PENDAHULUAN
Dalam membicarakan tentang persoalan kepentingan terhadap kritikan sumber sejarah maka
kita tidak boleh mengenepikan tentang maksud sumber dan juga kepentingan sesuatu sumber itu
kepada bidang sejarah. Apabila memperkatakan tentang sumber sejarah pula, tidak dapat tidak ia
akan menyentuh tentang makna sejarah itu kepada persoalan yang sedang dibincangkan dalam
tugasan ini.
Oleh yang demikian, tugasan ini akan membincangkan tentang kepentingan kritikan
terhadap sumber sejarah, pembahagian kritikan iaitu apakah yang dimaksudkan dengan istilah
kritikan dalaman dan kritikan luaran terhadap sumber sejarah? Perkara tersebut akan dijelaskan
bagi memahami fungsi dan kepentingannya kepada sejarah. Apatah lagi sejarah itu merupakan
suatu bidang ilmu yang mempunyai disipinnya yang tersendiri.Seterusnya akan dijelaskan apakah
cirri-ciri perbezaan antara keduanya? Dan bagimana yang dikatakan kritikan luaran dan apa pula
sesuatu sumber itu melalui kaedah kritikan yang akan dijalankan dan akhir sekali apakah
implikasi kritikan sumber itu terhadap sejarawan dan penyelidikannya atau pensejarahannya.
PENGERTIAN SEJARAH
Dalam membicarakan persoalan tentang sumber sejarah, maka terlebih dahulu kita harus
memahami apakah yang dimaksudkan dengan sejarah? Menurut Kamus Dewan, sejarah
waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo dan kajian atau pemgetahuan mengenai peristiwa-
1
2 AOC 180002 AOB : KEPENTINGAN KRITIKAN DALAMAN DAN KRITIKAN
LUARAN DALAM SUMBER SEJARAH
peristiwa yang telah lalu, tawarikh” 1 Apabila menyebutkan tentang masa lalu itu maka sudah
pastilah perlu ada pertalian untuk generasi kini sampai ke masa lalu itu sendiri. Pertalian inilah
yang pernah disebutkan oleh E.H.Carr iaitu “ suatu proses berterusan, interaksi di antara ahli
sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa kini
dengan masa lampau”2 Proses interaksi inilah yang melibatkan bahan atau objek yang dikenali
sebagai fakta sejarah. Untuk memastikan ketepatan fakta pula kita harus mengetahui dari
manakah fakta itu diperolehi dan bagi mengetahui asal-usul fakta ini kita harus mengkaji sumber
dari mana fakta itu terhasil. Dengan langkah-langkah sedemikian barulah sesuatu fakta itu boleh
dijadikan hujah atau sandaran kepada sesuatu bidang kajian sejarah yang sememangnya
memerlukan fakta sebagai mana yang dijelaskan oleh Ishak Saad dalam tulisannya bertajuk “
Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden” menyebutkan bahawa ‘Fakta adalah suatu unsur yang
penulisan sejarah itu. Tanpa fakta penulisan akan menjadi kosong dari segi kesejarahannya.
Dalam sejarah fakta boleh dianggap sebagai tulang belakang malah nadi bagi
kesejarahannya.’3 Justeru itu, fakta merupakan salah satu daripada perkara yang perlu ada dalam
sejarah yang harus dimiliki oleh seseorang penyelidik dalam menjalankan sesuatu kajian
penyelidikan sejarah.Tanpa fakta, sejarah itu akan menjadi kosong dan boleh dilihat hanya
sebagai cerita berbentuk imaginasi semata. Dan fakta tanpa sejarah hanyalah sebagai data-data
yang tiada penafsiran terhadapnya dan akan terhenti di situ sahaja. Namun semasa menjalankan
proses pengumpulan fakta-fakta ini untuk diklasifikasikan sebagai fakta sejarah, seorang
sejarawan itu perlu berhati-hati dalam menentukan ketepatan fakta yang diterima. Oleh sebab
itulah kerja-kerja penyelidikan ini memerlukan penelitian yang rapi bagi mengelakkan sebarang
1
Kamus Dewan, Kuala Lumpur, 1970, hlm. 1033
2
E.H. Carr, Apakah Sejarah? (Terj.) Abdul Rahman Ismail, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984, hlm.27
3
Ishak Saad, Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Publications. Sdn. Bhd, Shah Alam Selangor,
2007,hlm.35.
2
3 AOC 180002 AOB : KEPENTINGAN KRITIKAN DALAMAN DAN KRITIKAN
LUARAN DALAM SUMBER SEJARAH
kesilapan atau kecacatan pada fakta yang diperolehi. Jadi tidak hairanlah jika proses ini dianggap
sebagai sebahagian daripada aktiviti penyiasatan bagi mendapatkan kebenaran fakta yang
diterima.
Untuk mendapatkan kebenaran daripada fakta-fakta yang diterima maka seseorang ahli
sejarah itu perlu menjalankan beberapa ujikaji bagi mengetahui ketepatan maklumat yang
diterima. Dalam keadaan beginilah ada ahli falsafah yang menyamakan sejarah itu sebagai sains
seperti mana yang diungkapkan oleh J.B.Bury bahawa ‘sejarah adalah sains, tak lebih tak
terhadap fakta-fakta sejarah itu banyak menggunakan ilmu sains bagi mendapatkan ketepatan
atau ketulenan sesuatu fakta terutama fakta-fakta yang datangnya dari sumber-sumber yang
memakan masa ratusan tahun, maka material tersebut perlu dibuat ujikaji bagi mengetahui umur
sesuatu bahan tersebut.Namun pada hakikatnya sejarah bukanlah sains akan tetapi sejarah
memerlukan sains sebagai ilmu bantu dalam membuat ujikaji terutama yang melibatkan ujian
kimia ke atas bahan-bahan sumber yang berbentuk material seperti dokumen, artifak dan
sebagainya. Sejarah juga boleh menjadi ilmu bantu kepada bidang-bidang lain seperti sosioogi,
sains politik, ekonomi,arkeologi, antropologi, psikologi dan sebagainya kerana pengertian ilmu
sejarah itu sendiri telah menggariskan bahawa sejarah merupakan suatu bidang kajian tentang
tingkah laku manusia pada masa lalu yang rasional dan melibatkan masyarakat ramai.
Kesimpulannya terdapat banyak bidang ilmu yang memerlukan sejarah sebagai ilmu bantu dan
sejarah juga memerlukan bidang-bidang tertentu sebagai ilmu bantu terutama yang melibatkan
soal tafsiran sumber dan fakta sejarah bagi memastikan kebenaran untuk diguna pakai dalam
4
Mohd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah Falsafah Pengertian Kaedah dan Pensejarahan, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur, 2013, hlm XV.
3
4 AOC 180002 AOB : KEPENTINGAN KRITIKAN DALAMAN DAN KRITIKAN
LUARAN DALAM SUMBER SEJARAH
SUMBER
Apabila memperkatakan tentang sumber sudah tentu ia sangat rapat dengan sejarah.
Sumber dari segi makna Bahasa Melayunya membawa makna punca sebagai contoh tumbuhan
mendapat makanan untuk tumbesaran adalah melalui proses fotosentesis dan sumbernya adalah
melalui cahaya matahari. Begitu juga air yang mengalir, sudah pasti ia berpunca dari mata air.
Maka istilah sumber dalam sejarah membawa maksud punca atau asal-usul sesuatu bahan
sejarah itu diperolehi. Menurut Oxford English Dictionary, Sumber atau source
bermaksud”sebuah karya dan lain-lain yang menyediakan maklumat atau bukti khusus yang
bersifat tulen atau asli berkenaan sesuatu fakta, kejadian atau siri hal-hal trsebut”5Menurut Dr. R.
Suntharalingam, istilah sumber dalam sejarah bermaksud bahan-bahan yang menyediakan bukti
berkenaan sesuatu yang dikaji6 Bagi beliau, sumber bukanlah bukti akan tetapi sumber merujuk
kepada dari manakah sesuatu bukti itu diperolehi. Sebagai contoh, seseorang yang berhadapan
dengan suatu kes pembunuhan dan didapati senjata yang digunakan semasa pembunuhan itu
berada ditempat kejadian, jadi di sini senjata yang digunakan semasa pembunuhan itu adalah
bukti akan tetapi sumber dari mana datangnya senjata yang digunakan oleh si pembunuh itu
perlu disiasat, adakah sudah ada senjata sebelum kejadian itu berlaku atau senjata yang
digunakan itu telah dibawa oleh si pembunuh. Berdasarkan ketepatan sumber tersebut akan
menentukan status kes pembunuhan tersebut sama ada membunuh tanpa niat atau dengan niat.
Merujuk kepada makna sumber sejarah yang dikemukakan oleh Muhd Yusof Ibrahim
pula sumber ialah sesuatu yang boleh menjadi punca kepada sesuatu lahiran pemikiran ataupun
penulisan7 Jadi tidak hairanlah jika ada sejarawan yang menyifatkan sejarah itu adalah hasil
cetusan pemikiran atau interpritasi ahli sejarah terhadap sumber yang diperolehi. Ini kerana
tidak mungkin dan mustahil seseorang itu boleh balik ke masa lalu untuk menjadi saksi kepada
5
. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Marican & Sons (M) Sdn.Bhd, Kuala Lumpur,1985, hlm.29.
6
Ibid,
7
Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1986, hlm. 65.
4
5 AOC 180002 AOB : KEPENTINGAN KRITIKAN DALAMAN DAN KRITIKAN
LUARAN DALAM SUMBER SEJARAH
sesuatu peristiwa. Maka sumberlah yang akan menjadi pertalian kepada sejarawan untuk
membantu menjalankan penyelidikan. Sumber akan menentukan kebenaran fakta sejarah yang
dianggap tulang belakang atau nadi kepada sejarah. Sebab itu, bagi Muhd Yusof Ibrahim Sumber
sejarah sangat diperlukan dalam hal membentuk pengetahuan masa lalu. Sumber-sumber
tersebut mempunyai peranan yang sangat penting, malah utama dalam usaha sejarawan
mengkaji sesuatu peristiwa sejarah.8 Maka di sini menunjukkan bahawa sumber dalam
penyelidikan sejarah adalah saling bergantungan. Tanpa sumber maka sudah pasti sejarah yang
ditulis tidak lagi berupa sejarah malah mungkin akan berubah menjadi sebuah karya sastera dan
sebagainya.
Bagi Rozeman Abu Hassan pula mendifinasikan sumber sejarah itu sebagai merujuk
kepada bahan-bahan sejarah yang amat luas meliputi pelbagai sifat mengenai peristiwa sejarah
masa lampau. Sumber-sumber sejarah boleh terdiri daripada rekod-rekod bertulis, tradisi lisan,
tinggalan perkampungan prasejarah, inskripsi pada batu-batu, sebarang testimony dan objek
yang boleh member penjelasan tentang kewujudan sesuatu peristiwa sejarah manusia yang
ditemui.9 Bagi beliau, bahan-bahan tinggalan tersebut merupakan sebagai alat yang dapat
membuktikan kewujudan peristiwa lampau dan bahan-bahan berbentuk material ini juga
bertindak sebagai kebenaran kepada penyaksian atau penemuan sesuatu fakta dalam sesuatu
peristiwa itu dengan mengemukakan contoh tentang cara orang-orang Assyrian mengukir di atas
batu tentang nama dan pemerintahan raja-raja mereka untuk diketahui oleh rakyat.10 Menurut
beliau lagi, dengan mengkaji sumber sejarah seseorang itu sebenarnya sedang melakukan
“Working under-ground” bekerja di bawah tanah. Ini menunjukkan bahawa proses menyelidik
sumber dan mengumpulkan sumber-sumber ini bukanlah suatu kerja mudah. Malah seseorang
8
Ibid,hlm.18.
9
Rozeman Abu Hassan, Mengenal dan Mentafsir Sumber-sumber Sejarah, Karisma Publications Sdn.Bhd Shah
Alam Selangor,2004,hlm.8.
10
Ibid.
5
6 AOC 180002 AOB : KEPENTINGAN KRITIKAN DALAMAN DAN KRITIKAN
LUARAN DALAM SUMBER SEJARAH
sejarawan ini harus bersikap tekun dan berhati-hati semasa membuat pemilihan terhadap sesuatu
sumber dan kepentingannya kepada bidang sejarah maka tidak keterlaluan jika dikatakan
bahawa sumber merupakan suatu elimen penting dalam disiplin ilmu sejarah. Tanpa sumber
mana mungkin sesuatu peristiwa yang ditulis itu dikategorikan sebagai bidang pensejarahan. Hal
ini kerana sesuatu sumber itu akan membawa kepada ketepatan fakta yang digunakan dalam
sejarah. Oleh itu tidak hairanlah jika ramai sejarawan merumuskan bahawa sumber adalah
berbeza dengan ilham kerana sumber boleh dirujuk kembali dan berbentuk nyata manakala
ilham pula adalah sesuatu yang abstrak iaitu lintasan atau imaginasi fikiran yang hadir
disebabkan faktor-faktor tertentu yang menjadi ransangan kepada hadirnya ilham tersebut.
KLASIFIKASI SUMBER
Untuk membicarakan tentang klasifikasi sumber, kita harus sedar tentang jenis-jenis
sumber yang perlu digunakan dalam sesuatu penyelidikan sejarah ini kerana pemilihan jenis-
jenis sumber tertentu amat bergantung kepada tema peristiwa sejarah yang dikaji itu. Walau
6
7 AOC 180002 AOB : KEPENTINGAN KRITIKAN DALAMAN DAN KRITIKAN
LUARAN DALAM SUMBER SEJARAH
menurut Dr. Abdul Raman Abdullah dalam tulisannya bertajuk “Pengantar Ilmu Sejarah”
membahagikan sumber kepada tiga kategori iaitu sumber berbentu, sumber lisan dan sumber
tulisan.11 Bagi sumber berbentuk menurut beliau lagi ia meliputi segala jenis figured sources
( materialistic civilization) yang tinggi pada zaman purba. 12 Maksudnya di sini segala tinggalan
yang berupa objek sama ada peralatan harian, monument seumpama tinggalan kota-kota dan
tempat penyembahan turut termasud kategori ini. Jika demikian, bahan fosil seperti rangka
manusia juga dikategorikan sebagai sumber yang berbentuk ini. Malah beliau turut menambah
bahawa bentuk-bentuk material juga merangkumi objek-objek seperti batu-batu besar yang
didirikan untuk pemujaan Hyang atau nenek moyang (ancestar cult)13 itu juga termasuk ke dalam
Sumber lisan pula merujuk kepada berbagai-bagai jenis sastera rakyat (folklore) seperti
mitos, lagenda, cerita asal-usul dan sebagainya 14 sumber-sumber jenis ini banyak digunakan dan
diperolehi daripada masyarakat tradisi. Sumber lisan ini juga biasanya disampaikan dari satu
generasi ke satu generasi untuk tujuan kenang-kenagan dan pengajaran. Dalam soal sumber ini
para sejarawan harus berhati-hati dalam menggunakan sumber berkenaan. Pada pandanag Mohd
Yusof Ibrahim pula untuk mendapatkan sumber lisan sejarawan perlu menemubual tokoh-tokoh
dan orang-orang15 yang terlibat dalam sesuatu peristiwa dan perlulah dirakam setiap
percakapannya atau dibuat catatan terhadap penjelasannya. Suka diingatkan di sini bagi
memastikan kebenaran dalam cerita yang disampaikan melalui sumber seperti ini, orang yang
ditemubual itu bukanlah hanya sekadar satu dua individu sahaja Ini kerana sumber sebegini
11
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Kuala Lumpur, 1994, hlm.70.
12
Ibid,
13
Ibid, hlm. 71.
14
Ibid, hlm. 72.
15
Muhd Yusof Ibrahim, Ilmu sejarah Falsafah pengertian Kaedah dan Pensejarahan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2013, hlm. 172.
7
8 AOC 180002 AOB : KEPENTINGAN KRITIKAN DALAMAN DAN KRITIKAN
LUARAN DALAM SUMBER SEJARAH
banyak mengandungi unsur bias dan tidak kurang juga yang tertinggal fakta-fakta penting yang
diperlukan. Bagi Rozeman Abu Hassan pula menyebutkan, orang-orang yang memberi
maklumat tentang sesuatu sumber sejarah boleh dikelaskan sebagai informan yang bekerjasama
dan informan yang tidak bekerjasama.16 Dalam hal ini beliau lebih menfokuskan tentang status
individu yang ditemubual itu untuk menentukan status sumber. Walau apa pun yang dikatakan
tentang sejarah lisan ia tetapdianggap sebagai suatu sumber yang membentu dalam
mempelbagaikan cabang kajian lebih-lebih lagi yang bersifat sejarah tempatan yang kurang
mengaplikasikan tulisan dan catatan apatah lagi berbentuk dokumen seperti mana yang ada pada
hari ini. Walau pun dikatakan sumber lisan ini banyak kelemahannya dari sudut keabsahannya
kerana dimasukkan unsur-unsur mitos dan sebagainya, namun di sinilah letaknya sikap
profesionaliti seseorang ahli sejarah itu bagi membuat penapisan dan penganalisisan terhadap
keterangan-keterangan yang diterima. Hal ini kerana melalui sumber lisan itu sebenarnya
sejarawan lebih dekat dengan sumber asli, ini kerana kebanyakan sumber lisan merupakan saksi-
saksi atau orang-orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sesuatu
peristewa. Oleh sebab itu Herodotus telah menggunakan kaedah sedemikian bagi memaparkan
peristiwa Perang Parsi dengan mewawancara saksi-saksi yang masih hidup yang ada pada masa
peperangan itu berlaku. Ini menunjukkan kaedah lisan juga tidak boleh dikesampingkan dalam
soal pensejarahan.
Seterusnya sumber tulisan adalah merujuk kepada segala bentuk catatan atau tulisan
seperti dokumen, catatan harian peribadi seseorang tokoh (diari) dan sebagainya. Dalam
membicarakan tentang sumber tulisan sebahagian besar didominasi oleh rekod-rekod kerajaan
yang merangkumi laporan mahkamah dan parlimen, surat-menyurat kementerian dan jabatan,
fail-fail dari badan-badan berkanun dan agensi-agensi kerajaan, surat-menyurat ibu pejabat
negeri,pejabat daerah dan pejabat mukim serta laporan khas yang dikeluarkan oleh jawatankuasa
16
Rozeman Abu Hassan, Mengenali dan mentafsir Sumber-sumber Sejarah,hlm.17.
8
9 AOC 180002 AOB : KEPENTINGAN KRITIKAN DALAMAN DAN KRITIKAN
LUARAN DALAM SUMBER SEJARAH
dan suruhanjaya17 Biasanya dokumen-dokumen seperti ini disimpan di tempat yang khusus
seperti arkib, pejabat-pejabat kerajaan, perputakaan negeri atau perpustakaan Negara dan
sebagainya serta disimpan secara bersistematik dengan teknik pengkatalogan yang betul. Selain
itu terdapat juga dokumen-dokumen bertulis yang dimiliki oleh syarikat atau badan-badan
swasta seperti yang berpunca dari dewan perniagaan, parti politik, persatuan sukarela,
pertubuhan ugama dan budaya, sekolah persendirian, kesatuan sekerja dan sebagainya. 18 Untuk
mendapatkan sumber-sumber seperti ini sejarawan perlu ke lokasi yang berkenaan kerana
lebih dianggap bersifat tempatan. Sumber tulisan yang tidak kurang pentingnya ialah tulisan-
tulisan kuno yang di pahat pada batu, ditulisan pada daun pyperus dan kulit-kulit kayu dan kulit
binatang juga merupakan maklumat yang boleh memberikan gambaran sebenar sesuatu
peristiwan sejarah. Contoh yang paling dekat dengan kita ialah tulisan yang terdapat pada batu
bersurat Terengganu telah membuktikan Islam telah bertapak di Tanah Melayu seawal abad Ke-
14 lagi. Melalui tulisan-tulisan yang dipahat pada batu dan dinding-dinding gua serta kulit-kulit
binatang ini juga kiata akan mendapat banyak maklumat terutama dari segi bahasa yang
digunakan oleh masyarakat pada ketika itu, juga tentang agama dan kepercayaan serta
manfaatyang sangat berguna kepada ahli sejarah kerana makna sejarah itu sendiri juga
dilambangkan dengan hasil catatan peristiwa masa lalu yang direkodkan. Maksudnya, segala
bahan yang direkodkan itu sudah tentulah merupakan sesuatu yang penting.
Walau pun telah dinyatakan sebelumnya tentang tiga kategori sumber yang digunakan
oleh para sejarawan, namun ketiga-tiga sumber tersebut juga dikelaskan mengikut
17
R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Marican & Sons (M) Sdn. Bhd.1985, hlm. 32.
18
Ibid, hlm.33.
9
10 AOC 180002 AOB : KEPENTINGAN KRITIKAN DALAMAN DAN KRITIKAN
LUARAN DALAM SUMBER SEJARAH
kepentingannya sehingga mewujudkan istilah sumber pertama dan sumber kedua. Yang
dimaksudkan dengan sumber pertama itu ialah sejenis bahan yang boleh kita rujuk tetapi
keadaannya masih asli dan belum lagi ditafsirkan.19 Selain itu, sumber pertama (sumber primer)
juga disifatkan sebagai sumber yang diperolehi daripada saksi-saksi dalam bentuk tulisan,
catatan dan juga saksi utama kepada sesuatu peristiwa yang berlaku. 20 Ada juga yang
arkid, istana, perpustakaan, muzium, pejabat penyimpan rekod21 dan lain-lain. Apa pun
pandangan tentang sumber ini ia merupakan bahan pertama yang melaporkan tentang sesuatu
kejadian atau peristiwa yang berlaku. Akibat daripada sifatnya yang asli itu maka tugas ahli
sejarah perlulah membuat analisis ke atas sumber-sumber tersebut kerana kebiasaannya sumber
pertama ini berada dalam keadaan bentuknya yang asli terutama yang melibatkan sumber dari
zaman lampau seperti manuskrip dan sebagainya. Dokumen-dokumen ini ada kalanya
dikumpulkan dan disimpan dalam bilik gelap serta berabuk.22 Selain itu ahli sejarah juga perlu
menggunakan kepakaran dari bidang lain bagi menterjemah sumber-sumber berkenaan agar
Sumber Kedua dirujuk sebagai kajian-kajian ataupun penulisan yang telah dilaksanakan
oleh seseorang mahupun kumpulan tentang sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya 23
Selain itu ia dikata berupa karya sejarah yang tersusun, rencana atau buku. 24 Seterusnya bagi Dr.
Abdul Rahman pula menyebutkan sumber kedua itu sebagai karya-karya yang sudah diproses
19
Muhd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah Falsafah pengertian dan Kaedah Pensejarahan, Dewan Bahasa dan
Pustaka,Kuala Lumpur, 2013,hlm. 179. Lihat juga, Mohd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan
Mengenai Teori dan Kaedah, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1986, hlm. 66.
20
Louis Gottschalk, Understanding History: A Primer of Historical Method,New York, hlm. 54.
21
Ishak Saad, Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, hlm. 39.
22
Rozeman Abu Hassan, Mengenal dan Mentafsir Sumber-sumber Sejarah, hlm. 23.
23
Muhd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah Falsafah pengertian Kaedah dan Pensejarahan, hlm.181.
24
Ishak Saad, hlm. 39.
10
11 AOC 180002 AOB : KEPENTINGAN KRITIKAN DALAMAN DAN KRITIKAN
LUARAN DALAM SUMBER SEJARAH
berdasarkan bahan-bahan mentah25 (sumber pertama) Pandangan beliau ini turut disokong oleh
Dr. Arba’iyyah Mohd Noor yang mengatakan sumber sekunder ibarat tulisan atau buku yang
ditulis oleh sejarawan tentang seseorang tokoh, sesuatu peristiwa yang didasarkan sumber
pertama atau sumber-sumber yang lain. 26 Pleh itu bahan-bahan seperti tesis-tesis dan desartasi
juga boleh dikategorikan ke dalam jenis sumber ini. Namun demikian hasil kajian seperti ini
hanya tersimpan di university dan penerbitannya sangat terhad. Apa pun pandangan yang
diletakkan kepada sumber kedua ia tetap merupakan sumber bagi kajian sejarah. Oleh sebab itu
ahli sejarah perlu berhati-hati dalam membuat interpretasi ke atas hasil kajian kerana hasil
penulisan itu kelak akan dijadikan sumber rujukan kepada sejarawan seterusnya.
terlebih dahulu tentang maksud kritikan terhadap sumber tersebut. Kritikan terhadap sumber
bermaksud skaptisme iaitu sesuatu sumber itu harus disangsikan. Maknanya di sini, seseorang
sejarawan itu harus bersikap sangsi terhadap setiap sebarang sumber yang diperolehinya dan
tidak menerima secara semberono apa sahaja sumber yang didapatinya walaupun sumber
yang diingatkan oleh Kitson clark “Tidak ada dokumen dan tidak ada penyataan rasmi atau
bukan rasmi yang tidak boleh disangsikan”27 Hal ini kerana sumber-sumber tersebut
25
Abdul Rahman Abdullah, Pengatar Ilmu Sejarah, hlm. 74.
26
Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 51.
27
G kitson Clark, The Critical Historian, London, 1970, hlm. 80.
11
12 AOC 180002 AOB : KEPENTINGAN KRITIKAN DALAMAN DAN KRITIKAN
LUARAN DALAM SUMBER SEJARAH
sejarah merupakan suatu disiplin ilmu yang tersendiri dan sumber merupakan suatu elemen
peting dalam sejarah, maka sudah semestinya ia perlu dijalankan dengan cara yang professional.
Jika direnung kembali tentang persoalan kritikan sumber ia telah dimulakan secara
bersistematik oleh Leopold Von Renke dengan gagasannya “ we es elgentlich gewesen” yang
mahu sejarah itu ditulis seperti sebenarnya berlaku. Untuk itu beliau telah menggunakan sumber
dokumen secara optimum supaya hasil pensejarahannya itu menjadi lebih tepat. Secaratidak
langsung tindakan beliau ini telah mempopularkan arkib-arkib sebagai tempat mencari sumber-
sumber rujukan sejarah28 Selain itu beliau turut menyarankan supaya sejarah haruslah didasarkan
kepada sumber-sumber yang maujud dan pembuktian yang kritis sehingga ia tidak lagi
maka beliau telah menjalankan satu kaedah yang disebut kaedah seminar yang mula digunakan
pada Tahun 183330 Untuk memantapkan lagi proses kritikan dan penilaian terhadap sember-
sumber yang digunakan, beliau turut memperkenalkan kaedah Quellinkritik yang secara amnya
Dalam melakukan kaedah kritikan sumber ia dibahagikan kepada dua bahagian iatu
kritikan luaran dan kritikan dalaman. Bagi Louis Gottschalk, beliau sangat menekankan soal
kritikan luaran ke atas sumber itu32 Beliau turut memberikan cadangan atau pandangan
bagaimana untuk melakukan kritikan luaran antaranya ialah dengan membuat perbandingan
sesuatu dokumen itu dengan dokumen lain yang sezaman dengannya untuk menentukan
kesamaannya dari segi kertasnya, jenis dakwat atau lain-lain alat yang digunakan serta cara
28
Muhd Yusof Ibrahim & Mahayudin Hj. Yahya, Sejarah dan Pensejarahan ketokohan dan Karya, Dewan Bahasa
dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1988, hlm. 285.
29
Ibid, 187.
30
Ibid,186.
31
Ibid, 187.
32
Louis Gottschalk, Understanding History, New York,hlm. 118.
12
13 AOC 180002 AOB : KEPENTINGAN KRITIKAN DALAMAN DAN KRITIKAN
LUARAN DALAM SUMBER SEJARAH
catatan itu dilakukan33 Dalam situasi ini ilmu sains digunakan menerusi ujian kimia untuk
menganalisis material atau ujian fizikal terhadap dokumen itu untuk mengetahui usia dokumen
berkenaan. Selain saintis, pakar arkeologi juga turut dilibatkan dalam kaedah ini. Ujian-ujian
lain yang turut digunakan termasuk ujian bahasa untuk mengetahui corak bahasa yang
digunakan. Ini kerana setiap zaman mempunyai corak bahasa yang berbeza terutama dari segi
makna yang mewakili sesuatu istilah tersebut dan juga ejaan yang digunakan sering mengalami
perubahan akibat peredaran masa. Perkara ini turut diulas oleh G.j. Garraghan dengan
memberikan contoh gaya tulisan Latin oleh Livy yang bertarikh abad yang pertama tidaklah
serupa dengan gaya tulisan Latin Einhard pada abad yang Ke-9.34 Kesimpulannya, kritikan
luaran lebih bersifat fizikal bagi menentukan ketulenan atau keaslian sesuatu dokumen itu.
Jika kritikan luaran melibatkan fizikal sesuatu dokumen tersebut, maka kritikan dalaman
pula akan menyentuh tentang isi kandungan sesuatu dokumen itu. Menurut Arba’iyah Mohd
(kerasionalan) tentang sesuatu isi kandungan sumber sejarah. 35 Dr. Abdul Rahman Abdullah
turut menegaskan, “yang dituju adalah tentang kemunasabahan (credibility) atau kewarasan isi
kandungan sesuatu sumber itu”36 Bagi beliau persoalan-persoalan seperti apakah isi
kandungannya itu benar, rasional atau logik37 perlu diberi perhatian serius. Menurut Dr R.
mentafsir sumber terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dilakukan antaranya tafsiran
33
Ibid, 138
34
G.j. Garraghan, A Guide to Historical Method, 178.
35
Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm. 60.
36
Abdul Rahman Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, hlm. 81.
37
Ibid,
38
R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Marican & Sons(M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 1985, hlm. 41.
13
14 AOC 180002 AOB : KEPENTINGAN KRITIKAN DALAMAN DAN KRITIKAN
LUARAN DALAM SUMBER SEJARAH
verbal, tafsiran teknikal, tafsiran logik, tafsiran psikologi dan tafsiran fakta. 39 Kesemua bentuk
kritikan dalaman ini perlu dilakukan bagi memastikan setiap suber yang diperolehi itu terhindar
daripada sebarang unsure spekulasi, bias dan untuk memastikan sumber yang digunakan itu
Oleh kerana sejarah itu merupakan suatu disiplin ilmu yang tersendiri dengan
membicarakan tentang peristiwa masa lalu, maka untuk menjadikan setiap peristiwa yang
dipaparkan itu benar sejarawan perlu mencari sumber yang benar supaya fakta yang digunakan
sebagai hujah adalah fakta yang benar. Antara kepentingan kritikan sumber kepada sejarah dan
penulisan sejarah maka persejarahan tersebut akan mencapai objektifnya. Kalau pun tidak
semuanya tepat akan tetapi ia sudah menghampiri kepada ketepatan pengkajiannya. Selain itu,
kritikan terhadap sesuatu sumber itu juga dapat mengelakkan sejarawan daripada terjerumus ke
terhadap ketulinan sumber yang digunakan. Kritikan sumber juga penting bagi mengelakkan
daripada gejala pemalsuan. Ini kerana terdapatnya pihak-pihak yang bertujuan mencari
keuntungan dengan menyebarluaskan beritaberita palsu dengan bersandarkan sumber yang palsu
sepertimana yang pernah berlaku ke atas pemalsuan diari Hetler yang mana ia memeberi
pulangan jutaan ringgit. Seterusnya melalui kritikan sumber sejarah juga dapat menangkis
tuduhan yang mengatakan sejarah itu hanya bersifat propaganda untuk kepentingan pihak-pihak
tertentu sahaja. Bagi Dr. R. Suntharalingam beliau menjelaskan kepentingan kritikan ke atas
sumber-sumber berbentuk lisan. Menurut beliau “Masalah yang berpunca dari keterangan saksi
yang berkepentingan boleh dikatakan berlaku secara berleluasa oleh kerana wujudnya tabiat
manusia untuk mempertahankan kepentingan keluarga, bangsa, kaum, ugama, kelas, Negara,
39
Rozeman Abu Hassan, Mengenal dan Mentafsir Sumber-sumber Sejarah, hlm. 18.
14
15 AOC 180002 AOB : KEPENTINGAN KRITIKAN DALAMAN DAN KRITIKAN
LUARAN DALAM SUMBER SEJARAH
parti, ideology dan lain-lain.40 Manakala bagi pandangan Ishak Saad pula “ Penyelidik perlu
mencontohi peranan seorang peguam, iaitu harus mengetahui segala bukti-bukti yang ada
Ringkasnya, keperluan kepada sumber begitu penting dalam bidang sejarah. Ini kerana
melalui sumberlah sesuatu fakta itu dapat dipercayai. Namun apa yang lebih penting ialah tujuan
kritikan sumber itu untuk mempastikan agar setiap sumber yang digunakan dalam penulisan
sejarah benar-benar tulen dan boeh diuji kebenarannya pada bila-bila masa sahaja. Hai ini kerana
sejarah merupakan peristiwa yang telah berlaku dan lama berlalu, oleh itu melalui sumber yang
tepat itulah yang akan menjadikan hasil penulisan sejarah itu bertaham lama atau tidak. Selain
itu, apabila menyebutkan tentang sejarah sebagai suatu disiplin ilmu yang tersendiri seharusnya
setiap kaedah yang digunakan juga perlu bersifat intelektual supaya tiada lagi suara-suara
sumbang yang kedengaran mengatakan “sejarah hanya sebuah cerita orang yang telah mati”.
Melalui kaedah yang professional ahli sejarah dapat menangkis segala tanggapan sedemikian
dengan hujahan dengan mengemukakan fakta-fakta yang jelas daripada sumber-sumber yang
tidak dapat disangsikan. Walau bagaimanapun kemungkinan untuk mencapai sejarah yang
objektif agak sukar diperolehi. Ini kerana pensejarahan itu adalah hasil daripada interpretasi
sejarawan ke atas fakta-fakta yang didapatinya dan interpretasi ini boleh berubah apabila bukti
yang baru ditemui. Oleh sebab itu sejarah sangat bergantung kepada ketepatan sumber untuk
membolehkan sesuatu hasil penulisan sejarah itu bertahan dalam jangka masa yang lama.
40
R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, hlm. 45.
41
Ishak Saad, Ilmu Sejarah antara Tradisi dan Moden, hlm.39.
15
16 AOC 180002 AOB : KEPENTINGAN KRITIKAN DALAMAN DAN KRITIKAN
LUARAN DALAM SUMBER SEJARAH
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah: dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1994
Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002,
Collingwood, R.G,1986. Idea Sejarah. Terjemahan oleh Muhd. Yusof Ibrahim, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
E.H. Carr, Apakah Sejarah? (Terj.) Abdul Rahman Ismail, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1984.
Ishak Saad, Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden: Karisma Publications. Sdn> Bhd,
Shah Alam Selangor, 2007.
Muhd Yusof Ibrahim, Ilmu sejarah Falsafah pengertian Kaedah dan Pensejarahan:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2013
Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah:
Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1986.
Muhd Yusof Ibrahim & Mahayudin Hj. Yahya, Sejarah dan Pensejarahan ketokohan dan
Karya, Dewan Bahasadan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1988
Rozeman Abu Hassan, Mengenal dan Mentafsir Sumber-sumber Sejarah: Karisma Publications
Sdn.Bhd Shah Alam Selangor,2004.
R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah: Marican & Sons (M) Sdn. Bhd.1985
16