Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Bilangan Jurnal : 2/12


Minggu : Kedua
Tarikh Jurnal : 19 Ogos 2022
Tajuk Jurnal : Kemahiran membaca Al-Quran murid yang lemah

1. Isu Yang Difokuskan:


Saya mendapati kebanyakan murid bagi subjek Pendidikan Islam kurang mahir dalam
membaca al-Quran walaupun hanya surah-surah lazim. Ini dapat diperhatikan apabila
saya meminta murid-murid membaca secara sukarela, namun tiada murid yang berani
untuk mencuba. Namun, sekiranya saya mengajar bidang seperti adab dan sirah,
mereka lebih aktif dan sukarela untuk membaca isi kandungan pada paparan slaid.

2. Analisis Yang Difokuskan:


Sebutan huruf-huruf masih kurang baik kerana didapati murid-murid tidak dapat
membezakan sebutan huruf dalam kalimah. Bahkan mereka juga tidak menguasai
hukum tajwid serta masih belum mahir membaca jawi selain yang telah diajarkan oleh
saya pada praktikum kali ini. Oleh itu, masalah ini amat penting untuk diketengahkan,
jika tidak mereka tidak akan mampu membaca al-quran dengan baik.

3. Kajian Lampau Terhadap Isu (Pengalaman Atau Kajian Lepas)


Menurut Sapie et al. (2018), aspek pembelajaran al-Quran masih lagi belum mantap dan
memerlukan sesuatu kaedah yang lebih berkesan lagi. Pengajaran dan pembelajaran al-
Quran di sekolah rendah telah mengalami perubahan demi perubahan sehingga kini.
Maka amat penting dalam kita mempelbagaikan kaedah sesuai dengan keupayaan
murid.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah
Berdasarkan isu yang dianalisiskan ini, beberapa cadangan penyelesaian masalah.
Antaranya adalah seperti berikut :
 Membimbing murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran secara segerak.
Murid.murid akan mengikuti bacaan guru dan memperbaiki sebutan dan tajwid.
 Menayangkan tayangan video bacaan al-Quran iaitu surah-surah penting
supaya mereka akan terbiasa dengan sebutan dalam kalimah surah tersebut.

5. Tempoh Masa Penyelesaian

Satu minggu

6. Tindakan Susulan
Saya akan meneliti murid-murid yang boleh membaca al-Quran dan yang tidak boleh
membaca al-Quran. Analisis ini penting kerana memudahkan saya dalam membimbing
mereka pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang sebelum

tempoh berpraktikum tamat.

7. Tarikh Tindakan

17 Ogos 2022

8. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan


Alhamdulillah syukur, langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu saya dalam
membantu murid membaca al-Quran sedikit demi sedikit dengan bertajwid. Tidak
dinafikan untuk mencapai 100 peratus murid boleh membaca al-Quran dalam tempoh
praktikum amat sukar, tetapi sedikit sebanyak usaha saya dapat membantu mereka
yang lemah.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)

Kesimpulannya, pengajaran al-Quran amat penting dalam diri seorang kanak-kanak. Hal
ini penting supaya lidah mereka mudah untuk mengalunkan bacaan al-Quran dan

menyebut dengan makhraj yang tepat.

10. Rujukan

Sapie Sabilan, Barinah Ibrahim, Suhana Mohamed Lip, Mohamad Fuad Ishak & Siti
Nga'ishah Mohni. (2018). Analisis tahap penguasaan bacaan al-Quran murid tahun 5
Sekolah Kebangsaan Sungai Karang berdasarkan model khatam al-Quran dan model
tasmik j-QAF. International Conference on Islamiuc Education & Research, (pp. 1-19).
Langkawi

____________________________
____________________________

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai