Anda di halaman 1dari 10

IJAZAH SARJANA PENGURUSAN DENGAN KEPUJIAN

MEI/2020

BBPB 2103

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

NO. MATRIKULASI : 8807230150610001


NO. KAD PENGNEALAN : 880723-01-5061
NO. TELEFON : 017-3513912
E-MEL : hamzah6219@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM MELAKA


1.0 Pengenalan Syarikat

Di zaman globalisasi masa kini,produktiviti bagi sesebuah syarikat atau organisasi adalah
bergantung pada prestasi pekerja atau pelaksana yang melakukan tugasan bagi
menjayakan sesuatu permintaan.Sebagai contoh,di Malaysia terdapat banyak syarikat
maju yang berdaya saing dalam pengeluaran produk bagi memenuhi permintaan
pelanggan.Pengeluaran sesuatu produk dengan kualiti atau kuantiti yang baik
pengeluarannya adalah bergantung pada setiap pekerja yang
melaksanakannya.Pengambilan pekerja,kebajikan pekerja,faktor persekitaran adalah
salah satu faktor untuk memastikan prestasi seseorang pekerja yang baik untuk
menjalankan tugas dengan baik.Untuk menilai dan meningkatkan prestasi pekerja dalam
sesebuah organisasi,majikan atau penyelia haruslah memainkan peranan yang penting
serta memberi sokongan dan penilaian supaya dapat meningkatkan mutu prestasi pekerja
dengan baik. Komunikasi antara majikan atau penyelia adalah sangat penting untuk
seseorang pekerja dapat mematuhi arahan yang diberikan supaya ia dapat melaksanakan
tugasan yang di berikan dengan baik dan cekap. Pergaulan bersama rakan di tempat kerja
juga perlu dijadikan sesuatu perkara yang penting dalam memberi motivasi untuk
berdaya saing secara sihat.Pemberian gaji atau ganjaran yang memuaskan juga
membuatkan pekerja lebih bersemangat dalam membuat sesuatu produk yang di
hasilkan.Penerimaan dan komitmen terhadap penilaian prestasi kerja adalah sangat
penting bagi menentukan peningkatan produktiviti bagi sesebuah organisasi atau syarikat
tersebut.Sebuah syarikat terkemuka di Malaysia iaitu Syarikat Infineon Technologies (M)
Sdn Bhd yang beroperasi di alamat Free Trade Zone Batu Berendam 75350 Melaka
adalah sebuah syarikat yang maju di Malaysia.Siemens Ag adalah pengeluar produk
terbesar semikonduktor yang telah di tubuhkan pada 1 April 1999 di Jerman yang
merupakan salah satu induk kepada kilang Infineon.Apabila syarikat ini berpecah kepada
dua,syarikat Infineon ini telah mengembangkan produk pembuatan bersepadu
sepenuhnya dan ia juga merupakan salah satu syarikat yang berpangkalan di luar asia
iaitu Amerika Syarikat dan Eropah.Syarikat ini mengeluarkan produk jenis cip
semikonduktor untuk kegunaan Industri Automotif,Perkilangan,Perubatan,Elektronik dan
sebagainya.Ia juga mendapat permintaan yang meluas dari negara-negara luar seperti
negara Asia dan Eropah dalam bidang pembuatan.Di Malaysia,kilang Infineon terbahagi

1
kepada tiga operasi iaitu operasi akhir belakang maju mikroelektronik logik produk di
dalam zon perdagangan Batu Berendam.Zon operasi kedua pula adalah operasi akhir
kembali mikroelektronik produk kuasa diskret dan sensor dalam zon perdagangan Batu
Berendam,Melaka dan Zon ketiga pula ialah operasi akhir depan (water fabrikasi) yang
beroperasi di Kulim,Kedah.Selain itu juga,syarikat ini beroperasi dalam penghasilan cip
semikonduktor untuk kegunaan generasi akan datang.Bagi memastikan kesejahteraan
masyarakat pada masa kini,Misi syarikat Infineon adalah bagi memastikan dalam
membantu menyelesaikan cabaran dalam bidang teknologi dan sosial dalam kalangan
masyarakat dunia sekarang.Semikonduktor dari Infineon membuatkan hidup lebih mudah
dengan penggunaan cip yang di hasilkan untuk di gunakan pada tablet,telefon pintar dan
sebagainya.Untuk mencapai visi syarikat,pengeluaran produk yang baik dan berkualiti
menjadi aset utama bagi memastikan produk yang di keluarkan berkualiti tinggi serta
membuat pemasaran yang baik bagi melariskan produk yang di keluarkan.Di syarikat
tersebut terdapat lebih kurang 9000 lebih orang pekerja yang majoritinya adalah rakyat
Malaysia atau penduduk Melaka dan hanya sebahagian kecil sahaja tenaga pekerja asing
yang di gunakan untuk menjalankan operasi di syarikat tersebut.Di Melaka,syarikat
tersebut beroperasi dengan terbahagi kepada 8 blok yang merangkumi Blok A,Blok
B,Blok C,Blok D,Blok E,Blok F,Blok G dan Blok H.Setiap blok merangkumi lebih
daripada 1000 orang pekerja yang menjalankan operasi pengeluaran cip
semikonduktor.Penggunaan tenaga kerja asing di kurangkan kerana syarikat terbabit lebih
mengutamakan penduduk tempatan untuk bekerja di syarikat tersebut kerana ia percaya
ramai tenaga kerja mahir di kalangan rakyat Malaysia dari tenaga luar.Syarikat ini juga
adalah salah satu penyumbang sumber ekonomi di Malaysia.Dari segi fasiliti dan
kemudahan yang ada disediakan di syarikat terbabit adalah seperti
klinik,surau,cafe,akademi latihan yang telah di sediakan untuk kegunaan pekerja syarikat
tersebut.

2.0 Fungsi Penilaian Prestasi


Bagi memastikan sesebuah syarikat atau organisasi yang maju,pemilihan pekerja adalah
sangat penting untuk meningkatkan produktiviti serta jenama organisasi atau syarikat

2
tersebut.Tujuan utamanya adalah bagi menghasilkan sesuatu produktiviti bagi
menghasilkan pekerja atau sesebuah syarikat yang beroperasi dengan baik.Dalam bab
ini,Jabatan Sumber Manusia memainkan peranan penting dalam pemilihan calon untuk
yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di sesebuah organisasi.Jabatan sumber
manusia adalah sebuah jabatan yang menguruskan dan membangunkan tenaga pekerja
termasuk membuat padanan pekerjaan dengan kelulusan pemohon.Sebagai contoh,di
Infineon,untuk memohon kerja,individu terbabit haruslah mengisi borang permohonan
dahulu sebelum di panggil untuk sesi temuduga selepas di nilai dan di tapis oleh jabatan
sumber manusia.Sesi temuduga bagi pengambilan pekerja adalah sangat ketat kerana
syarikat tersebut menjalankan perniagaan berjuta ringgit dan tawaran gaji yang lumayan,
pengalaman yang luas bagi pemohon amat di perlukan dan di beri keutamaan.Selain
itu,latar belakang pemohon juga di titikberatkan untuk mengumpul maklumat bagi
mengelakkan pemohon terlibat dengan kegiatan jenayah dan penyalah gunaan dadah.Ia
secara tidak langsung dapat menghasilkan seorang pekerja mahir dan berkualiti.Selain itu
juga,pemeriksaan kesihatan juga penting bagi memastikan pemohon sihat dan ujian
dadah perlu di lalui bagi mengelak berlakunya jenayah.Untuk melahirkan atau
menghasilkan seorang pekerja yang mahir,ilmu pengetahuan dan aspek latihan yang baik
adalah amat penting.Di syarikat tersebut juga,terdapat akademi latihan untuk melatih dan
memberi kursus kepada pekerja-pekerja tersebut supaya mahir dalam bidang yang di
ceburi sama ada bahagian operasi atau pengurusan.Selain itu juga,motivasi kepada para
pekerja adalah sangat di utamakan bagi memastikan mempunyai tanggungjawab dalam
melaksanakan tugasan yang telah diberikan atau di arahkan.Melihat kepada persekitaran
atau sekeliling tempat kerja,komunikasi antara seseorang pekerja dengan pekerja lain
adalah amat penting kerana ia mempengaruhi sikap seseorang dalam melakukan kerja
yang di jalankan.Perbincangan antara satu sama lain atau kerja secara berkumpulan
secara tidak langsung dapat menghasilkan sesuatu produk dengan kualiti yang baik.Jika
tempat kerja tersebut terdapat penyelia yang menguruskan atau mengatur tugas,adalah
sangat penting untuk berkomunikasi dengan baik bagi mengelakkan salah faham serta
tidak dapat menghasilkan produk yang berkualiti.Mematuhi peraturan di tempat kerja
adalah sangat penting kerana ia menilai prestasi seseorang pekerja,kenaikan gaji serta
pangkat pada masa akan datang.Di syarikat Infineon, prosuder memasuki kilang terbabit

3
adalah sangat ketat dengan pemeriksaan pengawal keselamatan,cap jari dan sebagainya.Ia
perlulah di patuhi kerana ia adalah peraturan yang telah di tetapkan oleh syarikat
tersebut.Penyelia atau pengurus sesebuah organisasi haruslah memantau aktiviti
kakitangan pekerjanya supaya boleh membuat penambah baik kan dan terima maklum
balas supaya dapat melaksanakan kerja dengan baik.Bagi sistem pemberian gaji atau
pampasan,pekerja di nilai dengan prestasi semasa supaya majikan dapat buat keputusan
yang betul bagi kenaikan gaji atau pangkat seseorang pekerja.Seperti sedia maklum,aspek
latihan adalah sangat penting yang perlu di berikan kepada seseorang pekerja yang
prestasi kerjanya lemah supaya ia dapat di tingkatkan lagi.Jika seseorang yang
prestasinya baik juga perlu di berikan latihan yang lebih ia secara tidak langsung dapat
mengembangkan potensi pekerja tersebut dan boleh menjadi seorang pekerja mahir dan
cekap.Bagi sesebuah organisasi,pemantauan yang baik untuk menilai prestasi pekerja
adalah sebanyak dua kali setahun dan perlu pemantauan supaya dapat mengekalkan
prestasi kerja yang baik.Prestasi pekerja haruslah di nilai oleh pengurus atau penyelia
yang telah di lantik oleh sesebuah organisasi supaya bersikap adil dan telah terima latihan
yang mencukupi bagi membuat penilaian prestasi setiap pekerja di organisasi
terbabit.Antara faktor lain yang mempengaruhi pemikiran pengurus dalam meberi
penilaian prestasi adalah melalui umur,latar belakang,sejarah
kekeluargaan,jantina,bangsa,prestasi kerja yang lampau dan terkini serta personaliti
pekerja tersebut.Penilaian prestasi yang berjaya perlulah mewujudkan satu jurang dalam
perhubungan antara penyelia atau pengurus dengan pekerjanya.Dengan wujudnya jurang
tersebut,pengurus atau penyelia perlu bijak untuk mengkritik atau memuji pekerja
tersebut supaya tidak timbul perasaan tidak puas hati antara penyelia atau pengurus
dengan pekerja tersebut ketika memberi markah semasa menilai prestasi pekerja
itu.Antara kaedah lain yang di gunakan untuk menilai prestasi adalah bergantung pada
sesebuah organisasi melalui sifat individu,tingkah laku serta keputusan yang di buat oleh
seseorang individu jika ia menekankan tentang kenaikan pangkat,latihan dan perlarasan
gaji serta ganjaran.

3.0 Peningkatan Prestasi Kerja

4
Tahap pendidikan adalah sangat penting bagi memastikan seseorang maju dalam
kerjaya.Apabila seseorang yang mempunyai tahap pendidikan yang baik,peluang untuk
maju dalam kerjaya yang di ceburi adalah sangat tinggi dari segi kenaikan gaji dan
pangkat seseorang pekerja.Syarikat Infineon ada akademi latihan di mana ia di guna
untuk meningkatkan prestasi kerja para pekerjanya yang lemah prestasi dengan memberi
latihan dan kursus supaya bertambah mahir dan cekap dalam bidang yang di ceburi.Di
dalam sesebuah organisasi,perhubungan yang baik antara majikan dan pergaulan pekerja
adalah amat di perlukan bagi menghidupkan suasana aman dan damai.Jika tidak dapat
menghasilkan perhubungan yang baik,secara tidak langsung produktiviti yang baik tidak
dapat di hasilkan.Jika terdapat pengurus atau penyelia,ia merupakan peranan penting
yang perlu di mainkan untuk memastikan kesejahteraan di persekitaran tempat kerja
dalam keadaan baik dan kefahaman atau keserasian yang dapat di hasilkan.Jika penyelia
atau pengurus tidak pandai memainkan peranan,tidak mustahil sesebuah organisasi
tersebut boleh hancur dengan mudah.Bagi mengekalkan prestasi seseorang
pekerja,kebajikan pekerja terbabit haruslah di titik beratkan kerana ia merangkumi emosi
dan sikap seseorang dalam melaksanakan tugas.Sebagai contoh,ada sesetengah syarikat
yang tidak menitik beratkan pasal kesihatan dengan memaksa pekerjanya bekerja tanpa
menghiraukan kesihatan pekerja terbabit.Apabila keadaan itu berlaku,tidak ada kualiti
dan produktiviti yang dapat di hasilkan kerana ia mengganggu emosi dan sikap pekerja
terbabit.Kesihatan pekerja atau masalah yang di hadapi pekerja haruslah di utamakan
supaya emosi dan sikap pekerja terbabit tidak rasa terbeban dan kurang menerima
tekanan.Untuk meningkatkan produktiviti seseorang pekerja,imbuhan atau hadiah juga
memainkan peranan penting bagi meningkatkan prestasi kerja kerana ia tahu bahawa
penat lelah mereka berbaloi bagi kerja yang di lakukan.Kebiasaannya imbuhan atau
hadiah yang di beri adalah dari segi kenaikan gaji atau pangkat.Bagi merancakkan lagi
persekitaran,hadiah dalam bentuk percutian juga boleh di berikan kerana ia dapat
membantu pekerja menghilangkan seketika beban dan tekanan di tempat
kerja.Pemantauan prestasi kerja juga amat penting bagi mengelakkan penurunan prestasi
kerja yang di alami oleh seseorang pekerja.Dalam bab ni,penyelia atau pengurus
sesebuah organisasi haruslah memainkan peranan penting supaya perkara ini tidak
menjadi lebih buruk.Pemantauan juga haruslah di lakukan bagi menjaga produktiviti

5
seseorang.Sebagai contoh,di Infineon,setiap blok di awasi sekurang;kurangnya satu
penyelia setiap shift bagi memastikan pengeluaran produk berjalan dengan lancar.Jika
tiada pemantauan,berkemungkinan besar tidak dapat menghasilkan pengeluaran produk
mengikut ukuran yang telah di tetapkan dan kualiti yang baik tidak dapat di hasilkan
mengikut spesifikasi yang telah di tetapkan.Selain itu juga,pemantauan dari penyelia atau
pengurus amat penting dan ia juga menjadi tanggungjawab bagi mengelak berlakunya
penyelewengan.Pernah beberapa rekod atau kes pernah tercatat di syarikat Infineon
apabila pekerja mencuri cip-cip mikro yang bersalut emas dan di jual di pasaran
gelap.Kerugian yang di alami beratus ribu ringgit di catatkan daripada perbuatan tersebut
yang secara tidak langsung beri kerugian pada pihak syarikat dan menanggung kerugian
yang besar.Bagi mengelak insiden ini terjadi,kawalan ketat dari pihak keselamatan telah
di lakukan dari segala aspek.Untuk berlaku adil,setiap pengurus atau penyelia haruslah di
beri latihan dan pengetahuan tentang kaedah menyelia pekerja bagi mengelak sikap berat
sebelah terhadap pekerja lain.Latihan yang di berikan untuk meningkatkan pemerhatian
dan penilaian terhadap pekerja lain dengan adil bagi mengelak berlakunya persekitaran
yang tidak selesa antara satu sama lain.Bagi setiap pekerja,kesetiaan amatlah penting
dalam kerjaya apabila menceburi bidang tersebut.Ia secara tidak langsung dapat
meningkat prestasi individu terbabit dalam pekerjaannya kerana ia suka apa yang di
lakukan dalam bidang yang di ceburi.Kejujuran di perlukan bagi meningkatkan motivasi
diri supaya dapat berdaya saing dengan pekerja lain secara adil dan sihat supaya mutu
kerja dapat di tingkatkan.Di Infineon,para pekerjanya terdedah dengan barangan yang
bernilai dalam sektor pembuatan cip yang di saluti emas.Di sebabkan itu juga,faktor
kejujuran setiap individu di di titikberatkan dalam melaksanakan tugas yang di
berikan.Pekerja haruslah mengambil tahu tentang penilaian prestasi serta meminta nasihat
daripada penyelia atau pengurus supaya dapat tingkatkan lagi mutu kerja dengan
baik.Seorang penyelia atau pengurus haruslah menunjukkan prestasi yang cemerlang
supaya ia dapat memberi teladan dan panduan kepada pekerja lain.Gaya kepimpinan
seseorang juga merupakan antara salah satu faktor untuk meningkatkan prestasi kerja
yang mempengaruhi sikap dan personaliti seseorang itu.Pekerja yang sedia ada juga
perlulah di beri pendedahan dari aspek pembelajaran untuk menambah ilmu pengetahuan
dan isu semasa supaya dapat meningkatkan mutu prestasi kerja.

6
4.0 Cadangan meningkatkan fungsi penilaian
Untuk meningkatkan prestasi kerja dalam sesebuah organisasi,latihan yang mencukupi
serta di beri pendedahan adalah cara terbaik untuk melahirkan seorang atau lebih pekerja
mahir dalam sesebuah organisasi.Mengambil contoh seperti kilang infineon,pekerja
haruslah memahami selok belok atau visi dan misi syarikat berkaitan perniagaan yang di
jalankan oleh syarikat tersebut.Pihak syarikat juga harus memberi pendedahan kepada
para pekerja tentang cara-cara untuk menghasilkan produk yang akan di keluarkan oleh
syarikat berkenaan.Jadual waktu kerja juga memainkan peranan yang penting bagi
mengelakkan pekerja yang ada terlalu beban dengan kerja yang di lakukan.Penyelia atau
pengurus harus berlaku adil dalam pembahagian kerja supaya pekerja tidak terbeban dan
penat sekaligus dapat mengeluarkan produk yang berkualiti semasa bekerja.Di
Infineon,jadual kerja terbahagi kepada dua bahagian iaitu kemasukan kerja pada waktu
siang dan kemasukan pekerja pada waktu malam.Bagi pihak pengurusan,jadual kerja
hanya kemasukan pada sebelah pagi sahaja.Selain itu juga,pengurus atau penyelia
bertanggungjawab untuk membentuk seorang pekerja supaya ia menjadi mahir dan
berpendidikan dalam kerja yang dilakukan dengan memberi manfaat kepada organisasi
tersebut.Prestasi seseorang pekerja adalah sangat penting bagi majikan untuk
membimbing pekerja tersebut supaya lebih efektif dan releven untuk organisasi tersebut
pada masa akan datang.Perlu di ingat juga,seseorang pekerja yang efektif dan mahir
adalah salah satu faktor kejayaan sebuah organisasi tersebut.Prestasi pekerja juga di
pengaruhi oleh individu terbabit,jika tiada keinginan untuk memajukan diri dalam bidang
yang di ceburi,maka tidak hairan jika pekerja terbabit tidak dapat maju dalam
kerjayanya.Pekerja terbabit haruslah Motivasi pada diri sendiri supaya perubahan dapat
di lakukan dengan Prestasi kerja,perubahan individu dan konteks jika di gabungkan
semua ia boleh mengubah seseorang individu yang berkeyakinan dan mempunyai
semangat dalam memajukan diri dalam bidang kerjaya dan diri sendiri.Pekerja juga akan
lebih bersemangat dalam melaksanakan tugasan yang di berikan sekiranya penyelia atau

7
pengurus menghidupkan suasana yang tanpa ada sikap tidak adil dalam mana-mana
organisasi.Untuk meningkatkan prestasi pekerja juga,faktor sekeliling juga memainkan
peranan penting,contohnya keadaan tempat kerja,kebersihan tempat kerja,pergaulan
tempat kerja dan sebagainya.Jika satu tempat itu kotor,tiada keselesaan persekitaran yang
baik dalam melaksanakan tugasan yang di berikan dan yang telah di berikan.Apabila
tiada keselesaan,untuk melahirkan seorang pekerja mahir dan efektif terbantuk serta
penghasilan atau pengeluaran produk terjamin tidak berkualiti.Pergaulan tempat kerja
juga membantu peningkatan prestasi kerja.Jika tiada persefahaman antara satu sama lain
masa bekerja,keselesaan dan sikap antara satu sama lain mungkin terganggu yang secara
tidak langsung tidak dapat memberi tumpuan pada komitmen kerja sedia ada.Jabatan
sumber manusia juga perlulah memantau pergerakan penyelia atau pengurus supaya tidak
ada penyelewengan atau salah guna kuasa semasa membuat penilaian prestasi dengan
memberi markah atau ulasan yang tidak adil kepada seseorang pekerja dalam sebuah
syarikat atau organisasi tersebut.Jika perkara sebaliknya berlaku,moral dan motivasi
pekerja sudah tentu menurun dan produktiviti kerja mereka mungkin terjejas.

5.0 Kesimpulan
Hasil kajian dan penerangan yang telah dilakukan,apa yang dapat di peroleh dan
kesimpulan dari hasil kajian prestasi pekerja di Infineon adalah tahap komitmen
seseorang pekerja terhadap bidang yang diceburi memainkan peranan penting dalam
meningkatkan mutu prestasi kerja.Hasil kajian ini juga menyatakan bahawa emosi
seseorang pekerja mempengaruhi motivasi diri dalam melaksanakan tugas yang di
berikan yang secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti seseorang individu
di syarikat tersebut.Pergaulan yang baik dan mesra antara rakan sekerja juga boleh
membuatkan seseorang pekerja lebih efektif dan efisen dalam melaksanakan tugas yang
telah di berikan.Antara faktor lain yang dapat di simpulkan adalah dari segi aspek latihan
yang perlu di berikan kepada para pekerja supaya memiliki prestasi yang
cemerlang.Peranan seseorang penyelia atau pengurus merupakan faktor utama dalam
proses penilaian prestasi dan perlulah bersikap adil.Jika penilaian prestasi tidak berlaku
adil,motivasi dan prestasi para pekerja boleh menurun dan tidak dapat melahirkan
seorang pekerja yang berkualiti dalam syarikat tersebut.Akhir kata,imbuhan dan ganjaran

8
adalah salah satu faktor yang boleh di gunakan untuk meningkatkan mutu prestasi kerja
yang baik pada masa akan datang.Selain itu juga penilaian prestasi haruslah di nilai oleh
seseorang yang di iktiraf oleh Jabatan Sumber Manusia supaya ia telus dan berintegriti.

2519 patah perkataan

RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai