Anda di halaman 1dari 29

SENTUHAN AKHIR BM SPM 2021

TARIKH : 1 MAC 2022

Perincian Kertas 1 SPM 2021

Bahagian B

1. Kepentingan semangat patriotisme dipupuk dalam jiwa setiap remaja di negara kita.
Isi penting
a) Dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi negara
b) Dapat menjadi contoh kepada generasi muda
c) Generasi muda yang mempunyai semangat patritisme tidak akan melibatkan diri dengan
perkara negative seperti gejala sosial dan vandalisme.
d) Dapat memupuk perpaduan kaum
e) Suasana yang harmoni antara kaum dapat diwujudkan.

2. Cara-cara menjaga keindahan alam sekitar.


a) Membersihkan kawasan persekitaran laut.
b) Menanam pokok/tidak memusnahkan tumbuhan.
c) Membuat laporan kepada pihak berkuasa jika terdapat aktiviti mencemarkan keindahan
alam sekitar dan memburu kehidupan liar seperti burung murai.
d)
3. Faedah membaca
a) Dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
b) Berupaya membawa masuk teknologi baharu dari negara luar
c) Minda seseorang akan lebih sihat – menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan
mengaktifkannya
d) Kelebihan untuk fokus dalam menghadapi atau menyelesaikan masalah.
e) Meningkatkan dan menguatkan memori seseorang.
f) Meningkatkan disiplin, kreativiti – inspirasi kepada idea-idea baharu.
g) Mengurangkan stress atau tekanan.
h) Dapat membantu berkomunikasi dengan baik.

4. Langkah-langkah yang perlu diambil oleh penunggang motosikal untuk mengurangkan


kemalangan jalan saya.
a) Menyertai kempen keselamatan jalan raya.
b) Mempunyai kesedaran tentang keselamatan jalan raya
c) Memastikan mlotosikal dalam keadaan baik dan selamat/membuat penyelenggaraan
berjadual
d) Jangan melanggar lampu isyarat.
e) Kapasiti muatan motosikal tidak melebihi had.
f) Jangan menggunakan jalan raya sebagai litar perlumbaan.

5. Peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan permainan tradisional.


a) Ibu bapa memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak.
b) Pihak sekolah mengadakan aktiviti kokurikulum berkaitan dengan permainan tradisional.
c) Media massa menghebahkan kelebihan permainan tradisional.
d) Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mengadakan pesta permainan
tradisional di peringkat negeri dan kebangsaan.
6. Kesan penggunaan telefon pintar kepada golongan remaja.
a) Terpengaruh oleh budaya yang tidak sihat – menyebarkan berita tidak benar, melayari
laman porno(lucah)
b) Mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan anak – tidak fokus kepada
akademik dan tidak membantu ibu bapa.
c) Menjejaskan kesihatan – kajian menunjukkan terlalu lama menghadap skrin telefon akan
menjejaskan penglihatan.
d) Membolehkan remaja mengakses maklumat berkaitan dengan pelajaran dan tugas
masing-masing.
e) Mempermudah komunikasi antara remaja dengan rakan-rakan serta saudara
mara/mengakrabkan hubungan.
f) Memudahkankan pelaksanaan Pdpr.

7. Kepentingan mata pelajaran Keusahawanan


a) Mata pelajaran ini menyediakan murid untuk memilih kerjaya/merancang masa depan.
b) Mata pelajaran ini membina keyakinan diri dan nilai positif.
c) Mata pelajaran ini dapat meningkatkan prestasi koperasi sekolah.
d) Mengurangkan kebergantungan pada kerja makan gaji.
e) Memberi pilihan kursus untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
f) Membina kemahiran asas berniaga yang perlu dikuasai oleh usahawan.
g) Melahirkan usahawan yang lebih kreatif dan inovatif dalam mengusahakan perniagaan
bersesuaian dengan perubahan zaman.

8. Cara-cara menarik minat generasi muda menceburkan diri dalam bidang pertanian.
a) Pihak kerajaan memperluas inovasi dan penggunaan teknologi baharu bagi
memperkasakan dan meningkatkan produktiviti sektor pertanian.
b) Ibu bapa melatih atau memberi pendedahan awal kepada anak-anak sejak kecil tentang
ilmu pertanian.
c) Pihak sekolah menubuhkan kelab pertanian di sekolah melalui aktiviti kokurikulum.
d) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengubah persepsi remaja tentang bidang
pertanian melalui kempen.
e) Kerajaan menyediakan peluang pengajian dan pekerjaan yang luas dalam bidang
pertanian.
f) Pihak bank memudahkan urusan pinjaman.
g) FAMA(Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) membantu pemasaran hasil/produk
pertanian.

9. Aktiviti RIMUP yang anda sertai.


a) Aktiviti khidmat masyarakat – gotong-royong, ziarah komuniti
b) Aktiviti kebudayaan dan kesenian – pertunjukan kebudayaan, sambutan perayaan.
c) Aktiviti sukan dan permainan – merentas desa, permainan tradisional, sukaneka

10. Kepentingan Pendidikan TVET(Latihan Teknikal dan Vokasional)


a) Meningkatkan kemahiran diri dalam bidang tertentu seperti automotif, pendawaian
elektrik
b) Melahirkan generasi yang berdikari yang akhirnya mampu menjadi usahawan/bekerja
sendiri.
c) Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sesuai dengan kerjaya semasa.
d) Mendapat pendedahan meluas tentang penggunaan teknologi terkini.
e) Meningkatkan taraf peratusan pekerja mahir Malaysia.
f) Mewujudkan tenaga buruh yang berdaya saing di peringkat global.
11. Persediaan yang perlu dilakukan untuk menceburi bidang perniagaan makanan sejuk beku
a) Mencipta menu yang dapat memenuhi selera pengguna.
b) Memastikan bahan mentah mudah didapati dan mencukupi.
c) Menghadiri kursus berkaitan dengan makanan sejuk beku.
d) Mempromosikan perniagaan makanan sejuk beku.
e) Membeli peralatan/perkakas untuk perniagaan makanan sejuk beku

12. Usaha-usaha yang boleh anda lakukan untuk menunjukkan rasa cinta akan negara.
a) Menyahut kempen Cintai Negara Malaysia yang dijalankan oleh kerajaan dengan cara
mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan dan di rumah.
b) Belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan
seterusnya dapat berbaktio kepada negara – usaha tangga kejayaan.
c) Menjadi warganegara yang bertatasusila, berbudi bahasa dan patuh kepada undang-
undang negara.
d) Memahami budaya, adat resam dan agama pelbagai kaum untuk menghapuskan sikap
prejudis dalam diri agar dapat hidup aman dan harmoni – bagai aur dengan tebing
e) Menghormati para pemimpin dan tokoh pejuang kemerdekaan yang telah banyak berjasa
kepada negara – Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat
Kilau, Rentap dan lain-lain.

13. Cara-cara yang boleh dilakukan untuk menyokong aktiviti kitar semula
a) Ibu bapa memberi didikan tentang kepentingan amalan kitar semula dan mengamalkan
aktiviti kitar semula sejak anak-anak masih kecil.
b) Pihak sekolah menggalakkan pelajar mengamalkan amalan kitar semula melalui kempen
kesedaran, pertandingan, mengadakan pameran tentang kepentingan amalan kitar
semula, menerapkan amalan kitar semula dalam aktiviti pembelajaran bilik darjah dan
menubuhkan kelab alam sekitar yang aktif.
c) Kerajaan menggubal polisi tentang pembuangan sampah sarap dan kitar semula –
menetapkan peraturan pembuangan sampah mengikut kategori, memperbanyak tong
sampah kitar semula dan pusat kitar semula untuk pengurusan sampah yang lebih efisien.
d) Pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau organisasi bukan kerajaan menganjurkan
kempen kesedaran amalan kitar semula – memberi kesedaran dalam pengurusan sisa
buangan sampah, menunjukkan pelbagai cara untuk mengitar semula bahan,
menggalakkan penggunaan bahan yang boleh dikitar semula dan sebagainya.
e) Media massa sebagai medium untuk menerapkan kesedaran tentang amalan kitar semula
dalam kalangan masyarakat melalui penyebaran maklumat dalam bentuk infografik,
artikel, video kreatif, ilustrasi dan sebagainya.

14. Ciri-ciri yang perlu ada pada setiap bakal pekerja cemerlang
a) Mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan – mempengaruhi hubungan antara
rakan sekerja dan pelanggan, kemahiran komunikasi termasuklah kemahiran
berkomunikasi secara lisan (bahasa, perkataan, ayat, sebutan, nada dan intonasi suara)
dan bukan lisan (bahasa badan, tatacara berkomunikasi melalui e-mel, mesej, surat dalam
urusan rasmi)
b) Berkebolehan bekerja secara berpasukan
c) Berdisiplin dalam melaksanakan tugasan dalam masa yang ditetapkan, sentiasa menepati
masa dan mematuhi etika bekerja.
d) Mahir menggunakan teknologi terkini – penggunaan komputer dan perisian komputer
seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Powerpoint dan sebagainya.
e) Proaktif dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi – sentiasa belajar dan
meminta nasihat daripada pekerja yang lebih berpengalaman, aktif mencari pengalaman,
berani mengutarakan pendapat dan cadangan berdasarkan pengalaman untuk
menyelesaikan tugasan.
15. Kepentingan sektor pertanian kepada negara dan masyarakat.
a) Memanfaatkan sumber yang dimiliki oleh negara – penerokaan untuk penanaman kelapa
sawit oleh Perdana Menteri Kedua Malaysia Tun Abdul Razak memberikan hasil yang
memberangsangkan kepada masyarakat dan Negara, perlu diteruskan dengan tadbir urus
yang cekap serta amanah untuk menerajui pasaran antarabangsa dengan lebih meluas.
b) Mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya golongan luar bandar –
merapatkan jurang pendapatan penduduk bandar dan luar bandar melalui perusahaan
bidang pertanian.
c) Meningkatkan pendapatan eksport negara – menyumbang kepada pendapatan negara
melalui pengkomersialan hasil industri pertanian seperti tanaman kepala sawit dan getah
yang telah menjadikan Malaysia antara pengeluar utama di dunia
d) Mewujudkan keberdikarian bekalan makanan negara – menghasilkan dan membekalkan
bekalan makanan tempatan dan mengurangkan kebergantungan industri import
e) Melahirkan imej yang baik untuk negara
f) Memelihara ekologi alam sekitar

Disediakan oleh
Mohd. Ramli bin Yaacob
Guru Bahasa Melayu
Pengetua
SMK Datuk Bahaman
Lancang, Pahang.
0129621345
SENTUHAN AKHIR BAHASA MELAYU KERTAS 2
SPM 2021

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA


[35 markah]
SOALAN 1: MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata adjektif. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas
Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun mempengaruhi perkembangan
industri pelancongan di negara kita. Iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing
khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat.
Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik seperti kawasan rekreasi di tanah tinggi dan
hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun menjadi
tumpuan para pengkaji tempatan dan luar negara. Di samping itu, pantai-pantai yang masih
putih dan bersih serta tidak tercemar merupakan aset penting dalam industri pelancongan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Malaysia Tumpuan Pelancong’
Oleh Sofea Suhaimi, Dewan Siswa, Oktober 2015
[6 markah]
Jawapan
1.
2.
3.
SOALAN 1: MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Dalam merealisasikan potensi yang dimiliki Malaysia daripada keindahan pulaupulau di
Borneo sehingga ke hutan tropika dan syurga beli belah, kerajaan akan menjadikan industri
pelancongan sebagai sumber pendapatan baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi
semasa. Pengumuman langkah-langkah proaktif ekonomi baru-baru ini telah menyaksikan
peruntukan tambahan RM80 juta untuk memperhebat aktiviti promosi pelancongan dalam
pasaran terpilih termasuk di negara-negara ASEAN, China dan India.

Dipetik dan diubah suai daripada,


‘Sektor Pelancongan Beri Sumbangan Ketara Kepada Ekonomi Negara’
Berita Harian, Oktober 2015.

[6 markah]
Jawapan
1.
2.
3.
SOALAN 4. BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun
berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik Maka Kertala Sani
pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu Maka
didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka
Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari datang itu.

Dipetik daripada,
“Kepimpinan Melalui Teladan”,
dalam Antolog Jaket Kulit Klang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jawapan
SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa
lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati. Melaka tiada alah. Maka
rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barangbarangnya semuanya
dicampakkannya di hulu Muar

Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”,


Dalam Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Jawapan
SOALAN 8: PEMAHAMAN NOVEL
(i) Baca petikan novel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri.

“Memang kaedah rawatan tradisional bagus, tapi sudah tiba masanya kita beralih kepada
sesuatu yang lebih moden yang menjimatkan masa dan kos. Makanan tambahan pun boleh
membantu menyembuhkan penyakit,” kata Danel. Datuk hanya mengangguk mendengar
penjelasan pemuda itu. “Ayah saya terikat dengan pantang larang ketika proses rawatan
tradisional ini. Hal ini mengganggu saya dan adik-beradik saya yang lain. Dia perlu mencari
akar-akar kayu dan daun, kemudian mengisar, menumbuk, merebus, dan memotong
bahanbahan itu. Perkara ini membahayakan keselamatan ayah saya. Sedangkan dalam
pasaran kini terdapat banyak makanan tambahan yang bukan sekadar melengkapkan sistem
diet kita tapi juga mampu membantu merawat penyakit kronik. Saya bukan doktor, bukan
juga pakar macam pakcik tpi saya ingin memudahkan ayah kami.
Dipetik daripada
novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Mengapakah kaedah rawatan tradisional sudah tidak relevan untuk diamalkan?
[ 4 Markah ]

Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut :


(a) Leftenan Adnan Wira bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani, karya Beb Sabariah
(g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(ii) Dalam setiap novel terdapat peristiwa yang memberikan pedoman kepada pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang boleh dijadikan
sebagai pedoman hidup.
[ 6 Markah ]
SOALAN 8: NOVEL
Baca petikan novel di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Apa yang penting, kita tidak berputus asa. Budak-budak muda ini, kadangkadang kita perlu
ikut rentak mereka juga. Kita dampingi mereka selalu dan buat macam kawan.
Alhamdulillah, nampaknya dah ada yang mula tunjuk minat. Malam ni pun, ramai juga yang
datang,” kataku. Penduduk kampung yang datang pada malam itu beransur-ansur pulang.
Beberapa orang anak muda kampungku pula sedang sibuk menyusun kerusikerusi yang
digunakan tadi untuk disimpan di dalam stor balai raya. Beberapa orang ahli jawatankuasa
pergerakan wanita juga kelihatan sibuk mengemas pentas dan pasu-pasu bunga. Sampah-
sampah yang terdapat di persekitaran balai raya juga turut dikutip dan dimasukkan ke dalam
plastik hitam.

Dipetik daripada
novel Silir Daksina karya Nizar Parman
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Nyatakan tindakan yang dapat dilakukan untuk menggalakkan generasi muda berminat
dengan zapin.
[ 4 Markah ]

Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut :


(a) Leftenan Adnan Wira bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani, karya Beb Sabariah
(g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
(h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(ii) Dalam setiap novel terdapat peristiwa yang menimbulkan rasa simpati kepada pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa sedih yang menimbulkan
rasa simpati kepada pembaca.
[ 6 Markah ]
PANDUAN JAWAPAN NOVEL
-DI SEBALIK DINARA / SILIR DAKSINA-

Dua peristiwa yang dapat dijadikan teladan / kesedaran

Novel Di Sebalik Dinara


1. P - Peristiwa kerjasama dan usaha yang dijalankan oleh Dr Maxi, Aqram dan
kakitangan Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara daripada musnah. Hal ini kerana
Karl yang merupakan pengasas Dinara terbaring lumpuh dan mengharapkan mereka
menyelamatkan Dinara.
H - Kita hendaklah bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah agar masalah
tersebut dapat diselesaikan dengan segera.
2. P - Peristiwa Azraai sebagai abang kepada Farisha bertindak memasang retinal
scanner di apartmen Farisha demi melindungi dirinya daripada sebarang bahaya.
Azraai juga berusaha menyelamatkan Farisha daripada diculik oleh orang suruhan
Medina iaitu Farid dan Amin.
H - Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan sentiasa mengutamakan
keselamatan mereka pada setiap masa.

Novel Silir Daksina


1. P - Peristiwa Abdullah bin Kayan tidak pernah melupakan anak tunggalnya, Haiqal
Haqimi walaupun sudah tiga tahun berpisah. Dia amat merindui anaknya itu
sehinggakan kasih sayang tersebut dicurahkan kepada Ong See Hwa yang sebaya
dengan anaknya. Dia juga meninggalkan rumah, tanah, dan wang untuk anaknya itu
dengan mengamanahkan Tauke Ong untuk menguruskan hartanya.
H - Kita hendaklah mengasihi dan sentiasa menghubungi anak-anak walaupun terpisah
jauh.
2. P - Haiqal Haqimi akan bercakap dengan menggunakan bahasa yang sopan. Dia juga
menghormati keputusan ibunya yang tidak mengizinkan dia menziarahi jenazah
ayahnya kerana dia menduduki peperiksaan UPSR pada ketika itu. Sungguhpun dia
terlalu berkeinginan melihat jenazah ayahnya untuk kali terakhir, namun dia memilih
untuk akur dengan permintaan ibunya.
H - Kita hendaklah sentiasa menghormati permintaan atau suruhan ibu bapa supaya
tidak melukakan hati dan perasaan mereka.
Dua peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati pembaca:

Novel Di Sebalik Dinara


1. P - Peristiwa Karl yang sanggup menanam pelbagai cip dan implan ke dalam tubuh
Farisha kerana mahu memastikan Farisha menjadi genius. Karl juga sanggup
menghancurkan hubungan kekeluargaan akibat mengejar kemajuan teknologi
sehingga sanggup mengeksploitasi anak sendiri lantas membuang sifat kemanusiaan.
H - Peristiwa ini menimbukan perasaan simpati kerana kanak-kanak dan ahli keluarga
dijadikan bahan uji kaji tanpa kerelaan.

2. P - Peristiwa Karl terbaring di atas katil serta aktiviti otaknya menurun dan tidak
mampu bertindak balas. Farisha berasa sedih kerana ini kali pertama dan terakhir dia
menatap wajah lelaki yang merupakan ayah kandungnya. Tepat pada pukul jam 7.00
malam Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana pertemuan tersebut juga
menjadi pertemuan terakhir seorang anak dengan ayahnya.
Novel Silir Daksina
1. P - Peristiwa ibu Haiqal yang tidak membenarkannya untuk pergi ke Kampung Seri
Purnama bagi menjejaki peninggalan arwah ayahnya iaitu Abdullah bin Kayan.
Ummi atau Rafiqah tidak membenarkan Haiqal menjejaki kehidupan ayahnya kerana
dia tidak mahu mengingati kisah silamnya.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana seorang ibu yang tidak
memberikan sokongan dan semangat kepada anaknya untuk meneruskan hasrat bagi
mengetahui kehidupan sebenar arwah ayahnya.
2. P - Peristiwa Abdullah bin Kayan yang menghasilkan manuskrip berkaitan perasaan
rindu dan kasihnya terhadap anaknya yang terpisah lama, Haiqal. Abdullah bin Kayan
menggunakan watak seperti Cikgu Amirul Nizam, Ai Ling dan Ai Ching lantas
menggambarkan perasaan rindu akan anaknya di dalam manuskrip tersebut.
H – Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana perasaan rindu yang dipendam
seorang ayah lantaran tidak dapat melihat anak kandungnya yang terpisah jauh.

Dua peristiwa peleraian yang dapat menarik minat pembaca.

Novel Di Sebalik Dinara


1. P - Pertemuan Farisha dengan Karl ketika Karl sedang nazak. Farisha bertemu dengan
Karl yang semakin tenat di rumah agam Karl. Ketika bertemu, Farisha hanya merenung
wajah Karl yang kelihatan cengkung. Farisha berjanji kepada Karl bahawa dia akan
sentiasa mengingati ayahnya itu. Farisha menangis sambil mengucapkan selamat tinggal
kepada Karl dan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi lelaki itu.
S - Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana sikap Farisha yang masih ingin bertemu
dan menziarahi ayahnya walaupun Karl telah melakukan pelbagai keburukan kepada
dirinya ketika masih kecil.
2. P - Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa terbongkarnya rahsia
tentang hubungan Karl dan Marilyn. Marilyn ialah seorang saintis yang membantu Karl
membina Sistem Dinara. Kegilaan dan persaingan antara Marilyn dan Karl
menyebabkan anak luar nikah mereka iaitu Farisha menjadi mangsa. Karl telah
menanam berbagai-bagai implan dalam tubuh Farisha untuk menjadikannya kanak-kanak
genius.
S - Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana ketaasuban terhadap sains dan teknologi
menyebabkan Karl dan Medina telah bersaing antara satu sama lain dan menyebabkan
Farisha membesar tanpa kasih sayang ibu bapa setelah dia diserahkan kepada keluarga
angkat.

Novel Silir Daksina


1. P - Peristiwa Haiqal berjaya mengadakan persembahan tarian zapin jincat di hadapan
YB Saiful Azizi. Walaupun menghadapi dugaan seperti kehilangan penari zapin yang
juga sahabatnya, Lazim kerana kemalangan, Haiqal masih berjaya mengadakan
persembahan dengan jayanya bersama-sama See Hwa.
S – Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana kagum akan kesungguhan dan sikap
tidak putus asa Haiqal yang menjayakan persembahan walaupun berdepan cabaran.
2. P - Peristiwa Ummi, Walid dan adiknya Nurul Aisyah datang dan menyaksikan
persembahan zapin jincat di Balai Raya Kampung Seri Purnama. Walaupun tidak
merestui perjalanan Haiqal menjejaki kehidupan ayahnya, akhirnya Ummi akur akan
kehendak Haiqal dan hadir sebagai tanda menyokong usaha Haiqal.
S - Pembaca berasa tertarik akan kesanggupan ibunya yang bersedia memaafi Haiqal
dan seterusnya mengakui hakikat bahawa Haiqal juga mempunyai minat yang sama
seperti arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan.
Cabaran watak utama dan cara mengatasinya

Novel Di Sebalik Dinara


Watak utama: Farisha
1. P - Cabaran yang dihadapi oleh Farisha untuk membangunkan syarikat bersama-sama
dengan Rosman sehingga mendapat satu projek daripada Soft Lab yang bernilai 1.5
juta. Tugasan itu diberikan kepadanya kerana kejayaan lalu Farisha yang dapat
melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dan mengambil masa hanya sepuluh minit
untuk menggodam pelayan data di Nusajaya.
H - Farisha memikul tanggungjawab dengan baik dan berusaha mengatasi masalah
dalam Sistem Dinara.
2. P - Cabaran yang dihadapi oleh Farisha apabila Azraai memberitahu bahawa Farisha
diburu oleh ibu kandungnya dan keselamatannya sedang terancam. Azraai segera
membawa Farisha keluar dari hospital untuk menyembunyikan Farisha, tetapi Farisha
telah dilarikan oleh dua orang lelaki semasa mereka berhenti rehat di Hentian Pagoh.
H - Farisha berusaha melawan kedua-dua penculik namun gagal. Akhirnya dia bertemu
dengan individu di sebalik penculikan, iaitu ibunya Medina dan mendapat tahu status
Karl sebagai ayah kandungnya.

Novel Silir Daksina


Watak utama: Haikal
1. P - Cabaran yang dihadapi oleh Haiqal sejak kecil kerana dia tidak pernah berjumpa
dengan ayah kandungnya. Ketika berusia 12 tahun, bapanya meninggal dunia. Umi dan
bapa tirinya menziarahi jenazah ayahnya di kampung, tetapi tidak membenarkan Haiqal
ikut sama atas alasan dia sedang menduduki UPSR.
H - Haiqal akur akan permintaan ibunya dan berdoa untuk ayahnya. Namun dia
bertekad untuk menjejaki susur galur ayahnya kelak.

2. P - Cabaran semasa Haikal menerima sebuah manuskrip daripada seorang gadis


berbangsa Cina. Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke kampung halaman
arwah ayahnya di Batu Pahat. Walaubagaimanapun, Ummi tidak bersetuju dengan
permintaan Haiqal.
H - Haiqal tetap nekad untuk menjejaki sejarah kehidupan ayahnya itu. Dengan bantuan
Walid, Haiqal akhirnya berjaya ke kampung ayahnya di Batu Pahat

Dua kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel:

Novel Di Sebalik Dinara


1. P - Peristiwa Karl dan Medina yang bersaing untuk menunjukkan kehebatan hasil
kajian di antara mereka berdua. Mereka tidak mempedulikan kebajikan dan nilai
kemanusiaan terhadap manusia yang dijadikan bahan uji kaji mereka. Alia, Aqram, dan
Medina sendiri menjadi mangsa kerakusan saintis ini dalam melakukan uji kaji mereka.
H - Peristiwa ini menunjukkan kepincangan masyarakat yang bersaing untuk
menunjukkan kehebatan masing-masing dalam dunia sains dan penyelidikan.
2. P - Peristiwa Karl telah menyeksa bekas isterinya, Rusmina kerana dia tidak mahu
mengikuti jejak langkah Karl meninggalkan agama. Rusmina dijadikan cyborg
bernama Alia yang berkhidmat untuk Karl dan Dinara.
H - Peristiwa ini menunjukkan kepincangan masyarakat yang tidak percaya akan Tuhan
dan agama.
Novel Silir Daksina
1. P - Peristiwa perceraian yang berlaku di antara Abdullah bin Kayan dengan isterinya,
Rafiqah. Abdullah bin Kayan lebih menumpukan perhatian terhadap usaha
menggerakkan budaya dan warisan manakala Rafiqah lebih berfokuskan perniagaan
batiknya. Oleh sebab tidak sehaluan, mereka bercerai.
H - Peristiwa ini menunjukkan kepincangan masyarakat yang bermasalah dalam rumah
tangga.
2. P - Peristiwa Rafiqah tidak membenarkan Haiqal mengikutnya melawat jenazah ayah
kandungnya, Abdullah bin Kayan yang meninggal dunia ketika Haiqal berusia 12
tahun. Alasan yang digunakan adalah kerana Haiqal akan menduduki UPSR. Haiqal
menangis kerana tidak dapat melawat jenazah ayahnya.
H - Peristiwa ini menunjukkan kepincangan masyarakat yang sanggup mengetepikan
perkara mustahak kerana mementingkan diri sendiri.

Dua peristiwa yang dapat dijadikan panduan hidup.


Novel Di Sebalik Dinara
1. P - Peristiwa Rosman dan Farisha yang bekerjasama untuk membangunkan syarikat
kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga bersetuju menjalankan kerja-kerja
untuk menggodam Sistem Dinara dengan menerima tawaran daripada Soft Lab
sebanyak RM 1.5 juta.
H - Kita hendaklah bekerjasama dalam menjalankan sesuatu organisasi agar
bertambah cekap dan kukuh.

2. P - Peristiwa Dr Maxi dan Aqram yang berusaha mencari Farisha dan membawanya
ke Dinara sepertimana yang diarahkan oleh Karl. Mereka tetap patuh menjalankan
tugas dan tanggungjawab mengesan Farisha dan memastikan Farisha melaksanakan
tugasnya di Dinara.
H - Kita hendaklah berkhidmat dengan cemerlang dalam organisasi sehingga
matlamat yang disasarkan dapat dicapai.

Novel Silir Daksina


1. P – Peristiwa Ratna yang sentiasa mendengar permasalahan dan pertanyaan Haiqal.
Ratna tidak pernah menolak kehadiran sahabatnya, Haiqal ke warung milik
keluarganya di Pantai Batu Buruk dan sedia menasihati Haiqal sebagai seorang rakan
baik.
H - Kita haruslah menghargai persahabatan dan membantu sahabat dengan apa-apa jua
cara yang difikirkan sesuai.
2. P - Peristiwa Tauke Ong menoreh pokok getah pada sebelah pagi bersama-sama
isterinya dan meraih hasil kampung seperti biji kopi, pisang, getah beku dan sekerap
untuk dijual di pecan pada sebelah petang. Hasil kegigihannya, dia dapat membeli
setengah ekar tanah kebun untuk dijadikan tapak rumahnya.
H - Kita hendaklah berusaha gigih mengubah nasib diri dan keluarga serta merebut
peluang yang terhidang di depan mata demi kehidupan yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai