Anda di halaman 1dari 9

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 •

disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.


Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri
Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti
Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN
978-967-5478-78-9

KEBERKESANAN KAEDAH MAIN PERANAN DALAM PEMBELAJARAN


KEMAHIRAN LISAN ARAB

Nik Murshidah Nik Din1 , Rahimah Embong2, Raja Hazirah Raja Sulaiman3, Nooranida Awang 4,
Mohd Taufiq Talib 5,Zaiton Mustafa 6, Normila Noruddin7

nikmurshidah@gmail.com
1,2,3,4,5,6,7
Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstrak: Kajian ini meninjau keberkesanan teknik roleplay dalam pengajaran komunikasi bahasa
Arab (BA) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu, bagi mempertingkatkan
kemampuan bertutur, motivasi dalam diri dan memperluaskan perbendaharaan kata. Kajian ini
bersifat kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Responden
terdiri daripada semua pelajar semester 1 diploma bahasa dan sastera Arab seramai 30 orang (N=30)
yang telah mengambil subjek al-muhadathah 1 di UniSZA selama satu semester. Data dianalisis
dengan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 7.5. Ujian “Realibility Analysis-
Scale Alpha” telah dijalankan ke atas semua item soal selidik dan keputusannya ialah 0.86
menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian mendapati semua responden berpendapat
pengalaman belajar melalui teknik ini telah berjaya mempertingkatkan kemampuan mereka untuk
bertutur dalam bahasa Arab dan mereka lebih yakin untuk bercakap dalam bahasa Arab kerana dapat
menguasai lebih banyak perbendaharaan kata melalui kursus yang dilalui.

Kata Kunci: main peranan, motivasi, kemahiran bertutur, pembelajaran bahasa arab sebagai
bahasa kedua.

PENGENALAN
Pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing secara umumnya adalah bermotifkan komunikasi.
Kementerian Pendidikan Malaysia turut menekankan aspek ini apabila mengetengahkan mata
pelajaran bahasa Arab komunikasi di peringkat rendah dan menengah. Namun bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang
digariskan, beberapa pra-syarat perlu diambil kira yang mana ianya meliputi aspek aplikasi
penggunaan, kaedah pembelajaran yang bersifat interaktif bagi menimbulkan persekitaran yang
kondusif serta sebagai agen peningkat motivasi bagi membentuk kemahiran lisan yang dicita-citakan.
Antara kaedah yang boleh dilaksanakan bagi menekankan aplikasi penggunaan bahasa, berbentuk
interaktif sekaligus memperkasakan persekitaran bahasa arab yang kondusif di samping meningkatkan
motivasi dan kemahiran lisan ialah kaedah main peranan (role play).
Main peranan adalah satu aktiviti berbahasa yang melibatkan simulasi tingkah laku daripada
orang yang diberi peranan tertentu dalam situasi tertentu. Ia memberi peluang dan ruang kepada
pelajar untuk mensimulasikan diri mereka kepada situasi kehidupan realiti dan mempraktikkan bahasa
asing yang dipelajarinya secara intensif untuk meningkatkan kecekapan komunikatif mereka.
Livingstone (1983) mentakrifkan main peranan sebagai satu gaya pengajaran secara interaktif yang
melibatkan aktiviti bilik darjah untuk memberi ruang kepada pelajar mengaplikasikan bahasa yang
dipelajari semaksimum mungkin seolah-olah mereka berada di luar bilik darjah. Ia juga melibatkan
seseorang meminta untuk membayangkan bahawa mereka adalah sama ada diri sendiri atau orang lain
dalam keadaan tertentu(Ments ,1999). Main peranan juga merupakan kaedah yang memberi peluang
1
kepada pelajar untuk mengamalkan struktur baru dalam konteks penggunaan komunikatif semula jadi
(Al-Mutawa & Kailani,1989).
Banyak kajian yang telah dijalankan oleh para sarjana terhadap kaedah main peranan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kelebihannya ialah dari segi meningkatkan tahap
komunikasi pelajar dengan cara meningkatkan interaksi dalam kelas dan memotivasikan mereka
untuk belajar (Joyce dan Weil 2007; Pamela Krish 2001).Hal ini kerana mereka perlu mengenepikan
rasa malu yang menjadi punca utama kesukaran untuk berkomunikasi. Pelajar juga akan terlibat
secara aktif dalam proses pembelajaran yang mengkehendaki mereka untuk mendengar, menggubah
dan mengingat skrip dialog, berbincang dan seterusnya mempersembahkan peranan masing-masing.
Aktiviti lakonan tersebut telah terbukti juga dapat membina kemampuan psikolinguistik pelajar, iaitu
sikap, personaliti dan motivasi pelajar terhadap bahasa yang diajar (Azani Ismail, Azman Che Mat &
Mat Taib Pa 2012) .
Hakikatnya , pelajar yang berjaya menguasai pertuturan bahasa arab dengan baik ialah pelajar
yang menggunakan strategi pembelajaran bahasa yang aktif antaranya termasuklah sentiasa
menggunakan bahasa Arab di dalam dan luar kelas,terlibat dengan aktiviti di luar bilik darjah dah
tidak malu untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Arab walaupun struktur bahasa yang
digunakan bermasalah (Sueraya, 2011) Pelaksanaan kaedah main peranan ini seolah merupakan
jelmaan strategi penguasaan bahasa Arab yang berkesan dalam bentuk kaedah pengajaran.
Kesimpulannya, kaedah ini dapat memberi impak yang positif terhadap kemampuan komunikasi dan
keyakinan para pelajar dalam menguasai bahasa asing.

PERNYATAAN MASALAH
Penguasaan kemahiran lisan dalam kalangan pelajar Melayu yang mengambil pengkhususan Bahasa
Arab masih lagi di peringkat yang tidak memuaskan (Suraya,2011). Masalah yang paling ketara
dihadapi oleh pelajar boleh dikategorikan kepada tiga aspek utama iaitu dari segi penguasaan kosa
kata, kesalahan tatabahasa dan tahap motivasi yang rendah.
Aspek penguasaan kosa kata: Kekurangan kosa kata merupakan faktor utama yang menyebabkan
pelajar tidak mampu menguasai pertuturan dalam bahasa Arab sekaligus menghalang proses
komunikasi (Azman Cik Mat &Goh Ying Soon, 2010). Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat
bertutur dengan baik dan gagal menyampaikan mesej dengan jelas. Rentetan itu, pelajar berasa
kecewa, kurang keyakinan, takut dan malu ditertawakan rakan sekiranya berlaku kesilapan dalam
bahasa tersebut (Ashinida,2012). Antara masalah lain berkaitan dengan kosa kata membuang kosa
kata yang sepatutnya ada dalam struktur ayat, menggunakan kosa kata yang tidak tepat, memasukkan
kosa kata yang tidak perlu dalam struktur ayat tersebut (Azani Ismail, Azman Che Mat & Mat Taib Pa
(2012).
Masalah struktur atau tatabahasa merupakan masalah yang kerap dihadapi oleh pelajar BA
walaupun ianya adalah perkara asas dalam pertuturan. Terdapat beberapa kesalahan struktur bahasa
yang dilakukan oleh pelajar semasa bertutur dalam bahasa Arab iaitu penggunaan yang salah bagi
istilah idhafah, kata tunjuk, kata kerja, subjek dan predikat, kata nama am dan khas serta kesalahan
morfologi.(azani.Azman&Mat taib Pa,2012). Masalah ini juga mungkin berlaku tanpa disedari
penutur kerana mereka kurang mengambil berat tentang penggunaan perkataan atau ayat bahasa arab
yang digunakan(Nadwah &Nadhilah,2014)
(Sueraya 2011)mendedahkan dua prasyarat utama dalam memastikan pelajar mampu
menguasai kemahiran komunikasi dengan baik iaitu pra-syarat dalaman dan luaran. Pra-syarat
dalaman merujuk kepada kesediaan pelajar untuk bertutur menggunakan BA secara berterusan, minat
yang mendalam untuk bertutur, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, keberanian, kesediaan mental,
disiplin dan memiliki pra-syarat bahasa seperti pengetahuan tentang perbendaharaan kata, bacaan
yang meluas, mahir dalam tatabahasa yang digunakan untuk bercakap. Manakala pra-syarat luaran
pula merujuk kepada faktor yang menyokong proses kemahiran komunikasi BA pelajar seperti
persekitaran dan peluang yang mencukupi untuk berlatih melatih mereka berkomunikasi BA. Di
samping itu, kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam kemahiran lisan BA adalah disebabkan
kesukaran untuk mendapatkan persekitaran yang autentik dan berkomunikasi dengan penutur jati.
Azman Che Mat & Goh Ying Soon (2010). Justeru menjadikan mereka kurang bermotivasi untuk
bertutur menggunakan Bahasa Arab tidak seperti bahasa Inggeris.
2
Sueraya (2010) sekali lagi mendedahkan antara masalah utama yang timbul dalam kalangan
pelajar yang mempelajari bahasa Arab adalah akibat daripada amalan kaedah pengajaran secara
tradisional. Hal ini menyebabkan mereka mampu membaca, menulis dan mendengar bahasa Arab
dengan baik tetapi agak lemah dalam kemahiran berkomunikasi. Pernyataan masalah ini turut
disokong dengan kajian yang terlebih dahulu dijalankan oleh (Tarmizi,1997; Ismail,1999;
Anida,2003; Amilruddin,2003; Khalid,2004; Zawawi dan rakan-rakan, 2005; Siti Ikbal, 2006; Mat
Taib Pa ,2006). Sementara itu, Ahmad Fikri (1995) menyebut dalam pengajaran komunikasi, guru-
guru mendapati bahawa pelajar menghadapi masalah dalam aspek-aspek seperti perbendaharaan kata,
nahu, morfologi dan ayat. Aspek yang paling banyak menimbulkan masalah ialah perbendaharaan dan
nahu, namun tidak terdapat lagi kajian khusus mengenainya terutama terhadap penuntut institusi
pengajian tinggi khususnya dalam jurusan bahasa Arab.

OBJEKTIF
Berlandaskan masalah kajian yang telah diperincikan sebelum ini, penyelidik menggariskan kajian ini
bertujuan mengkaji sejauhmana kesesuaian kaedah main peranan dalam pembelajaran kemahiran lisan
bahasa Arab.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang mana data kajian yang diperolehi bergantung pada soal
selidik sebelum ,soal selidik selepas. Pada sesi pertama perjumpaan ,pelajar di edarkan dengan soal
selidik yang bertanyakan tentang 4 domain utama iaitu latar belakang, minat, persepsi terhadap bahasa
Arab dan domain kelemahan yang dihadapi. Kemudian mereka diberikan taklimat berkenaan cara
pengendalian kursus pada semester tersebut. Sebagaimana yang dimaklumi, kemahiran bertutur
adalah satu bentuk interaksi lisan yang melibatkan proses makna, idea, perasaan, maklumat dan mesej
yang ditujukan kepada siapa dan untuk tujuan apa (Brown,1987). Rentetan itu, mereka diberikan tajuk
tertentu untuk setiap minggu dan diminta untuk melakonkan apa yang mereka fahami berdasarkan
tajuk yang diberikan. Mereka sebelum itu diberikan masa yang cukup untuk berlatih kerana
persediaan yang rapi untuk membuat teks dialog dan untuk menghafal skrip tersebut, masa yang
cukup penting supaya kesalahan ketika melaksanakan tugasan dapat dikurangkan. Hal ini
memandangkan Bahasa Arab ialah bahasa asing yang dipelajari bukan dalam konteks asal
(mempelajari Bahasa Arab di negara Arab),maka adalah tidak adil jika pelajar diminta melaksanakan
tugasan secara spontan(Mehnert,1998) Kemudian mereka diminta untuk mempersembahkan lakonan
mengikut tajuk yang tertentu pada setiap 2 minggu, mereka di hadapan pelajar lain. Guru akan
merekod lakonan mereka untuk tujuan membetulkan kesalahan yang berlaku dalam kelas seterusnya
sepanjang semester. Usai pelaksanaan setiap tugasan tersebut, mereka diberikan pula soalan kaji
selidik untuk bertanya kan hal keadaan mereka setelah selesai melalui proses pembelajaran tersebut.
Akhir sekali, kaedah temubual pula dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan mereka dalam
kemahiran lisan bahasa Arab samada mereka betul-betul boleh menjawab soalan dengan baik ataupun
tidak.

LATAR BELAKANG PELAJAR


Seramai 30 orang pelajar telah menjadi responden kajian ini. Mereka merupakan pelajar semester 1
Pengajian Islam yang mengambil pengkhususan Bahasa Arab dari fakulti Pengajian Kontemporari
Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin. Pemilihan ini dibuat berdasarkan pengkhususan mereka
memandangkan mereka merupakan pelajar yang sepatutnya mempunyai kemahiran lisan bahasa Arab
berbanding pelajar daripada kursus lain dalam FKI. Mereka terdiri daripada 9 lelaki dan 21
perempuan. Keseluruhan mereka mempunyai asas yang baik dalam bahasa Arab kerana 100% mereka
mempunyai latar belakang bahasa Arab melebihi 5 tahun. Dan mempunyai minat yang sangat tinggi
dalam bahasa Arab. Namun pencapaian dalam kemahiran bertutur mereka adalah sederhana
Walaubagaimanapun, mereka didapati mempunyai masalah yang sama dari segi kurang mampu untuk
bertutur bahasa Arab dengan baik kerana mereka kurang yakin dengan kemampuan mereka untuk
bertutur.

3
HASIL DAN PERBINCANGAN
Data dianalisis dengan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 7.5. Ujian
“Realibility Analysis-Scale Alpha” telah dijalankan ke atas semua item soal selidik dan keputusannya
ialah 0.86 menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian mendapati semua responden
berpendapat pengalaman belajar melalui teknik ini telah berjaya mempertingkatkan kemampuan
mereka untuk bertutur dalam bahasa Arab dan mereka lebih yakin untuk bercakap dalam bahasa arab
kerana dapat menguasai lebih banyak perbendaharaan kata melalui kursus yang dilalui. Item-item soal
selidik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu A. Demografi, B. Minat C. Persepsi Terhadap Bahasa Arab
dan Kehendak D. Kelemahan.

Rajah 1: taburan responden mengikut jantina

Kekerapa Peratus
n Peratus Peratus sah Terhimpun
Valid LELAKI 9 30.0 30.0 30.0
PEREMPUA
21 70.0 70.0 100.0
N
Total 30 100.0 100.0

Rajah 1 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina, yang mana menunjukkan responden
perempuan lebih ramai berbandung responden lelaki iaitu sebanyak 70%, seramai 21 orang. Manakala
pelajar lelaki seramai 9 orang sahaja iaitu sebanyak 30%.

Rajah 2: Taburan latar belakang sekolah terdahulu

Kekerapa Peratus
n Peratus Peratus sah Terhimpun
Valid SEKOLAH
MENENGAH 4 13.3 13.3 13.3
UGAMA ARAB
SEKOLAH
MENENGAH 12 40.0 40.0 53.3
AGAMA
SEKOLAH
MENENGAH
9 30.0 30.0 83.3
KEBANGSAAN
AGAMA
SEKOLAH
MENENGAH 3 10.0 10.0 93.3
KEBANGSAAN
SEKOLAH AGAMA
2 6.7 6.7 100.0
RAKYAT
Total 30 100.0 100.0

Selain itu, sekolah lama responden pula dikategorikan kepada lima iaitu Sekolah Menengah Ugama
Arab , seramai 4 orang 13.3%. Sekolah Menengah Agama seramai 12 orang 40%, Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama 9 orang 30%, Sekolah Menengah Kebangsaan 3 orang 10% dan akhir sekali
Sekolah Agama Rakyat 2 orang 6.7%.

4
Rajah 3: pengalaman belajar bahasa arab
Kekerapa Peratus
n Peratus Peratus sah Terhimpun
Valid 1-5 TAHUN 15 50.0 50.0 50.0
6-10 TAHUN 3 10.0 10.0 60.0
11-15 TAHUN 9 30.0 30.0 90.0
15 TAHUN
3 10.0 10.0 100.0
KEATAS
Total 30 100.0 100.0

Seterusnya responden dibahagikan pula mengikut tempoh belajar bahasa Arab, iaitu sebanyak
4 kategori, 1-5 tahun seramai 15 orang iaitu 50%, 6-10 tahun 3 orang 10%. 11-15 tahun 9 orang 30%,
15 tahun ke atas 3 orang 10%. Ini menunjukkan kebanyakan responden sudah mempunyai
pengalaman yang lama dapam mempelajari bahasa Arab.

Rajah 4: taburan minat pelajar terhadap bahasa arab


Skala (%)
Item Perkara Min
1 2 3 4 5
1 Saya seronok mempelajari BA 3.3% 6.7% 26.7% 36.7% 63.3% 4.50
Saya rasa belajar BA adalah susah
2 30.0% 36.7% 26.7% 0% 6.7% 2.16
dan menyusahkan
3 Saya ingin bertutur dalam BA 10.0% 0% 3.3% 23.3% 63.3% 4.30
Saya ingin membaca teks BA dengan
4 10.0% 0% 3.3% 10.0% 76.7% 4.56
baik
Saya ingin memahami pertuturan BA
5 3.3% 3.3% 0% 20.0% 73.3% 4.70
yang didengar dengan baik.
Saya ingin memperbaiki kelemahan
6 3.3% 3.3% 0% 6.7% 86.7% 4.70
saya dalam BA
Saya terpaksa akur dengan prasyarat
7 16.7% 26.7% 23.3% 26.7% 6.7% 2.80
universiti.
Mata pelajaran BA membosankan
8 53.3% 23.3% 3.3% 13.3% 6.7% 1.96
saya.
Saya sentiasa menunggu masa mata
9 3.3% 6.7% 26.7% 46.7% 16.7% 3.66
pelajaran BA.
Saya rasa seronok dapat bercakap
10 6.7% 3.3% 0% 20.0% 70.0% 4.43
dalam BA
Saya ingin memahami bacaan al-
11 6.7% 3.3% 0% 20.0% 70.0% 4.56
Quran dengan lebih mendalam
Saya merasakan BA perlu dipelajari
12 untuk peluang kerjaya yang lebih 6.7% 0% 0% 43.3% 50.0% 4.30
cerah
Min Keseluruhan 3.88

Item-item dalam aspek pertama soal selidik ini menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan
minat responden terhadap bahasa Arab. Aspek pertama yang mengemukakan 12 item ini mencatatkan
min keseluruhan sebanyak 3.88. Catatan min ini menunjukkan minat responden terhadap bahasa Arab
berada pada tahap yang tinggi. Ini jelas boleh diperhatikan pada item yang pertama, min keseluruhan
yang dicatatkan mencapai tahap yang agak tinggi iaitu 4.50, yang mana majoriti pelajar menyatakan
mereka seronok belajar bahasa Arab. Ini menunjukkan pelajar mempunyai persepsi dan pandangan
yang positif terhadap bahasa Arab .
Kebanyakan pelajar menyatakan keinginan mereka untuk bertutur dalam bahasa Arab serta dapat
memahami teks Arab dengan baik. Mereka juga sentiasa ingin membaiki kelemahan mereka dalam
bahasa Arab, selain itu juga sebanyak 50% daripada pelajar menyatakan bahawa bahasa Arab boleh
5
menjamin peluang kerjaya. Antara tujuan utama mereka belajar bahasa Arab adalah untuk memahami
al-Quran dengan baik, buktinya sebanyak 70% pelajar memilih skala sangat setuju dengan item ini.
Walau bagaimanapun ada juga segelintir pelajar yang berpandangan negative terhadap bahasa
Arab, ini boleh dilihat pada item kedua apabila ditanya tentang adakah pembelajaran bahasa Arab
susah dan menyusahkan, sebanyak 6.7% menyatakan sangat setuju, nilai min bagi item ini ialah
2.16,walaupun rendah, namun masih ada pelajar yang menganggap bahasa Arab sesuatu yang
membebankan. Begitu juga apabila ditanya adakah mata pelajaran bahasa Arab membosankan, 6.7%
juga sangat bersetuju.
Secara keseluruhannya pelajar memberi respon yang positif terhadap bahasa Arab, mereka
mempunyai minat dan harapan terhadap bahasa Arab. Pelajar juga hampir keseluruhannya didapati
merasa seronok sepanjang belajar bahasa Arab, ini ditunjukkan oleh min keseluruhan bagi domain
minat ialah 3.88, pada tahap yang agak tinggi.

Rajah 5: respon pelajar terhadap cara pengajaran sekarang


Skala (%)
Perkara Min
Item 1 2 3 4 5
Kelas BA adalah kelas yang
1 43.3% 23.3% 16.7% 10.0% 6.7% 2.13
menyusahkan
Kelas BA adalah kelas yang paling
2 3.3% 3.3% 13.3% 53.3% 26.7% 3.96
menyeronokkan
3 Kelas BA kelas yang membosankan 40.0% 23.3% 16.7% 13.3% 6.7% 2.23
Kelas yang boleh menjadikan saya
4 lebih yakin untuk bertutur dalam 0% 3.3% 26.7% 33.3% 36.7% 4.03
BA
Saya dapat menguasai BA dengan
5 0% 3.3% 40.0% 36.7% 20.0% 3.73
baik
Saya dapat bertutur dalam BA
6 0% 6.7% 50.0% 23.3% 20.0% 3.56
dengan lancer.
Saya akan lebih yakin dalam
7 3.3% 6.7% 23.3% 40.0% 26.7% 3.80
pertuturan BA.
Saya dapat menjalankan aktiviti
8 0% 3.3% 30.0% 40.0% 26.7% 3.90
dalam pembelajaran BA
Saya mengharapkan pembelajaran
9 3.3% 6.7% 3.3% 23.3% 63.3% 4.36
BA yang menyeronokkan
Saya dapat memahami al-Quran
10 0% 0% 13.3% 43.3% 43.3% 4.30
dengan mudah.
Keyakinan untuk bercakap BA
11 3.3% 3.3% 20.0% 50.0% 23.3% 3.86
meningkat
12 Saya tidak lagi takut bercakap BA 0% 3.3% 40% 33.3% 23.3% 3.76
Pensyarah tidak member ruang dan
13 peluang sepenuhnya untuk saya 0% 0% 30.0% 50% 20% 3.90
bercakap Arab
Saya akan mendapat markah yang
14 tinggi dalam ujian dan peperiksaan 3.3% 3.3% 10.0% 43.3% 40.0% 4.13
BA yang dijalankan
Saya bersyukur jika saya hanya
15 lulus dalam ujian dan peperiksaan 13.3% 10.0% 26.7% 26.7% 23.3% 3.36
BA saya
Saya boleh mengembangkan bakat
16 BA yang saya ada untuk kerjaya 0% 3.3% 3.3% 46.7% 53.3% 4.36
saya
BA yang akan diajar tidak hanya
17 3.3% 6.7% 6.7% 63.3% 20.0% 3.90
berfokuskan guru

6
Saya mampu memperbaiki
18 kelemahan tatabahasa yang saya 0% 0% 3.3% 56.7% 40.0% 4.36
alami
Semoga pembelajaran BA akan
19 63.3% 16.7% 6.7% 6.7% 6.7% 1.76
datang tidak membosankan
Banyak aktiviti kreatif yang akan
20 3.3% 6.7% 6.7% 33.3% 50.0% 4.20
dijalankan dalam kelas BA nanti
Min Keseluruhan 3.54

Bahagian kedua dalam soal selidik berkisarkan tentang persepsi pelajar terhadap
bahasa Majoriti pelajar memberikan respon yang positif terhadap bahasa Arab, kebanyakan mereka
menganggap kelas bahasa Arab menyeronokkan. Ini terbukti pada item no dua 53.3% daripada pelajar
bersetuju bahawa kelas bahasa Arab adalah kelas yang paling menyeronokkan, manakala 26.7% lagi
menyatakan sangat bersetuju dengan item ini.
Responden juga menunjukkan harapan yang baik terhadap bahasa Arab, mereka mengetahui
dengan jelas tujuan sebenar belajar bahasa Arab. Antaranya pada item yang ke enam tentang harapan
dapat bertutur dalam BA dengan baik sebanyak 20% menyatakan sangat setuju dan 23.3% lagi
bersetuju, walau bagaimanapun 50% iaitu jumlah tertinggi berada pada aras sederhana. Ini
menunjukkan mereka tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk dapat bertutur dengan baik.
Selain itu responden dari kalangan pelajar ini juga merasakan bahawa pembelajaran BA
perlulah tidak berpusatkan guru semata-mata, mereka juga menjangkakan akan banyak aktiviti-aktiviti
bahasa Arab dijalankan di dalam kelas seperti yang ditunjukkan dalam item ke 20, sebanyak 50%
menyatakan sangat setuju diikuti 33.3% setuju supaya banyak aktiviti kreatif dijalankan di dalam
kelas.

Rajah 6: kelemahan yang dihadapi oleh pelajar

Skala (%)
Item Perkara Min
1 2 3 4 5
Kosakata BA saya terlalu sedikit
1 3.3% 6.7% 20.0% 33.3% 36.7% 3.93
dan terhad.
Saya tidak merasakan pertuturan
2 36.7% 43.3% 3.3% 13.3% 3.3% 2.03
dalam BA penting
Saya tidak diberi peluang yang
3 secukupnya untuk bertutur dalam 16.7% 33.3% 33.3% 13.3% 3.3% 2.53
BA
4 Saya malu untuk bertutur dalam BA 13.3% 10.0% 56.7% 10.0% 10.0% 2.93
Saya merasa rendah diri untuk
5 3.3% 20.0% 40.0% 26.7% 10.0% 3.20
bertutur dalam BA
Saya ingin memperbaiki kelemahan
6 13.3% 46.7% 26.7% 6.7% 6.7% 2.46
saya dalam BA.
Lidah saya kelu untuk bercakap
7 10.0% 23.3% 46.7% 13.3% 6.7% 2.83
dalam BA.
Saya tidak tahu bila dan di mana
8 untuk memulakan bertutur dalam 6.7% 10.0% 50.0% 20.0% 13.3% 3.23
BA.
Saya tidak yakin untuk bertutur
9 6.7% 13.3% 56.7% 16.7% 6.7% 3.03
dalam BA.
Saya lemah dalam menguasai
10 10% 10% 46.7% 16.7% 16.7% 3.20
tatabahasa BA
Tiada suasana BA yang diwujudkan
11 yang boleh membantu saya untuk 10.0% 16.7% 26.7% 30.0% 16.7% 3.26
bertutur dalam BA
7
Persatuan yang menggunakan BA
12 3.3% 20.0% 23.3% 36.7% 16.7% 3.43
sangat sedikit.
Kebanyakan subjek yang diajar di
13 16.7% 20.0% 33.3% 23.3% 6.7% 2.83
sini menggunakan selain BA
Ba hanya diajar dan digunakan
14 6.7% 23.3% 13.3% 36.7% 20.0% 3.40
dalam kelas BA
Min Keseluruhan 3.02

Bahagian terakhir mengandungi 14 item yang berkaitan dengan kelemahan serta permasalahan
yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab. Min keseluruhan yang diperoleh pada
bahagian ini ialah 3.02 berada pada tahap rendah, ini menunjukkan pelajar tidak mengalami
permasalahan yang banyak dalam pembelajaran bahasa Arab, mereka juga tidak merasakan mereka
terlalu lemah dalam bahasa Arab.
Walaubagaimanapun perlu juga dititikberatkan di sini tentang permasalahan atau kelemahan-
kelemahan pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab seperti tidak adanya suasana bahasa Arab yang
boleh membantu pelajar untuk menguasainya pada item ke 11 sebanyak 16.7% daripada pelajar
memilih sangat bersetuju dengan kenyataan ini, manakala 30% lagi setuju. Selain itu 20% sangat
bersetuju bahawa bahasa Arab hanya digunakan di dalam kelas disokong oleh 30% lagi bersetuju.
Antara permasalahan yang lain yang dihadapi oleh pelajar ialah mereka tidak ada keyakinan
untuk bertutur dalam BA, ini mungkin disebabkan kelemahan mereka dalam menguasai tatabahasa,
mereka juga tidak diberikan peluang yang secukupnya untuk membina potensi diri dalam bahasa
Arab.

KESIMPULAN
Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa teknik role play banyak membantu kemahiran
komunikasi BA pelajar. Di samping teknik ini, seseorang pensyarah boleh menggabungkannya
dengan teknik-teknik yang lain bagi menampung kekurangan dan kelemahan yang terdapat di dalam
sesuatu teknik. Pemilihan teknik yang berfokuskan kepada pelajar di samping aktiviti-aktiviti yang
memberi ruang dan peluang kepada pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan adalah
bertujuan untuk memastikan pelajar boleh bertutur dengan baik dalam bahasa kedua.

RUJUKAN
Atsuta, H. (2003). Improving the Motivation of Usuccessful Learners in the Japanese High
School EFL Context. ERIC Document Reproduction Service No. ED 476750.
Azman Che Mat & Goh Ying Soon. (2010). Kegunaan Transliterasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Arab. GEMA Online Journal of Language Studies 10(2), 19-35.
Harmer, J. (2001). The Practice of English Languge Teaching. 3rd edt. London: Longman.
Morry Van Ments.(1999)The Effective Use Of Role-Play. Kogan Page : London
Najat Al-Mutawa, Taiseer Kailani.(1989). Methods Of Teaching English To Arab Students.
Harlow : Longman
Richard-Amato, P.A. (2003). Making it Happen: From Interactive to Participatory Language
Teaching. New York: Pearson Longman.
Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohd Ala-Uddin Othman.
(2011). Teknik Pengajaran kemahiran Bertutur Bahasa Arab di SMKA di Malaysia. GEMA
Online Journal of Language Studies 11(2), 67-82.
Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md. Din &Mohamad Haron.
(2000). Panduan latihan mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Khair Mohd Nor. (2004). Pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa Melayu. Kertas
Kerja Prosiding Program Seminar Kebangsaan Pengajaran Bahasa (Tidak diterbitkan).
Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, 8-9 Oktober, 2004.
Asmah Hj. Omar. (2002) Kaedah penyelidikan bahasa di lapangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

8
Azman Che Mat & Ahmad Nazuki Yaakub. (2010). Kegunaan transliterasi dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies 10(2), 19-35.
Azman Che Mat & Goh Ying Soon. (2010a). Situasi pembelajaran bahasa asing di Institut Pengajian
Tinggi: Perbandingan antara bahasa Arab, bahasa Mandarin dan bahasa Perancis. Asean
Journal of Teaching and Learning in Higher Education 2(2), 9-21.GEMA Online™ Journal of
Language Studies 336 ,Volume 12(1), January 2012
Azman Che Mat & Goh Ying Soon. (2010b). Grammar in the classroom: Students’ expectation and
reality, The case of Arabic and Mandarin. Novitas-Royal (Research on Youth and Language)
4(1), 51-63.
Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi & Parilah M. Shah (2010). Sikap pelajar terhadap pembelajaran
kemahiran lisan bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA
Kamarudin Husin. (1993). Perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Al-manāhij al-mutakāmil lil madaris: Dalil al-manhaj al-
dirāsi al-lughah al-cArabiyyah. Kementerian Pelajaran Malaysia: Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Lado, R. (1980). Mengajar bahasa: Satu pendekatan saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Lickona, T. (1991). Educating for character how our school can teach respect and responsibility.
New York: Bantam.
Maimun Aqsa Lubis. (2009). Turuq Tadrīs al-Lughah al-cArabiyyah wa Icdād Durūsahā fi
Māliziyyā. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Hilmi Abdullah. (2008). Teori & kaedah penterjemahan Arab-Melayu. Kelantan:Pustaka
HILMI.
Mujāwir, Muhammad Solahuddin cAli. (1983). Tadris al-Lugah al-cArabiyyah bi al- Marhalah al-
Ibtida’iyyah: Usūluhā wa Tatbiquhā. Kuwait: Dār al-Qalam.
Nikitina, L. (2011). Creating an authentic learning environment in the foreign language classroom.
International Journal of Instruction 4(1), 33-46.
Sahabudin Salleh. (2003). Masalah penguasaan bahasa Arab komunikasi di kalangan pelajar Melayu:
Satu kajian kes. Disertasi Sarjana, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai