Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 1 )
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
(EDUP1013)
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA SITI NUR ATHIRAH BINTI MOHD YUSOFF

ANGKA GILIRAN 2021192340102

NOMBOR KAD PENGENALAN 020228-03-1128

KUMPULAN/UNIT PISMP G5

KOD DAN NOMBOR KURSUS FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA


(EDUP1013)
TUGASAN 2:
TAJUK TUGASAN PROJEK PENULISAN ESEI I

NAMA PENSYARAH PUAN RUZIATON BINTI JAMROS

TARIKH HANTAR 25 OGOS 2021

TARIKH MENERIMA MAKLUM


BALAS DARIPADA PENSYARAH
PENGHARGAAN
Bismiilahirrahmanirrahim,

Pertama kali, saya ucapkan syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya, saya masih
berkesempatan untuk diberi nikmat serta dikurniakan masa yang mencukup untuk saya
menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ruziaton kerana
telah banyak mengajar saya dalam Falsafah dan Pendidikan di Malaysia dengan penuh tekun
dan sabar ketika mengajar.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang
memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberi segala
kemudahan, sokongan moral dan sedikit sebanyak menjadi tempat rujukan saya sehingga
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Tidak lupa juga buat kawan-kawan. Terima kasih kerana telah banyak membantu serta tidak
jemu berkongsi ilmu sepanjang saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Terima kasih Puan,


ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 ISU DALAM PENDIDIKAN DAN LANGKAH 1-3


MENGATASI

3.0 RUMUSAN 3

RUJUKAN 4

LAMPIRAN 5
1.0 PENGENALAN
Tugasan 2 bagi Kursus Falsafah dan Pendidikan di Malaysia mengandungi dua bahagian.
Bahagian pertama berkenaan isu-isu dalam pendidikan di Malaysia. Perbincangan pada
bahagian kedua pula menghuraikan mengenai langkah-langkah mengatasi isu tersebut.
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai isu pendidikan di Malaysia yang timbul telah menjadi
perbualan masyarakat setempat. Wujudnya isu-isu ini apabila penyediaan pembelajaran
ideal yang berpandukan falsafah pendidikan sukar dicapai oleh guru sekolah lebih lebih
lagi sejak Covid-19 ini melanda dunia yang memberi kesan mendalam kepada dunia
pendidikan. Menurut mantan Menteri Pendidikan Dato Madzir Khalid, (2021) permulaan
kangkitan Covid-19 telah mencengkam dunia sekaligus menjadi satu masalah kepada
murid untuk menimba ilmu. Sehubungan itu, bahagian ini akan membincang dan
menghuraikan secara terperinci mengenai isu-isu tersebut supaya dapat meningkatkan
kualiti pendidikan di Malaysia. Oleh itu, saya sebagai bakal guru sewajarnya menghayati
setiap isu yang timbul dalam dunia pendidikan bagi menyelesaikannya dan sebagai iktibar
kepada semua.

2.0 ISU DALAM PENDIDIKAN & LANGKAH MENGATASI


Terdapat beberapa isu dalam sistem pendidikan Malaysia dari aspek guru sebagai
pendorong kreativiti yang dapat meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.
Isu pertama dalam sistem pendidikan ialah pedagogi guru yang tidak berasaskan
abad ke-21 telah membantutkan kreativti murid. Menurut Ainun Iberahim, Zamri
Mahamod, Muna Ruzanna (2017), abad ke-21 ditakrifkan sebagai abad pengetahuan
yang sering dikaitkan dengan kemahiran belajar bagi melahirkan murid yang berdaya
saing. Malah, pada abad ini juga sering dikaitkan dengan zaman teknologi yang meliputi
kemahiran sains, celik IT, kemahiran berfikir dan sebagainya. Kaedah pembelajaran
secara tradisional menjadi kurang relevan pada masa kini dengan pelbagai jenis teknologi
yang canggih serta norma baharu yang wujud memaksa semua pelajar untuk bertindak
dengan cekap dan cermat. Terma seperti flipped classroom, blended learning, Project
Base Learning (PBL), Virtual and augmented reality perlu dilaksanakan dalam pengajaran
dan pembelajaran sebenar merupakan contoh-contoh pembelajaran berpaksikan abad-
21. Hal ini kerana, pedagogi guru yang bertumpukan buku teks semata-mata
menimbulkan rasa bosan dalam diri murid sekaligus menghilangkan minat mereka untuk
belajar dan penyerapan ilmu tidak berlaku. Terbukti melalui kajian Siti Mardziah (2013),
kaedah pengajaran tradisional yang digunakan oleh guru pada era teknologi ini tidak
efektif dan membuang masa kerana murid tidak memahami isi kandungan pembelajaran
tersebut sebaliknya penggunaan ICT lebih berkesan. Namun, sikap sesetengah guru
cuma melepaskan batuk di tangga dalam menjalankan tanggungjawab mengajar dan

1
mendidik tidak ambil endah jika muridnya tidak dapat mencapai objektif pembelajaran.
Keadaan ini bertentangan dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti dan kreatif bagi membangunkan potensi
individu bagi memenuhi aspirasi negara. Terbukti bahawa, pada akhir pembelajaran,
objektif tidak tercapai dan kaedah tradisional ini sememangnya tidak berkesan untuk
melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
Bagi menangani isu ini, langkah terbaik melalui peranan guru dalam menukar
strategi pengajaran di bilik darjah. Strategi pengajaran seeloknya mengikut peredaran
zaman seperti pengajaaran abad ke-21 maka guru sewajarnya sentiasa mengemas kini
ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa Kementerian
Pelajaran Malaysia (2011). Strategi pengajaran yang berpusatkan murid dan guru
sebagai fasilitator lebih efektif kerana mewujudkan satu prosedur pemantauan ketika
belajar supaya mereka bertanggungjawab atas pelajaran mereka. Misalnya, mengikut
pembelajaran norma baharu ini, aktiviti perbincangan di dalam ‘google meet’ amat sesuai
kerana mampu melihat daya pemikiran dan kefahaman murid-murid. Berdasarkan
pengalaman saya sebagai seorang pensyarah di UMK (Rohana Mohamad, 2021), saya
mendapati bahawa golongan mahasiswa juga memerlukan teknologi dalam menghasilkan
kerja yang kualiti terutamanya dalam jurusan seni bina. Hal ini kerana, melalui teknologi
mereka dapat mengeksplor pelbagai kaedah dengan menggunakan perisian komputer
yang dapat mendorong kreativiti mereka. Selain itu, murid perlu bertanggungjawab pada
masa tertentu ke atas pembelajarannya. Contohnya, dengan elearning ni akan 'memaksa'
student untuk memainkan peranan yang lebih aktif. Murid harus membuat planning
perancangan dan cari bahan atau maklumat dengan daya usaha, dan inisiatif sendiri
selain daripada bahan yang telah diberi oleh guru. Guru juga digalakkan menggunakan
aplikasi kuiz bagi menarik minat dan menambah kesoronakan semasa proses PdP
berlangsung. Secara tidak langsung, guru dapat melihat markah kuiz tersebut secara atas
talian sekaligus memudahkan proses pengajaran. Terbukti bahawa dengan langkah ini
guru mampu mendorong murid untuk menjadi kreatif sekaligus mencapai hasrat Falsafah
Pendidikan Malaysia untuk melahirkan individu kritis dan inovatif.
Isu kedua dalam sistem pendidikan boleh dikaitkan dengan kekurangan tenaga
pendidik yang cekap dan mahir dalam pengurusan ICT (Teknologi Maklumat dan
Komunikasi atau Information and Communication Technology) (Ismail Mustapa &
Ahmad Subki Miskon, 2018). Umum mengetahui pendidikan negara sedang
menghadapi ledakan baru iaitu fasa pendidikan abad ke-21 dan Revolusi Industri 4.0.
Abad ke-21 sering dikaitkan dengan era teknologi maklumat (IT) di mana guru sebagai
pendorong kepada kreativiti seseorang individu, manakala Revolusi Industri 4.0 pula lebih
merujuk kepada perkembangan teknologi robotik (cyber physical system, the internet of

2
things, cloud computing dan lain-lain) Kementerian Pendidikan Malaysia (2016).
Perkembangan terkini dalam `open sky technology’ sudah tentu membawa implikasi yang
positif dan pelajar seharusnya menjadi lebih kreatif dan fleksibel kerana pelbagai alternatif
yang menggunakan teknologi sebagai platform kepada Pengajaran Dan Pembelajaran
(PDP) berjalan tanpa perlu bertemu mata. Kekurangan guru yang celik IT menjadi salah
satu isu terbesar kerana guru menganggap pengajaran menggunakan ICT ini dianggap
sebagai satu bebanan kepada mereka dan memerlukan persediaan lebih awal untuk
setiap aktiviti semasa PdP. Namun begitu, sejak negara dilandai jangkitan R-Naught ini,
proses PdP telah dijalankan sepenuhnya secara atas talian maka guru sewajarnya
bersifat keterbukaan dengan menerima perubahan dalam sistem pendidikan supaya
dapat mendorong kreativti murid. Tambahan pula, ICT merupakan tunjang utama dalam
elemen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 maka
kemahiran ini harus diambil kira oleh setiap guru. Justeru itu, kekurangan tenaga pengajar
yang mahir ICTT ini membantutkan kreativiti murid.
Langkah terbaik dalam mengatasi masalah ini dengan menanam minat para
pendidik melalui pendedahan awal tentang kepentingan ICT terutamanya kepada guru
veteran. Lazimnya, kemahiran ICT pada guru muda lebih cekap demikian kerana telah
didedahkan semasa mengikuti pengajian di institute. Misalnya, guru muda mengadakan
perbincangan untuk mempelbagaikan pedagogi seperti menggunakan aplikasi “Kahoot,
Google Classroom, Igeinily, Google Slide” dan sebagainya bersama guru veteran. Melalui
pendedahan tersebut, sedikit sebanyak akan menambah ilmu pengetahuan dan
membantu mencapai objektif Falsafah Pendidikan dalam melahirkan guru celik IT.
Kepelbagaian pedagogi semasa proses PdP ini dapat membantu menambah kreativiti
seseorang murid kerana mampu merangsang minat dan sifat ingin meneroka ICT.
Berpadanan dengan kajian Abdul Halim (2008) dalam penggunaan pelbagai perisian
komputer meningkatkan minat murid kerana pengajaran tersebut merupakan pengalaman
bermakna dalam penerokaan ICT. Terbukti bahawa, melalui pendedahan ini seluruh
tenaga pengajar mampu mengaplikasikan pengajaran berteraskan ICT dengan jaya
sekaligus mampu mendorong kreativiti murid.

3.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, pelbagai isu dapat dikaitkan dengan peranan guru sebagai pendorong
kreativiti murid. Langkah dan usaha semua pihak dapat mengatasi isu ini bagi melahirkan
masyarakat cerdik pandai. Saya berharap agar profesionalisme keguruan ini membantu
negara bagi menaikkan nama negara di persada dunia.

1084 PP

3
RUJUKAN

Ainun Iberahim, Zamri Mahamod, Muna Ruzanna. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 Dan
Pengaruhnya Terhadap Sikap. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Ismail Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2018). Pengantar Pengajian Profesional. Sasbadi
Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Dewan
Bahasa & Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2016). Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme
Keguruan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia . (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Retrieved from Padu.edu.my: https://www.padu.edu.my/my/about-the-blueprint/
Mardziah Aziz . (2013). Kesediaan Guru Sekolah Menengah Agama Terhadap Penggunaan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.
Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein.
Media Mulia. (2021, Januari 23). Utusan Malaysia. Retrieved from Cabaran Pendidikan
dalam Talian – Realiti atau fantasi?:
https://www.utusan.com.my/berita/2021/01/cabaran-pendidikan-dalam-talian-realiti-
atau-fantasi/
Mohammad, R. (2021, Ogos 21). Perbincangan bersama pelajar IPG: Guru pendorong
kreativiti murid. Google Meet. .
Mohd Diah & Abdul Halim. (2008). Choice Of Learning Style Of Universiti Teknologi
Malaysia Senior tesl Students And Perceptions Towards Effective Teaching. Doctoral
dissertation, Universiti Teknologi Malaysia.

4
LAMPIRAN

Jaringan kolaboratif bersama pensyarah Universiti Malaysia Kelantan, Rohana Mohammad

Anda mungkin juga menyukai