Anda di halaman 1dari 4

Bismil ah Dua Puluh

Bismillah Sembilan
Bacalah ayat ini selepas dari tiap-tiap kali sembahyang kerana fazilatnya amat besar: 1) Menjadi pagar baginya dalam sebarang kecemasan 2) Tidak dapat dibinasa oleh musuh melainkan beroleh kemenangan. 3) Menyampaikan sebarang hajat.

Bismillah Enam

Makbul segala hajat dan cita-cita. Luas rezkinya. Menang dalam peperangan. Penerang hati. Diajuhkan dari segala penyakit. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya. Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan. Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur. Aman daripada binatang2 buas. Air laut menjadi tawar. Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru. Terselamat dari karam dilaut.

Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya. Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh. Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Bismillah Lima

Fungsi Bismillah Lima adalah seperti berikut: 1. Penanwar bisa diri 2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang 3. Penawar bisa-bisa badan. 4. Penawar bisa batu merian 5. Untuk mengubat penyakit yang tidak di ketahui puncanya. Cara merawat: Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah bismillah lima ini sebanyak tujuh kali kemudian ditiupkan ditempat yang sakit itu. Selepas itu ditiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan dibahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit. Kesan Sampingan: Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.