Anda di halaman 1dari 42

PENGAJIAN ISLAM

(UQI 10102/ UQI 10602)

TOPIK 1

ISLAM SEBAGAI
AL-DEEN
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik, pelajar akan dapat:
• Menerangkan dengan tepat asas-asas Islam dan sumber rujukan dalam
Islam
• Menghuraikan ciri-ciri kesempurnaan Islam dan kepentingan menjadikan
Islam sebagai suatu cara hidup.
• Mengaplikasikan sumber-sumber yang disepakati dan tidak disepakati
sebagai sumber rujukan dalam kehidupan.
PENGENALAN

https://www.google.com.my/search?q=islam+satu+cara+hidup&biw=21 https://www.google.com.my/search?q=islam+satu+cara+hidup&biw=2102&bih=957
02&bih=957&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=5xHLU48FiZ- &source=lnms&tbm=

‫ما هواإلسالم؟‬
Bahasa
Berasal dari Bahasa Arab : ‫ أ ْسلَ َم‬mengandungi 3 makna

Pengertian
ََْ ‫سَِْل‬
َ ِِْ َ‫سَْْل‬
َ ََْ َ‫سَل‬
ْْ َ ‫ست‬
ْ ِ‫ا‬
Islam Selamat Damai
Tunduk, patuh,
taat

Menyerah diri sepenuhnya kepada Allah dengan


mentauhidkanNya, taat, tunduk dan patuh, keikhlasan yang lahir
dalam diri secara menyeluruh serta beriman kepada ajaranNya
Istilah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW
Ciri-ciri Kesyumulan Islam
• Ciptaan Allah SWT • Memperuntukkan Ganjaran
• Berasaskan Wahyu • Tetap dan tidak berubah
• Lengkap dan Menyeluruh • Memudahkan dan tidak
• Bersifat Universal membebankan
• Sesuai sepanjang zaman • Dilaksanakan Secara Beransur-
ansur @ berperingkat-peringkat
• Mendidik Jiwa Manusia
‫‪Asas-asas Islam‬‬

‫أخالق‬
‫شريعة‬

‫عقيدة‬
Ikatan,
simpulan, Tauhid
kepercayaan ,
keyakinan
Akidah Mengesakan

Kepercayaan yang tersimpul kukuh Allah Esa pada


dan teguh dalam jiwa sehingga zat, sifat dan
tidak mungkin akan terhurai atau perbuatanNya
terputus walau oleh apa jua berdasarkan
keadaan dan suasana. dalil-dalil yang
(Mohd. Sulaiman Hj. Yasin: 1988) benar
Perkara Merosakkan Akidah

7. Mencintai makhluk lebih daripada


1. Mengingkari Allah sebagai Pencipta.
mencintai Allah.
2. Mendakwa alam ini bukan makhluk.
8. Mempermain atau mempersendakan
3. Mendakwa alam ini bukan di bawah
hukum Allah.
pentadbiran Allah.
9. Menolak hukum Allah.
4. Mendakwa diri berkuasa.
10. Menyamakan sifat Allah dengan sifat
5. Menyembah dan melakukan ibadah
makhluk.
bukan kerana Allah.
11. Membayang atau membentuk zat Allah.
6. Memohon perlindungan bukan
12. Menyandarkan sifat Allah dengan sifat
dengan Allah.
makhluk.
Ibadah,
Jalan yang muamalat,
lurus munakahat,
jenayah,
Syariah faraid, politik
dll

Setiap yang diperundangkan oleh Allah dalam


urusan keagamaan melalui wahyuNya sama
ada al-Quran atau al-Sunnah.
“Khuluq”
bererti budi
pekerti, Hubungan
perangai, dengan akidah
tingkahlaku
dan tabiat Akhlak
Suatu keadaan yang tertanam di Hubungan
dalam jiwa yang menampilkan dengan syariah
perbuatan atau tingkahlaku secara
mudah tanpa memerlukan
pemikiran dan penelitian.
(Imam al-Ghazali)
SUMBER RUJUKAN ISLAM
• Terdapat empat sumber.
SUMBER YANG • Semua ulama sepakat bahawa
DISEPAKATI sumber ini merupakan rujukan dalam
menentukan hukum terhadap
ULAMA permasalahan yang timbul

SUMBER YANG • Terdapat banyak sumber.


TIDAK • Ulama tidak sepakat menggunakan
sumber ini sebagai rujukan dalam
DISEPAKATI menentukan hukum terhadap
permasalahan yang timbul
OLEH ULAMA
1- SUMBER YANG DISEPAKATI
1. Al-Qur’an
Kalam Allah atau kitab diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w

perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab

dengan keterangan dan maknanya yang tepat

diriwayatkan secara mutawatir membaca setiap hurufnya adalah ibadah

bermula surah al-Fatihah berakhir dengan surah al-Nas

Info:
86 surah Makkiyah.
28 surah Madaniah
Nama dan Sifat al-Qur’an:

Sifat al-Qur’an
Nama lain
•Al-Nur
•Al-Kitab
•Al-Mubin
•Al-Furqan
•Al-Huda
•Al-Zikr
•Al-Rahmah
•Al-Tanzil
Keistimewaan Al-qur’an:
•Kalam Allah SWT
•Menggunakan Bahasa Arab
•Diterima secara mutawatir
•Peringatan dan petunjuk bagi
seluruh alam
•Kitab yang benar
•Pembimbing kepada kehidupan
yang bercahaya
Pembahagian Ayat Dalam al-Quran:
Ayyamillah
01 Penceritaan umat terdahulu

Ataillah
02 Berkenaan pelbagai anugerah Allah

Al-Ma’ad
03 Penerangan keadaan manusia selepas kematian

Ahkam
04 Penerangan mengenai hukum hakam
Info:
375 ayat ahkam
dalam 28 surah
Madaniyah
Asas Hukum Dalam Al-Quran:
Tidak menyulitkan Tidak membebankan Beransur-ansur

contoh contoh contoh

•diharuskan Berdiri menghadap •Larangan


mengqasarkan solat kiblat merupakan meminum arak
ketika bermusafir rukun solat namun secara beransur-
•Dibolehkan tidak bagi orang yang ansur
berpuasa ketika sakit dibolehkan •Kewajipan solat
bermusafir solat dengan cara berperingkat
•Dibolehkan duduk @ baring @ mengikut umur
menjama’kan dua gerakan mata @ kanak-kanak
solat ketika musafir gerakan hati.
1- SUMBER YANG DISEPAKATI
2. al-Hadith (al-Sunnah)
Perkara yang berkaitan dengan Rasulullah s.a.w
•Khabar (merujuk
berupa hadith)
•Athar (merujuk
perkataan perbuatan perakuan kata-kata dan
pendapat
sahabat)
Perkara datang Merangkumi Perakuan Rasulullah
daripada Rasulullah semua perbuatan terhadap perbuatan
dalam bentuk kata- Rasulullah yang sahabat di hadapan
kata tentang menjelaskan baginda dengan cara
sesuatu perkara syariat atau mendiamkan diri (tidak
atau keadaan undang- undang melarang) terhadap
perkataan atau
perbuatan sahabat
Maklumat tambahan

Hadith Qudsi
•Hadith yang kata-katanya dilafazkan oleh Rasulullah SAW akan
tetapi bersumberkan secara terus daripada Allah SWT. @
•Perkataan nabi yang disebut dengan mengatakan Allah
berfirman, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan
diriwayatkan daripadanya

:‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬


‫ُْ يَ ْْ ُُ ُر ِن ْي‬
ُ ‫ى ِب ْي َو أنَا َمعَه ُ ََي‬
ْ ‫ع ْب ِد‬ َ ‫ أنَا ِع ْن َد‬:‫قال هللا تعالى‬
َ ‫ظ ِن‬
‫رواية بخاري ومسلم‬
Rasulullah SAW bersabda:
“Firman Allah Taala: Aku menurut persangkaan hambaKu dan Aku
bersamanya di mana saja ia sebut (ingat) akan Daku”
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
Maklumat tambahan

Al-Sunnah
• Dari sudut bahasa bererti jalan, arah, peraturan,
bentuk atau tingkah laku.
• Dari sudut istilah bermaksud jalan keagamaan
yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w.
• al-Sunnah merujuk secara khusus kepada
perilaku Rasulullah SAW shj.
Kedudukan Dan Fungsi Al-hadith
•Sumber kedua selepas al-Quran
Kedudukan
•Selari dengan al-Quran

•Penguat dan penyokong al-Quran

•Penghurai dan pentafsir ayat al-Quran

Fungsi •Menjadi keterangan tasyri’


• Menasakhkan hukum yang terdapat dalam
al-Quran
•Menerangkan tentang ayat yang telah
dinasakh dan di mansukhkan
Kategori Al-hadith (dilihat dari segi jumlah perawi)
Dirawikan oleh ramai rawi yang berkualiti,
Mutawatir
sehingga tidak mungkin termasuk dalam
kategori hadith palsu

Ahad Dirawikan oleh tidak ramai


1 orang setiap peringkat atau
Gharib sebahagian peringkat
2 orang setiap peringkat atau
Aziz sebahagian peringkat
3 orang setiap peringkat atau
Masyhur sebahagian peringkat
Mustafid Lebih daripada 4 orang setiap peringkat
atau sebahagian peringkat
Kategori Al-hadith (dilihat keadaan perawinya)
Hadith yang memiliki matan dan sanad yang
Sahih dipercayai, berkualiti dan kuat

Hadith yang memenuhi syarat seperti Hadis


Hasan
Sahih tetapi ingatan perawinya pada setiap
peringkat masa atau sebahagian peringkat
masa tidak sekuat ingatan perawi Hadis Sahih
Hadith yang tidak memenuhi syarat hadith
Daif
Sahih dan Hasan di setiap peringkat masa atau
sebahagiannya

Maudhu’ Hadith palsu yang merupakan butan orang


semata-mata
Kategori Al-hadith (dilihat bilangan perawinya)
Hadith yang perawinya terdiri daripada sahabat, tabiin, tabi’
Mutawatir tabiin dan murud-murid tabiin yang jumlahnya ramai
sehingga tiada keraguan yang menunjukkan hadis tersebut
sebagai hadis rekaan.
Ahad Hadith yang perawinya tidak ramai. Terbahagi kepada :

Gharib Perawi pada setiap tempoh masa atau sebahagiannya


hanya seorang

Aziz Perawi pada setiap tempoh masa atau sebahagiannya hanya dua
orang

Masyhur Perawi pada setiap tempoh masa atau sebahagiannya hanya tiga
orang

Mustafid
Perawi pada setiap tempoh masa atau sebahagiannya emapt orang
UWA10102 Pengajian Islam
atau lebih Shakila Ahmad ~ shakila@uthm.edu.my
Hadith Yang Menjadi Dasar Hukum
Sahih Hasan

Daif
Hanya boleh digunakan untuk:

Fada’il Asykhas: kelebihan bagi seseorang

Fada’il Al-Mawadi’ : Keutamaan negeri atau tempat

Fada’il Al-A’mal: menerangkan fadilat sasuatu amalan yang


baik dengan syarat tidak terlalu da’if dan tidak diiktikadkan
sunnahnya serta tidak digolongkan ke dalam hadith-hadith
Rasulullah SAW yang muktabar
1- SUMBER YANG DISEPAKATI
3. IJMAK
Ittifaq (persetujuan) seluruh mujtahid dari umat Nabi Muhammad

selepas kewafatan Rasulullah S.A.W pada sesuatu zaman

dalam sesuatu hukum syarak terhadap perkara sesuatu hukum syarak

yang tidak terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah


Rukun Ijmak:
Ulamak yang
Harus ada beberapa orang berusaha
mengeluarkan
mujtahid yang bersepakat hukum
sewaktu terjadinya peristiwa
syarat
Kesepakatan seluruh mujtahid
yang ada dalam dunia
•Mempunyai ilmu yang luas
Kesepakatan dinyatakan secara dalam bidang
•al-Quran
tegas oleh setiap mujtahid •Al-Hadith
•Ijmak
Kesepakatan yang penuh dari •Usul Fiqh
seluruh mujtahid •Mahir ilmu bahasa Arab
1- SUMBER YANG DISEPAKATI
4. QIYAS
Membandingkan perkara yang tidak dinyatakan hukumnya

dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan perkara

yang ada dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah

kerana ada persamaan pada `illah


Sebab
hukum
Rukun Qiyas
Sesuatu yang tertentu (asal) contoh Arak

Hukum sesuatu yang contoh Haram


tertentu

`illah contoh memabukkan

Sesuatu yang lain (furu’) contoh syabu

Syabu haram kerana ia juga memabukkan dan menghilangkan akal sebagaimana


arak. Hukum syabu diqiyaskan dengan hukum arak
Bahagian Dan Jenis Qiyas
Qadhi dilarang membuat keputusan semasa menahan kencing
•Jaliy diqiaskan dengan larangan Nabi SAW qadhi membuat keputusan
(`illah jelas) dalam keadaan marah kerana ada gangguan fikiran dan tidak
tenteram hatinya
Bahagian
•Khafiy Diharamkan riba timbangan tumbuhan diqiyaskan dengan
pengharaman tambahan timbangan gandum kerana kedua-
(`illah duanya ditimbang walaupun gandum makanan dan
tersembunyi) tumbuhan tidak boleh dimakan

Larangan memukul orang tua diqiyaskan dengan larangan


•Aula mengucapkan kata-kata yang menyakitkan hati orang tua
•(lebih utama kerana menyakitkan. `Illah lebih sesuai dengan perkara
kedudukan `Illah) baru atau cabang.
Larangan menjual harta anak yatim diqiyaskan dengan
Jenis •Musawi larangan memakan harta anak yatim kerana melakukan
kezaliman terhadap anak yatim. Kedudukan `Illah nya
•( sama kedudukan `illah) sama.

Larangan menambahkan (riba fadhl) timbangan


•Adna epal diqiyaskan dengan larangan menambah
•(lebih rendah kedudukan `illah) timbangan gandum kerana kedua-duanya
makanan.
2- SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI
1.Masalih al-Mursalah (Maslahah)
Banyak digunakan oleh Imam Malik

Memutuskan sesuatu berasaskan prinsip kebaikan


am perkara yang tidak terdapat dalam nas al-
Qur`an dan al-Sunnah yang jelas
Contoh: dalam al-Quran dan al-Sunnah tidak ada nas yang melarang
pengumpulan al-Quran dari hafalan dan tulisan. Namun untuk
kemaslahatan (kepentingan) umat para sahabat di zaman Abu Bakar
bersepakat untuk menulis dan mengumpulkannya.
SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI
1.Masalih al-Mursalah (Maslahah)
2-SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI
2. Istihsan
Dipegang oleh golongan Hanafiah.

Mengenepikan sesuatu hukum yang mempunyai dalil atas suatu


perkara dengan mengambil hukum lain yang lebih kukuh dan lebih
kuat daripadan hukum pertama berasaskan kepada dalil syarak
yang membolehkan timdakan sedemikian.

Contoh: mengenepikan hukuman potong tangan ke atas pencuri yang


melakukannya dalam musim kelaparan, sebagaimana yang pernah
dilakukan oleh Saidina Umar r.a
2-SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI

3. Istishab

Pengekalan hukum yang terdahulu selagi


belum terdapat dalil yang mengubah hukum
tersebut.
Contoh:Hukum asal sesuatu adalah harus. Hukum memakan semua
makanan di muka bumi ini adalah halal sehinggalah datang dalil yang
menegah dan mengecualikan makanan yang halal menjadikannya
haram dimakan.
2-SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI
4. Sad al-Zara’ie
Banyak digunakan oleh Ulama mazhab Maliki dan Hanbali.

Pendekatan untuk menyekat perkara yang


boleh membawa seseorang terjebak dalam
perkara yang diharamkan.
Contoh: mensyaratkan memiliki sjil nikah sebagai pengesahan dari
kesamaran dalam soal perkahwinan dan, nafkah, waris dll untuk
menolak berlakunya penipuan.
2-SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI
4. Sad al-Zara’ie
2- SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI
5. Uruf (Adat)
Banyak digunakan oleh Ulama mazhab Maliki, Hanafi dan Syafie.

Kebiasaan yang diamalkan oleh sebahagian besar


umat Islam dalam sesuatu masyarakat sama ada
dalam bentuk perbuatan atau percakapan dan
diterima pakai sebagai asas hukum selama ia tidak
bercanggah dengan syarak
Contoh: Jualbeli dengan jalan serah-terima barang tanpamenggunakan
kata-kata ijab dan qabul.
2-SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI
6. Qaulu Sahabi )‫(قول الصَابى‬
Pendirian seorang sahabat mengenai suatu
masalah hukum ijtihad baik yang tercermin dalam
fatwanya mahupun dalam keputusan yang
berkaitan penegasan dalam al-Quran.

Contoh: Penentuan wanita haidh dan istihadhah bersandarkan kepada


kata-kata Saidatina Aisyah R.A..
2- SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI
7. Syar’u Man Qablana )‫(الشرع من قبلنا‬

Syariat yang dibawa oleh para rasul sebelum Nabi


Muhammad SAW yang menjadi pembimbing bagi
kaumnya seperti syariat Nabi Ibrahim, Musa, Isa
dan sebagainya

Contoh: Penetapan Qisas sebagaimana yang disyariatkan dalam Kitab


Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa. A.S.
Aktiviti
1. Apakah maksud Islam dan bagaimanakah menjadikan Islam sebagai satu
cara hidup? Berikan contoh bagaimana anda menjadikan Islam sebagai
cara hidup.
2. Huraikan asas-asas Islam dan bagaimanakah semua asas Islam saling
terkait?
3. Huraikan sumber rujukan Islam yang disepakati dan yang tidak
disepakati beserta contoh.
Rujukan
• Abdul Rahman I.Doi (1995), Undang-undang Syariah, terjemahan Rohani
Abdul Rahim, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
• Harun Din (Dr.) (2001), Manusia dan Islam, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
• Harun Yahya (2005), Rukun Asas Agama Islam, Johor Bahru: Jahabersa
• Al-Buti, Muhammad sa’id Ramadan (2004), Kubra al-Yaqiniyyat, Beirut:
Dar al-Fikr al-Mu’asir
• Asmawi Ehsan (2003), Ilmu Hadith: Sebagai sumber hukum Islam, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
• Abdul Wahab Khallaf (1981), Ilmu Usul al-Fiqh, Kuwait: Dar al-Ilm

UQI/UWA10102 Pengajian Islam Shakila Ahmad ~


shakila@uthm.edu.my
UQI10102 Pengajian Islam
WAN AINAA MARDHIAH WAN ZAHARI
mardhiah@uthm.edu.my

Anda mungkin juga menyukai