Anda di halaman 1dari 1

Nama : _______________________ Kelas: ___________ Tarikh: ________

Susun semula perenggan di bawah menjadi satu karangan cerita yang betul.
Kemudian salin karangan yang betul dalam buku latihan.

Pemandangan di Pulau Langkawi sungguh cantik. Air lautnya jernih sekali.


Kami melakukan pelbagai aktiviti. Ibu dan ayah hanya berehat di bawah pokok
yang rendang.

Semasa cuti sekolah yang lalu, saya sekeluarga pergi melancong ke Pulau
Langkawi. Kami menaiki feri di Jeti Kuala Kedah.

Pada keesokan harinya, kami membeli-belah di sekitar Pekan Kuah. Kami


membeli banyak barang kerana harganya lebih murah berbanding di tempat lain.

Kami tiba di Pulau Langkawi pada pukul 12.00 tengah hari. Ayah menyewa
sebuah kereta untuk kegunaan kami di sana. Kami menginap di sebuah chalet
yang terletak di tepi pantai.

Kami pulang ke rumah setelah tiga hari berada di Pulau Langkawi. Saya berasa
sangat gembira semasa berada di sana. Kenangan bercuti di Pulau Langkawi tidak
dapat saya lupakan.

Perjalanan menaiki feri ke Pulau Langkawi mengambil masa selama dua jam.
Saya duduk di tepi tingkap untuk menikmati pemandangan di sepanjang
perjalanan.

Anda mungkin juga menyukai