Anda di halaman 1dari 51

ZON A: KUANTAN, PEKAN & ROMPIN ZON B : TEMERLOH, MARAN, BERA & JERANTUT ZON C : RAUB, LIPIS, BENTONG

& CAMERON HIGHLANDS

Hasil Bengkel :
A B C PENULISAN (KARANGAN BAHAGIAN A) RUMUSAN & PETIKAN UMUM TATABAHASA (BAHAGIAN E PERIBAHASA)

KANDUNGAN

Aspek A
-

Halaman PENULISAN (KARANGAN BAHAGIAN A)


Latihan 1 (Peta Minda) Latihan 2 (Gambar Rajah) Latihan 3 (Gambar) Latihan 4 (Rencana) Latihan 5 (Sajak) Latihan 6 (Iklan) Latihan 7 (Peta Minda) Latihan 8 (Gambar Foto) Latihan 9 (Carta Pai) 4 5 6 7 8 9 10 11 12

B
-

RUMUSAN & PETIKAN UMUM


Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Latihan 4 Latihan 5 Latihan 6 Latihan 7 Latihan 8 Latihan 9 Latihan 10 Latihan 11 Latihan 12 Latihan 13 Latihan 14 Latihan 15 Latihan 16 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29

C
-

TATABAHASA (BAHAGIAN E PERIBAHASA)


Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Latihan 4 Latihan 5 Latihan 6 Latihan 7 Latihan 8 Latihan 9 Latihan 10 Latihan 11 Latihan 12 Latihan 13 Latihan 14 Latihan 15 31 31 31 31 31 32 32 32 32 32 33 33 33 33 33

PERATURAN PEMARKAHAN

35 51

Latihan 1 (Peta Minda) Bahagian A ( Masa yang dicadangkan : 45 minit ) [ 30 markah ]

Lihat peta minda di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

GAYA HIDUP REMAJA MASA KINI

media massa

keluarga

ajaran agama

rakan sebaya

masyarakat sekolah

Latihan 2 (Gambar Rajah) Bahagian A ( Masa yang dicadangkan : 45 minit ) [ 30 markah ]

Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Nyatakan kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Kegiatan Ekonomi di Ajil

Rumah Kampung
V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V V Rumah Kampung

Rumah Pekerja

Kedai

Jalan Utama
Penunjuk : Getah Kilang getah V Padi Kelapa sawit

Latihan 3 (Gambar) Bahagian A ( Masa yang dicadangkan : 45 minit ) [ 30 markah ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Sumbangan Sektor Pertanian

Perahu nelayan Perusahaan tanaman hiasan Penternak lembu

Pengusaha makanan

Pertanian berteknologi tinggi

Pekebun sayur

Latihan 4 (Rencana) Bahagian A ( Masa yang dicadangkan : 45 minit ) [ 30 markah ]

Lihat petikan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang masalah buli di kalangan remaja. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Masalah Buli Di Kalangan Remaja


Kebanyakan buli berlaku semasa di dalam kelas, sebelum guru masuk ke kelas, perjalanan dari sekolah ke rumah, kantin, padang koridor, perjalanan ke sekolah. Semasa guru mengajar, tandas dan semasa perhimpunan. Buli boleh muncul dalam bentuk tunjuk kuasa melalui tingkah laku agresif, mengancam, mengugut, memukul, mengejek, menyindir dan tindakan memboikot. Antara teori kenapa buli berlaku ialah kekecewaan, mencari keseronokan, dan dalam sesetengah kes anak menjadi pembuli kerana ibu bapa menggunakan hukuman fizikal di rumah. Selain itu, buli juga terjadi kerana ada pelajar mahu mereka diterima oleh rakan sebaya. Buli membawa kesan secara langsung kepada mutu pendidikan dan pembinaan karakter pelajar. Kesannya adalah negatif dalam jangka masa panjang. Di luar negara, ada dilaporkan kes pelajar membunuh diri kerana diejek tentang rambut dan keadaan fizikal yang gemuk.

Latihan 5 (Sajak) Bahagian A ( Masa yang dicadangkan : 45 minit ) [ 30 markah ]

Lihat petikan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan sajak tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Jati Diri Patriot Anak Malaysia


Malaysia tanah tumpah darahku milik kami anak-anak bunga bangsa setiap pengorbanan penuh syahdu demikian jati diri patriot anak Malaysia. Bila bergema beribu musuh mendatang kami anak Malaysia gagah menentang kami tegakkan jalur gemilang kami bersedia dan penuh rela bergerak serentak pahlawan perkasa menjunjung duli taat setia. Kisah sejarah penuh derita penjajah kini kemerdekaan terukir indah kepada pemimpin kami bersumpah tak rela lagi tanah air kita terjajah. Jati diri yang murni berani mati demi pertiwi Semangat jati diri penuh keberanian setiap perjuangan dan pengorbanan membangunkan kedaulatan bangsa demi negara tercinta. Jati diri patriot anak Malaysia tidak pernah derhaka pada warisan bangsa.

ABDUL GHAFUR ISMAIL


Majalah Fokus, Januari 2004

Latihan 6 (Iklan) Bahagian A ( Masa yang dicadangkan : 45 minit ) [ 30 markah ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Bincangkan tentang pengambilan pelajar ke Universiti Putra Malaysia berdasarkan iklan tersebut . Panjang huraian anda antara
200 hingga 250 patah perkataan.

(Sumber : Iklan dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, muka surat 40)

Latihan 7 (Peta Minda) Bahagian A ( Masa yang dicadangkan : 45 minit ) [ 30 markah ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan peta minda tersebut . Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rumah terbuka

Sukan dan Permainan

PERPADUAN KAUM Institusi pendidikan Aktiviti Kemasyarakatan

Khidmat Negara

10

Latihan 8 (Gambar Foto) Bahagian A ( Masa yang dicadangkan : 45 minit ) [ 30 markah ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Bincangkan kepentingan teknologi maklumat berdasarkan gambar tersebut . Panjang huraian anda antara 200 hingga 250
patah perkataan.

Teknologi Maklumat

Sistem satelit

Maklumat kepada pelajar Urusan kaunter

Laman web

11

Latihan 9 (Carta Pai) Bahagian A ( Masa yang dicadangkan : 45 minit ) [ 30 markah ]

Lihat carta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan carta tersebut. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEKOSONGAN JAWATAN MENGIKUT SEKTOR DI MALAYSIA

Pertanian (40%)

Perniagaan (15%)

Perdagangan (10%)

dll. (5%)

Perkhidmatan (10%)

Pembinaan (20%)

12

13

Latihan 1 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang manfaat penternakan ikan sangkar di laut terbuka dan kelebihan yang dimiliki oleh Malaysia untuk memajukannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Penternakan ikan di dalam sangkar telah diperkenalkan di negara ini sejak tahun 1970-an. Keperluan ikan yang semakin meningkat menjelang tahun 2010 mendorong Kementerian Pertanian berusaha mencari teknologi akuakultur terbaru. Usaha ini berjaya memperkenalkan kaedah baru penternakan ikan laut dengan menggunakan sangkar di laut terbuka. Mengikut kaedah ini, kira-kira 100 000 hektar kawasan laut mampu dimajukan sebagai kawasan ternakan ikan secara komersial. Menerusi kaedah ini, sangkar dilabuhkan di tempat yang ditetapkan dengan menggunakan sistem melabuh yang merangkumi tali marin, sauh, rantai dan boya. Ada dua kriteria yang penting untuk menentukan kedudukan sangkar. Salah satu daripadanya ialah kedalaman air. Kedalaman air dari bawah sangkar hingga ke dasar laut sekurang-kurangnya 10 meter dan kelajuan arus antara 1 hingga 3 knot. Ternakan ikan laut sangkar tradisi diletakkan di kawasan terlindung dan cetek. Hal ini menyebabkan makanan berlebihan tenggelam dan mencemarkan laut. Keadaan ini membiakkan bakteria yang akhirnya menimbulkan masalah penyakit kepada ikan. Kaedah sangkar laut terbuka mengatasi masalah ini. Faktor kelajuan arus juga penting kerana kombinasi ruang air dan arus di bawah sangkar akan memastikan makanan yang lebih tidak tenggelam di bawah sangkar tetapi dihanyutkan arus dan menjadi makanan hidupan air yang lain. Makanan ikan dalam bentuk pelet digunakan kerana lebih baik berbanding dengan ikan baja serta mampu menghasilkan daging ikan yang lebih baik. Di samping itu, kadar penukaran makanan lebih cekap, mudah diurus dan tidak mencemarkan persekitaran. Kedudukan sangkar yang berasingan memastikan ikan-ikan mendapat pengudaraan yang secukupnya dan keadaan ini membantu meningkatkan kadar hidup ikan sehingga 90 peratus dan tumbesaran ikan tidak terbantut. Sebaliknya, sangkar-sangkar tradisi yang disusun rapat antara satu sama lain menyebabkan pengudaraan sangkar tidak seragam dan menyebabkan kadar hidup ikan rendah iaitu kira-kira 60 peratus sahaja. Dari segi kos, sangkar laut terbuka juga menguntungkan kerana 1 unit berharga RM96 000 dan mampu menampung 30 000 ekor ikan. Manakala 66 sangkar tradisi berharga RM99 000 hanya mampu menampung 23 760 ekor ikan. Berdasarkan ikan seberat sekilogram seekor, pengusaha-pengusaha akan memperoleh pendapatan RM324 000 bagi hasil 27 000 kilogram iaitu 90 peratus kadar hidup daripada 30 000 ekor ikan yang dilepaskan. Hal ini memberikan pulangan bersih sebanyak RM111 796 kepada mereka selepas ditolak kos operasi dan nilai susut sangkar. Namun demikian, langkah memajukan sektor akuakultur perlu mendapat sokongan daripada pusatpusat penetasan. Setakat ini dua jenis ikan dikenal pasti sesuai dan bermutu tinggi untuk diternak iaitu siakap putih dan kerapu kerana kejayaan penetasannya. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Bagaimanakah kedudukan sangkar ditentukan? ii. Apakah masalah yang timbul akibat penggunaan sangkar tradisi? [2 markah] [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah perusahaan ternakan ikan sangkar masih kurang mendapat sambutan? [4 markah]

14

Latihan 2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan tuliskan satu rumusan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan permainan video di kalangan belia dan langkah-langkah yang wajar diambil oleh kerajaan untuk membendungnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menurut kajian, sikap ibu bapa memberi implikasi yang besar terhadap anak-anak. Kasar dalam pertuturan, mengabaikan tanggungjawab dan sering bertelingkah menjadi tontonan harian anak-anak hingga terbawa-bawa ke sekolah. Akhirnya timbullah golongan pelajar yang tidak mendengar nasihat. Gejala tersebut bertambah serius dari semasa ke semasa memandangkan pelbagai jenis hiburan boleh didapati dengan mudah di mana-mana sahaja. Akibat terpengaruh dengan hiburan yang pelbagai, banyak kegiatan yang tidak sihat berlaku. Kewujudan teknologi, khususnya peralatan audio visual pula tidak dimanfaatkan sebaik mungkin oleh sesetengah pihak. Permainan video terutama yang berasaskan perisian dan cakera padat semakin mendapat sambutan di kalangan belia kita. Hiburan bentuk ini masih dianggap murah dan mudah pula didapati. Permainan ini diperluas hasil daripada pertumbuhan pesat pelbagai media dalam industri komputer, terutama bagi permainan video berasaskan Cakera Padat Ingatan Melalui Bacaan. Konsep pelbagai media sudah menjadi satu kegiatan yang cepat berkembang di negara ini berikutan dengan peningkatan permintaan barang atau perisian mainan video. Dengan jaminan keuntungan yang berlipat ganda, pengeluar dan pengedar semakin terdorong menyogokkan pelbagai permainan video berciri kejam, judi dan lucah. Menyedari hakikat bahawa permainan ini tidak akan hilang peminatnya dan mudah mendapat bekalan perisian daripada pengedar, operator pusat hiburan terutama di tempat tumpuan remaja berusaha melambakkannya tanpa memikirkan kesannya. Permainan video mempunyai rangsangan yang menyeronokkan kepada golongan remaja walaupun sesetengahnya membawa kesan yang negatif. Serbuan ke pusat-pusat hiburan yang menyediakan permainan ini jarang-jarang dilakukan oleh pihak berkuasa. Jika mereka diserbu hari ini, keesokan harinya mereka sudah beroperasi seperti biasa. Operator pusat hiburan seolah-olah sudah lali dengan episod ini. Denda yang dikenakan masih mampu dibayar berbanding dengan keuntungan yang diterima. Pengimportan permainan video berunsur perjudian, seks dan ganas memburukkan lagi keadaan. Permainan video jenis ini bukan sahaja mengganggu minda masyarakat terutama remaja malah memeningkan kepala ibu bapa yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk melayani kerenah anakanak mereka. Tarikh penguatkuasaan pengharaman itu masih belum ditetapkan. Ini bagi memberi peluang kepada operator pusat permainan video menukar atau mengambil langkah tertentu berikutan pengumuman itu. Kita percaya bahawa generasi yang bermoral tinggi lebih mahal nilainya daripada keuntungan besar yang diperoleh pusat hiburan itu. Walau bagaimanapun, kesempatan ini telah diambil oleh pihak berkenaan untuk menarik lebih ramai lagi belia berkunjung ke pusat-pusat video. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata mempunyai rangsangan yang menyeronokkan dalam petikan di atas. [2 markah] ii. Apakah kesan-kesan yang timbul akibat daripada perkembangan permainan video di kalangan belia? [3 markah] iii. Pada pendapat anda, apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam membanteras permainan video di pusat-pusat hiburan? [4 markah]

15

Latihan 3 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian rumuskan masalah untuk menghapuskan gejala rasuah di negara kita dan kesan rasuah terhadap pembangunan negara. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Ada anggota dalam perkhidmatan awam yang memerangi rasuah dengan bersungguh-sungguh. Mereka bukan sahaja mengelakkan diri daripada terlibat dalam amalan ini, malah telah melaporkan hal itu kepada pihak yang berkuasa. Sikap kakitangan seperti inilah yang diharapkan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sehingga membolehkan badan berkenaan bertindak ke atas 924 orang yang dituduh memberikan rasuah dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Pengamal rasuah itu telah pun didakwa di mahkamah. Walau bagaimanapun, jumlah pengamal rasuah yang sebenarnya jauh lebih besar daripada angka tersebut. Rasuah, makan suap, tumbuk rusuk atau apa-apa saja istilahnya, merupakan penyakit sosial yang semakin merebak. Rasuah bukan sahaja terdapat dalam bentuk wang tunai dan untuk mempercepat kelulusan sesuatu projek sahaja, malah rasuah boleh wujud dalam apa-apa bentuk dan untuk sebarang tujuan. Hal ini telah menular dan menjadi barah, baik di sektor awam mahupun di sektor swasta. Rasuah, sama seperti virus berbahaya, dapat menyusup ke mana-mana saja, dan menyerang sesiapa sahaja. Usaha memerangi amalan ini bukan mudah. Hal ini demikian kerana tidak banyak orang yang tabah hatinya dan kuat imannya, sehingga dapat menolak rasuah yang bernilai jutaan ringgit. Malah, banyak orang yang boleh menjadi kelabu mata apabila dihulurkan rasuah, walaupun nilainya hanya RM100.00. Sebenarnya, masalah ini bukan terletak pada undang-undang. Kekurangan kakitangan untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut telah menyukarkan tindakan diambil. Selain itu, tindakan mengesan amalan rasuah biasanya terpaksa melalui proses yang panjang dan berliku-liku. Banyak aduan dan tuduhan tentang rasuah yang melibatkan berbilion-bilion ringgit masih belum dapat dibawa ke muka pengadilan, walaupun proses siasatannya telah berjalan bertahun-tahun. Banyak juga siasatan tentang kes ini yang terpaksa dihentikan. Bukti dan fakta yang kukuh untuk mendakwa pihak yang terlibat bukanlah senang untuk diperoleh. Selain itu, taktik perasuah yang semakin canggih menyebabkan perasuah terlepas begitu sahaja walaupun umum mengetahui rasuah telah dilakukan dan melibatkan jumlah suapan yang besar. Pemberi dan penerima rasuah tetap bertukar ganti dalam masa yang begitu pantas. Kerajaan berusaha menguatkuasakan sepenuhnya Seksyen 11B Akta Pencegahan Rasuah 1997. Seksyen 17 akta yang sama diwujudkan oleh pihak berkuasa yang menghendaki kakitangan awam membuat aduan sekiranya mereka cuba ditumbuk rusuk oleh manamana pihak. Namun, bagaimanakah masalah ini mampu dikurangkan jika pihak yang menolak tawaran rasuah enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa? Semakin pesat negara membangun, semakin banyaklah peluang ekonomi untuk rakyat. Akan tetapi, peluang ekonomi yang terhidang itu telah menggalakkan kemunculan beraneka bentuk rasuah di kalangan rakyat jelata. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata hal ini telah menular dalam petikan di atas. [2 markah]

ii. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membendung gejala rasuah? [3 markah] iii. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang mendorong berlakunya gejala rasuah? [4 markah]

16

Latihan 4 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang punca keruntuhan moral di kalangan masyarakat di negara ini dan langkah membendungnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada hari ini, masyarakat sedang mengalami keruntuhan moral yang sangat membimbangkan semua pihak. Masalah moral bukan sahaja berlaku di kalangan generasi muda tetapi turut mengheret generasi tua. Ibu bapa yang sewajarnya menjadi pelindung kepada anak-anak ada yang tergamak merosakkan masa depan anak-anak mereka dengan melakukan sumbang mahram. Sesetengahnya pula sama-sama terlibat dalam penagihan dadah. Kes penagihan arak, kegiatan maksiat, penderaan kanakkanak dan lain-lain sering tersiar di akhbar. Situasi ini menunjukkan bahawa pengaruh globalisasi telah memusnahkan nilai-nilai murni dan jati diri masyarakat. Pelbagai program telah dirancangkan dan dilaksanakan bagi membanteras gejala ini, namun kejayaannya masih menimbulkan tanda tanya. Gejala tersebut bertambah serius dari semasa ke semasa memandangkan pelbagai jenis hiburan boleh didapati dengan mudah di mana-mana sahaja. Akibat terpengaruh dengan hiburan yang pelbagai, banyak kegiatan yang tidak sihat berlaku. Kewujudan teknologi komputer, khususnya internet pula tidak dimanfaatkan sebaik mungkin oleh sesetengah pihak. Golongan ini cenderung mencari bahan lucah daripada internet. Bagaimanakah perkara ini dapat dikawal? Untuk memberikan jawapan yang munasabah tentulah sukar kerana kemahuan bertindak terletak pada diri seseorang. Keadaan menjadi lebih buruk apabila lambakan VCD dan video lucah di pasaran dijual dengan harga yang murah. Bagi remaja pula, sikap ingin mencuba yang ada dalam diri mereka memungkinkan mereka terjerumus dalam pelbagai kegiatan jenayah. Sungguhpun pendekatan agama dan moral digunakan sebagai benteng pertahanan dalam diri anggota masyarakat, benteng tersebut ternyata tidak kukuh untuk menentang gejala tersebut. Rancangan agama yang disiarkan oleh media, khususnya televisyen tidak mampu menarik minat orang ramai untuk menghayatinya. Keadaan menjadi bertambah serius apabila ibu bapa pula gagal menyekat kegiatan anak-anak mereka daripada bebas melakukan apa-apa sahaja meskipun di luar batasan agama dan moral. Dalam hal ini juga, para penyelidik masyarakat mendapati bahawa suasana dalam keluarga mempunyai hubungan yang erat dengan jenayah yang berlaku. Hal ini demikian kerana keluarga yang tidak mempunyai persefahaman mengakibatkan emosi anak-anak akan terganggu. Penularan budaya popular telah mendatangkan ketidakseimbangan dan kejutan terhadap seluruh kehidupan manusia. Kawalan sosial, selain undang-undang bertulis mulai lemah dan tidak berdaya mengikat anggota masyarakat daripada mematuhi nilai dan norma masyarakat. Apakah kita akan membiarkan perkara ini menjadi budaya masyarakat kita pada masa yang akan datang? Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata mengalami kegawatan sosial yang sangat membimbangkan. [2 markah] ii. Apakah punca-punca yang mendorong kepada keruntuhan moral? iii. Pada pendapat anda, apakah halangan dalam mengatasi masalah keruntuhan moral di kalangan masyarakat kita pada masa sekarang? [3 markah]

[4 markah]

17

Latihan 5 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kekangan dalam usaha mewujudkan semangat patriotik dan peranan ibu bapa untuk merealisasikan usaha tersebut. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Setiap kali Malaysia merayakan sambutan Hari Kebangsaan, semua stesen televisyen dan radio akan menyiarkan acara sambutannya. Pihak akhbar tidak ketinggalan juga memaparkan pelbagai berita mengenainya. Di samping itu, tema perbincangan pula lazimnya berkisar pada soal perlunya patriotisme ditingkatkan kerana patriotisme melibatkan setiap rakyat dan meliputi kemerdekaan serta kedaulatan negara. Kehangatan perbincangan isu tersebut berhubung terus dengan hasrat kerajaan mewujudkan semangat patriotik yang kental di kalangan rakyat, khususnya golongan belia. Hal ini dititikberatkan kerana alaf baru membawa negara berhadapan dengan pelbagai cabaran baru yang berkaitan dengan persoalan patriotisme. Banyak pihak yang terpaksa akur bahawa kini semakin berleluasa fahaman individualisme. Pada sudut yang Iain kita berdepan pula dengan asakan globalisasi dan kecanggihan teknologi komunikasi yang mewujudkan pertembungan antara negara maya dengan negara nyata. Negara maya ialah negara tanpa sempadan seperti dalam konteks internet, komunikasinya dapat dibentuk tanpa memerlukan kerakyatan serta tidak mempunyai ketua yang sah. Dalam era baru ini, kita berdepan juga dengan hakikat bahawa kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan bentuk baru, umpamanya penjajahan budaya dan ekonomi. Kegawatan ekonomi beberapa tahun lalu merupakan percubaan penjajahan baru dalam bentuk ekonomi yang digerakkan oleh kuasa ekonomi asing. Dari segi pendidikan, penyemaian semangat patriotik pernah dilaksanakan di sekolah-sekolah melalui mata pelajaran Sivik tetapi usaha ini menemukan kegagalan. Kini nilai-nilai patriotisme diterapkan pula melalui mata pelajaran Sejarah, tetapi masalahnya mata pelajaran ini hanya mula diajarkan pada peringkat sekolah menengah. Persoalannya, mampukah mata pelajaran Sejarah memikul tanggungjawab itu? Cabaran-cabaran itu menjadi premis supaya diadakan penyeragaman semula pemupukan semangat patriotik di kalangan belia. Suatu program khusus pendidikan patriotisme mesti dilaksanakan dalam bentuk pendidikan kewarganegaraan sebagai sokongan dan susulan kepada mata pelajaran Sejarah. Program ini mesti disegerakan kerana cabaran yang paling besar dalam hal ini ialah mereka tidak menghargai kemerdekaan negara, sedangkan setiap individu dalam setiap generasi mesti bertanggungjawab mempertahankan negara dan menegakkan kedaulatannya. Nilai-nilai patriotisme yang melintasi zaman perlu diterapkan dalam kehidupan mereka; antaranya berbangga sebagai rakyat Malaysia dan bersemangat setia kepada negara. Mereka sewajarnyalah juga menyanjungi semangat kekitaan. Kita mesti juga berusaha menangani belia yang mengetahui kepentingan ilmu tetapi tidak bersungguh-sungguh mengejar ilmu. Kita tidak harus gagal dalam hal ini. Perkara ini sangat penting untuk meningkatkan patriotisme di kalangan belia. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini merupakan sebahagian danpada agenda bagi memperlengkap, memperkukuh dan meneruskan perjuangan mengangkat martabat bangsa dan negara ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata berhubung terus dengan hasrat kerajaan. ii. Apakah nilai patriotisme yang perlu dipupuk dalam diri warga Malaysia? iii. Sebagai seorang pelajar, apakah bukti-bukti yang boleh menunjukkan anda mempunyai semangat patriotisme yang tinggi? [2 markah] [3 markah] [4 markah]

18

Latihan 6 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan satu rumusan tentang kesan bahan bacaan picisan terhadap masyarakat dan langkah-langkah membendung penerbitannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahan bacaan picisan semakin membanjiri pasaran dengan kemunculan berbagai-bagai buku, novel, majalah, komik dan tabloid yang berunsur hiburan, lucah, tahyul dan pop. Di pasaran terbuka sahaja, tidak kurang daripada puluhan bahan penerbitan seumpamanya dalam bahasa Melayu telah diterbitkan setiap bulan. Ini belum lagi termasuk dalam bahasa Cina, Tamil dan Inggeris serta yang diimport dari luar negeri dan dijual secara meluas di pasaran terbuka atau yang diseludup masuk ke negara ini. Bahan picisan ini mendapat sambutan yang menggalakkan, khususnya golongan kanak-kanak, pelajar dan remaja. Ini kerana kandungannya ringan, menghiburkan dan mengghairahkan. Paparan yang terkandung dalam bahan bacaan itu tidak semuanya benar, tetapi banyak mengandungi bahan yang karut. Golongan pembaca yang masih mentah ini, mudah terpengaruh dengan bahan yang tidak benar itu. Malah terdapat unsur lucah yang tidak sesuai untuk bacaan umum, khususnya remaja, sekali gus boleh merosakkan pemikiran mereka yang masih mentah. Bahan picisan sedemikian bukan sahaja tidak membantu perkembangan minda pembacanya, malahan menjadi antara punca berlakunya berbagai-bagai masalah juvenil dalam masyarakat. Pada hakikatnya, kita tidak boleh menolak fakta bahawa sebahagian kejadian jenayah yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini mempunyai hubungan dengan penerbitan bahan-bahan picisan yang berunsur lucah dan ganas. Penggunaan imej wanita dalam pelbagai bahan penerbitan picisan ini juga merupakan suatu bentuk pengeksploitasian dan penghinaan yang berleluasa terhadap mereka. Harga wanita diletakkan dengan begitu murah sekali semata-mata bagi melariskan penjualan bahan picisan yang diterbitkan tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab sosial. Bagi golongan penerbit ini, perkara yang lebih penting ialah nilai komersial dan keuntungan yang boleh didapati. Persoalan apa yang akan berlaku terhadap masyarakat dan anak bangsanya tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Oleh sebab itulah bahan bacaan berbentuk picisan yang terdapat di pasaran semakin bertambah dari semasa ke semasa walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk membendungnya. Bagi remaja pula, mereka sanggup mengeluarkan wang saku yang sepatutnya digunakan untuk membeli makanan dan buku. Ibu dan ayah memberikan wang untuk perbelanjaan harian, tetapi wang itu mengalir ke jalan yang salah. Dengan memilih bahan bacaan yang tidak berfaedah, sesetengah remaja akan banyak berkhayal. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud semakin membanjiri pasaran dalam petikan di atas. ii. Mengapakah penerbit bahan bacaan picisan dipersalahkan? [2 markah] [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah bahan-bahan bacaan berbentuk ilmiah kurang mendapat sambutan daripada masyarakat? [4 markah]

19

Latihan 7 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan kenaikan harga barangan keperluan harian di negara kita dan langkah kerajaan untuk menanganinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengguna tidak dapat menerima percanggahan bahawa ketika kerajaan melarang peniaga menaikkan harga barang, pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada biasa. Kita tidak mahu kenaikan harga barang hari ini menjadi asas untuk kenaikan harga barang yang lebih tinggi pada masa yang berikutnya. Kenaikan harga sesuatu barang mempunyai pertalian antara satu dengan yang lain. Dalam hal ini, peniaga menentukan harga barangan mengikut cita rasa mereka dan mengingkari arahan pihak berkuasa. Tindakan mereka itu menyebabkan beban tanggungan sesebuah keluarga bertambah berat. Rakyat umumnya beranggapan bahawa jika para peniaga masih berdegil ketika peringatan sudah diberikan oleh kerajaan, maka kementerian yang bertanggungjawab mesti mengambil tindakan segera. Jika tindakan ini lesu, peniaga lebih berani menaikkan harga barangan dan sentiasa mencari helah baru untuk menghalalkan tindakan mereka. Pengguna pula tetap beranggapan, selagi tidak ada pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga sesuatu barang keperluan, tindakan peniaga adalah bertentangan dengan kehendak undang-undang. Walau bagaimanapun, kenaikan harga tanpa sebarang penjelasan daripada pihak berkuasa menimbulkan keraguan di kalangan pengguna. Kita bimbang bahawa perkara ini akan menimbulkan suasana yang tidak sihat kerana dikatakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan mempengaruhi pengguna untuk memburukkan kerajaan meskipun pihak tersebut sebenarnya menyedarkan pengguna tentang hak mereka. Peluang begini juga boleh digunakan oleh sesetengah peniaga untuk memanipulasi pasaran dan memberikan pelbagai alasan untuk menaikkan harga barang. Keyakinan pengguna juga bertambah menebal juga terhadap dakwaan itu disebabkan tidak ada usaha yang berterusan untuk menyekat kenaikan harga. Dengan itu, mereka terpaksa akur dengan tindakan peniaga. Hal ini akan menyebabkan kuasa beli pengguna bertambah kecil. Sehubungan dengan itu, keadaan kegawatan ekonomi yang cuba dikawal oleh kerajaan menjadi sia-sia akibat tindakan peniaga yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Dalam keadaan tidak menentu sekarang, para peniaga patut sama-sama berkorban untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi yang lebih teruk. Justeru suasana sekarang tidak mengizinkan mencari helah baru untuk mengaut keuntungan. Peniaga patut menghindarkan diri daripada mengambil kesempatan apabila keadaan ekonomi negara kurang stabil. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata mempunyai pertalian antara satu dengan yang lain berdasarkan petikan di atas. [2 markah] ii. Mengapakah peniaga dianggap tidak mahu bekerjasama dalam masalah kepenggunaan? [3 markah] iii. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna dan peniaga dalam membendung kenaikan harga barangan? [4 markah]

20

Latihan 8 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan tuliskan satu rumusan tentang kekangan dalam penerbitan buku ilmiah di negara kita dan langkah mengatasi masalah tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Banyak penerbit swasta kurang berminat untuk menerbitkan buku-buku ilmiah yang mempunyai pasaran yang terhad sedangkan kos pengeluarannya pula tinggi. Hal ini adalah ekoran daripada peningkatan kos pengimportan kertas dan bahan-bahan cetak. Keadaan ini dialami bukan sahaja oleh negara kita malah oleh negara-negara membangun yang lain. Mereka tidak berani menanggung risiko kerana penerbitan ilmiah ialah penerbitan yang tidak berorientasikan keuntungan. Jika dibandingkan dengan penerbitan bahan-bahan bacaan ringan seperti majalah hiburan, humor dan novel, kadar keuntungannya bukan sahaja sedikit malah untuk mendapatkannya mengambil masa yang agak lama. Walaupun dari aspek perniagaan penerbit-penerbit tidak mendapat keuntungan tetapi mereka berjaya menyebarluaskan ilmu pengetahuan kepada pembaca. Pada keseluruhannya, pengembangan penerbitan ilmiah di negara ini, khasnya jurnal masih di peringkat awal. Hampir keseluruhan jurnal ilmiah yang sedia ada berusia antara 15 hingga 25 tahun sahaja. Penerbitan ilmiah mula berkembang setelah penerbitan jurnal terawal iaitu `Malaysian Nature' pada tahun 1925. Perkembangan dari peri pentingnya jurnal sebagai media wacana ilmiah di kalangan penyelidik dan ahli akademik adalah sealiran dengan hala tuju penubuhan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bersandarkan kepada tiga elemen iaitu pengajaran, penyelidikan dan perundingan. Tanpa kehadiran pelbagai bahan bacaan ilmiah ini, para penyelidik, penyampai ilmu dan penerima pengetahuan itu juga tidak mempunyai bahan sokongan untuk memperdalam ilmu yang diperkatakan. Kegigihan menerbitkan wacana ilmiah di negara ini hanya dilakukan oleh penerbit yang memperoleh sumbangan kewangan atau tajaan seperti IPT, DBP atau institut-institut penyelidikan. Hasil kajian UNESCO yang diterbitkan pada tahun 1988 turut mengenal pasti kekurangan tenaga kerja yang terlatih sebagai halangan pembangunan buku ilmiah di Malaysia. UNESCO juga mendapati bahawa Malaysia tidak mempunyai sistem pengedaran dan promosi yang mantap terutama di kawasan luar bandar. Penerbitan ilmiah, sama ada di kawasan luar bandar diterbitkan secara komersial atau tidak, terpaksa bekerja secara rapat dengan penulis berwibawa yang sangat-sangat diperlukan. Negara kita ketandusan penulis-penulis seperti ini. Kesannya, kebanyakan artikel yang diterbitkan tidak bermutu. Masalah ini menjadi faktor yang menyebabkan penjualan hasil tulisan ilmiah terjejas dan edarannya di pasaran terhad. Tambahan pula pengguna hari ini bijak memilih akan kualiti bahan bacaan mereka. Bahan bacaan ilmiah yang lebih berkualiti dari luar negeri akan menjadi pilihan mereka walaupun harganya lebih tinggi berbanding bahan tempatan. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata Mereka tidak berani menanggung risiko. [2 markah]

ii. Nyatakan ciri-ciri yang digunakan untuk menentukan hala tuju penubuhan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi. [3 markah] iii. Pada pendapat anda, mengapakah bahan bacaan bukan ilmiah mendapat sambutan daripada masyarakat? [4 markah]

21

Latihan 9 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan tellti kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri masyarakat yang berfikir dan cabaran yang dihadapi untuk merealisasikannya. Panjang rumusan hendaklah tidak meleblhi 120 patah perkataan.

Satu prasyarat pembentukan masyarakat madani iaiah wujudnya budaya berfikir dalam masyarakat secara meluas. Cuma golongan masyarakat berfikir sahaja yang boleh dianggap memainkan peranan yang progresif dalam proses demokrasl. Tanggungjawab unggul sistem pendldikan negara menjelang satu dekad yang akan datang iaiah untuk merintis reformasi sosial ke arah melahirkan masyarakat madani. Peranan utama pendidikan pada abad ke-21 ialah merintis transformasi sosial. Transformasi yang dimaksudkan ini ialah ke arah kelahiran masyarakat yang dapat mempertahankan nilai jati diri. Masyarakat yang rendah tahap berfikirnya tidak mempunyai kekuatan dan daya ketahanan psikologi. Pendidikan yang Iemah dan segi unsur-unsur daya berfikir tidak akan mampu melahirkan masyarakat yang celik ilmu. Kemunduran yang menguasai masyarakat berpunca daripada ketiadaan daya fikir dalam masyarakat berkenaan dalam usaha menghadapi perubahan dan kemajuan. Kemahiran berfikir sering menjadi unsur penting dalam rangka tindakan reformasi kurikulum dan pengajaran, sama ada di sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan perlu berupaya membentuk masyarakat yang berwibawa yang mampu menggunakan daya fikir mereka untuk membina negara. Dalam hal ini, kecemerlangan turut bergantung pada budaya yang diamalkan. Bangsa yang berbudaya dinamik akan menjadi bangsa unggul yang disegani. Budaya yang hidup akan menguatkan sesuatu bangsa, sebaliknya budaya yang pasif akan membelenggu bangsa. Perdana Menteri sendiri pemah menyarankan agar rakyat Malaysia memilih budaya yang mampu meningkatkan martabat mereka. BeIiau tidak mahu rakyat mewarisi budaya yang rnenghalang usaha mengejar kernajuan. Untuk membina masyarakat yang maju dan berhemah tinggi, Malaysia perlu berusaha menjadikan konsep masyarakat berfikir sebagai agenda penting dalam pembangunan bangsa dan negara. Masyarakat berflkir adalah asas yang sangat penting kerana corak perubahan pada abad ke-21 adalah sebahagian daripada agenda utama yang diberikan perhatian oleh mereka. Kini, perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi merupakan tindak balas kepada cabaran yang terpaksa kita hadapi. Penyaluran maklumat tanpa sempadan datam era teknologi maklumat seperti yang berlaku pada masa sekarang banyak memberi manfaat dan sebaliknya juga. Kematangan berfikir di kalangan pengguna mampu membendung penyaluran idea yang negatif atau penyalahgunaan maklumat tersebut. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata merintis transformasi sosial. ii. Apakah kepentingan budaya dalam membina kecemerlangan? iii. Pada pendapat anda, sejauh manakah masyarakat berfikir mampu memainkan peranan dalam proses pembangunan negara? [2 markah] [3 markah]

[4 markah]

22

Latihan 10 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri golongan remaja dan kepentingan mereka dalam pembangunan negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Remaja merupakan satu peringkat usia yang amat genting dalam kehidupan seseorang manusia. Tahap tersebut merupakan satu era peralihan antara alam kanak-kanak dengan dunia dewasa. Apabila ditinjau dari sudut yang lain pula, pada era inilah seseorang individu itu mula mengenali diri dan persekitaran di sekelilingnya. Apabila timbul polemik seperti masalah melepak yang melibatkan golongan remaja, mahu tidak mahu kita perlu kembali kepada golongan yang terlibat. Remaja bukan orang dewasa dan remaja bukan warga tua. Remaja juga bukan suri rumah tangga. Remaja merupakan peringkat seseorang itu secara beransuransur membentuk sahsiahnya. Golongan dewasa yang melepak tidak merugikan sesiapa. Apatah lagi sekiranya golongan tersebut merupakan warga yang telah menyempurnakan kewajipan mereka kepada bangsa, negara, keluarga dan agama. Golongan remaja pula melepak umumnya kerana mereka ialah kalangan yang mudah terbawa-bawa dengan perwatakan rakan sebaya. Sudah banyak diperkatakan tentang penyebaran gejala negatif di kalangan remaja. Walaupun kita tidak ingin menyalahkan sesiapa tetapi mahu tidak mahu sukar untuk kita menafikan hakikat bahawa masalah ini berakar umbi daripada kesilapan ibu bapa sendiri . Arus kehidupan yang semakin menekan dewasa ini menyebabkan sebahagian ibu bapa hanya memberikan perhatian untuk mencari nafkah hidup. Walaupun ini merupakan suatu fenomena yang tidak boleh dielakkan tetapi ada pula sesetengah ibu bapa yang bekerja bukan sahaja untuk memenuhi keperluan hidup keluarga tetapi ghairah mengejar kekayaan. Malang sungguh dalam keghairahan mengejar kekayaan itu, ada antara mereka yang lalai memenuhi tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Anak-anak remaja yang masih rapuh tentang pengalaman hidup hanya disogokkan dengan wang dan mata benda. Kepada siapa lagikah mereka akan mengadu jika bukan kepada rakan-rakan sebaya mereka? Golongan remaja amat memerlukan sokongan moral dan emosi ibu bapa untuk mengharungi hidup yang lebih mencabar. Namun, akhir-akhir ini kita dapati hanya bersama rakan-rakan yang amat memahami jiwa mereka inilah mereka menghabiskan masa. Mereka akan melupakan barang sebentar kekosongan yang menyelubungi hidup mereka. Golongan seperti inilah yang biasanya kita temui berceloteh riang di sudut-sudut kaki lima dan ruangruang kompleks membeli-belah di sekitar ibu kota. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. ii. Berikan maksud rangkai kata keghairahan mengejar kekayaan. Mengapakah ibu bapa dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak remaja? [2 markah ] [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang harus dilakukan untuk membendung penularan gejala negatif di kalangan remaja?

[4 markah]

23

Latihan 11 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menjaga kesejahteraan alam sekitar dan kebaikan-kebaikannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pelbagai tragedi yang meragut nyawa di negara kita ternyata masih tidak mampu menginsafkan segelintir pihak yang rakus menjalankan kegiatan memusnahkan alam sekitar. Tragedi pangsapuri Highland Towers runtuh pada 11 Disember 1993, bencana banjir lumpur di perkampungan Orang Asli Dipang, Perak, pada 29 Ogos 1996 dan sebuah banglo runtuh di Taman Hillview pada tahun 2002, jelas memperlihatkan kegiatan pembangunan yang tidak terkawal akan mendatangkan bencana kepada masyarkat. Teguran dan tindakan telah diambil tetapi masyarakat, khususnya golongan peniaga tetap degil. Pelbagai undang-undang dan garis panduan yang digubal oleh kerajaan untuk menjamin kelestarian alam sekeliling sepatutnya mampu memastikan pembangunan dijalankan secara mapan tanpa merosakkan persekitaran. Namun di manakah silapnya? Alam adalah milik semua dan menjadi tanggungjawab kita menjaganya. Dalam hal ini, sektor swasta perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam usaha memelihara alam sekitar. Pelaburan untuk meraih keuntungan semata-mata tanpa keinginan memelihara alam sekitar perlu dielakkan. Sektor swasta boleh berusaha mengitar semula barangan terbuang untuk menghasilkan barangan yang bermutu di samping mengeluarkan barang-barang yang terbiodegradasi atau barang mesra alam yang mudah reput. Penggunaan teknologi moden mungkin tidak mampu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar 100 peratus tetapi sekurang-kurangnya tindakan positif kita tidak lagi menambah kerosakan alam yang sudah sedia tercemar. Sampah yang bertimbun di depan mata kita dari mana datangnya? Sudah tentu semua sampah itu dibuang oleh manusia yang dari aspek fizikalnya seorang insan yang baik dan berbudi bahasa. Sewajarnya budi pekerti yang tinggi itu disertai dengan amalan menjaga kebersihan yang tinggi. Untuk mengharapkan alam sekitar bersih, kita perlu terlebih dahulu membuang sampah di tempat yang disediakan dan tidak membakarnya di tempat terbuka. Teguran yang sama wajar diberikan kepada penternak agar menyediakan loji pelupusan air kumbahan. Pengilang pula wajar mendirikan loji pelupusan bahan sisa bertoksik untuk mengalirkan bahan tersebut. Pada waktu yang sama, jika masyarakat ternampak sesuatu keadaan yang mencurigakan, jangan berlengah untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa. Kita perlulah menjadi masyarakat yang pasang telinga untuk mendengar dan menggunakan mata untuk melihat. Alangkah baik andainya perasaan sayang akan diri sama banyak dengan perasaan sayang akan alam sekitar. Kita tidak boleh mengharapkan alam sekitar sentiasa dalam keadaan bersih sekiranya kita terus-menerus menjadi ahli masyarakat yang pasif. Masih ada ruang untuk memastikan alam sekitar kita kembali seperti asal. Tanyalah diri akan kesanggupan untuk berubah. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata masyarakat yang pasang telinga untuk mendengar dan menggunakan mata untuk melihat. Mengapakah masalah pencemaran alam sekitar terus berleluasa walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menanganinya? [2 markah]

ii.

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menyemai kesedaran murid-murid tentang kepentingan menjaga kesejahteraan alam sekitar?

[4 markah]

24

Latihan 12 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan rumuskan punca pelanggaran disiplin di kalangan pelajar di negara ini pada masa sekarang dan peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk menanganinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Masalah pelanggaran disiplin di kalangan pelajar semakin meruncing. Hakikat wujudnya pelanggaran disiplin di sekolah ini memang tidak boleh ditolak kerana ada pelajar yang terlibat dalam masalah seperti tidak menghormati guru, memukul rakan sekolah, vandalisme dan merokok. Dalam persoalan ini, harus disedari bahawa salah laku pelajar tergolong dalam pelbagai kategori, daripada salah laku ringan hinggalah kepada salah laku yang serius. Menurut kajian, sikap ibu bapa memberi implikasi yang besar terhadap anak-anak. Amat malang jika tiada teladan yang baik untuk dijadikan contoh oleh anak-anak dalam mengharungi kehidupan seharian mereka. Kasar dalam pertuturan, mengabaikan tanggungjawab dan sering bertelingkah menjadi tontonan harian anak-anak hingga terbawa-bawa ke sekolah. Akhirnya timbullah golongan pelajar yang tidak mendengar nasihat. Ada pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberikan oleh guru-guru. Ini kerana mereka menganggap mata pelajaran yang diajarkan di sekolah terlalu padat dan membebankan mereka. Mereka mengambil langkah nekad dengan menghilangkan diri sebelum guru masuk untuk mengajar dan bersembunyi di tandas, berada di perpustakaan, atau merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah. Didikan agama dan bimbingan moral masih longgar di kalangan sebahagian pelajar. Pemahaman tentang aspek kerohanian penting kerana menjadi tonggak kepada pengetahuan dan kepercayaan seseorang itu. Amatlah penting bagi para ibu bapa untuk membudayakan ajaran agama dan moral dalam diri anak-anak demi keuntungan masa hadapan. Dalam pada itu, kita tidak harus lupa bahawa kerendahan taraf ekonomi keluarga mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalah ini. Contohnya, ada pelajar yang malu untuk ke sekolah kerana tidak mampu membayar yuran persekolahan. Gesaan Menteri Pelajaran perlu diberi perhatian yang wajar. Menurut beliau, pelaksanaan undangundang dan peraturan sekolah harus cekap dan tegas berlandaskan panduan daripada Unit Disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun, ada sekolah yang masih boleh dipersoalkan tahap penguatkuasaan dan kecekapan pelaksanaan undang-undangnya. Walau apa-apa pun, peranan keluarga nyata paling penting. Keluarga bahagia perlu dibentuk melalui keharmonian rumah tangga, persefahaman erat dan kerjasama antara sesama ahli keluarga. Ibu bapa perlu mengambil berat setiap pergerakan anak-anak. Sikap endah tidak endah akan perkembangan pembelajaran anak-anak wajar dihapuskan. Jika tidak, masalah pasti tercetus! Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata kasar dalam pertuturan. ii. Nyatakan cara untuk membendung masalah disiplin di kalangan pelajar. [2 markah] [3 markah]

iii. Andaikan anda sebagai seorang guru. Apakah yang akan anda lakukan untuk mengelakkan masalah disiplin yang serius tercetus di sekolah? [4 markah]

25

Latihan 13 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kelemahan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu petempatan haram pendatang tanpa izin dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bermula dengan arahan Timbalan Perdana Menteri, barulah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Lembah Klang tergesa-gesa bertindak merobohkan rumah setinggan terutama yang dijadikan petempatan oleh pendatang tanpa izin. Jika selama ini gambaran yang diberikan ialah tidak ada pihak yang berani menjentik pendatang tanpa izin, tetapi setelah menerima teguran daripada pihak atasan, barulah mereka bertungkus-lumus menjalankan kerja penguatkuasaan. Kealpaan mereka selama ini sebenarnya menyusahkan diri sendiri. Lewat bertindak menyebabkan petempatan pendatang tanpa izin ini bertambah besar dan bilangan mereka bertambah ramai. Mereka beranggapan tidak ada pihak yang berani mengusir mereka. Pendatang berlagak seolah-olah mereka kebal daripada sebarang tindakan pihak berkuasa. Ketenteraman penduduk awam tidak pernah diberi pertimbangan seolah-olah mereka lebih berkuasa daripada penduduk tempatan. Sepatutnya, PBT tidak perlu menunggu arahan untuk merobohkan rumah pendatang tanpa izin ini kerana mereka dengan jelas menceroboh tanah kerajaan atau tanah simpanan di samping melanggar undang-undang negara ini. Pendatang tanpa izin tidak boleh berbuat apa-apa jika rumah mereka dirobohkan. Malangnya, selama ini PBT mendiamkan diri walaupun banyak aduan diterima daripada penduduk tempatan yang bimbang terhadap kehadiran pendatang asing di kawasan mereka. Laporan mengenai petempatan asing secara haram di tanah kerajaan dan tanah simpanan sering juga dilaporkan media. Anehnya, tidak ada tindakan bersepadu diambil untuk mengusir mereka yang mendirikan rumah secara haram. Hanya dengan arahan terbaru itu, barulah nampak kesannya. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan kira-kira 50 rumah setinggan di Taman Dagang. Operasi ini turut disertai oleh pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Disebabkan petempatan pendatang tanpa izin ini bertaburan di merata-rata tempat di seluruh negara, sepatutnya setiap PBT dapat bertindak serentak. Gerakan merobohkan petempatan haram secara bersepadu ini tidak bermakna tugas PBT selesai. Dalam gerakan kali ini, tugas merobohkan rumah perlulah disusuli dengan gerakan pengawalan supaya rumah baru tidak didirikan pula di atas tapak kosong itu. Maknanya, PBT terbabit perlu mengadakan pengawasan setiap masa untuk mencegah kemungkinan ini berlaku. Mana-mana pendatang yang didapati tidak mempunyai permit untuk tinggal di negara ini hendaklah dihantar pulang ke negara asal. Jika mempunyai dokumen yang lengkap pula, mereka perlu berpindah ke tempat yang sewajarnya, bukan tinggal di tanah yang diceroboh. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata menjentik pendatang tanpa izin berdasarkan petikan di atas. [2 markah] ii. Jelaskan sikap pendatang tanpa izin sehingga mereka berani mendirikan petempatan di negara ini. [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar diambil untuk mengatasi masalah kelemahan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu petempatan haram pendatang tanpa izin? [4 markah]

26

Latihan 14 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis rumusan tentang langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah pencemaran sungai dan faedah-faedahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Isu pencemaran alam sekitar, khususnya sungai semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Walaupun pencemaran sungai telah lama berlaku, namun kebelakangan ini, masalah tersebut kian mendapat perhatian kerana kadar pencemaran yang semakin parah. Pembangunan yang dikejar oleh kebanyakan negara jelas telah mengorbankan kesejahteraannya. Sungai merupakan kurniaan Tuhan yang sungguh bernilai sejak sejarah dunia mula diwarnai oleh tamadun manusia yang rata-ratanya bertapak di lembah-lembah sungai. Namun begitu, di sebalik ciricirinya yang unik, sungai menjadi korban manusia yang meletakkan kepentingan diri dan wang ringgit melebihi segala-galanya. Tanggungjawab memelihara sungai yang menjadi denyut tamadun manusia terus terabai hingga banyak sungai yang tercemar dan menyakitkan mata yang memandangnya. Kesedaran masyarakat yang cetek tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai menyebabkan masalah ini menjadi serius. Sungai dianggap sebagai tempat pembuangan sisa-sisa kemudahan manusia. Selain itu, kekurangan pegawai penguat kuasa untuk memantau tindakan manusia ini turut menjadi penghalang kepada usaha-usaha membendung masalah pencemaran sungai. Banyak pihak yang berjaya melepaskan diri walaupun jelas terbabit dalam masalah ini. Ketidakcekapan pengurusan sampah turut menyumbang kepada sikap tidak bertanggungjawab masyarakat membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Natijahnya, wabak penyakit yang melibatkan sakit atau gatalgatal kulit menyerang mereka yang bermandi-manda di sungai terbabit. Pelaksanaan kempen seperti `Hentikan Pencemaran dan `Cintailah Sungai Kita kurang dihebahkan melalui media massa dan dianggap tidak berkesan serta kurang memberikan kesedaran kepada masyarakat. Malah, ada segelintir masyarakat yang langsung tidak menyedari kewujudan kempenkempen tersebut. Penguatkuasaan undang-undang melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam usaha memastikan bahawa bahan-bahan tertentu diproses dahulu sebelum dilupuskan ke dalam sungai wajar dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Tindakan berani anggota masyarakat melaporkan aktivitiaktiviti yang mampu mengancam kesihatan sungai amat dialu-alukan demi menjamin dan mengekalkan kebersihan dan kejernihan sungai. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, masalah pencemaran sungai ini seharusnya kita anggap masalah sejagat. Memang sewajarnyalah kita menjaga kebersihan dan kesihatan sungai kita. Sehubungan dengan itu, tindakan menyelamatkan sungai harus segera kita ambil sebelum terlewat jika kita ingin mewariskan anugerah Tuhan yang begitu berharga ini kepada generasi yang akan datang. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud menyakitkan mata yang memandangnya. ii. Apakah tanggapan pengarang tentang sungai? [2 markah] [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah muri-murid dapat dididik supayai menghargai sungai? [4 markah]

27

Latihan 15 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan belia menguasai isu antarabangsa dan punca mereka tidak mengutamakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kebelakangan ini Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam hampir semua persidangan sama ada yang diadakan di dalam atau di luar negara. Penyertaan Malaysia ini sudah membuktikan bahawa betapa soal hal ehwal antarabangsa amat penting dalam konteks melaksanakan dasar luar negara kita. Lebih penting, suara negara ini adalah untuk keadilan dan kita menentang setiap perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia. Tetapi apalah ertinya jika pemimpin kita sahaja yang berjuang sedangkan golongan belia hanya berpeluk tubuh dan tidak ambil peduli tentang apa-apa yang sebenarnya sedang berlaku. Belia seharusnya tidak ketinggalan melibatkan diri dalam isu global ini. Jika mereka tidak mengikuti perkembangan itu, mereka akan ketinggalan dan tercicir buat selama-lamanya. Atas dasar menyedari kecetekan ilmu golongan belia dan remaja mengenal soal antarabangsa inilah Menteri Belia dan Sukan mengajak mereka supaya mengambil tahu tentang isu dan masalah globalisasi. Kita menganggap saranan ini mempunyai signifikasinya yang tersendiri kepada belia bukan sahaja untuk membolehkan mereka mengenali diri mereka malah tahu akan perkembangan semasa dunia. Kita mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan agar menjalankan kempen besar-besaran untuk mengenalkan belia dan remaja dengan isu antarabangsa. Program yang dianjurkan bukanlah terbatas kepada peraduan kuiz dan pertandingan seperti syarahan dan perdebatan tentang topik antarabangsa semata-mata malah belia dan remaja hari ini mestilah digalakkan berdebat menerusi internet. Jika kita lihat dalam internet hari ini, pelbagai isu sudah pun diperdebatkan. Mereka yang tahu memanfaatkannya dapat menimba ilmu menerusinya. Tentunya kita tidak mahu golongan belia dan remaja kita asyik berbincang tentang perkara yang remeh-temeh yang kurang memberi faedah kepada diri dan masyarakat. Dalam keadaan dunia hari ini yang sering berubah, kita memerlukan belia dan remaja yang berfikiran kritis dan mampu melihat sesuatu peristiwa dan menterjemahkannya kepada keadaan di negara ini. Dengan cara ini mereka dapat menghargai kemakmuran dan kemerdekaan negara dengan membandingkan peristiwa yang berlaku di serata dunia. Jika kita menjadikan isu antarabangsa sebagai satu standard untuk mengukur kematangan belia dan remaja, kita percaya bahawa mutu golongan belia perlu ditingkatkan lagi. Jika mereka golongan pelajar, pengetahuan dan ilmu di dada mereka perlu diperluas bukan hanya berkisar kepada jurusan ilmu yang dipelajari oleh mereka semata-mata. Soal-soal antarabangsa bukanlah perkara yang perlu dipelajari tetapi perlu dikuasai. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata menghargai kemakmuran dan kemerdekaan negara. [2 markah]

ii. Apakah program yang dicadangkan untuk menggalakkan belia menguasai isu antarabangsa? [3 markah] iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kesedaran tentang kepentingan isu antarabangsa dapat dipupuk di sekolah? [4 markah]

28

Latihan 16 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang tanggapan negatif sesetengah anggota masyarakat terhadap warga tua di negara ini dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jumlah warga tua akan berganda kepada kira-kira 828 juta orang pada tahun 2020 dan sejumlah besar daripada mereka berada di negara-negara membangun. Pertambahan ketara warga tua menjelang waktu itu nanti sebenarnya telah menimbulkan satu kesedaran yang mendesak kepada pengenalan cara dan corak pendekatan yang inovatif dalam sistem ekonomi, sosial dan politik, sama ada dari sudut sebuah negara mahupun dari sudut institusi keluarga. Bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi perubahan demografi sejagat, semua pihak perlu mengambil langkah pada usia muda untuk menjaga kesihatan, menuntut ilmu yang bermanfaat, bijak dalam mengatur urusan kewangan, mewujudkan rangkaian kenalan yang luas serta mendidik generasi muda dengan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi. Peningkatan golongan tua di negara ini bukanlah satu perkara yang membimbangkan tetapi persoalan yang wujud sekarang ialah penerimaan sebahagian anggota masyarakat terhadap golongan tua. Mereka berpandangan bahawa warga tua merupakan satu kelompok masyarakat yang tidak produktif. Tidak banyak orang yang melihat golongan ini sebagai golongan yang patut dihormati sepanjang masa. Mereka mengabaikan golongan tua sebagai pusat rujukan dalam mengharungi cabaran hidup ini. Selain itu, golongan ini dipeleceh sebagai golongan yang sudah ketinggalan zaman. Pertambahan jumlah penghuni rumah orang-orang tua di negara ini jelas menampakkan kelemahan yang wujud dalam struktur institusi keluarga. Adakah warga tua hanya layak tinggal di tempat-tempat seperti itu? Jumlah mereka yang semakin banyak di tempat-tempat sedemikian seolah-olah mengiakan pandangan tersebut! Perkembangan yang mencemaskan ini membuktikan bahawa sebahagian generasi kini sudah kehilangan nilai-nilai murni, lalai terhadap tanggungjawab serta sibuk sepanjang masa. Penggerak utama masyarakat, termasuk sektor awam dan swasta, media massa, badan sukarela dan juga kanak-kanak haruslah ditanam dengan satu sikap yang wajar terhadap warga tua menerusi wahana pendidikan yang betul. Warga tua tidak harus dianggap sebagai golongan yang terlalu mengongkong kebebasan. Kita perlu melahirkan semula potensi kepakaran warga tua bagi membuktikan nilai harga diri mereka kepada masyarakat, memberi kefahaman tentang proses penuaan, menolak pandangan buruk terhadap warga tua dan meningkatkan kesejahteraan warga tua melalui penyediaan suasana persekitaran yang penyayang. Pembinaan lebih banyak rumah orang-orang tua bukanlah jalan penyelesaian kerana selain menunjukkan kelemahan institusi keluarga, rumah-rumah itu juga akan menambahkan beban kerajaan, khususnya dari segi kewangan, sedangkan hal ini boleh dibendung oleh ahli keluarga itu sendiri. Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud seolah-olah mengiakan pandangan tersebut. ii. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghargai sumbangan warga tua? iii. Pada pendapat anda, mengapakah isu warga tua perlu diberi perhatian? [2 markah] [3 markah] [4 markah]

29

30

Latihan 1 Tulis satu peribahasa yang menepati situasi yang diberikan dalam setiap ayat di bawah. i. Pak Mail tidak disenangi oleh masyarakat sekeliling kerana sikapnya yang terlalu berkira-kira untuk menderma. ii. Istiadat pertabalan tersebut terpaksa dibatalkan kerana didapati raja muda bukan berketurunan keluarga Diraja. iii. Kerja-kerja yang dilakukan oleh pembantu rumah Mak Minah hanya sambil lewa sahaja.

Latihan 2 Baca dan fahamkan peribahasa di bawah, kemudian bina satu ayat berdasarkan setiap peribahasa berikut yang dapat menjelaskan maksudnya. i. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. ii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan. iii. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Latihan 3 Tulis semula petikan di bawah dengan mengisi tempat kosong menggunakan peribahasa yang sesuai. i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, iaitu pada awal tahun 1970. Namun kini, dengan berkat usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa ............................... ii. Sejak tahun 1980, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya sendiri secara manual. ......................................................., biarlah aku mulakan dengan cara yang sedikit-sedikit dahulu, bisik Ahmad. iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goring di Lorong Man yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya ramai insan lain mula menceburkan diri dalam lapangan tersebut. Kini gerai-gerai di kawasan itu ....................................................

Latihan 4 Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. i. Anak emas ii. Seperti kacang lupakan kulit iii. Alah bisa tegal biasa

Latihan 5 Baca dan faham ayat-ayat di bawah. Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat-ayat berikut. i. Setiap tahun Datuk Kamarul membawa keluarganya melancong ke luar negara. ii. Pada era 70-an, ramai orang yang tidak dapat membaca dan menulis. iii. Azmi baru sahaja kematian ibu bapanya dan sekarang dia terlantar di hospital akibat kemalangan.

31

Latihan 6 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini. Ketika Syakila singgah di kedai bunga, dia tertarik dengan bunga kristal yang baru sahaja sampai di kedai tersebut. Apabila Syakila bertanya akan harganya, tauke kedai itu meletakkan harga yang tidak boleh ditawar-tawar lagi. Syakila tidak berpuas hati dengan harga yang dikatakan itu, kerana terlalu tinggi dan beranggapan tauke itu ingin mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Latihan 7 Baca pernyataan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang bersesuaian dengan setiap pernyataan berikut. i. Penduduk Kampung Muhibah sentiasa tolong-menolong membersihkan kawasan kampung mereka. ii. Ali tidak disukai oleh penduduk kampung kerana perbuatannya yang selalu mengambil barang kepunyaan orang. iii. Encik Mustaqim seorang usahawan yang berjaya. Beliau suka membantu golongan yang miskin dan kurang berkemampuan. Sikapnya itu amat disukai oleh masyarakat setempat.

Latihan 8 Tulis satu peribahasa daripada setiap perkataan yang berikut. i. Mata ii. Hati iii. Tangan

Latihan 9 Berdasarkan peribahasa di bawah, tulis satu peribahasa yang merupakan antonim bagi setiap peribahasa tersebut. i. Bagai aur dengan tebing ii. Mati kutu iii. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Latihan 10 Baca dan fahamkan peribahasa di bawah. Kemudian bina satu ayat daripada setiap peribahasa berikut yang dapat menjelaskan maksudnya. i. Harapkan pagar, pagar makan padi ii. Seperti ikan pulang ke lubuk iii. Genggam bara api biar sampai jadi arang

32

Latihan 11 Baca dan fahamkan ayat di bawah. Tulis satu peribahasa yang berkaitan dengan maksud ayat-ayat tersebut. i. Setelah rumah itu dibakar oleh Ramli, dia tidak mengaku bahawa dia yang melakukan perbuatan tersebut, sebaliknya dia menuduh Karim dan rakan-rakannya yang berbuat demikian. ii. Ali budak yang pemalas kerana dia hanya akan mengulang kaji pelajaran apabila disuruh oleh ibunya. iii. Setelah perniagaan Datuk Fadzli merosot disebabkan kegawatan ekonomi, beliau menghadapi masalah rumah tangga pula.

Latihan 12 Baca dan fahami peribahasa di bawah. Kemudian, berikan peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa yang diberikan. i. Bagai mencurah air ke daun keladi ii. Seperti aur dengan tebing iii. Genggam bara api, biar sampai jadi arang

Latihan 13 Tulis satu ayat setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. i. Darah daging ii. Belakang parang jika diasah lagikan tajam iii. Bagai pungguk rindukan bulan

Latihan 14 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian berikan peribahasa yang berlawanan. i. Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin. ii. Perselisihan antara ahli keluarga Ibrahim tidak berlarutan kerana mereka telah berbaik-baik semula seperti yang diungkapkn dalam peribahasa Melayu, air dicincang tidak akan putus. iii. Disebabkan budak itu pintar mengira, dia dikatakan mempunyai akal kancil.

Latihan 15 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini. Budaya mengadakan rumah terbuka telah diamalkan secara meluas di kalangan masyarakat Malaysia apabila menyambut sesuatu perayaan. Sebagai contoh, masyarakat Melayu mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri. Boleh dikatakan setiap hujung minggu pada bulan Syawal majlis ini diadakan. Amalan ini memang baik dan sesuai untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli masyarakat. Walau bagaimanapun kadang kala berlaku pembaziran kerana tuan rumah yang menganjurkan majlis ini menyediakan persiapan dan pelbagai jenis makanan yang agak berlebihan.

33

PERATURAN PEMARKAHAN

34

PENULISAN (KARANGAN BAHAGIAN A)

Cadangan Rangka Jawapan Latihan 1 a. Pendahuluan - definisi remaja faktor-faktor yang mempengaruhi gaya hidup remaja. b. Isi 1. Keluarga sesebuah keluarga yang baik akan dapat membentuk peribadi remaja yang berakhlak mulia. Cth: bertanggungjawab, bersopan santun dan berdisiplin. Keluarga yang pincang akan membentuk peribadi remaja yang negatif seperti bersikap kasar dan tidak berdisiplin. Rakan sebaya Rakan sebaya yang baik akan berupaya membentuk peribadi yang mulia, manakala rakan yang tidak baik akan hanya menanam sikap yang negatif. Sekolah Fungsi sebagai tempat menimba ilmu dan membentuk sikap cemerlang. Contoh: kegiatan kokurikulum berjaya membentuk disiplin pelajar. Masyarakat Institusi pendidikan tak formal yang dapat membentuk semangat perpaduan dan sikap bertoleransi. Agama Semua agama menyeru pengikutnya menjadi orang yang berguna serta berperibadi mulia. Namun, ada penganutnya yang terpengaruh dengan ajaran sesat. Media massa Penyiaran rancangan yang positif mampu membimbing remaja berperibadi mulia dan berilmu. Penyiaran unsurunsur yang negatif boleh meruntuhkan akhlak remaja.

2.

3.

4. 5.

6.

c. Penutup Remaja perlu dibimbing ke arah pembentukan sahsiah yang mulia kerana remaja merupakan tonggak negara.

Latihan 2 a. Pendahuluan Kegiatan ekonomi berasaskan pertanian. b. Isi Penting 1. Penanaman getah kawasan ladang. 2. Penanaman kelapa sawit kawasan ladang. 3. Penanaman padi kawasan kampung / sawah. 4. Perniagaan. 5. Industri berasaskan pertanian. c. Penutup -

penduduk kawasan ini memperoleh manfaat daripada kegiatan ekonomi di kawasan berkenaan. memberi peluang pekerjaan.

Latihan 3 a. Pendahuluan Jenis-jenis pertanian di Malaysia b. Isi-isi penting 1. Punca utama pendapatan keluarga Pekerjaan Pengusaha, contohnya penjual/peniaga dan membuat kerepek. 2. Sumber makanan Ikan Sayur Daging 3. Pembekal bahan mentah Sawit Getah Koko

35

4.

Ekonomi / Pendapatan Negara Eksport, contohnya sayur-sayuran dan bunga-bungaan ke Singapura, Amerika Syarikat dan lain-lain. Tidak perlu mengimport hasil pertanian dari luar / mengelakkan pengaliran wang ke luar.

c. Penutup Pembangunan sektor pertanian perlu diseimbangkan dengan kemajuan sektor lain demi menjamin bekalan makanan yang mencukupi kepada negara.

Latihan 4 a. Pendahuluan Menyatakan masalah buli secara umum. Menyatakan jenis-jenis buli. Menyatakan tempat atau lokasi buli sering berlaku. Menyatakan golongan yang terlibat. b. Isi-isi penting 1. Faktor a.

b.

c.

d. e.

Pengaruh rakan sebaya Pelajar/remaja peralihan zaman kanak-kanak dan dewasa, mudah terpengaruh. Mengikut kehendak rakan kerana ingin diterima dalam kumpulan. Ibu bapa Kurang kasih sayang dan perhatian kerana mengejar kebendaan atau kekangan kerja. Konflik keluarga pelajar cari jalan keluar untuk melupakan masalah. Kurang didikan agama / moral pelajar tidak boleh bezakan antara baik dengan yang buruk. Inginkan perhatian. Masyarakat Individualistik bebas dan tiada tegahan. Materialistik Media massa Pengaruh filem/internet tiru aksi Sekolah Kawalan disiplin longgar. Tekanan perasaan di kalangan mangsa buli Pelajaran terganggu Ponteng sekolah Kemurungan / pasif Bunuh diri Tindak balas agresif daripada mangsa Berlaku pergaduhan / pembunuhan Masalah vandalisme / kemerosotan disiplin di sekolah Keluarga Konflik keluarga Hubungan renggang

2.

Kesan a.

b.

c.

3.

Cara mengatasi a. Ibu bapa memberi kasih sayang, didikan agama dan memberi perhatian. b. Media massa kurangkan penayangan filem ganas c. Sekolah khidmat bimbingan dan kaunseling. Kuat kuasa disiplin sekolah.

c. Penutup - harapan - kesimpulan

36

Latihan 5 a. Pendahuluan Pengorbanan dan perjuangan daripada setiap anak watan adalah diperlukan dalam menjaga keutuhan negara. Setiap rakyat perlu seiring dengan pahlawan negara dalam mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Rakyat juga perlu menyokong penuh gagasan pemerintah demi kemajuan dan kemakmuran negara. b. Isi-isi penting 1. Peranan Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran kenegaraan sebagai mata pelajaran wajib di setiap peringkat institusi pendidikan. 2. Peranan media massa menyediakan maklumat tentang isu-isu yang boleh memupuk semangat patriotik, contohnya ruangan khusus tentang tokoh-tokoh pejuang tanah air. 3. Peranan ibu bapa Memberi kesedaran tentang perlunya semangat cinta akan negara sejak kecil lagi. Contoh - membawa anak-anak ke tempat bersejarah / bercerita tentang kisah sejarah / membeli bahan-b ahan ilmiah. c. Kesimpulan semua pihak perlu bekerjasama dalam memupuk semangat patriotik ini. kesedaran semangat patriotik yang tinggi di kalangan rakyat boleh merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju.

Latihan 6 a. Pendahuluan UPM salah sebuah IPTA di negara ini. menawarkan pelbagai program pengajian, di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana. menawarkan pelbagai jurusan / bidang b. Isi-isi penting 1. 5 program yang ditawarkan kelayakan berdasarkan program 2. Cara memohon internet dapatkan alamat cara bayaran 3. Kelebihan mengikuti program PJJ dapat memberi peluang kepada golongan yang telah bekerja menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dapat memenuhi keperluan pasaran kerja semasa, contohnya Master Sains Pembangunan Manusia. c. Penutup UPM terbuka kepada semua peringkat umur, iaitu lepasan SPM ke atas. pusat / IPTA yang melahirkan golongan terpelajar dalam pelbagai bidang. penggerak kepada kemajuan negara.

Latihan 7 a. Pendahuluan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai adat resam dan pelbagai budaya. b. Isi-isi penting 1. Rumah terbuka pada hari perayaan utama, contohnya Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan Hari Gawai. dihadiri oleh pemimpin dan rakyat menyediakan pelbagai jenis makanan dipersembahkan pelbagai pertunjukan kebudayaan 2. Sukan dan permainan setiap jenis sukan disertai oleh pelbagai kaum adakan perlawanan persahabatan memupuk semangat berpasukan dan kesukanan 3. Aktiviti kemasyarakatan gotong-royong rukun tetangga semangat kejiranan 4. Institusi pendidikan kurikulum yang sama kokurikulum (bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar) memupuk cinta akan negara.

37

c. Penutup -

mewujudkan suasana harmonis mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.

Latihan 8 a. Pendahuluan - menerangkan perkembangan teknologi maklumat secara umum. b. Isi-isi penting 1. Sistem satelit berguna untuk memancarkan maklumat. 2. Maklumat komputer menyediakan kemudahan kepada pelajar. 3. Urusan kaunter menjadi mudah melalui penggunaan komputer. 4. Pelbagai sumber maklumat diperoleh daripada laman web. 5. Kepentingan IT dalam bidang perniagaan. 6. Dunia tanpa sempadan. c. Penutup - menggunakan dan memanfaatkan kemudahan yang ada sebaik mungkin. - jangan jadi `seperti katak di bawah tempurung.

Latihan 9 a. Pendahuluan - Malaysia menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat. b. Isi-isi penting 1. Antara sektor yang menawarkan peluang pekerjaan di negara ini alah pertanian, pembinaan, perniagaan, pengangkutan, perkhidmatan kewangan dan lain-lain. 2. Sektor pertanian Penyumbang utama dalam menyediakan peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan seperti pengurusan ladang, perikanan dan penternakan. 3. Sektor pembinaan Penyumbang kedua Peluang pekerjaan seperti pembinaan bangunan, projek pembangunan perumahan, infrastruktur dan lain-lain. 4. Kekosongan pekerjaan dalam sektor pertanian disebabkan oleh; Sikap masyarakat memilih pekerjaan Pendapatan tidak lumayan 5. Sektor pembinaan mempunyai peluang pekerjaan semakin meningkat kerana negara semakin maju. c. Penutup Di Malaysia banyak peluang pekerjaan. Oleh itu, masyarakat perlu mengubah sikap untuk mengurangkan masalah pengangguran.

38

B
Latihan 1

RUMUSAN & PETIKAN UMUM

Soalan 1 Pengenalan Petikan membincangkan manfaat / faedah / kebaikan / keistimewaan penternakan ikan sangkar di laut terbuka dan kaedah pelaksanaannya/ langkah memajukannya. Isi tersurat (manfaat penternakan ikan sangkar di laut terbuka) 1. 100 000 hektar kawasan laut mampu dimajukan secara komersial. 2. Pembiakan bakteria yang menyebabkan penyakit kepada ikan dapat diatasi. 3. Makanan ikan yang lebih dihanyutkan arus menjadi makanan hidupan air yang lain. 4. Kadar hidup ikan dapat ditingkatkan. 5. Tumbesaran ikan tidak terbantut. 6. Sangkar laut terbuka menguntungkan dari segi kos. Isi Tersirat (kelebihan yang dimiliki oleh Malaysia untuk memajukannya) 1. Kerajaan bersedia memberi insentif kepada pengusaha. 2. Pasaran ikan sangkar adalah meluas. 3. Teknologi moden dalam bidang perikanan semakin berkembang. 4. Banyak kawasan sesuai dimajukan sebagai lokasi projek penternakan. Kesimpulan Kesimpulannya, penternakan ikan sangkar di laut terbuka mesti dimajukan supaya taraf hidup nelayan meningkat.

Soalan 2(a) i. Bagaimanakah kedudukan sangkar ditentukan? -berdasarkan kedalaman air -berdasarkan kelajuan air ii. Apakah masalah yang timbul akibat penggunaan sangkar tradisi? -makanan berlebihan tenggelam -mencemarkan laut -membiakkan bakteria -menimbulkan penyakit kepada ikan

[2 markah]

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah perusahaan ternakan ikan sangkar masih kurang mendapat sambutan? -nelayan sukar mendapatkan pinjaman kewangan -tiada kepakaran/ kemahiran untuk mengusahakannya -peluang pekerjaan lain masih luas -keberkesanan kaedah ini tetap bergantung kepada faktor cuaca -takut menghadapi risiko kerugian

[4 markah]

Latihan 2 Soalan1 Pendahuluan Petikan menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan permainan video di kalangan belia dan kesan-kesan negatifnya. Isi tersurat (faktor yang mempengaruhi perkembangan permainan video di kalangan belia) 1. Hiburan bentuk ini (masih) dianggap murah dan mudah didapati/ tidak perlu permit untuk mengimportnya. 2. Pelbagai media dalam industri komputer tumbuh dengan pesat. 3. Terdapat lambakan/ banyak perisian yang (kejam/ lucah/ ganas) diminati oleh belia disediakan oleh operator pusat hiburan./ peningkatan permintaan perisian video/ tidak ada garis panduan yang ketat dan khusus dalam klasifikasi perisian/ video. 4. Permainan video menyeronokkan remaja. 5. Tempat hiburan berkenaan jarang-jarang diambil tindakan/ diserbu. 6. Tarikh penguatkuasaan pengharaman pengimportan video berunsur negatif (selalu) ditunda. Isi tersirat (langkah yang wajar diambil oleh kerajaan) 1. Pihak berkuasa perlu kerap mengadakan pemantauan ke pusat-pusat hiburan. 2. Hukuman yang berat perlu dikenakan kepada pengusaha pusat hiburan yang tidak mematuhi arahan. 3. Kerajaan perlu mengharamkan kemasukan permainan video di pusat hiburan.

39

Kesimpulan Kesimpulannya, perkembangan permainan video di kalangan belia mesti dibendung/ diberi perhatian supaya gejala yang boleh merosakkan moral mereka tidak merebak.

Soalan 2(a) i. Berikan maksud rangkai kata mempunyai rangsangan yang menyeronokkan dalam petikan di atas. -ada kesan yang mengasyikkan ii. Apakah kesan-kesan yang timbul akibat daripada perkembangan permainan video di kalangan belia? -pembaziran wang -mengganggu minda remaja -remaja tidak mendengar nasihat

[2 markah]

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam membanteras permainan video di pusat-pusat hiburan? [4 markah] -tiada kerjasama daripada pusat hiburan -ibu bapa tidak mengawasi/ memantau pergerakan anak-anak -sikap penguat kuasa yang tidak amanah/ rasuah -wujudnya pusat hiburan yang beroperasi secara haram

Latihan 3 Soalan 1 Pengenalan Petikan membincangkan masalah/ halangan/ kekangan untuk menghapuskan gejala rasuah di negara kita dan usaha-usaha membendungnya. Isi tersurat (masalah untuk menghapuskan gejala rasuah) 1. Kakitangan penguat kuasa undang-undang masih kurang. 2. Tindakan mengesan amalan rasuah melalui proses yang panjang dan berliku-liku. 3. Bukti dan fakta yang kukuh untuk mendakwa pihak yang terlibat sukar diperoleh. 4. Perasuah menggunakan taktik yang semakin canggih. 5. Pemberi dan penerima rasuah tetap bertukar ganti dalam masa yang begitu pantas. 6. Pihak yang menolak tawaran rasuah enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa. Isi tersirat (kesan rasuah terhadap pembangunan negara) 1. Gejala rasuah menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. 2. Gejala rasuah akan menjatuhkan imej negara. 3. Gejala rasuah menjejaskan kualiti perkhidmatan. 4. Gejala rasuah menyebabkan penganiayaan/ ketidakadilan kepada pihak yang jujur. Kesimpulan Kesimpulannya, amalan rasuah mesti dibanteras habis-habisan supaya nilai keadilan dan kejujuran dalam masyarakat kita dapat ditegakkan.

Soalan 2(a) i. Berikan maksud rangkai kata hal ini telah menular dalam petikan di atas. -gejala rasuah sudah merebak ii. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membendung gejala rasuah? -Badan Pencegah Rasuah mendakwa 924 orang yang dituduh memberikan rasuah -kerajaan berusaha menguatkuasakan sepenuhnya Seksyen 11B Akta Pencegahan Rasuah 1997. -pihak berkuasa mewujudkan Seksyen 17 akta yang sama yang menghendaki kakitangan awam membuat aduan sekiranya mereka cuba dirasuah oleh mana-mana pihak

[2 markah]

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang mendorong berlakunya gejala rasuah? -sikap mahu mendapat keuntungan dalam masa yang singkat dan cara yang mudah -wujudnya pemberi dan penerima rasuah -hilangnya sikap bertanggungjawab dan amanah dalam perkhidmatan -wujudnya sikap tamak pada diri penerima -kurangnya didikan/ pegangan agama

[4 markah]

40

Latihan 4 Soalan1 Pengenalan Petikan menjelaskan punca-punca keruntuhan moral di kalangan masyarakat di Malaysia dan kesan negatifnya. Isi tersurat (faktor keruntuhan moral di kalangan masyarakat) 1. Masyarakat dipengaruhi oleh idea globalisasi. 2. Pelbagai jenis hiburan mudah didapati di mana-mana sahaja. 3. Teknologi komputer tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. 4. VCD dan video Iucah dijual dengan harga yang murah. 5. Remaja mempunyai sikap ingin mencuba. 6. Sesetengah anggota masyarakat tidak memiliki pendidikan agama dan moral yang kukuh. 7. Rancangan agama melalui televisyen gagal menarik minat orang ramai menghayatinya. 8. Sesetengah ibu bapa gagal mengawal kegiatan anak-anak. 9. Keluarga tidak mempunyai persefahaman. Isi tersirat (langkah membendung keruntuhan moral) 1. Keluarga mesti berperanan sebagai tunjang pembentukan sahsiah remaja. 2. Masyarakat setempat perlu peka/ prihatin akan masalah keruntuhan moral di sekeliling mereka. 3. Kerajaan perlu menyekat penyiaran bahan yang tidak bermanfaat menerusi media massa. Kesimpulan Kesimpulannya, masalah keruntuhan moral perlu diatasi supaya generasi muda yang berkualiti dapat dilahirkan.

Soalan 2(a) i. Berikan maksud rangkai kata mengalami keruntuhan moral yang sangat membimbangkan. -menghadapi kebejatan sahsiah/ akhlak yang amat serius ii. Apakah punca-punca yang mendorong kepada keruntuhan moral? -sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab -media massa menyiarkan rancangan yang tidak sihat/ negatif -sikap ingin mencuba di kalangan remaja

[2 markah]

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah halangan dalam mengatasi masalah keruntuhan moral di kalangan masyarakat kita pada masa sekarang? [4 markah] -kurangnya pendidikan keibubapaan -wujudnya golongan masyarakat yang bersikap individualistik -kelemahan penguatkuasaan undang-undang -longgar/ tiada kegiatan/ program/ siaran keagamaan/ pendidikan menerusi media massa

Latihan 5 Soalan 1 Pendahuluan Petikan membincangkan halangan dalam usaha mewujudkan semangat cinta akan negara dan kewajaran belia sedar akan kepentingannya. Isi tersurat (kekangan mewujudkan semangat patriotisme) 1. Fahaman yang mengutamakan kepentingan individu semakin menular. 2. Wujudnya pertembungan antara negara maya dengan negara nyata. 3. Kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan bentuk baru. 4. Mata pelajaran Sejarah hanya mula diajarkan pada peringkat sekolah menengah. 5. Belia tidak menghargai kemerdekaan negara. 6. Belia tidak bersungguh-sungguh mengejar ilmu. Isi tersirat (peranan ibu bapa untuk mewujudkan semangat patriotisme) 1. Ibu bapa perlu bersama-sama keluarga meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan. 2. Ibu bapa perlu menyediakan bahan bacaan yang berunsur patriotik di rumah. 3. Ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat bersejarah dalam negara. Kesimpulan Kesimpulannya, semangat patriotisme wajar disegarkan dalam jiwa para belia supaya mereka menyedari tanggungjawab mereka untuk kesejahteraan tanah air.

41

Soalan 2(a) i. Berikan maksud rangkai kata berhubung terus dengan hasrat kerajaan. -berkait secara langsung dengan harapan/ impian pemerintah ii. Apakah nilai patriotisme yang perlu dipupuk dalam diri warga Malaysia? -berbangga menjadi rakyat Malaysia -bersemangat setia kepada negara -menyanjungi semangat kekitaan

[2 markah]

[3 markah]

iii. Sebagai seorang pelajar, apakah bukti-bukti yang boleh menunjukkan anda mempunyai semangat patriotisme? -saya menyertai perarakan pada Hari Kebangsaan -saya menentang usaha pihak luar campur tangan hal ehwal negara kita -saya sentiasa menghormati lagu Negaraku -saya menghulurkan derma untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan -saya berbangga menjadi anak Malaysia

[4 markah]

Latihan 6 Soalan 1 Pendahuluan Petikan membincangkan kesan negatif penerbitan bahan picisan dan punca-punca penyebarannya secara berleluasa. Isi Tersurat (kesan negatif/ akibat penerbitan bahan picisan terhadap masyarakat) 1. Pembaca mudah terpengaruh dengan bahan yang tidak benar/ karut. 2. Pemikiran remaja yang masih mentah akan rosak/ tidak membantu perkembangan minda 3. Berbagai-bagai masalah juvenil akan berlaku/ mendorong berlakunya jenayah. 4. Pengeksploitasian dan penghinaan terhadap wanita berleluasa. 5. Remaja sanggup mengeluarkan wang saku untuk membeli bahan picisan. 6. Remaja akan banyak berkhayal. Isi Tersirat (langkah membendung penyebarannya) 1. Kerajaan perlu menggubal undang-undang mengharamkan penerbitannya. 2. Ibu bapa mesti memantau bahan bacaan anak-anak. 3. Individu perlu sedar akan kesan negatif bahan bacaan sedemikian. Kesimpulan Kesimpulannya, pengedaran bahan bacaan picisan dalam pasaran mesti dibendung dengan bersungguh-sungguh supaya masyarakat madani yang berakhlak mulia dapat dilahirkan.

Soalan 2(a) i. Berikan maksud semakin membanjiri pasaran dalam petikan di atas. -kian banyak dijual ii. Mengapakah penerbit bahan bacaan picisan dipersalahkan? -mereka tiada rasa tanggungjawab sosial -hanya mementingkan nilai komersial/ keuntungan -tidak mempedulikan kesan penerbitan terhadap masyarakat/ anak bangsa

[2 markah]

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah bahan-bahan bacaan berbentuk ilmiah kurang mendapat sambutan daripada masyarakat? [4 markah] -harganya mahal -penerbitannya terhad/ edarannya tidak meluas -isu yang dipaparkan serius/ mencabar minda -dianggap membosankan -laras bahasanya tinggi/ sukar difahami

42

Latihan 7 Soalan 1 Pendahuluan Petikan membincangkan kesan buruk/ akibat kenaikan harga barang keperluan harian di Malaysia dan sikap peniaga yang mementingkan keuntungan semata-mata. Isi Tersurat (kesan kenaikan harga barang) 1. Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada biasa. 2. Tanggungan keluarga bertambah berat. 3. Keraguan timbul di kalangan masyarakat. 4. Suasana yang tidak sihat timbul/ Pihak yang tidak bertanggungjawab akan mempengaruhi pengguna memburukkan kerajaan. 5. Peniaga memanipulasi pasaran (dan memberikan pelbagai alasan untuk menaikkan harga barang). 6. Pembeli terpaksa akur dengan tindakan peniaga. 7. Kuasa pembeli pengguna bertambah kecil. 8. Kerajaan tidak akan dapat mengawal kegawatan ekonomi/ kegawatan ekonomi mungkin menjadi lebih teruk. Isi Tersirat (langkah kerajaan untuk menangani masalah) 1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna mengenakan tindakan undang-undang yang tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuka hati. 2. Kerajaan mengadakan kempen berbelanja berhemat di kalangan pengguna. 3. Kerajaan memperbanyak kumpulan barangan kawalan. Kesimpulan Kesimpulannya, kenaikan harga barangan keperluan harian mesti dikawal supaya pengguna tidak terus ditindas oleh peniaga.

Soalan 2(a) i. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata mempunyai pertalian antara satu dengan yang lain berdasarkan petikan di atas. [2 markah] -kenaikan harga sesuatu barangan akan menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain ii. Mengapakah peniaga dianggap tidak mahu bekerjasama dalam masalah kepenggunaan? -menentukan harga barangan mengikut cita rasa mereka -mengingkari arahan pihak berkuasa -sentiasa mencari helah baru untuk menghalalkan tindakan mereka [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna dan peniaga dalam membendung kenaikan harga barangan? [4 markah] -pengguna mengitar semula barangan yang masih boleh digunakan -pengguna membeli barangan ketika perlu sahaja -peniaga tidak menyorokkan barangan keperluan -peniaga bersedia mendapat untung yang minimum/ mengutamakan tanggungjawab sosial

Latihan 8 Soalan 1 Pengenalan Petikan mengenai kekangan/ permasalahan/ halangan penerbitan buku ilmiah dan perkembangan/ sejarahnya di negara kita/ dan kesan negatifnya. Isi Tersurat (kekangan dalam penerbitan buku ilmiah) 1. Penerbit swasta kurang berminat. 2. Pasaran terhad/ tidak meluas. 3. Kos pengeluarannya tinggi. (atau...-kos pengimportan kertas dan bahan cetak tinggi) 4. Penerbit tidak berani menanggung risiko / penerbitan ilmiah tidak berorientasikan keuntungan. 5. Penerbitan hanya dilakukan oleh penerbit yang mendapat sumbangan kewangan atau tajaan. 6. Tenaga kerja terlatih/ mahir masih kurang. 7. Sistem pengedaran dan promosi tidak mantap. 8. Kurang penulis berwibawa dalam bidang penerbitan ilmiah. 9. Rencana yang dihasilkan kurang bermutu. 10. Pengguna memilih bahan ilmiah yang lebih berkualiti dari luar negeri.

43

Isi Tersirat (langkah mengatasi masalah) 1. Kerajaan memberikan pelepasan cukai keperbit buku ilmiah. 2. Kempen bulan membaca bahan ilmiah dijalankan secara besar-besaran. 3. Bahan ilmiah dijadikan teks wajib untuk lulus peperiksaan awam di semua peringkat. 4. Ibu bapa pupuk minat membaca bahan ilmiah di kalangan anak. Kesimpulan Kesimpulannya, penerbitan ilmiah perlu mendapat sokongan pelbagai pihak supaya kita dapat melahirkan rakyat yang berpengetahuan.

Soalan 2(a) i. Berikan maksud rangkai kata Mereka tidak berani menanggung risiko. -penerbit swasta bimbang mengalami kemungkinan kerugian ii. Nyatakan ciri-ciri yang digunakan untuk menentukan hala tuju penubuhan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi. -pengajaran -penyelidikan -perundingan

[2 markah]

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah bahan bacaan bukan ilmiah mendapat sambutan daripada masyarakat? -berharga murah -mudah diperoleh -memenuhi cita rasa -berbentuk hiburan/ isu tidak serius

[4 markah]

Latihan 9 Soalan 1 Pengenalan Petikan membincangkan ciri-ciri masyarakat yang berfikir dan kepentingannya kepada negara. Isi Tersurat (ciri masyarakat yang berfikir) 1. Masyarakat yang berfikir mernainkan peranan yang progresif (1) dalam proses demokrasi (1). 2. Mereka ialah golongan yang mempertahankan nilai jati diri. 3. Masyarakat yang berfikir mempunyai kekuatan (1) dan daya ketahanan psikologi (1). 4. Masyarakat ini celik (1) ilmu (1). 5. Masyarakat yang berfikir mempunyai kewibawaan (1) untuk membina negara (1). 6. Mereka mampu mencorakkan perubahan pada abad ke-21/ memberikan perhatian kepada corak perubahan abad ke-21. 7. Penyaluran idea yang negatif/ penyalahgunaan maklumat dapat dibendung. Isi Tersirat (cabaran/ halangan yang dihadapi untuk merealisasikannya) 1. Masyarakat mempunyai sikap sukar menerima perubahan. 2. Masyarakt dipengaruhi persekitaran yang mengutamakan hiburan dan keseronokan. 3. Bahan ilmiah yang menggalakkan pembaca berfikir kurang diterbitkan (kerana penerbit mengutamakan nilai komersial). Kesimpulan Kesimpulannya, kelahiran masyarakat yang berfikir mesti diutamakan supaya imej bangsa Malaysia lebih dihormati.

Soalan 2(a) i. Berikan maksud rangkai kata merintis transformasi sosial. -membuka jalan/ ruang untuk perubahan masyarakat ii. Apakah kepentingan budaya dalam membina kecemerlangan? -bangsa yang berbudaya dinamik akan menjadi bangsa unggul yang disegani -budaya yang hidup akan menguatkan sesuatu bangsa -budaya mampu meningkatkan martabat bangsa

[2 markah]

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah masyarakat berfikir mampu memainkan peranan dalam proses pembangunan negara? -menyumbangkan idea untuk perkembangan ekonomi -mampu menggubal dasar pentadbiran negara -mampu menjadi agen perubahan sikap masyarakat -mampu mengekang penularan masalah sosial

[4 markah]

44

Latihan 10 Soalan 1 Pengenalan Petikan membincangkan ciri-ciri golongan remaja dan punca mereka terlibat dalam masalah sosial. Isi Tersurat (ciri golongan remaja) 1. Remaja berada pada era peralihan antara alam kanak-kanak dengan dunia dewasa. 2. Remaja mula mengenali diri dan persekitaran. 3. Remaja ialah peringkat seseorang itu secara beransur-ansur membentuk sahsiahnya. 4. Remaja mudah terbawa-bawa dengan perwatakan rakan sebaya. 5. Remaja masih rapuh tentang pengalaman hidup. 6. Remaja memerlukan sokongan moral dan emosi. Isi Tersirat (kepentingan mereka dalam pembangunan negara) 1. Remaja bertanggungjawab untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2020. 2. Remaja bertanggungjawab mengekalkan imej Malaysia sebagai negara yang aman dan bersatu padu. 3. Remaja ialah aset tenaga kerja mahir untuk menjadikan Malaysia negara maju. Kesimpulan Kesimpulannya, remaja mesti memperkukuh jati diri supaya kedudukan mereka sebagai peneraju negara pada masa depan tidak dipertikai/ supaya keterampilan dan kewibawaan mereka tidak dipelekeh.

Soalan 2(a) i. Berikan maksud rangkai kata keghairahan mengejar kekayaan. -keasyikan mengumpul kemewahan

[2 markah]

ii.

Mengapakah ibu bapa dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak remaja? -hanya memberikan perhatian untuk mencari nafkah hidup -lebih berminat mengumpul harta dan mengejar kemewahan -lalai memenuhi tanggungjawab sebagai ketua keluarga

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang harus dilakukan untuk membendung penularan gejala negatif di kalangan remaja? [4 markah] -kerajaan menggubal peraturan bagi menghalang anak-anak muda di bawah umur berkumpul di tempat-tempat awam tanpa sebab -pihak polis mengenakan tindakan undang-undang terhadap ibu bapa yang tidak mengawal anak-anak yang terlibat dalam salah laku -pihak sekolah harus bekerjasama rapat dengan ibu bapa pelajar yang bermasalah -ibu bapa harus mengimbangkan usaha mencari rezeki dengan keperluan memelihara kebajikan anak-anak

Latihan 11 Soalan 1 Pengenalan Petikan membincangkan langkah-langkah/ usaha-usaha/ cara-cara menjaga kesejahteraan alam sekitar dan akibat/ kesan negatif jika diabaikan. Isi Tersurat (langkah menjaga kesejahteraan alam sekitar) 1. Kerajaan menggubal undang-undang / garis panduan untuk menjamin kelestarian alam sekeliling. 2. Sektor swasta mengitar semula barangan terbuang. 3. Sektor swasta mengeluarkan barang-barang yang terbiodegradasi/ mesra alam (yang mudah reput). 4. Orang ramai membuang sampah di tempat yang disediakan. 5. Orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka. 6. Penternak menyediakan loji pelupusan air kumbahan ternakan. 7. Pengilang mendirikan loji pelupusan bahan sisa bertoksik. 8. Orang ramai membuat laporan tentang keadaan yang mencurigakan kepada pihak berkuasa. 9. Orang ramai sayang akan alam sekitar. Isi Tersirat (kebaikan menjaga kesejahteraan alam sekitar) 1. Usaha ini dapat menggalakkan kemajuan sektor pelancongan. 2. Rakyat dapat menghirup udara yang bersih/ segar. 3. Usaha ini dapat menjamin kehidupan yang sihat. 4. Penyebaran pelbagai jenis penyakit dapat dibendung.

45

Kesimpulan Kesimpulannya, usaha menjaga kesejahteraan alam sekitar menjadi tanggungjawab semua pihak supaya rakyat dapat hidup dengan selesa/ imej negara terpelihara.

Soalan 2(a) i. Berikan maksud rangkai kata masyarakat yang pasang telinga untuk mendengar dan menggunakan mata untuk melihat. -orang ramai mesti bersikap mengambil berat/ prihatin/ mengambil tahu ii.

[2 markah]

Mengapakah masalah pencemaran alam sekitar terus berleluasa walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menanganinya? [3 markah] -sikap degil peniaga -sektor swasta mementingkan keuntungan semata-mata -masyarakat bersikap pasif/ mementingkan diri sendiri

iii. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menyemai kesedaran murid-murid tentang kepentingan menjaga kesejahteraan alam sekitar? [4 markah] -menubuhkan Kelab Alam Sekitar/ Keceriaan -menjayakan kempen menjaga kebersihan alam sekitar -menjalankan kegiatan gotong-royong -menerapkan amalan/ sikap menjaga kebersihan alam sekitar dalam pengajaran -mendenda pelajar yang mengotorkan kawasan persekitaran sekolah -mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula

Latihan 12 Soalan 1 Pengenalan Petikan menjelaskan sebab-sebab/ punca/ faktor masalah pelanggaran disiplin di kalangan pelajar di Malaysia dan kesan negatifnya. Isi Tersurat (sebab berlakunya pelanggaran disiplin) 1. Ibu bapa tidak menunjukkan teladan (yang baik) kepada anak-anak. 2. Pelajar menganggap subjek yang diajar (di sekolah) terlalu padat dan membebankan. 3. Pelajar kekurangan didikan agama dan moral. 4. Kedudukan ekonomi keluarga pelajar kurang kukuh. 5. Pelaksanaan undang-undang di sekolah terlalu longgar dan tidak cekap. 6. Ibu bapa mengabaikan perkembangan pembelajaran anak-anak. Isi Tersirat (peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling) 1. UBK perlu memberi perhatian khusus kepada pelajar yang bermasalah. 2. UBK perlu berbincang dengan ibu bapa pelajar bermasalah tentang perkembangan sahsiahnya. Kesimpulan Kesimpulannya, masalah pelanggaran disiplin di kalangan pelajar mesti dipandang serius supaya matlamat untuk membentuk generasi berakhlak mulia tercapai.

Soalan 2(a) i. Berikan maksud rangkai kata kasar dalam pertuturan. -tidak beradab sopan semasa berkomunikasi ii. Nyatakan cara untuk membendung masalah disiplin di kalangan pelajar.

[2 markah]

[3 markah]

-pelaksanaan undang-undang dan peraturan sekolah harus cekap dan tegas berlandaskan panduan daripada Unit Disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. -keluarga bahagia perlu dibentuk melalui keharmonian rumah tangga, persefahaman erat dan kerjasama antara sesama ahli keluarga. -ibu bapa perlu mengambil berat setiap pergerakan anak-anak iii. Andaikan anda sebagai seorang guru. Apakah yang akan anda lakukan untuk mengelakkan masalah disiplin yang serius tercetus di sekolah? [4 markah] -sentiasa mendampingi pelajar -memberi motivasi kepada pelajar yang bermasalah -tidak pilih kasih semasa mengambil tindakan -memastikan penglibatan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum

46

Latihan 13 Soalan 1 Pendahuluan Petikan menjelaskan kelemahan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu petempatan haram pendatang tanpa izin dan cadangan/ langkah mengatasinya. Isi Tersurat (kelemahan PBT) 1. Penguatkuasaan dilaksanakan hanya setelah ditegur oleh pihak atasan. 2. Pihak berkuasa tempatan alpa/ lalai/ cuai dalam menjalankan tugas. 3. Kelewatan bertindak menyebabkan penempatan bertambah besar/ ramai. 4. Ketenteraman penduduk awam tidak diambil berat/ dipertimbangkan. 5. Aduan orang ramai tidak dilayan/ sia-sia/ Pihak berkuasa tempatan mendiamkan diri setelah menerima aduan. 6. Gerakan merobohkan petempatan tidak dilakukan serentak/ bersepadu. 7. Tiada tindakan pengawalan/ pengawasan selepas merobohkan petempatan haram. Isi Tersirat (kesan-kesannya) 1. Kadar jenayah akan meningkat. 2. Petempatan haram semakin bertambah. 3. Wabak penyakit merebak. Kesimpulan Kesimpulannya, isu petempatan haram pendatang tanpa izin perlu ditangani bersungguh-sungguh supaya kesejahteraan negara terjamin/ tidak tergugat.

Soalan 2(a) i. Berikan maksud rangkai kata menjentik pendatang tanpa izin berdasarkan petikan di atas. -bertindak/ mengambil tindakan/ menghalau warganegara asing yang datang ke negara ini secara haram ii. Jelaskan sikap pendatang tanpa izin sehingga mereka berani mendirikan petempatan di negara ini. -menganggap tidak ada pihak yang berani mengusir mereka -menganggap mereka seolah-olah kebal daripada tindakan undang-undang -menganggap diri mereka seolah-olah lebih berkuasa daripada penduduk tempatan

[2 markah]

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar diambil untuk mengatasi masalah kelemahan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu petempatan haram pendatang tanpa izin? [4 markah] -menghapuskan amalan rasuah dalam PBT -PBT mesti bekerjasama rapat dengan orang ramai untuk mendapatkan maklumat -pentadbiran dan dasar PBT mesti dirombak supaya menampakkan ketegasan menangani masalah -tindakan tatatertib yang tegas mesti diambil terhadap pegawai yang cuai

Latihan 14 Soalan 1 Pengenalan Petikan membincangkan kesan negatif masalah pencemaran sungai dan langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasinya. Isi Tersurat (langkah mengatasi masalah pencemaran sungai) 1. Masyarakat mesti sedar tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai. 2. Bilangan pegawai penguat kuasa mesti ditambah. 3. Pengurusan sampah hendaklah dilakukan dengan cekap. 4. Kempen-kempen hendaklah dihebahkan dengan lebih kerap melalui media massa. 5. Penguatkuasaan undang-undang melalui Jabatan Alam Sekitar dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. 6. Masyarakat hendaklah melaporkan aktiviti-aktiviti yang mampu mengancam kesihatan sungai. Isi Tersirat (faedah menjaga sungai) 1. Sumber warisan alam terpelihara 2. Sumber bekalan air bersih terjamin. 3. Sumber pendapatan nelayan terjamin. 4. Habitat hidupan air dapat dikekalkan. Kesimpulan Kesimpulannya, masalah pencemaran sungai mesti diatasi dengan segera supaya sumber semula jadi ini terus terpulihara.

47

Soalan 2(a) i. Berikan maksud menyakitkan mata yang memandangnya. -ketidakselesaan melihat pencemaran sungai ii. Apakah tanggapan pengarang tentang sungai? -kurniaan Tuhan yang sungguh bernilai -sungai mempunyai ciri-ciri yang unik/ tersendiri/ istimewa -sungai ialah denyut tamadun manusia

[2 markah]

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah muri-murid dapat dididik supayai menghargai sungai? -mengadakan pertandingan yang berkaitan dengan kesedaran menjaga kesejahteraan sungai -menubuhkan Kelab Alam Sekitar/ Keceriaan -menjayakan kempen menjaga kebersihan sungai -menjalankan kegiatan gotong-royong membersihkan sungai -menerapkan amalan/ sikap menjaga kebersihan sungai dalam pengajaran

[4 markah]

Latihan 15 Soalan 1 Pengenalan Petikan membincangkan keutamaan/ kepentingan/ kebaikan/ faedah/ manfaat/ kewajaran/ keperluan/ kelebihan belia menguasai isu antarabangsa dan cara/ langkah untuk menguasainya/ untuk menggalakkan penguasaannya/ untuk mendorong belia menguasainya. Isi Tersurat (kepentingan belia menguasai isu antarabangsa) 1. Belia tidak akan ketinggalan/ tercicir (dalam perkembangan dunia/ global/ zaman). 2. Belia dapat mengenal diri (sendiri). 3. Belia dapat tahu akan perkembangan semasa (dunia). 4. Belia dapat menimba/ menambah ilmu/ memperluas pengetahuan. 5. Belia dapat mengelak daripada berbincang tentang perkara yang remeh-temeh/ tidak berfaedah. 6. Fikiran belia akan menjadi lebih kritis/ menajamkan daya berfikir/ Belia akan mampu melihat sesuatu peristiwa dan menterjemahkannya kepada keadaan di negara ini. 7. Belia akan menghargai kemakmuran/ kemajuan/ kemewahan negara. 8. Belia akan menghargai kemerdekaan/ kebebasan/ kedaulatan negara. Isi Tersirat (punca belia kurang mengambil berat tentang isu tersebut) 1. Belia mengutamakan keseronokan hiburan. 2. Belia tidak mendapat galakan ibu bapa. 3. Belia tidak nampaka akan kepentingan memberikan perhatian terhadap isu itu. 4. Belia tidak nampak akan kaitan isu tersebut dengan diri mereka. Kesimpulan Kesimpulannya, penguasaan isu antarabangsa oleh golongan belia perlu dipertingkatkan supaya Malaysia dapat melahirkan generasi pelapis yang dinamis.

Soalan 2(a) i. Berikan maksud rangkai kata menghargai kemakmuran dan kemerdekaan negara. -mensyukuri nikmat kebahagiaan/ kesejahteraan serta kedaulatan tanah air ii. Apakah program yang dicadangkan untuk menggalakkan belia menguasai isu antarabangsa? -peraduan kuiz -pertandingan syarahan -perbincangan menerusi internet

[2 markah]

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kesedaran tentang kepentingan isu antarabangsa dapat dipupuk di sekolah? -menitikberatkan mata pelajaran Sejarah -mengadakan sudut maklumat di kelas -menjelaskan isu antarabangsa dalam perhimpunan mingguan -mengadakan kempen kesedaran/ kutipan derma untuk mangsa peperangan/ bencana alam

[4 markah]

48

Latihan 16 Soalan 1 Pengenalan Petikan menjelaskan tanggapan/ persepsi/ sikap negatif sesetengah anggota masyarakat di Malaysia terhadap warga tua dan langkah menangani/ mengatasinya. Petikan menjelaskan punca pengabaian warga tua dan tanggapan negatif sebahagian anggota masyarakat terhadap mereka di Malaysia. Isi Tersurat (tanggapan negatif terhadap warga tua) 1. Warga tua dianggap sebagai kelompok masyarakat yang tidak produktif. 2. Warga tua dianggap golongan yang tidak patut dihormati sepanjang masa. 3. Golngan tua tidak perlu dijadikan pusat rujukan dalam mengharungi cabaran hidup. 4. Golongan tua sudah ketinggalan (zaman). 5. Golongan tua hanya layak tinggal di rumah orang-orang tua. 6. Warga tua dianggap terlalu mengongkong kebebasan. Isi Tersirat (kesan-kesannya) 1. Warga tua semakin disisihkan. 2. Institusi kekeluargaan menjadi semakin rapuh/ renggang. 3. Warga tua akan berasa rendah diri/ tidak dihargai lagi. Kesimpulan Kesimpulannya, tanggapan yang negatif terhadap warga tua hendaklah diketepikan supaua kebajikan golongan itu terus terpelihara/ kedudukan mereka dalam institusi keluarga sentiasa terbela.

Soalan 2(a) i. Berikan maksud seolah-olah mengiakan pandangan tersebut. -bagaikan membenarkan tanggapan itu ii. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghargai sumbangan warga tua? -penggerak utama masyarakat harus dididik dengan betul -potensi kepakaran warga tua perlu digembleng -meningkatkan kesejahteraan hidup warga tua

[2 markah]

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah isu warga tua perlu diberi perhatian? -perasaan mereka sangat sensitif -mereka mudah dijangkiti penyakit -mereka memerlukan tempat bergantung -perasaan rendah diri semakin menebal

[4 markah]

49

TATABAHASA (BAHAGIAN E PERIBAHASA)

(Perhatian : Bagi soalan yang meminta calon mengemukakan peribahasa yang sesuai, jawapan mestilah ditulis dalam ayat yang lengkap seperti dalam contoh jawapan Latihan 1.)
Latihan 1 i. Satu peribahasa yang menepati situasi yang diberikan ialah tangkai jering. ii. Satu peribahasa yang menepati situasi yang diberikan ialah anak gahara.

iii. Satu peribahasa yang menepati situasi yang diberikan ialah bagai melepas batuk di tangga.

Latihan 2 i. Jika tidak berusaha bersungguh-sungguh, bagaimanakah hendak mendapat hasilnya. ii. Sesuatu itu berkembang menjadi banyak dengan tiba-tiba.

iii. Masyarakat seharusnya sentiasa bermuafakat dan bekerjasama untuk menjalankan sesuatu tugas.

Latihan 3 i. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Latihan 4 i. Segala permintaan Sakinah dipenuhi oleh ibu bapanya kerana dia menjadi anak emas dalam keluarganya. ii. Azman tidak pernah pulang ke kampung setelah berkahwin dengan anak hartawan, dia seperti kacang lupakan kulit.

iii. Keperitan golongan nelayan mengharungi gelombang sudah menjadi alah bisa tegal biasa kerana di lautan mereka mencari rezeki.

Latihan 5 i. Makan angin ii. Buta huruf

iii. Sudah jatuh ditimpa tangga

Latihan 6 i. Pertua harga ii. Harga mati

iii. Paku Belanda

Latihan 7 i. Bagai air dengan tebing / berat sama dipikul, ringan sama dijinjing / hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah / bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. ii. Panjang tangan / cepat tangan

iii. Murah hati

50

Latihan 8 i. Mata keranjang / mata duitan / mata-mata / mata hati ii. Hati batu / busuk hati / hati kering / keras hati

iii. Panjang tangan / cepat tangan / ringan tangan

Latihan 9 i. Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing ii. Panjang akal

iii. Bagai melepaskan batuk di tangga/ Hangat-hangat tahi ayam

Latihan 10 i. Orang yang dianugerahkan sesuatu tugas tetapi dia sendiri yang mengkhianatinya. ii. Orang yang merantau akhirnya pulang ke tempat asal.

iii. Sesuatu pekerjaan yang dilakukan hendaklah diusahakan sehingga berjaya.

Latihan 11 i. Melontar batu sembunyi tangan ii. Bagai pahat dengan penukul

iii. Sudah jatuh ditimpa tangga

Latihan 12 i. Seperti anjing menyalak bukit ii. Seperti isi dengan kuku

iii. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan

Latihan 13 i. Pak Ali sentiasa menolong orang yang dalam kesusahan kerana amalan tersebut sudah menjadi darah dagingnya. ii. Pelajar yang lemah dalam pelajaran tidak patut berputus asa kerana belakang parang jika diasah lagikan tajam, inikan pula manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah S.W.T.

iii. Perbuatan Mak Minah yang sentiasa menunggu kepulangan suaminya yang hilang di laut bagai pungguk rindukan bulan.

Latihan 14 i. Bawah angin ii. Berpatah arang

iii. Otak udang

Latihan 15 i. Darah daging ii. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

iii. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

51

Anda mungkin juga menyukai