Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BERANG,21700 KUALA BERANG,TERENGGANU.

MINIT MESYUARAT PROGRAM TRANSISI (BIL 1 / 2021)

Tarikh : 18 Januari 2021

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Rumah Masing-masing secara Google Meet

Pengerusi : Pn. Hayati binti Osman

Kehadiran (Bilangan) : Semua Guru

Turut Hadir (Jika ada) :-

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat dengan Program Transisi pada
tahun 2021.
1.2 Program ini bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak
formal di rumah atau pra sekolah kepada pendidikan yang lebih formal diperingkat sekolah rendah.
1.3 Namu begitu, Program Transisi tahun 2021 agak berbeza kerana program ini dijalankan secara
PdPR.
1.4 Program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar
belakang, pengalaman dan sosioekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses
pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.
1.5 Jumlah murid Tahun 1 adalah 66 orang (Lelaki : dan Perempuan:).
1.6 Program ini bertemakan ‘Minda Cerdas Mata Bercahaya’
1.7 Program berlangsung selama 43 hari mengikut tema dan subtema yang telah ditetapkan.
1.8 Aktiviti murid berpandukan modul yang telah disediakan.
1.9 Lagu ‘Saya Murid Baru’ merupakan lagu tema untuk program ini.
1.10 Penggunaan buku teks dan aktiviti tidak dibenarkan sepanjang program ini dijalankan.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn.Hasiah binti Abdullah.
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Salmiah binti Yusof.

3. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT


Tiada.

4. FOKUS MESYUARAT

4.1 Pelaksanaan Program Transisi Tahun 1.


4.1 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) menetapkan program ini berlangsung
selama 43 hari (20 Januari hingga 25 Mac 2021).
4.2 Rasionalnya adalah persekolahan tanun 2020 telah berkurang akibat pandemik dan
memberi impak terhadap pembelajaran prasekolah.
4.3 Taklimat Program Transisi akan disampaikan kepada ibu bapa sebelum
20 Januari 2021 melalui whatsapp group Tahun 1 2021.
(menggunakan aplikasi online.anyflip.com.)
4.4 Guru hendaklah merujuk Kit Program Transisi BPK untuk memudahkan cara
perlaksanaan program.
4.5 Guru mata pelajaran Tahun 1 hendaklah bekerjasama antara satu sama lain untuk
menyediakan modul atau bahan-bahan bagi melancarkan program ini.
4.6 Guru juga diminta untuk menonton webinar atau sebaran ilmu melalui sebarang aplikasi
bagi mendapatkan info dan ilmu berkaitan dengan program ini.
4.7 Guru juga hendaklah sentiasa bersedia akan pengajaran dan pembelajaran yang akan
dilaksanakan samada secara PdPR atau bersemuka.
Tindakan : Semua guru

4.2 Program Transisi ( 3 Fasa)

4.2.1 Fasa 1: Persediaan


4.2.1.1 Dilaksanakan sebelum sesi persekolahan (11 hingga 19 Januari 2021).
4.2.1.2 Penekanan terhadap kesediaan pentadbir, guru dan ibu bapa/penjaga, murid
dan persekitaran fizikal sebelum sesi persekolahan bermula.

4.2.2 Fasa 2: Penyesuaian


4.2.2.1 Dilaksanakan bermula 20 hingga 29 Januari 2021.
4.2.2.2 Menggunakan Modul Orientasi.
4.2.2.3 Bertujuan untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan situasi dan
persekitaran sekolah serta membina hubungan baik dengan rakan dan guru.

4.2.3 Fasa 3: Kesediaan


4.2.3.1 Dilaksanakan bermula 1 Februari hingga 25 Mac 2021.
4.2.3.2 Menggunakan Modul PdP.
4.2.3.3 Bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk
pembelajaran seterusnya.

Tindakan : Semua guru

4.3 Modul Transisi

4.3.1 Modul Orientasi (Fasa 2)


4.3.1.1 Guru merujuk Kit Transisi sebagai panduan perlaksanaannya.
4.3.1.2 Setiap murid mendapat Modul Orientasi.
4.3.1.3 Modul Orientasi digunakan pada 20 Januari hingga 29 Januari 2021.

4.3.2 Modul PdP (Fasa 3)


4.3.2.1 Guru merujuk Kit Transisi sebagai panduan perlaksanaannya.
4.3.2.2 Menyediakan Modul PdP mengikut tema dan subtema yang disediakan oleh
BPK. Tema dan subtema tidak boleh diubah tetapi cadangan aktiviti boleh
diubah mengikut tahap perkembangan murid dan konteks sekolah.
4.3.2.3 Aktiviti fizikal harus dilaksanakan dua kali seminggu oleh guru Pendidikan
Jasmani.
4.3.2.4 Pentaksiran perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam pelaksanaan
modul PdP.

4.3.3 Pengambilan Modul Transisi


4.3.3.1 Ibu bapa/penjaga mengambil modul di pondok jaga mengikut SOP yang
ditetapkan.
4.3.3.2 Tarikh pengambilan modul akan diberitahu menerusi whatsapp Tahun 1 2021.

Tindakan : Semua guru


4.4 Pengajaran dan Pembelajarn Di Rumah (PdPR)

4.4.1 PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/atau luar talian dan/atau off-site dengan
berstruktur dan terancang agar murid dapat mengikuti PdPR secara optimum.
4.4.2 Rujuk edaran Manual PdPR.

4.5 Pengajaran dan Pembelajaran secara bersemuka

4.5.1 Guru hendaklah bersedia sekiranya sekolah dibenarkan buka untuk beroperasi.
4.5.2 Pastikan kelas Tahun 1 sentiasa dalam keadaan baik.
4.5.3 Pastikan meja dan kerusi cukup dengan bilangan terkini murid.
4.5.4 Pastikan guru dan murid patuhi SOP yang telah ditetapkan

Tindakan : Semua guru

5. HAL – HAL LAIN

5.1 Ibu bapa/penjaga yang hadir harus mematuhi SOP yang ditetapkan.

Tindakan : Semua guru

6. PENUTUP

6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________ ______________

( ROHANI BINTI SALAM ) ( HAYATI BINTI OSMAN)


Penyelaras Program Transisi Guru Besar,
SK Seri Berang Sk Seri Berang

Anda mungkin juga menyukai