Anda di halaman 1dari 3

3.

3 Menghuraikan peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam


organisasi.

3.3.1 Perancangan

Perancangan melibatkan proses menetapkan visi, matlamat dan objektif


( VMO) yang ingin dicapai di dalam sesebuah organisasi. Perancangan melibatkan
aktiviti menganalisis persekitaran untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang
dan ancaman (SWOT) yang dihadapi sesebuah organisasi. Perancangan juga
melibatkan penentuan tugas yang sesuai yang dipertanggungjawabkan kepada pekerja
dan pengagihan sumber mengikut kebolehan dan kemampuan pekerja.

3.3.2 Pengorganisasian

Elemen-elemen yang terdapat dalam fungsi pengorganisasian merangkumi


definisi dan kepentingan, carta organisasi, proses penjabatanan dan pembentukan
carta organisasi. Pengorganisasian mewujudkan beberapa konsep penting dan
beberapa jenis manual organisasi bagi memudahkan pengurus memahami dan
melakukan fungsi pengorganisasian. Pengorganisasian merupakan proses penyusunan
dan penyelarasan yang melibatkan pengagihan sumber dan tugas dalam organisasi
untuk mencapai matlamat organisasi. Selain itu, pengorganisasian dikaitkan dengan
perkara yang seperti pembentukan struktur organisasian, pengagihan tugas,
pengkhususan kerja, pembentukan peraturan, tatacara dan dasar dan proses membuat
keputusan.

3.3.3 Kepimpinan

Kepimpinan ialah kemampuan seseorang untuk mempengaruhi individu lain


supaya melakukan sesuatu yang diinginkan oleh individu tersebut untuk mencapai
matlamat organisasi. Oleh itu, pemimpin merupakan ketua yang mempunyai
sekumpulan pekerja atau pengikut dibawahnya. Kesimpulannya, kepimpinan ialah
ciri, gaya atau cara yang digunakan untuk mempengaruhi orang lain, manakala
pemimpin ialah individu yang dapat mempengaruhi orang lain.
14

3.3.4 pengawalan

Pengawalan merupakan proses pemantauan prestasi dan membandingkan apa


yang dirancang dengan yang ditetapkan dan mengambil tindakan pembetulan bagi
memastikan aktiviti organisasi dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat
pada peringkat awal.
15

Anda mungkin juga menyukai