Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

PENYAMPAIAN
WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SK KAJANG UTAMA
TARIKH: 31 MEI 2022 (SELASA)
MASA CUE ANN

1.15 am Guru & murid mengambil Mohon perhatian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi.
tempat Mohon kerjasama guru-guru bertugas untuk mengawal
disiplin murid. Terima kasih.

1.20 am Salutasi Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirahmanirrahim .,Assalamualaikum, Salam


Sejahtera & Salam SEKATA

Yang Berusaha Pn. Noor Zalila binti ........................,


Penolong Kanan Petang, guru-guru, barisan pemimpin
muda Sekolah Kebangsaan Kajang Utama, murid-murid
serta hadirin yang dimuliakan.

1.25 am Kata-kata aluan Pengacara Hadirin yang dikasihi,


Majlis  
Dengan penuh keikhlasan, bersama-samalah kita lafazkan
kesyukuran  ke hadrat Ilahi  kerana dengan limpah
kurnia-Nya, dapat kita hadir ke Majlis Penyerahan
Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SK Kajang Utama
bagi sesi 2022.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pada hari ini seramai


…….. orang pemimpin muda sesi petangyang terdiri
daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber,
pembimbing rakan sebaya, briged siber, pengawas Badar
serta Ketua & Penolong Ketua Kelas akan menerima
watikah masing-masing.

Upacara yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi


tradisi pelantikan kesemua sayap penting sekolah ini,
tetapi merupakan satu Amanah yang akan dipikul oleh
mereka.
.

1.30 am Bacaan Doa Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
 

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan,


Al- Fadhil Ustaz

Darihi bin Wahab untuk memimpin bacaan doa. Majlis


mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih   atas bacaan doa itu tadi.

1.35 am Kata-kata aluan PK HEM Pergi ke kota beli selasih,


        Sayang si dara dibuat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
      Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan


Yang dihormati Pn Rosidah binti Ibrahim, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn


Rosidah binti Ibrahim atas ucapan itu tadi.

1.50 am Ucapan PK Petang Kalau tuan pikat kenari


Jangan patahkan batang Jerami
Kepada tuan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


mempersilakan, Yang berusaha, Pn Noor Zalila binti
, PK Petang Sekolah Kebangsaan Utama untuk tampil
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SK
Kajang Utama bagi sesi 2022. Majlis dengan penuh
takzim, mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi ucapan terima kasih


atas kesudian Pn Noor Zalila menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

2.10 am Penyerahan Watikah


Pelantikan Hadirin yang dihormati,

Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu


majlis penyerahan watikah pelantikan kepada barisan
pemimpin muda SK Kajang Utama bagi sesi 2022.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan itu


menjemput Pn. Suhana binti ………………….. untuk
menjemput dan mengiringi Yang Berusaha _Pn Noor
Zalila binti untuk menyampaikan
watikah pelantikan.

Dimulakan dengan pengawas sekolah, dipersilakan,


……………………………………..
Bagi pengawas pusat sumber sekolah, dipersilakan
………………………………………….

Bagi Pembimbing Rakan Sebaya, dipersilakan


………………………………………..
Bagi Briged Siber,
dipersilakan ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Bagi Pengawas BADAR, dipersilakan


……………………………………………………….
Bagi ketua kelas, dipersilakan
_________________________________,

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH


Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pn
Noor Zalila atas kesudian menyenpurnakan majlis
penyerahan watikah pelantikan itu tadi. Tahniah &
Syabas diucapkan kepada semua pemimpin Muda SK
Kajang Utama yang telah dilantik bagi sesi 2022. Semoga
kesemua sayap utama SK Kajang Utama ini dapat
menjalankan tugas dengan penuh komited & dedikasi.

Hadirin sekalian.
215 am Bacaan Ikrar

Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka


dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan Pemimpin
Muda, Sekolah Kebangsaan Kajang Utama bagi sesi
2022.
Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar barisan pemimpin
muda Sekolah. Untuk itu, majlis menjemput dan
mempersilakan ………………………………….Ketua
Pengawas sesi petang SK Kajang Utama untuk
mengetuai bacaan ikrar kepimpinan sekolah. Majlis
mempersilakan.

BACAAN IKRAR KEPIMPINAN PELAJAR

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan


pemimpin muda sekolah atas lafaz ikrar itu tadi.

Demikianlah tadi berakhirnya majlis Penyerahan watikah


pelantikan Pemimpin Muda SK Kajang Utama bagi sesi
2022.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada hadirin kerana


sudi hadir ke majlis pada petang ini.

Bulan dan bintang memenuhi angkasa


Sinar Mentari di pagi hari
Tamat sudah majlis kita
Salah dan silap harap dimaafi

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah wasalamualaikum


warahmatullah hi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai