Anda di halaman 1dari 10

KPP 4023

APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN


TAJUK
TUGASAN INDIVIDU ( PENULISAN KRITIS )

NAMA NO.MATRIK
ROZAINI BINTI MOHD RANI L 20212012215
PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN
LEPASAN IJAZAH
SEMESTER SATU
KUMPULAN KULIAH KUMPULAN D YIK
NAMA PENSYARAH DR TAJUL ROSLI BIN
SHUIB
TAJUK: Masalah Tingkah Laku Murid.

NAMA PENULIS: Norsahida Sakira Kirman, Mohammad Mujaheed Hassan,


Farah Husna Anwar, Azlina Mohd Khir, Wan Munira Wan Jaafar

TAJUK ARTIKEL DAN MAKLUMAT: Faktor Sosialisasi Dalam


Mempengaruhi Tingkah Laku Individu / Januari 2021 / 106-108 ms / Isu 1 Jilid
6 / Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities

ULASAN JURNAL

Ulasan Penulisan :

Artikel ini adalah sebuah kajian yang ditulis oleh lima penulis iaitu Norsahida Sakira
Kirman, Mohammad Mujaheed Hassan, Farah Husna Anwar, Azlina Mohd Khir dan Wan
Munira Wan Jaafar. Para penulis ini dari Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan,
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Daripada artikel ini dapatlah saya simpulkan bahawa, penulis ingin mengetahui
apakah faktor yang mempengaruhi tingkah laku individu. Penulis menekankan bahawa
tingkah laku pelajar-pelajar yang bersifat negatif dan terlibat dalam gejala sosial dipengaruhi
oleh rakan sebaya, media massa dan juga diri sendiri dan tidak ada perbezaan yang ketara
antara remaja lelaki dan perempuan. Selain itu, kurangnya suasana harmoni dalam sesebuah
keluarga juga turut menyumbang kepada faktor yang menyebabkan kemerosotan akhlak dan
seterusnya membawa perubahan terhadap tingkah laku individu .

Saya memilih artikel ini kerana saya berpendapat bahawa artikel ini sangat
sesuai untuk dijadikan panduan dan bimbingan bagi saya menyiapkan penulisan kritis
ini. Tajuk tugasan kami yang berkaitan dengan masalah tingkah laku murid dapat
dikaitkan dengan keseluruhan jurnal yang saya pilih ini. Daripada pembacaan dan
penilitian saya terhadap jurnal ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam
maksud tingkah laku dan punca - punca yang mempengaruhi tingkah laku negatif oleh
remaja lebih lebih lagi pelajar sekolah.
Objektif Penulisan

Tujuan utama artikel ini dibuat oleh penulis adalah untuk mengkaji pengaruh faktor
sosialisasi seperti keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, media massa dan diri sendiri
yang memberi kesan kepada tingkah laku agresif pelajar. Daripada pembacaan artikel
tersebut, objektif pertama ialah mengetahui bahawa tingkah laku seseorang pelajar itu akan
berubah berdasarkan pengaruh yang diterima oleh keluarga, rakan sebaya, persekitaran
sekolah, media massa dan juga diri sendiri. Pengaruh media massa seperti video di internet
atau televisyen turut menyumbang kepada tingkah laku yang agresif. Selain itu, mereka
sendiri mempunyai rasa ingin mencuba sesuatu yang baru.

Objektif kedua pula adalah menentukan perkaitan antara faktor sosialisasi (keluarga,
rakan sebaya, persekitaran sekolah, media massa dan diri sendiri) dalam mempengaruhi
tingkah laku individu. Sebagai contoh, jika sesebuah keluarga berada dalam keadaan kucar -
kacir atau porak peranda, pelajar akan merujuk kepada rakan sebaya kerana hasil dapatan
kajian mendapati bahawa rakan sebaya lebih memahami jiwa memberontak mereka.

Objektif kajian yang ketiga ialah untuk menentukan perbezaan antara jantina akan
mempengaruhi tingkah agresif pelajar. Kajian mendapati bahawa tidak ada perbezaan ketara
antara jantina dengan tingkah laku agresif pelajar. Perbezaan yang dapat dilihat dengan jelas
hanyalah faktor utama sosialisasi yang mempengaruhi tingkah laku agresif mereka. Faktor
utama bagi pelajar lelaki ialah media massa dan faktor utama bagi pelajar perempuan ialah
pengaruh rakan sebaya dengan masing - masing mencatat nilai min di tahap yang tertinggi di
antara faktor sosialisasi yang lain iaitu 3.3905 dan 3.3612. Untuk menjelaskan kenyataan ini,
penulis mendapati bahawa pelajar lelaki lebih suka menonton siaran televisyen yang
berunsurkan gangsterisme, bertinju atau aksi sukan lain yang dianggap hebat manakala untuk
pelajar perempuan mereka terpengaruh dengan kelakuan rakan sebaya. Berdasarkan kajian
Othman (2010), remaja cenderung untuk bersama rakan-rakan yang mempunyai tingkah laku
yang sama. Ini akan mendorong mereka membentuk kumpulan sendiri dan ada peraturan
tertentu dalam kumpulan mereka.

Objektif kajian yang terakhir ialah menentukan perbezaan jantina dengan faktor
sosialisasi (keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah media massa dan diri sendiri).
Kajian ini mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara jantina dengan faktor sosialisasi.
Kepentingan

Berdasarkan penerangan yang dibuat oleh penulis dan hasil kajian lepas mengkaji
faktor sosialisasi dalam mempengaruhi tingkah laku individu amat penting bagi melahirkan
individu yang cemerlang sekaligus membendung dan mengurangkan gejala sosial yang
dihadapi oleh remaja kerana terpengaruh dengan faktor - faktor tersebut. Hal ini kerana para
remaja juga mempunyai tempat mereka dalam sosial kemasyarakatan bersama - sama dengan
ahli - ahli yang lain. Artikel ini bukan sahaja menekankan bahawa faktor sosialisasi dalam
mempengaruhi tingkah laku individu, tetapi juga bagaimana faktor pendapatan ekonomi ibu
bapa pelajar tersebut turut memainkan peranan dalam membentuk sahsiah seseorang pelajar.
Oleh itu, ibu bapa, pihak sekolah dan guru hendaklah mengambil tahu cara mereka bersosial
dan berinteraksi dengan orang lain ketika di rumah mahupun di sekolah atau di tempat awam.
Pelajar - pelajar tersebut hendaklah sentiasa dinasihati dan dibimbing agar berada dalam
suasana yang harmoni sama ada di sekolah dan juga dengan masyarakat sejagat.

Daripada hasil kajian ini juga, kita dapat mengenal pasti bahawa faktor utama
daripada lima faktor yang mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut adalah media massa,
rakan sebaya dan juga diri sendiri..
Selain itu, pihak yang paling penting dalam mengawasi tingkah laku pelajar adalah keluarga
pelajar itu sendiri kerana kebanyakan pelajar yang bermasaalah mempunyai keluarga yang
tidak harmoni. Apabila keluarga seseorang pelajar itu bermasalah, ianya akan memberi kesan
kepada tingkah laku serta pergaulannya antara rakan sebaya dan akan menyebabkan prestasi
akademik menurun berbanding dengan pelajar yang bahagia dan diberi perhatian dan kasih
sayang oleh ibu bapanya. Hassan (2000) menjelaskan bahawa peranan ibu bapa turut
memberi kesan ke atas masalah sosial dan pencapaian akademik para pelajar. Bagi
meningkatkan pencapaian akademik dan mengurangkan berlakunya masalah sosial di sekolah
berkenaan, beberapa cadangan dan pandangan telah dikemukan. Ianya bukan sahaja untuk
sekolah tersebut tetapi juga boleh digunakan di sekolah-sekolah yang menghadapi masalah
yang sama.
Dengan adanya kajian ini, pihak sekolah dan juga kerajaan dapat menentukan faktor
sosialisasi dalam mempengaruhi tingkah laku individu terutamanya pelajar sekolah. Pihak
kerajaan sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengurangkan masalah tingkah laku pelajar
dengan membaik pulih persekitaran sekolah atau suasana sekolah dengan mengadakan
aktiviti -aktiviti yang dapat memupuk sifat - sifat yang positif kepada pelajar.
Implikasi

Daripada hasil pembacaan saya terhadap artikel ini, saya dapat mengetahui bahawa
masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat saban tahun seperti kes buli,
perilaku seks bebas, pembuangan bayi dan jenayah jenayah yang lain. Masalah-masalah ini
berlaku dalam kalangan remaja terutamanya yang masih bersekolah berkait rapat dengan cara
mereka berinteraksi dengan ibu bapa, rakan sebaya dan juga tingkah laku mereka dipengaruhi
oleh keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, media massa dan juga diri sendiri. Dengan
membentuk semula sosialisasi mereka, masalah - masalah yang sering dilakukan oleh pelajar
seperti yang tertera di atas dapat dikurangkan sekaligus membentuk masyarakat yang
penyayang dan prihatin. Dengan ini, kadar jenayah juga dapat dikurangkan. Pihak sekolah
juga boleh mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu pelajar membaiki sahsiah diri
mereka agar faktor diri sendiri yang mempengaruhi tingkah individu dapat dikurangkan.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting bagi mempengaruhi
tingkah laku pelajar. Ibu bapa hendaklah cuba untuk memahami mereka dengan
berkomunikasi dengan lebih baik dan bertanya hal - hal seharian mereka supaya mereka
dapat berkongsi masalah - masalah yang dihadapi oleh mereka sekaligus mengurangkan
aktiviti - aktiviti yang tidak elok untuk melepaskan stress.

Akhir sekali, apabila faktor diri sendiri yang mempengaruhi tingkah individu dapat
dikurangkan, mereka akan bergaul dengan rakan - rakan yang bersahsiah dan bermoral tinggi
kerana tingkah laku yang keji datangnya daripada diri sendiri. Pihak kerajaan hendaklah
menapis dengan lebih ketat siaran - siaran televisyen yang disiarkan lebih-lebih lagi yang
mempunyai unsur - unsur negara barat. Dengan mengawal media massa, saya percaya ianya
sedikit sebanyak dapat membantu pelajar - pelajar tersebut memperbaiki tingkah laku
mereka.

Teori Psikologi

Menurut Teori Perkembangan Psikososial oleh Erik Homburger Erikson pada


peringkat psikososial kelima berlaku semasa zaman remaja yang sering bergelora. Tahap ini
memainkan peranan penting dalam membangunkan identiti peribadi yang akan terus
mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka. Mereka
melalui fasa identiti lawan kekeliruan yang berlaku pada kanak-kanak yang sudah meningkat
remaja serta mudah terikut dan terpengaruh dengan persekitaran sosial mereka. Menerusi
peringkat fasa ini, mereka mengalami kecelaruan dan mudah terpengaruh dengan perkara
negatif atau positif mengikut perkembangan persekitaran mereka. Meniti usia remaja, mereka
banyak menghabiskan dan meluangkan masa mereka di sekolah bersama rakan sebaya.
Dengan ini, pengaruh rakan sebaya juga antara salah satu punca dan faktor remaja terbabit
dalam masalah disiplin di sekolah.

Cadangan

Antara cadangan untuk penambahbaikan yang mungkin boleh dipertimbangkan


adalah penulis boleh mengupas dengan lebih lanjut mengenai faktor sosialisasi dalam
mempengaruhi tingkah laku pelajar dengan mengaitkan teori-teori psikologi. Penggunaan
grafik seperti rajah atau carta boleh digunakan bagi menarik lebih ramai pembaca dan
membantu intipati jurnal dengan lebih mudah dan cepat. Malahan dapatan jurnal dapat
dianalisis pengguna dengan lebih senang.
Rumusan
Kesimpulannya, saya dapat menghuraikan secara berkesan hubungan di antara faktor
sosialisasi dalam mempengaruhi tingkah laku individu dan masalah tingkah laku murid. Jika
perkara - perkara ini tidak dibendung dengan segera, imej pelajar dan juga sekolah tersebut
akan merosot sekaligus mencemarkan nama negara. Maka, perpaduan dalam masyarakat akan
terjejas dengan hal ini. Jelaslah bahawa faktor sosialisasi berkait rapat dengan tingkah laku
seseorang murid dan faktor utama ialah pengaruh rakan sebaya, media massa dan akhir
sekali diri sendiri yang mempunyai rasa ingin tahu.
Banyak kebaikan yang dapat kita perolehi sekiranya masalah disiplin ini dapat diselesaikan.
Antaranya, dapat melahirkan pemimpin yang berjaya pada masa hadapan serta dapat
meningkatkan pencapaian akademik. Dengan ini,kita dapat melaksanakan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif.
Oleh itu, pelbagai kesan baik kita dapat nikmati Bersama sekiranya para pelajar tidak
mempunyai masalah disiplin dan mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Menurut
Cronback (1963) menyatakan bahawa pencapaian akademik di sekolah ditentukan oleh
interaksi di antara variable individu seperti keperluan pencapaian,kebebasan, ‘self
direction’,’aptitude’,minat dan kepandaian serta pengaruh persekitaran seperti ‘adult
approval’, tekanan golongan rakan sebaya,keluarga,agama dan media massa.

Rujukan:
1. Kirman, N. S., Hassan, M. M., Anwar, F. H., Mohd Khir, A. and Wan Jaafar, W. M.
(2021) “Faktor Sosialisasi dalam Mempengaruhi Tingkah Laku Individu”, Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), pp. 106 - 118. doi:
10.47405/mjssh.v6i1.640.

2. Othman, M. J., Norazmah, M. R., “Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat


Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka.” CORE,
oai:generic.eprints.org:11244/core392

3. Yahaya, A.,Ahmad, R. “Faktor-faktor Penyebab Masalah Disiplin Di Sekolah”. Diperoleh


daripada, Error! Hyperlink reference not valid.>
4. Hassan, N. (2000). Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani MAsalah Sosial Dan Kaitannya
Deangan Pencapaian Akademik Pelajar-pelajar (Doctoral Dissertation, Universiti Teknologi
Malaysia).
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai