Anda di halaman 1dari 1

CUIT-CUIT ANAK MUDA

Mohd Ghazali Taib

Hai anak muda


Biar kukhabarkan
Bicara itu pembayangnya akal
Dizahir dari keluhuran hati
Digarap dari budi
Diwarisi bertali generasi.

Duhai anak muda pewaris bangsa


Jangan dicencang nahu Bahasa
Walau terpercik hasutan maya
Jangan diusik daulat yang ada
Walau ditekan diuji daya.

Pinjamkan telingamu si anak muda


Dengarlah dengan hati
Tatanglah warisan ini
Tatanglah maruah ini
Jangan dibiari lesap menjadi angin
Kerana Bahasa Melayu ini
Rohnya adalah sekepal hati padu jati diri.

Anda mungkin juga menyukai