Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan

Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi
perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi
negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik
negara.

Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi
mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk
melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu
budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi,
pendidikan dan integriti.

Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan yang akan menghadapi
pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita amat
memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama, etnik dan
bangsa.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/03/13/negara-akan-terus-maju-jika-
perpaduan-kaum-dapat-dikekalkan

Anda mungkin juga menyukai