Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM GURU PENYAYANG SKBS 2021

PENDAHULUAN

Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang di sekolah bertujuan mengamal dan membudayakan


sikap kasih sayang di sekolah serta dapat meningkatkan keprihatinan dan kesedaran berkenaan
kepentingan murid menghadirkan diri ke sekolah. Program ini juga bertujuan menangani masalah
murid pada peringkat awal terutama dari segi kehadiran murid dan masalah salahlaku murid di
sekolah.

OBJEKTIF

 Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
 Mewujudkan suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan
semasa.
 Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
 Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru.
 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
 Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dengan sasaran 95%

KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK. Bulu Silou Keningau

PENGISIAN PROGRAM

 Aktiviti mengalu-alukan kehadiran dan kepulangan murid setiap hari persekolahan


 Pemberian cenderahati kepada murid rajin
 Program Ziarah Cakna (murid yang terjejas dan ada masalah kehadiran)

TARIKH

 01 MAC 2021, ISNIN (Tarikh Pelancaran)


 Setiap hari persekolahan 2021

Murid yang hadir dialu-alukan kehadiran mereka disamping SOP


PROGRAM GURU PENYAYANG SKBS 2021

Pemberian sumbangan daripada PIBG SKBS kepada murid terjejas

PENUTUP

Diharapkan program yang dirancang dibawah Program Guru Penyayang ini dapat memberi
impak yang positif kearah pembentukan sahsiah murid dan menggalakkan kehadiran murid ke
sekolah di tahun 2021 yang mencabar ini.

Anda mungkin juga menyukai