Anda di halaman 1dari 13

SEPAK TAKRAW

KERTAS KONSEP
Cabaran Kemahiran Sepak Takraw
MSSM Peringkat Daerah Setiu Atas
Talian 2021

KONSEP
Cabaran kemahiran sepak takraw MSSM secara
dalam talian peringkat kebangsaan merupakan anjuran Majlis
Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) diadakan tahun ini yang
menjadi alternatif kepada Kejohanan Sepak takraw MSSM
yang dikelolakan setiap tahun. Kejohanan Sepaktakraw
MSSM terpaksa ditangguhkan kerana penularan Covid-19 yang
melanda negara kita ketika ini.

Atas cadangan serta inisiatif Majils Sukan Sekolah


Malaysia (MSSM), maka cabaran kemahiran Sepaktakraw
MSSM secara dalam talian akan diadakan untuk penyertaan
semua murid sekolah di seluruh negara.

OBJEKTIF
Melahirkan semangat kesukanan dan memberikan
kecergasan fizikal.

Mencungkil bakat dan kebolehan sedia ada serta


melahirkan atlet-atlet muda.

Memupuk semangat kesukanan dan memberikan


kecergasan fizikal serta menggalakan penyertaan dari
kaum lain.

Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi


serta berdaya saing dalam kalangan murid.
KUMPULAN SASAR
1. Kategori Bawah 18 tahun Lelaki
2. Kategori Bawah 18 tahun Lelaki
( Bukan Melayu )
3. Kategori Bawah 15 tahun Lelaki
4. Kategori Bawah 12 tahun Lelaki

STRUKTUR
PERTANDINGAN
KRITERIA SUKAN
 Pertandingan ini dijalankan secara pengubahsuaian
berpandukan Kemahiran Asas dan Kemahiran Spesifik
Sepak takraw.

 Pengubahsuaian ini dilakukan bersesuaian selaras


dengan keadaan semasa.

PERATURAN CABARAN
KEMAHIRAN
1. Pertandingan ini adalah dibentuk berasaskan penilaian kemahiran
mengawal bola dan kemahiran khusus oleh pemain dalam
permainan sepak takraw.

2. Terbuka kepada semua pelajar lelaki yang bersekolah dibawah


Kementerian Pendidikan Malaysia DAN sekolah membayar yuran
MSSM layak menyertai dan mengikut kategori yang
dipertandingkan.

3. Peserta akan membuat rakaman kemahiran mengawal bola


takraw dan kemahiran khusus mengikut permainan sepaktakraw
yang berdurasi selama 3 minit penuh.

4. Penetapan pemilihan lokasi rakaman peserta boleh dibuat di


mana-mana kawasan, seperti di tempat kediaman masing-masing,
gelanggang, ruang yang luas dengan keadaan pencahayaan yang
jelas semasa rakaman.

5. Peserta akan membuat rakaman kemahiran mengawal bola


takraw dan kemahiran khusus mengikut permainan sepaktakraw
yang berdurasi selama 3 minit penuh.

6. Penetapan pemilihan lokasi rakaman peserta boleh dibuat di


mana-mana kawasan, seperti di tempat kediaman masing-masing,
gelanggang, ruang yang luas dengan keadaan pencahayaan yang
jelas semasa rakaman
7. Dimestikan memakai pakaian lengkap pemain sepaktakraw
semasa merakam.

8. Pelajar beragama Islam dikehendaki menutup aurat dengan


memakai seluar tight atau seluar panjang semasa menjalankan
aktiviti.
9. Bola yang dibenarkan semasa rakaman iaitu hanya bola Gajah
Emas 311 bagi bawah 12 tahun dan bola Gajah Emas 511 bagi
kategori 15 tahun dan 18 tahun ke bawah.
Bola Gajah Emas 311 Bola Gajah Emas 511

10. Penghasilan video mestilah tulen dan Tidak Boleh disunting.

11. Kaedah Penghantaran Video adalah melalui atas talian


dengan menggunakan platform Google Form dengan
menggunakan akaun email Delima
https://forms.gle/mT3nckRU69htG5xx6

Pembahagian
Aktiviti 1
Aktiviti

Video Lakuan Kemahiran Asas Sepak takraw

(Sepak Sila) Menggunakan kaki kanan dan kiri secara berselang seli.
Masa video berdurasi 1 minit
Penjurian Mata

Aktiviti 1
1. Mata akan diambil kira jika pemain menimang bola takraw secara
berselang seli kaki sahaja.

2. Jika pelajar hanya menimbang sebelah kaki sahaja secara


berturutan ,mata tidak akan diberi. Pelajar boleh memulakan
sepakan dengan mana-mana kaki dominan mereka.

3. Mata akan diambil kira jika pemain menimang bola takraw secara
berselang seli kaki sahaja.
4. Jika pelajar hanya menimbang sebelah kaki sahaja secara
berturutan ,mata tidak akan diberi. Pelajar boleh memulakan
sepakan dengan mana-mana kaki dominan mereka.

5. Jika bola pemain terjatuh semasa menimang , pemain boleh


meneruskan timangan jika masa yang ditetapkan masih ada.

Aktiviti 2
a) Video Lakuan Kemahiran Asas Sepaktakraw
b) (Gaya Bebas) - Menggunakan gabungan pelbagai Kemahiran
Asas seperti Sepak Sila - Paha, Menanduk
c) (2 mata), Badek Sisi (3 mata), Badek Silang (5 mata). –
d) Masa video berdurasi 1 minit
Penjurian
1. Setiap pemain perlu membuat timangan sepak sila dan diikuti
dengan satu sepakan kemahiran lain contoh :

i. Sepak sila – Menanduk ( 2 mata )


ii. Sepak sila – Memaha ( 2 mata )
iii. Sepak Sila – Badik sisi ( 3 mata ).
iv. Sepak sila – Badik silang kaki ( 5 mata )

2. Sebelum sepakan kemahiran lain dijalankan , pemain mestilah


membuat sepak sila terlebih dahulu dengan mana-mana kaki
dominan pelajar dan baru diikuti sepakan kemahiran yang lain

3. Jika bola pemain terjatuh semasa menimang , pemain boleh


meneruskan timangan jika masa yang ditetapkan masih ada

4. ( Mesti dimulakan dengan sepak sila dahulu )

5. Semakin tinggi darjah aras kesukaran semakin tinggi markah yang


akan diberikan
Aktiviti 3
1. Video Lakuan Kemahiran Spesifik Sepaktakraw –
2. Gaya dan lakuan seorang Tekong, Gaya dan lakuan seorang Apit
Kanan dan Gaya dan lakuan seorang Apit Kiri . Masa video
berdurasi 1 minit.

Penjurian
Markah
Tekong
Pelajar yang memilih untuk melakukan aktiviti perlakuan posisi Tekong
perlu menunjukkan ansur maju kemahiran dengan menyepak bola yang
digantung dengan kaedah sepak kuda atau sepakan spin
1. Markah akan diberikan berdasarkan perlakuan yang lancar dan
sempurna.

2. Semakin lancar ansur maju yang dapat ditunjukkan semakin tinggi


markah yang akan diperolehi

3. Markah Tambahan akan diberikan jika pelajar berupaya membuat


sepakmula dengan kedua-dua kaedah dengan berkesan

Apit Kanan
Pelajar yang memilih untuk melakukan aktiviti perlakuan posisi Apit
Kanan perlu menunjukkan ansur maju kemahiran dengan membuat
rejaman bola yang digantung samada dengan kaedah backstroke atau
rejaman gulung

1. Markah akan diberikan berdasarkan perlakuan yang lancar dan


sempurna .
2. Semakin lancar ansur maju yang dapat ditunjukkan semakin tinggi
markah yang akan diperolehi
3. Markah tambahan akan diberikan jika pelajar berupaya membuat
kedua-dua jenis rejaman

Apit Kiri
Pelajar yang memilih untuk melakukan aktiviti perlakuan posisi Apit Kiri
perlu menunjukkan ansur maju kemahiran dengan membuat umpanan
ke arah sasaran samada ke dalam baldi atau apa sahaja peralatan yang
sesuai.

1. Markah akan diberikan kepada pelajar yang dapat membuat


umpanan dengan tepat ke arah sasaran.

2. Markah tambahan akan diberikan jika pelajar dapat membuat


umpanan dengan tepat dengan gaya yang lancar dan sempurna
dengan kedua – dua belah kaki kiri dan kanan

3. Jarak antara pemain dengan sasaran adalah tidak kurang 2 meter.


PENITUP
 Semua pelajar kategori Bawah 12 , 15 dan 18 tahun
dikehendaki merakamkan dalam satu rakaman video dengan
melakukan gabungan Aktiviti 1 dan Aktiviti 2 serta Aktiviti 3
mengikut turutan . Ini bermaksud setiap pelajar mesti
menyelesaikan setiap aktiviti dalam tempoh 3 minit yang
ditetapkan
 Jumlah mata keseluruhan individu adalah menjadi penilaian utama
penjurian selain profil peserta.
 Dalam Profil peserta harus memperkenalkan diri sebelum sepak
mula
 Perkara yang perlu ada dalam rakaman peserta adalah 
a. Nama penuh
b. Sekolah
c. Daerah / Negeri
d. Umur(kategori)
e. Tinggi
f. Berat
g. Pengalaman Bermain Mewakili Sekolah/Daerah/Negeri
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Jumlah
1 Kategori 12 tahun – 6 x RM 10 RM 60.00
2 Kategori 15 tahun – 6 x RM 10 RM 60.00
3 Kategori 18 tahun – 6 x RM 10 RM 60.00
4 Sijil pemenang dan penyertaan RM 50.00
Jumlah RM 230.00

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

………………………… …………………….

(ZAMANI BIN JUSOH)

Pengerusi Teknik MSSD Setiu

SK LKTP Chalok Barat.

Anda mungkin juga menyukai