Anda di halaman 1dari 2

Bahawa adalah kita Seri Paduka Maulana Al Sultan Mahamada Jamala Al Aa’zhoma abana Seri Paduka Al Sultan

Mahamada Fadhola sultan dalam negeri Suluk serta sekelian daerah takluknya kerana diri kita sendiri dan kerana
waris-waris dan pengganti-pengganti kita serta dengan keredhaan sekelian datuk-datuk yang sudah bermuafakat sudah
kurniai pajakan dengan keredhaan dan kesukaan kita sendiri kepada tuan Gustovus Baron De Overback yang tinggal
di negeri Hongkong dan kepada Alfred Dent Esquire yang tinggal di negeri London menjadi wakil suatu kompeni
Inggeris bersama-sama serta waris-warisnya dan kongsinya dan penggantinya dan walinya sampai selama lamanya.
Sekelian perintah dan kuasa yang kita punya atas sekelian jajahan-jajahan dan tanah-tanah yang takluk kepada kita di
tanah besar pulau Borneo dari sungai Pandasan di sebelah barat sampai sepanjang semua tanah-tanah di pantai sebelah
timur sejauh sungai Sebuku di sebelah selatan yang termasuk sekelian jajahan-jajahan di pantai sungai Pandasan dan
pesisir Pitan dan Sukut dan Banggaya dan Labuk dan Sandakan dan Cinabatangan dan Mamayang serta sekelian lain-
lain jajahan-jajahan dan pesisir-pesisir di sebelah selatannya itu di pantai teluk Derabal sampai sungai Sebuku
bersama-sama sekelian pulau-pulau yang bermasuk dalamnya itu sejauh sembilan mil dari tepi laut.

Adapun sebab telah di anugerahkan pajakan ini maka tuan Gustovus Baron De Overback dan Alfred Dent Esquire
yang tersebut itu berjanji membayar kepada Seri Paduka Maulana Al Sultan Mahamada Jamala Al Aa’zhoma dan
kepada waris-warisnya dan kepada pengganti-penggantinya akan jadi pembayaran lima ribu ringgit pada satu tahun
akan di bayar pada tiap-tiap tahun.
Adapun jajahan-jajahan yang tersebut itu daripada hari ini sudah di pajakan kepada tuan Gustovus Baron De
Overback dan kepada Alfred Dent Esquire yang tersebut itu bersama-sama dan kepada waris-warisnya dan kepada
kongsinya dan kepada penggantinya atau kepada walinya sampai seberapa lama yang dianya suka mahu pakai pesisir-
pesisir itu tetapi tiadalah boleh sekali-sekali kuasa dan perintah yang di kurniai dalam pajakan ini di beri atau di
tukarkan kepada lain bangsa atau kompeni daripada bangsa asing kalau tiada dengan kurniaan perintah bawah duli
Queen terlebih dahulu.

Sebagai lagi jikalau ada berbangkit kemudian hari apa-apa perbantahan atau perselisihan antara kita dan waris-waris
dan pengganti-pengganti kita dengan tuan Gustovus Baron De Overback atau kepada kompeninya maka kami antara
kedua pihak akan menyerahkan perkata itu keapda ikhtiar dan fikiran bawah duli Queen punya kounsil jeneral di
negeri Brunei.
Dan lagi jikalau kita Seri Paduka Maulana Al Sultan Mahamada Jamala Al Aa’zhoma dan waris-warisnya dan
pengganti-pengganti kita ada mendapat apa-apa susah kemudian hari maka tuan Gustovus Baron De Overback dan
kompeninya berjanji akan menolong memberi nasihat dan ajaran kepada kita dengan seboleh-bolehnya.
Termaktub surat perjanjian ini dalam negeri Suluk di istana Sultan Mahamada Jamala Al Aa’zhoma kepada 11 hari
bulan Maharam 1295 sanat iaitu kepada 22 hari bulan Januari tahun 1878.

Anda mungkin juga menyukai