh British dan Belanda

berebut-rebut mendapatkan kuasa politik dan perniagaan di negeri-negeri Melayu di seluruh

kepulauan Nusantara. Maka pada 17 Mac 1824, kedua-dua penjajah ini telah mengadakan

perjanjian di London untuk membahagi dua daerah Nusantara sebagai daerah jajahan mereka.

Malah, Crawford telah mengutus surat kepada pihak berkuasa Kompeni British di benggala

mencadangkan agar Singapura ditakluki sahaja oleh British. Dalam perjanjian yang dibuat di

London itu tidak ada seorang pun raja-raja melayu yang diundang hadir. Dan sejak itu kerajaan

Riau-Lingga tidak lagi menuntut Johor sebagai jajahan takluknya.15

13
Abdullah Bin Kadir Munsyi(2007).Hikayat Abdullah.Yayasan Karyawan Kuala Lumpur.hlm238-241
14
Ibid hlm238-241
15
AF Yassin&Zam Ismail(2002).Sejarah Adat-Istiadat Kesultanan Johor. hlm30-31
10
Akhirnya, atas kejayaan Crawford dalam membuat rancangan tipu muslihatnya, Sultan

dan Temenggung bersetuju dengan cadangan Crawford kerana kesempitan wang. Maka pada 2

Ogos 1824, satu perjanjian ditandatangani antara Crawford bagi pihak British dengan Sultan

Hussin dan Temenggung Abdul rahman untuk menyerahkan Singapura Kepada British dan

secara rasminya hilanglah kuasa Sultan Hussin dan Temenggung Abdul Rahman di Singapura

dan pulau-pulau yang berhampiran.16

3.4 Perjanjian Inggeris-Belanda 1824


Perselisihan faham di antara British dan Belanda dsebabkan pembukaan Singapura oleh

Stamford Raffles pada tahun 1819 telah membawa kepada termeterainya perjajian ini. Di sinilah

terjadinya pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda.

Mereka kemudiannya memperkenalkan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan

Sistem Penasihat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Ini secara tidak langsung

menguatkan lagi sistem pentadbiran mereka di Negeri-negeri Melayu.

Dalam proses campur tangan ke atas kerajaan Melayu, kuasa Barat (British) mengiktiraf

orang Melayu sebagai Tuan kepada tanah airnya. British berhubung dengan sultan-sultan Melayu

untuk mendapatkan persetujuan mereka. Penjajahan British ini kemudiannya mengakibatkan

penentangan tokoh dan masyarakat tempatan. Antara tokoh-tokoh yang terkenal dalam

menentang British adalah Dol Said di Naning kerana British bertindak memansuhkan jawatan

penghulu dan ketua-ketua suku. Mereka juga dilantik sebagai pengutip cukai dalam negeri.

Akibat daripada keengganannya dan menganggap dirinya sebagai pemerintah yang bebas, British

menyerang Naning tetapi gagal mengalahkan Naning. Kejayaan Dol Said menghadapi serangan

16
Ibid hlm30-31
11
British adalah kerana mendapat bantuan daripada negeri-negeri  jiran seperti Rembau, Seri

Menanti dan Sungai Ujong. Pada 1832, British sekali lagi menyerang  Naning dengan satu

angkatan perang yang lebih kuat. Naning dapat ditawan tetapi Dol Said berjaya melarikan diri.

Selain itu, wujud pula masyarakat majmuk atau pluralistik di Tanah Melayu. Ini berkait

rapat dengan dasar British untuk mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu untuk mendapatkan

keuntungan yang cepat dan maksimum. Sebagai contoh, migrasi orang Cina dari Kwangtung dan

Fukien, migrasi orang India melalui sistem Kangani dibawa masuk melalui sistem kotrak buruh,

tiket kredit, secara berkumpulan dan persendirian. Mereka ini kemudiannya menjadi buruh dan

bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa, pembalakan dan sebagainya. Terdapat juga migrasi

penduduk Melayu dari Indonesia, Jawa dan Sumatera yang bekerja dalam sector pertanian dan

tinggal di luar bandar. British kemudiannya melaksanakan dasar Pecah dan Perintah bagi

memudahkan kawalan ke atas imigran tersebut.

3.5 Koflik dalam Keluarga Temenggung dan Sultan


Secara umumnya, wujudnya konflik yang seterusnya mencetuskan perang dalaman pada tahun

1879 disebabkan oleh keinginan keluarga Temenggung hendak berkuasa penuh di Johor, dan

adanya usaha mempertahankan hak oleh keluarga sultan. Pada tahun 1834, Sultan Hussin

berpindah dari Singapura ke Melaka, dan mangkat di Umbai, Melaka pada tahun 1835.

Walaupun, Sultan Hussin mangkat pada tahun 1835, Tengku Ali (putera Sultan Hussin)

diisytiharkan dengan gelaran ‘Sultan’ pada 16 September 1840. Kelewatan pengisytiharan ini

kerana ada tanda-tanda pihak British tidak mahu mengiktiraf gelaran ini. 17

17
Rahman Saripan(1991).Masyarakat Melayu Abad ke-19.Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlm94
12
Namun demikian, perkara ini tidak berpanjangan kerana Temenggung Ibrahim (putera

Temenggung Abdul Rahman) mula cuba meluaskan pengaruhnya dan bercita-cita untuk menjadi

pemerintah Johor. Sejak itulah wujudnya persaingan antara keluarga Sultan (Sultan Ali) dengan

keluarga Temenggung (Temenggung Ibrahim). Pihak British memihak kepada keluarga

Temenggung yang menjalankan rancangannya memujuk serta menasihati Sultan Ali supaya

menyerahkan pentadbiran Johor kepada Temenggung Ibrahim. Temenggung Ibrahim mendapat

sokongan kuat daripada kerajaan British terutamanya kerana kerjasama yang diberikan oleh

Temenggung kepada British. Akhirnya, apabila Temenggung Ibrahim meninggal dunia pada

tahun 1862, beliau digantikan oleh anaknya, Che Wan Abu Bakar (dikenali juga sebagai Daeng

Abu Bakar) yang pada mulanya menggunakan gelaran ‘Maharaja’. Semasa pemerintahan

Maharaja Abu Bakar inilah suatu peralihan kuasa telah berlaku secara keseluruhan daripada

keluarga Sultan kepada Temenggung. Temenggung adalah pemerintah yang paling berpihak

kepada British. Disebabkan itu, British telah mengangkat Temenggung daripada seorang

pegawai eksekutif tempatan kepada Sultan apabila Temenggung telah mencapai kuasa de jure

dan de facto sebagai raja. Pada pemerintahan Maharaja Abu Bakar ini juga berlakunya

kemodenan yang membawa kepada satu pentadbiran yang mengikut hampir sepenuhnya sistem

Barat yang di bawa oleh British. Maka, lenyaplah nilai keabsahan Johor-Riau yang didukung

pada zaman sebelum 1699 sebagai waris daripada Kesultanan Melayu Melaka.

13
4.0 KESIMPULAN
Maka, jelaslah bahawa kejatuhan kerajaan Johor semenjak kemangkatan Sultan Mahmud II,
takhta kerajaan Johor mulai menjadi rebutan dan konsep raja sebagai penyatuan menjadi semakin
hambar. Pertelingkahan yang silih berganti ini mendorong minat kuasa Eropah yang
sememangnya sedang mencari pangkalan di AsiaTenggara untuk campur tangan. Kerajaan Johor
terus merosot apabila perjanjian British-Belanda ditandatangani dan menamatkan terus
kekuasaan dan kemashyuran kerajaan Johor. Negeri-negeri dibawah naungannya berjaya
membebaskan diri meninggalkan Johor sebagai sebuah peradaban yang kian tenggelam
pengaruhnya.

Kesan daripada keruntuhan nilai kedaulatan Johor-Riau selepas kemangkatan Sultan


Mahmud II inilah berlakunya titik-tolak perebutan kuasa di antara keluarga Sultan dan
Bendahara, seterusnya di antara keluarga Sultan dan Temenggung. Campurtangan Bugis juga
dilihat mempunyai agenda dalam menguasai Johor-Riau. British yang sedang mencari tapak baru
sebagai tempat untuk dibuat pelabuhan segala kegiatan telah menghidu perkara ini dan
memulakan agendanya untuk menguasai Singapura. Perjanjian demi perjanjian dibuat di antara
British dan keluarga Sultan dan Temenggung dalam membantu menyelesaikan pergolakan
perebutan kuasa ini yang akhirnya menjadikan Singapura tergadai di bawah kuasa British.
Belanda yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, telah membuat perjanjian dengan British
yang akhirnya termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 inilah yang membahagikan kawasan dan mengukuhkan


lagi penguasaan British dan Belanda terhadap kawasan yang dibahagikan. Apabila keluarga
Temenggung berjaya menguasai tampuk pemerintahan, lahirnya satu sistem pentadbiran baru di
bawah kekuasaan British yang mengikut sistem Barat oleh Maharaja Abu Bakar atau lebih
dikenali sebagai Bapa Kemodenan Johor. Melalui Maharaja Abu Bakar ini kemudiannya lahir
ekonomi yang beraskan Sistem Kangcu yang membawa imigran-imigran dari Cina datang ke
Tanah Melayu untuk mengusahakan segala aktiviti perladangan, pertanian, pertukangan dan
sebagainya yang membawa kepada arus pemodenan Johor dan menjadikan Johor lebih moden
dari Negeri-negeri Melayu lain pada abad ke-19.

14
BIBLIOGRAFI

Abdullah Bin Kadir Munsyi(2007).Hikayat Abdullah.Yayasan Karyawan Kuala Lumpur

Abdullah Zakaria Ghazali(1999).Jurnal Warisan Johor:Pengasas&SultanYang Memerintah


Kerajaan Johor.Yayasan Warisan Johor

Abdullah Zakaria Ghazali(1997).Warisan Persuratan Johor.Yayasan Warisan Johor,Johor.

Abdullah Zakaria Bin Ghazali&Zainal Abidin Borhan. (1994).Johor Dahulu dan Sekarang.
Muzium Negara, Kuala Lumpur.

AF Yassin&Zam Ismail(2002).Sejarah Adat-Istiadat Kesultanan Johor. Yayasan Warisan


Johor,Johor.

Leonard Y. Andaya,(1987).Kerajaan Johor 1641-1728: Pembangunan Ekonomi dan Politik 


. KualaLumpur

Muhammad Yusof Hashim(1992).Hikayat Siak.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.

Ooi Keat Gin(2004).Southeast Asia:A Historical Encyclopedia,From Angkor Wat to East


Timor.United States of America

Patricia Lim Pui Huen(2000).Johor:Local History, Local Landscapes.Singapore.

Rahman Saripan(1991).Masyarakat Melayu Abad ke-19.Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala


Lumpur

Raja Ali Haji(1998).Tuhfat al-Nafis.Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa Pustaka Kuala
Lumpur

15
Lampiran I

Perjanjian yang ditandatangani pada 10 Mac 1855 di antara Sultan Ali dan Temenggung Daeng
Ibrahim di mana Ali diiktiraf sebagai Sultan dan kedaulatan Johor telah diserahkan kepada
Temenggung Daeng Ibrahim dan waris kecuali wilayah antara Muar dan Sungai-sungai Kesang.

Sumber Patricia Lim Pui Huen(2000).Johor:Local History, Local Landscapes.Singapore.hlm14

16
Lampiran II

Kawasan yang dikuasai oleh Temenggung Johor terdiri daripada Selatan Semenanjung Tanah Melayu,
Singapura dan pulau-pulau tertentu di Kepulauan Riau.

Patricia Lim Pui Huen(2000).Johor:Local History, Local Landscapes.Singapore.hlm12

17
Lampiran III

18
Lampiran IV

19
Lampiran V

20
Lampiran VI

21
Lampiran VII

22
Lampiran VIII

23
Lampiran IX

24
Lampiran X

25
Lampiran XI

26
Lampiran XII

27
Lampiran XIII

28

Anda mungkin juga menyukai