Anda di halaman 1dari 62

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

ISI KANDUNGAN

Perkara 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 Jadual Pengenalan Matlamat Objektif Modul Objektif Kursus Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Pelaksana Para Panel Penggubal Modul Kandungan Kursus Kreativiti Merentas Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Kreativiti dan Inovasi Konstruktivisme Inkuiri Penemuan Pembelajaran berasaskan masalah Membuat keputusan Pembelajaran berasaskan projek

Muka Surat 2 3 3 3 3 4 4 4-5

10.0

67 89 10 - 17 18 - 28 29 - 38 39 - 48 47 - 57

Lampiran (Nota tambahan)

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

1.0

JADUAL KURSUS

JADUAL KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH (KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN) TAHUN 2011
HARI/TARIKH Hari Pertama PERJALANAN KE TEMPAT MESYUARAT MALAM 8.00 PAGI-10.30 PAGI 10.30 11.00 PG 11.00 PAGI-1.00 PETANG 1.00 2.30 PTG 2.30-6.30 PETANG PENDAFTARAN MAKAN Slot 1: Kreativiti Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bengkel Pembinaan bahan P&P Matematik (Kreativiti dalam P&P) Pembentangan kumpulan 7.00 8.00 MLM 8.30-10.30 MALAM

Taklimat Urus setia

Hari Kedua

Slot 2: Konstruktivisme MINUM Slot 3: Inkuiri Penemuan Slot 4: Pembelajaran Berasaskan Projek PAGI

Slot 5: Pembelajaran Berasaskan Masalah MAKAN Slot 6: Membuat Keputusan TENGAH HARI

Bengkel Pembinaan bahan P&P Matematik (Kreativiti dalam P&P)

Hari Ketiga

Pembentangan kumpulan

Rumusan Majlis penutupan

PERJALANAN PULANG

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

2.0

PENGENALAN Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah memutuskan bahawa pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa inggeris di semua sekolah akan tamat pada penghujung sesi persekolahan tahun 2011. Mulai tahun 2012 kedua-dua mata pelajaran tersebut akan di ajar dalam bahasa Melayu di Tahun 4 dan Tingkatan 4. Sehubungan dengan itu, Modul Pemantapan Pedagogi Guru Sains Dan Matematik (Kreativiti Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran) dibangunkan adalah untuk panduan kepada guru-guru sains dan matematik terutamanya dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran berfokuskan kepada elemen kreativiti yang memberikan pradigma baru kepada kurikulum dan ia amat sesuai dengan perkembangan semasa dunia yang semakin kompetitif.

3.0

MATLAMAT Modul ini sebagai garis panduan kepada guru-guru Sains dan Matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

4.0

OBJEKTIF MODUL Menjadi rujukan dan panduan kepada guru-guru Sains dan Matematik Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dalam Bahasa Melayu. Mewujudkan keselarasan dalam melaksanakan kursus di sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia. Mendorong sikap dan keupayaan dalam meningkatkan hasil pembelajaran.

5.0

OBJEKTIF KURSUS Melahirkan guru-guru yang lebih kreatif dan proaktif terhadap profesion perguruan. Memantapkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi guru-guru Sains dan Matematik khususnya kreativiti dalam P&P. Melahirkan guru-guru yang lebih kompeten dalam pedagogi. Meningkatkan pencapaian Sains dan Matematik ke tahap yang lebih cemerlang.

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

6.0

JAWATANKUASA KERJA Pengerusi : Dato Hj Mohd Ghazali bin Ab.Rahman Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Dr Hjh Sharifah Bee binti Hj. Aboo Bakar Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Profesionalisme Tn Hj Mohd Nor bin Usop Ketua Penolong Pengarah Unit Jaminan Kualiti (menjalankan tugas KPP Unit PPG) Cik Roslina binti Abdul Rashid (Sains) En. Mohd Khailrudin bin Ramli (Matematik) Penolong Pengarah Unit Pembangunan Profesionalisme Guru Pn. Siti Nafsiah binti Ismail.(Bahasa Melayu) Pn. Rafidah binti Mohd Radzi(Matematik)

Naib Pengerusi

Setiausaha

Pen.Setiausaha

Penyelaras

7.0

JAWATANKUASA PERLAKSANA Semua guru Sains dan Matematik Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

8.0

PARA PANEL PENGUBAL MODUL Pn. Tan Seok Kiang : Pensyarah Jabatan Sains IPG Kampus Pulau Pinang Pensyarah Jabatan Sains IPG Kampus Pulau Pinang Pensyarah Jabatan Matematik IPG Kampus Temenggong Ibrahim JPN Selangor JPN Selangor JPN Kelantan

Pn. Yew Lee Heang

En. Oon Boey Lay

Pn. Hjh Puan binti Hj Ibrahim Pn. Fawziah binti Othman Tn Hj. Daud bin Hj Yusoff 4

: : :

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

En. Che Zulkepli bin Abdullah En. Mohd Razali bin Ismail En. Hafizan bin Salleh Pn. Saodah binti Sharif Pn.Azizah binti Johan Pn.Sabiah Ninggal Pn. Noor Laily binti Shoed Pn. Norsiah binti Mohd Rashid Pn. Siti Najikhah binti Mohd Isa Pn.Shamsina Idayu binti Mohd Yusof Pn. Majidah binti Muhammad En. Mohd Gulam bin Jamaludin Pn. Radziah binti Mohd Yamin En. Ali bin Yaacob Pn. Siti Azzah binti Yaacob @ Yahya

: : : : : : : : : : : : : : :

JPN Kelantan JPN Terengganu PPD Gua Musang SMKA Sheikh Hj Mohd Saidi Seremban, Negeri Sembilan SMK Simpang Gelami Jelebu, Negeri Sembilan SMK Durian Tunggal Melaka SK Port Dickson Negeri Sembilan SK Teluk Ketapang Kuala Terengganu, Terengganu SM Sains Kuala Selangor Selangor SMK Warisan Puteri Seremban, Negeri Sembilan SMK Menerong Ajil Hulu Terengganu, Terengganu SK Merbau Kota Bharu, Kelantan SMK Bukit Saujana Port Dickson, Negeri Sembilan SK Othman Talib (2) Pasir Mas, Kelantan SMAP Kajang Selangor SM Vokasional Pengkalan Cepa Kelantan SK Ampang Campuran Selangor

Pn. Azlina binti Muhammad En.Syed Nizam bin Syed Osman

: :

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

9.0

KANDUNGAN KURSUS

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS Kursus Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Sekolah Menengah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2011 (Kreativiti Dalam Pengajaran & Pembelajaran) Kreativiti Merentas Pengajaran & Pembelajaran (P&P) 1 jam

Topik Masa Personel A. Objektif

Pada akhir sesi ini, guru dapat:

i. ii. iii.

Membezakan 4 fasa dalam Pembangunan Domain Kreativiti (PDK) Menghasilkan Rancangan Pengajaran untuk PDK merentasi P&P Menjelaskan penerapan PDK dalam P&P menggunakan strategi kontruktivisme, inkuiri penemuan, penyelesaian masalah, projek dan membuat keputusan.

B. Kandungan Kursus

1. Penerangan berkaitan Pembangunan Domain Kreativiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2. Penerangan berkaitan strategi pengajaran konstruktivisme, inkuiri penemuan, penyelesaian masalah, projek dan membuat keputusan. 3. Membina Rancangan Pengajaran PDK merentas P&P dengan strategi pengajaran tertentu atau pelbagai strategi. 4. Pengajaran Mikro dalam kumpulan
C. Kaedah Ceramah

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Konstruktivisme Perbincangan kumpulan D. Bahan Pengajaran 1. Modul Kreativiti 2. Contoh Rancangan Pengajaran PDK merentas P&P 3. Modul kursus PDK merentas P&P E. Alatan 1. Laptop 2. LCD 3. Printer 4. Kertas A4 F. Penilaian

i. ii. iii.

Interaksi secara lisan Hasil kerja (Rancangan Pengajaran) Borang penilaian kursus.

G. Rumusan / Refleksi 1. Berasaskan hasil kerja (Rancangan Pengajaran) 2. Berasaskan borang penilaian kursus 3. Nota sila rujuk Lampiran (Nota Tambahan)

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS KURSUS Pemantapan Pedagogi Guru Sains dan Matematik (Kreativiti Dalam P&P)

Topik Kod Kursus Masa Personel

Kreativiti dan Inovasi MTSM1 2 jam Penceramah

A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta guru dapat : 1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran 2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme

B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model konstruktivisme, perkaitan proses kreatif terarah dengan model konstruktivisme, contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme.

C. Kaedah Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti hands-on, bengkel

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

D Bahan Pengajaran Nota, power-point

E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung

Penilaian 1. Pembentangan 2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian

Rumusan/Refleksi

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Kandungan Kursus Model Proses Kreatif Model diperlukan untuk memberikan gambaran secara keseluruhan tentang proses kreatif. Melalui model, urutan, perkaitan, corak, aliran dan organisasi dapat ditunjukkan. Model juga amat penting untuk minda berfungsi kerana membenarkan kita untuk menjangkau keperluan, langkah dan tindakan akan datang . Terdapat banyak model proses kreatif seperti model penyelesaian masalah kreatif dan model yang umum dan boleh diaplikasikan oleh semua disiplin ilmu di samping mengambil kira model pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kreativiti seperti pembelajaran berteraskan masalah/projek, inkuiripenemuan dan konstruktivisme Model Proses Kreatif Terarah Model Proses Kreatif Terarah sesuai dijadikan model umum proses kreatif untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Model Proses Kreatif Terarah mempunyai ciri yang berikut: Menggabungkan konsep pelbagai model pemikiran kreatif yang ada sebelum ini termasuk model penyelesaian masalah kreatif dan model membuat keputusan kreatif. Terdapat keseimbangan antara imaginasi dan analisis Melibatkan pemikiran kritis dan kreatif. Melibatkan kedua-dua proses mental, iaitu kognisi dan metakognisi

Model Proses Kreatif Terarah mempunyai empat fasa yang terdiri daripada Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan dan Fasa Tindakan. Fasa Persediaan bermula dengan pemerhatian sehingga proses analisis secara berfikrah situasi, objek dan karya, cara sesuatu itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan analisis disimpan oleh proses oleh minda. Dalam Fasa imaginasi, idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan gabung jalin dengan menggunakan teknik seperti sumbangansaran. Seterusnya dalam Fasa Perkembangan, penambahbaikan terhadap hasil idea perlu dijalankan sebelum penilaian terakhir. Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tidak digunakan atau tidak dilaksanakan. Semua idea baharu yang dilaksanakan. Semua idea baharu yang dilaksanakan membawa perubahan dalam kehidupan harian dan menggerakkan individu untuk memulakan semuala pemerhatian dan penganalisisan. Melalui fasa tidakan ini, kreativiti menjadi amalan berterusan. Model Proses Kreatif Terarah sangat ssesuai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kerana model ini selari dengan model pengajaran dan pembelajaran sedia ada yang memupuk kreativiti dalam kalangan murid.

10

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Dalam membangunkan domain kreativiti, salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai diaplikasikan oleh guru ialah model konstruktivisme.

Model Konstruktivisme Konstruktivisme ialah satu fahaman di mana individu membina pengetahuan sendiri. Pengetahuan bukan dipindahkan dari orang atau sumber lain. Individu membina pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada. Secara ringkas, konstruktivisme mengaplikasikan lima prinsip utama (5Es: engage, explore, explain, elaborate, evaluate) iaitu Melibat guru menyoal dan merangsang minat dan rasa ingin tahu murid, murid melibatkan diri. Meneroka guru mencungkil, murid mengumpul maklumat dan meneroka. Menjelas murid memberi penjelasan, justifikasi, dan mempersoalkan jawapan. Mengembang - murid membuat perkaitan dan melanjutkan konsep. Menilai guru mentaksir pemahaman murid, murid menunjukkan pemahaman konsep.

Fungsi utama guru ialah sebagai pemudah cara pembelajaran, guru merancang dan mewujudkan suasana pengajaran pembelajaran yang membolehkan murid memperolehi pengalaman pembelajaran yang dihajati. Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme Model P &P Konstruktivis me Persediaan Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada Proses Kreatif Terarah Imaginasi Perkembangan Penstrukturan Penjelasan idea lanjut Meneroka Aplikasi idea Menjelas Konstruk idea baru Tindakan Penilaian Kaji semua perubahan Idea Penyiasatan lanjutan

Proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

11

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

12

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Konstruktivisme Bidang : Bentuk dan Ruang Tajuk : Pelan dan Dongakan Objektif pembelajaran : Murid dibimbing untuk i. Memahami dan menggunakan konsep pelan dan dongakan.

Hasil Pembelajaran : Murid berupaya untuk; i. Masa : 2 waktu Fasa Persediaan Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada. (unjuran ortogan, Jenis-jenis satah) Imaginasi Penstrukturan idea Meneroka Menjelas Kontruk Idea Baru Cadangan Aktiviti 1. Murid melukis unjuran ortogan selari dan tidak selari dengan satah mengufuk. 2. Murid melukis garisan luar bagi pelbagai bentuk pepejal yang diberi. (kubus, kuboid, silinder, prisma) 1. Murid mengenalpasti ciri ciri unjuran ortogan pada satah mengufuk. 2. Murid menghubung kait bentuk unjuran ortogan pada satah mengufuk dengan pepejal. 3. Murid membuat tekaan tentang bentuk unjuran ortogan pada satah mengufuk berdasarkan contoh pepejal yang ditunjukkan oleh guru melalui perisian GSP. Perkembangan Penjelasan lanjut Aplikasi idea 1. Murid membina unjuran ortogan pada satah mengufuk berdasarkan contoh pepejal yang ditunjukkan oleh guru melalui perisian GSP Cadangan Komunikasi Apakah perbezaan unjuran ortogan bagi garis selari dan tidak selari? Adakah garisan luar yang dilukis sama dengan garisan asal pepejal? Melukis pelan suatu pepejal .

Apakah ciri-ciri unjuran ortogan pada satah mengufuk? Adakah terdapat perbezaan atau persamaan antara bentuk unjuran ortogan dengan pepejal asal? Apakah bentuk unjuran ortogan yang anda fikirkan bagi pepejal ini?

Apakah bentuk unjuran ortogan yang anda lukis?

13

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

2. Murid membuat pemerhatian ke atas hasil unjuran ortogan yang ditunjukkan oleh guru melalui perisian GSP. 3. Murid membandingkan hasil dapatan sendiri dengan yang ditunjukkan oleh guru. 4. Murid mengenal pasti bahawa unjuran ortogan tersebut merupakan pelan. 5. Murid membuat kesimpulan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan. Tindakan Penilaian Kaji semua perubahan idea Penyiasatan lanjutan Pentaksiran Perlaksanaan Amalan berterusan Nilai dan sikap 1. Murid melengkapkan lembaran kerja secara berkumpulan dan menerangkan langkahlangkah yang diambil untuk mencari jawapan. 1. Murid menyelesaikan masalah yang melibat pelan dalam soalan peperiksaan tahun lepas.

Adakah hasil dapatan kamu sama dengan cikgu?

Berdasarkan pemerhatian anda apakah kesimpulan yang boleh anda buat tentang pelan?

Bagaimanakah anda dapat melukis pelan sesuatu objek?

Apakah ciri-ciri penting yang perlu dititik beratkan ketika melukis suatu pelan?

Mendengar arahan dengan teliti, berdikari, bersungguh-sungguh semasa melakukan latihan, bekerjasama dalam kumpulan dan menghargai pandangan orang lain.

14

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

LEMBARAN KERJA Lukiskan pelan bagi pepejal berikut: No 1. H Pepejal G 4 cm F A 6 cm B J M 3 cm L 3 cm K E 6 cm D C 8 cm Pelan

2. G H 4 cm F A J M3 cm

L 3 cm K

E B

D Q C

15

8 cm

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

No 3.

Pepejal
Q K C L 4 cm H 2 cm G F I E 4 cm A N

Pelan

4 cm J

B 6 cm

2.

N M

8 cm G J F D 8 cm B C

H I Q P 4 cm Y

E 6 cm

16

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS KURSUS Pemantapan Pedagogi Guru Sains dan Matematik (Kreativiti Dalam P&P) Kreativiti dan Inovasi MTSM2 2 jam Penceramah

Topik Kod Kursus Masa Personel

A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta guru dapat : 1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran 2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model inkuiri penemuan

B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model inkuiri penemuan, perkaitan proses kreatif terarah dengan model inkuiri penemuan dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model inkuiri penemuan. C. Kaedah

17

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti hands-on, bengkel

D Bahan Pengajaran Nota, power-point

E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung

Penilaian 1. Pembentangan 2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian

Rumusan/Refleksi

18

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Di samping itu, satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna boleh juga dilaksanakan oleh guru ialah model inkuiri penemuan. Model Inkuiri Penemuan Prinsip asas model ini ialah murid bekerja sendiri untuk menemu pengetahuan baru dalam suasana pengajaran pembelajaran yang menekankan penyoalan. Model ini melibatkan penaakulan induktif di mana murid mengkaji hubungan, saling kaitan serta pola dan seterusnya membuat kesimpulan. Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model inkuiri penemuan Model P &P Persediaan Inkuiri Penemuan Memerhati Menciri Mengelas Menyoal Proses Kreatif Terarah Imaginasi Perkembanga n Meneroka Menuji hipotesis Merancang Meramal Membuat hipotesis Tindakan Membuat kesimpulan Melapor Dokumentas i Mentaksir

Dalam persediaan mengajar, proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

19

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

20

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Inkuiri Penemuan Bidang : Tajuk : PERKAITAN PERSILANGAN ANTARA DUA SET Murid dibimbing untuk : Menguasai konsep operasi persilangan ke atas dua set Hasil Pembelajaran : Murid berupaya untuk i. menentukan persilangan antara dua set dan menggunakan simbol persilangan ii.
iii.

Matlamat Pembelajaran:

mewakilkan persilangan dua set dengan menggunakan gambarajah Venn menyatakan hubungan antara A B dengan set A dan B: ( A B )

A dan ( A B )

Masa

: FASA

80 minit ( 2 waktu ) CADANGAN AKTIVITI 1. Guru mempamerkan beberapa nombor dan abjad di papan putih. CADANGAN KOMUNIKASI

1. PERSEDIAAN (Inkuiri Penemuan) Memerhati Menciri Mengelas Menyoal

1 a d i 6

4 g f 8

b 9 7

2. Murid diminta untuk Apakah yang anda dapat memerhatikan paparan perhatikan? tersebut. 3. Murid cuba mengelaskan objek Bagaimanakah anda mengelaskan objek-objek

21

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

tersebut. 4. Murid akan mengelaskannya kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan nombor dan kumpulan abjad.

tersebut? Apakah nama yang sesuai dapat anda berikan berdasarkan pengelasan tadi? Bolehkah anda tulis kumpulan tersebut menggunakan tatatanda set?

2.

IMAGINASI Meneroka Merancang Meramal Membuat Hipotesis

1. Murid dibahagikan

kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Guru menyenaraikan elemen bagi set A dan B. Situasi 1 A = { 1, 2, 3} B = { 2, 3, 4, 5} Situasi 2 A = {a, b, c, d} B = {b, d } Situasi 3 A = {2, 4, 6, 8} B = {3, 5} 3. Setiap kumpulan diberikan 3 bentuk geometri tertutup dan diminta menyusun elemen bagi set A dan B ke dalam bentuk geometri yang diberikan.

22

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

4.

Murid menyusun atur Apakah yang anda bentuk geometri perhatikan dari susunatur berdasarkan situasi tersebut? yang diberi. Murid menyenaraikan Apakah elemen-elemen elemen sepunya. sepunya yang terdapat di dalam setiap rajah tersebut? Guru menjelaskan konsep dan tatatanda persilangan. Murid membuat Apakah persamaan dan andaian terhadap perbezaan antara setiap elemen sepunya yang gambarajah tersebut. disenaraikan iaitu; Apakah hubungan antara A B dengan set A dan B? Adakah :

5. 6.

7.

i. jika sebahagian dari elemen A ada di dalam B, maka ;

A B
ii. jika semua elemen B ada di dalam A maka;

i) ( A B ) ii) ( A B ) iii) A iv) B

A; B;

( A B ) atau

( A B )?

iii. jika tiada elemen yang sama dalam A dan B maka ;

A
23

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

3.

PERKEMBANGAN - Menguji hipotesis

1. Dalam kumpulan yang sama murid mengenalpasti elemen sepunya/ persilangan seperti dalam jadual . Murid menyenaraikan elemen-elemen set R, S, J, K. Situasi A: P = { a, b, c, d} Q = {b, f, g} Situasi B: b. R = { x : x adalah nombor genap yang kurang daripada 10} S = { x : x adalah nombor gandaan 5 yang kurang daripada 25} Situasi C: c. J ={x : 1 x < 6} K = { x : nombor integer kurang daripada 10} 2. Murid melukis dan mempamerkan gambarajah Venn. 3. Murid membandingkan dapatan antara setiap gambarajah Venn.

Apakah elemen sepunya bagi ketiga-tiga situasi tersebut ? Bagaimanakah anda menyenaraikan jawapan anda dengan menggunakan tatatanda set ?

Bagaimanakah anda melukiskan gambarajah Venn untuk mewakili ketigatiga situasi tersebut ?

Apakah yang anda perhatikan mengenai persilangan set bagi ketigatiga situasi tersebut?

4. TINDAKAN - Membuat kesimpulan


24

1. Perkasakan kesimpulan yang dibuat oleh pelajar.

Apakah kesimpulan yang anda boleh buat mengenai:

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Melapor Dokumentasi Mentafsir

a) Set A dan Set B

b) kawasan berlorek bagi gambarajah Venn c) hubungan subset bagi A B dengan set induk A dan B.

A B = kawasan berlorek

A B
A B = kawasan berlorek
Apakah hubungan di antara set A dan set B ? Apakah kesimpulan yang anda boleh buat berdasarkan persilangan Set A dan Set B?

A B

or

2. Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai tugasan hari tersebut. 5. PENTAKSIRAN 1. Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran 1 dan 2 dengan tepat. ( Rujuk Lampiran )

6. NILAI DAN SIKAP

Terapkan sifat kerjasama sesama ahli kumpulan semasa menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Tanamkan nilai menghormati pandangan dan pendapat

25

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

rakan-rakan. Jujur menyatakan pendapat/pandangan/idea.

Lembaran Kerja 1 Nama : .. Kelas :

1. Senaraikan Set A, B dan C. Tentukan persilangan antara set-set yang dinyatakan di bawah. Diberi = { x : x ialah integer yang kurang daripada 10 ] A = { dari nombor perdana dari 1 hingga 10 } B = { nombor kuasa dua sempurna dari 1 hingga 10 } C = { gandaan 3 yang kurang dari 10 } (i) (ii) A A

B C C

(iii) B

2.

Diberi = { x : 1 x 8 } K = { x : x ialah gandaan 2 } L = { x : x ialah gandaan 3 } M = { x : x ialah gandaan 4 Tentukan : (i) K

L L

(ii) M

26

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

3.

Gambarajah Venn berikut menunjukkan unsur dalam set , A , B dan C. Nyatakan persilangan setiap set berikut dengan menyenaraikan unsurnya.

B .t A .p .q .r .s .v .u

.y

Tentukan : (i) (ii) A B

B C C

(iii) A

4. Diberi = { e, f, g, h, I, j, k, l, m } P = { e, I, j, k } Q = { e, g, k, m } R = { h, j, k, l, m } Gunakan gambarajah Venn untuk mewakili persilangan berikut : (i) P

27

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

(ii) P (iii) Q

R R

Lembaran Kerja 2 Nama : .. Kelas : Lorekkan rantau yang memuaskan kawasan persilangan bagi set berikut.

1.

2.

(a)

(b)

P Q

R R 3. (a) M

(b)

M Q
28

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

29

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS KURSUS Pemantapan Pedagogi Guru Sains dan Matematik (Kreativiti Dalam P&P) Kreativiti dan Inovasi MTSM3 2 jam Penceramah

Topik Kod Kursus Masa Personel

A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta guru dapat : 1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran 2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan masalah

B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model pembelajaran berasaskan masalah, perkaitan proses kreatif terarah dengan model pengajaran dan pembelajara dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model membuat keputusan.

C. Kaedah Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti hands-on, bengkel 30

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

D Bahan Pengajaran Nota, power-point

E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung

Penilaian 1. Pembentangan 2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian

Rumusan/Refleksi

31

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Kandungan Kursus Selain itu, satu lagi strategi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna boleh dipraktikkan dalam kalangan guru adalah model pembelajaran berasaskan masalah. Model Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam model ini, guru mengemukakan suatu masalah yang berkaitan dengan kehidupan sebenar kepada murid. Masalah yang dikemukakan bukan masalah rutin dan pelbagai jenis penyelesaian mungkin. Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan masalah Model P &P Pembelajaran Berasaskan Masalah Persediaan Mengenal pasti masalah Menjelaskan masalah Proses Kreatif Terarah Imaginasi Perkembangan Mencari Melakukan alternatif operasi penyelesaia Menilai n penyelesaia Mencari n masalah penyelesaia n Tindakan Membuat refleksi penyelesaia n yang dibuat

Peserta guru diingatkan lagi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah, iaitu bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

32

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Pembelajaran Berasaskan Masalah Bidang Tajuk : Perkaitan : Matriks

Matlamat Pembelajaran: Memahami dan menggunakan konsep matriks Objektif Pembelajaran : Pelajar dapat menentukan i) ii)
iii)

bilangan baris bilangan lajur peringkat suatu matriks

Masa FASA 1. Persediaan Mengenalpasti Masalah Menjelaskan masalah

: 40 minit CADANGAN AKTIVITI 1. Murid diberi penerangan tentang satu situasi : En Hashim diberi sejumlah 12 biji benih jagung untuk ditanam di atas sebidang tanah yang berbentuk segiempat berhampiran rumahnya.Masalahnya dia tidak begitu pasti bagaimana untuk menanam biji benih tersebut dan berharap agar CADANGAN KOMUNIKASI Bagaimanakah kamu dapat membantu En. Hashim dalam menyelesaikan masalahnya ?

Apakah maklumat yang perlu kamu ambil perhatian dalam mencari penyelesaian masalah ini ?

33

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

tanaman jagungnya nanti dalam keadaan teratur. 2. Murid diminta untuk membantu En. Hashim menanam biji jagung dalam susunan yang teratur. 3. Bagi mendapatkan gambaran secara kasar tentang susunan ini, guru menunjukkan gambar tanaman getah dan kelapa sawit di ladang .

TANAMAN GETAH

34

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

TANAMAN KELAPA SAWIT 2. Imaginasi Mencari Penyelesaian 1. Murid dibahagikan kepada 8 kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 12 biji benih jagung. 3. Murid diminta untuk menyusun biji benih jagung tersebut di atas kertas A4 putih yang disediakan dalam susunan yang teratur mengikut daya kreativiti masingmasing. 4. Wakil setiap
35

Bagaimana cara kamu membaca susunan tersebut? (guru mengharapkan agar murid dapat merujuk susunan

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

kumpulan diminta untuk melukiskan pelan susunan yang diperolehi di papan putih dengan menggunakan tandaan huruf X. Contoh jawapan murid: X X X X X X X x X X X X

dengan menggunakan istilah baris dan lajur )

5. Setelah semua jawapan ditulis oleh setiap kumpulan, seorang murid diminta menukarkan tandaan huruf X ini kepada digit 1. 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

6. Guru melukiskan tandaan kurungan di hadapan dan di belakang setiap jawapan murid dan seterusnya memperkenalkan istilah
36

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

baris dan lajur serta peringkat matriks tertentu. Contoh


1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

Bilangan Baris : 3 Bilangan Lajur : 4 Peringkat Matriks : 3 X4


3. Perkembangan * Melakukan operasi * Menilai penyelesaian masalah 1. Dengan menggunakan biji benih jagung yang dibekalkan tadi, setiap kumpulan diminta untuk mempelbagai susunan. Contoh : 6 baris dan 2 lajur dan lain-lain. 2. Setiap wakil kumpulan diminta untuk merekodkan hasil dapatan mereka dalam bentuk matriks. 3. Murid dapat menulis hasil dapatan mereka dalam bentuk matriks dengan betul.
37

Berapa banyak susunan atur yang berlainan yang dapat kamu perolehi? (Dijangka pelajar akan memberi pelbagai jawapan)

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

4. Tindakan * membuat refleksi penyelesaian yang dibuat

1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sehelai kertas A4 putih dengan bentuk seperti A, B dan C. Contoh:
A B

Tuliskan suatu matriks yang sesuai dengan bentuk A, B dan C.

2. Dengan memberikan 4 digit iaitu 1, 2, 3 dan 4 ; murid diminta agar mencadangkan suatu matriks dengan peringkat matriks yang sesuai dengan bentuk yang diberikan. Contoh jawapan pelajar Bentuk A
1 3 2 4

Peringkat Matriks : 2 X2 Bentuk B


2 3

(1
38

4)

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Peringkat Matriks : 1 X 4 Bentuk C


1 2 3 4

Peringkat Matriks : 4X1 3. Murid dibekalkan dengan lembaran kerja. Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan Lembaran Kerja Jujur Kerjasama dalam kumpulan

Pentaksiran

Nilai dan sikap

39

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Lembaran Kerja Lengkapkan jadual d bawah . Bilangan Baris 1 .


5 4

Bilangan Lajur

Peringkat Matriks

2 1
2 2 4 0 1 4

2 .

3 8 1

3 .

6 9

4 . 5 .

( 1
4 1 2 7

7)

0 3

40

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS KURSUS Pemantapan Pedagogi Guru Sains dan Matematik (Kreativiti Dalam P&P) Kreativiti dan Inovasi MTSM4 2 jam Penceramah

Topik Kod Kursus Masa Personel

A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta guru dapat : 1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model membuat keputusan dalam pengajaran dan pembelajaran 2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model membuat keputusan

41

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model membuat keputusan, perkaitan proses kreatif terarah dengan model membuat keputusan dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model membuat keputusan.

C. Kaedah Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti hands-on, bengkel

D Bahan Pengajaran Nota, power-point

E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung

Penilaian 1. Pembentangan 2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian

Rumusan/Refleksi

42

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Kandungan Kursus Seterusnya, satu lagi strategi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna boleh dipraktikkan dalam kalangan guru adalah model membuat keputusan. Model Membuat Keputusan Model ini melibatkan murid dalam sesuatu situasi berkaitan kehidupan seharian di mana dia perlu membuat pilihan yang paling baik. Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model membuat keputusan Model P &P Membuat Keputusan Persediaan Mengumpul maklumat Mengenal pasti matlamat Mengenal pasti alternatif Menganalisis alternatif Proses Kreatif Terarah Imaginasi Perkembangan Meramal Menilai alternatif Menyusun yang dipilih alternatif Pemilihan alternatif Tindakan Membuat keputusan Membuat rumusan

Dalam proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, langkah demi langkah perlu diikuti dengan terliti, iaitu bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara kreativiti.

43

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Membuat Keputusan


Bidang Tajuk : PERKAITAN : GARIS LURUS : Memahami konsep kecerunan garis lurus pada Satah

Objektif Pembelajaran Cartesan.

Hasil Pembelajaran : Murid berupaya untuk: 1. Mengemukakan cara berlainan untuk mengukur darjah kecuraman (steepness) sesuatu garis lurus. 2. Menilai cara yang paling baik untuk menentukan kecerunan sesuatu garis lurus pada satah Cartesan. Masa FASA Persediaan Guru: Memerhati Menciri 44 Sekiranya anda perhatikan gambar pelumba basikal yang sedang menaiki bukit dan anda melukis : 2 waktu CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Mengelas Menyoal

lakaran seperti gambar rajah b, apakah yang dapat anda jelaskan?

Gambar rajah A

Murid: Pelumba A paling susah naik bukit sebab terlalu curam diikuti oleh pelumba B dan akhir sekali pelumba C.

Pelumba A C

Pelumba B

Pelumba

Gambar rajah B Guru: Sila lukiskan satu garis lurus pada papan grid/sketch GSP. 1. 5 orang murid diminta melukis garis lurus pada satah Cartesan. (Program GSP atau papan grid digunakan) 2. Murid diminta membandingkan perbezaan setiap garis lurus yang dilukis.

Apakah perbezaan di antara garisgaris lurus yang anda lukis? Kemungkinan jawapan murid: 1. 2. 3. 4. Garis Garis Garis Garis condong ke kiri condong ke kanan tegak lurus mengufuk

Imaginasi Meneroka Merancang Meramal 45

3. Guru membantu murid memfokuskan perhatian kepada perbezaan dari segi kecuraman garis lurus.

Garis lurus yang manakah lebih curam/landai? GSP1 Bolehkah anda cadangkan bagaimana mengukur darjah kecuraman (steepness) garis lurus? (Rujuk GSP1)

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

1. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan kecil. 2. Guru meminta setiap kumpulan murid mengemukakan sebanyak mungkin cara untuk menilai darjah kecuraman. Rujuk GSP1:
G SP 1 Y
B

Kemukakan sebanyak mungkin cara yang berlainan. Cara yang dikemukakan mestilah secara kuantitatif.

Perjelaskan maksud arah positif? Murid : ke atas

3. Murid akan mengemukakan pelbagai cara mengukur darjah kecuraman. [Respon yang dijangkakan daripada murid.] (a) sudut di antara garis lurus dengan paksi-x ke arah positif paksi y. (b) sin atau tan sudut di atas (sudut antara paksi x dengan garislurus) Membuat hipotesis (c) nisbah jarak mencancang kepada jarak mengufuk di antara dua titik pada garis lurus. (d) Jarak antara dua titik pada garis lurus 46 GSP2&3:

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

apabila jarak mengufuk adalah 1 unit. (e) y1 2 y x1 2 x

Bagaimanakah anda kaitkan cara yang dikemukakan dengan (a) darjah kecerunan. Kemungkinan jawapan: Semakin cerun sesuatu garis lurus, semakin besar sudut. Bagaimanakah anda kaitkan cara yang dikemukakan dengan arah kecondongan pula? Semakin condong , semakin kurang kecerunannya. Pelbagai jawapan yang diterima 3(a), 3(b), 3(c),3(d),.. Bincangkan kekuatan dan kelemahan cara yang anda kemukakan.

(f) 4(a) Murid mengaitkan cara yang dikemukakan dengan darjah kecerunan dengan sudut. Rujuk GSP 2
G S 2: P B D F H

Pilih cara yang paling baik untuk mengukur kecerunan garis lurus pada satah Cartesan.

A C

(b) Murid mengaitkan cara yang dikemukakan dengan arah kecondongan. Rujuk GSP3
G SP 3

Bagaimana jika garis lurus iu adalah mencancang Murid: Sangat cerun. Guru:menggunakan GSP1 dan menggerakkan garis. Apabila sesuatu garis itu menegak selari paksi-y ,maka kecerunan tidak tertakrif. Guru: Jika mengufuk? Murid: Tiada kecerunan.
x

Perkembang an Menguji hipotesis

5. Murid memilih cara yang dirasakan paling baik untuk menentukan kecerunan 47

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

sesuatu garis lurus.

1. Murid mengukur nilai kecerunan garis lurus pada lembaran kerja 1 (dalam fail GSP) berdasarkan cara-cara yang dikemukakan dalam kumpulan. Lembaran kerja1&2:GSP4

GSP4: berskala Adakah cara anda masih bersesuaian jika skala pada kedua-dua paksi adalah berlainan?

GSP4

Y L6
12

L3
10

L7

L2
4 2

L1
L5

-15

-10

-5

L4
-2

10

G/l L1 L2 L3 L4 . .

(a)

(b)

(c)

. .

Apakah kesimpulan yang anda perolehi daripada aktiviti yang anda lakukan hari ini? [Bagaimana anda kaitkan nilai berangka kecerunan (yang diperolehi dari

2. Murid mentafsirkan data yang diperolehi. 3. Murid membuat perbincangan mengenai kekuatan dan kelebihan cara menentukan kecerunan yang dikemukakan dalam kumpulan kecil.

y2 y1 ) dengan kecuraman? x2 x2

Murid: Semakin besar nilai kecerunan semakin curam sesuatu garis itu. Bagaimana anda kaitkan tanda kecerunan dengan arah kecondongan? Murid: Satu garis condong ke kanan

Tindakan Membuat kesimpulan 48

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Melapor 4. Murid akan mempersembahkan dapatan.

bermaksud kecerunannya positif dan sebaliknya jika condong ke kiri kecerunannya negatif.

Murid memilih cara yang paling baik untuk mengukur kecerunan garis lurus. Murid membuat kesimpulan tentang cara terbaik untuk menentukan kecerunan sesuatu garis lurus.

[Pilihan yang dijangkakan dari murid adalah y1 2 y x1 2 x ]

Pentaksiran Mentaksir

Murid diedarkan lembaran 2(a)

Selesaikan tugas yang diberi.

49

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

LE M B AR AN KER JA 2

E C A B D

Rujuk Lembaran kerja 2(a) Murid diedarkan lembaran 2(b) Rujuk lembaran kerja 2(b)

Nilai dan Sikap

Terapkan sifat berkerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti dalam kumpulan. Tanamkan nilai menghormati pandangan rakan-rakan sewaktu diminta memberi pendapat. Murid lebih menghayati bagaimana konsep matematik diperkembangkan.

50

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

LE M B AR AN K

51

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Lembaran kerja 2(b) 1.

Adakah garis lurus l dan m mempunyai kecerunan yang sama. Mengapa ya, mengapa tidak? 2. Kecerunan garis lurus G1 dan G2 adalah m1 dan m2 masing-masing dengan keadaan m1 > m2. Adakah mungkin garis lurus G2 lebih curam daripada garis lurus G1. Berikan sebab anda. 3. Lukiskan garis lurus L1, L2 dan L3 pada grid di bawah yang memenuhi syarat berikut: (a) L1 melalui titik (2,4) dan mempunyai kecerunan 2 (b) L2 dengan kecerunan bernilai negatif (c) L3 dengan 0 <kecerunan <1

52

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

4. Garis lurus L melalui titik (3,8) dan mempunyai kecerunan 2. Nyatakan satu titik lain yang terletak pada garis lurus tersebut.

5. Pilih nilai p and q supaya (4, 3), (2, p) dan (q, 7) adalah segaris. Tunjukkan titik anda adalah segaris.

53

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS KURSUS Pemantapan Pedagogi Guru Sains dan Matematik (Kreativiti Dalam P&P) Kreativiti dan Inovasi MTSM5 2 jam Penceramah

Topik Kod Kursus Masa Personel

A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta guru dapat : 1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran 2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran beraaskan projek B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model pembelajaran berasaskan projek, perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan projek dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan projek. C. Kaedah 54

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti hands-on, bengkel

D Bahan Pengajaran Nota, power-point

E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung

Penilaian 1. Pembentangan 2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian

Rumusan/Refleksi

55

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Kandungan Kursus Selanjutkannya, model pembelajaran berasaskan projek merupakan satu lagi strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasikan. Model Pembelajaran Berasaskan Projek Model ini memberi tumpuan kepada menyediakan pengalaman belajar yang kaya. Murid terlibat dalam menyelesaikan masalah, menyiasat dan tugas lain yang bermakna. Murid membina pengetahuan sendiri. Murid menghasilkan produk yang realistik.

Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan projek Model P &P Pembelajaran Berasaskan Projek Persediaan Tinjauan berfokus/ Berstruktur Penyoalan Proses Kreatif Terarah Imaginasi Perkembangan Meneroka Meneroka Merancang Mencari maklumat Meramal Membuat prototaip Tindakan Menganalisis maklumat Merumus Mentaksir Melapor Dokumentas i Menguji prototaip

Tegasnya, proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

56

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Pembelajaran Berasaskan Projek.


Bidang Tajuk : : Perkaitan Persamaan Kuadratik Murid dibimbing untuk : Menggunakan konsep persamaan kuadratik

Objektif Pembelajaran:

Hasil Pembelajaran: Murid berupaya untuk: i melukis gambarajah bagi situasi tertentu menggunakan konsep persamaan kuadratik ii menghasilkan satu rekabentuk untuk mengindahkan kawasan sekolah. Masa :10 waktu FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI 1. Persediaan 1. Guru meminta pelajar untuk membentuk 4 kumpulan. Tinjauan berfokus/berstruktur 2. Guru bersama murid meninjau Bolehkah anda bantu saya kawasan sekolah yang sesuai merekabentuk kawasan untuk diceriakan. yang sesuai untuk dibina laluan berjubin ini? 3. Murid menerima soalan projek daripada guru. Murid meninjau kawasan dan membuat Apakah yang perlu perbincangan dalam kumpulan diambilkira untuk masing-masing. menghasilkan rekabentuk (Rujuk Lampiran 1). kawasan yang sesuai? 4. Murid di arahkan balik ke kelas Bolehkah anda untuk proses perbincangan mengenalpasti kaedah yang selanjutnya. sesuai untuk menyelesaikan tugasan ini?' 5. Murid diminta untuk mengimbas kembali persamaan kuadratik melalui pengetahuan sedia ada 57

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

berkaitan dengan beberapa rajah yang ditunjukkan oleh guru melalui Power Point.

Rajah 1 Penyoalan x Apakah luas kawasan bagi Rajah 1 dalam sebutan x? Jangkaan jawapan x(x+3) = x2+3x

x+ 3 Rajah 2 Apakah luas kawasan bagi Rajah 2 dalam sebutan x? Jangkaan jawapan x(x) = x2

x Rajah 3 Apakah luas kawasan bagi Rajah 3 dalam sebutan x? Jangkaan jawapan x 4x = 6x2 Bagaimana anda boleh mengaitkan tajuk ini dengan tugasan yang akan anda jalankan nanti?

2x

58

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

2. Imaginasi Meneroka

1. Guru menunjukkan 2 rekabentuk kawasan yang telah dipasang dengan jubin pelbagai bentuk yang biasa ditemui sebagai satu rangsangan kepada pelajar sebelum membuat penerokaan sendiri.

Pernahkah anda lihat rekabentuk kawasan laluan seperti yang ditunjukkan?

Gambar 1

Apakah perbezaan antara 2 rekabentuk tersebut?

Apakah bentuk-bentuk geometri yang digunakan? Gambar 2

Merancang

2. Murid diminta untuk duduk di dalam kumpulan dan membuat perbincangan berkaitan tugasan yang telah diberikan. 3. Murid boleh meminta pandangan dan pendapat daripada guru berkaitan hasil perbincangan. 4. Murid diminta untuk membincangkan panjang dan lebar kawasan yang sesuai.

Bolehkah anda merekabentuk kawasan yang hendak diceriakan? Apakah panjang dan lebar yang sesuai untuk mendapatkan keluasan yang dikehendaki? Bagaimana anda pasti bahawa panjang dan lebar yang telah dipilih bersesuaian dengan

Meramal

59

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

rekabentuk yang anda bincangkan? 3. Perkembangan Meneroka dan mencari maklumat 1. Murid diminta untuk mencari maklumat berkaitan pelbagai rekabentuk kawasan lanskap dari pelbagai tempat menarik seperti di taman rekreasi dan sebagainya atau daripada laman web secara berkumpulan. (Situasi ini boleh diubah mengikut kesesuaian. Guru boleh meminta murid untuk membuat rujukan sendiri di luar waktu P&P) 2. Guru menyediakan bahanbahan yang sesuai seperti polisterin, mounting board, gam, plastisin, kertas warna dan keperluan lain bagi murid untuk membina rekabentuk yang telah dibincangkan. 1. Murid mempamerkan hasil kerja masing-masing. Apa lagi yang mungkin perlu dilakukan untuk memastikan bahawa rekabentuk adalah bersesuaian dengan luas serta bentuk kawasan yang dikehendaki?

Membuat prototaip

Menggunakan maklumat yang telah anda peroleh, bina sebuah prototaip rekabentuk kawasan yang telah anda reka.

4. Tindakan Menganalisis maklumat, merumus, mentaksir dan melapor

Apakah kemahiran atau pengetahuan yang telah digunakan ketika anda menyelesaikan projek ini? Adakah pengetahuan baru yang dapat anda peroleh?

2. Setiap kumpulan akan membuat pemerhatian dan memberi komen hasil kerja dari kumpulan yang lain. 3. Setiap ahli di dalam kumpulan terbabit akan mempertahankan hasilan masing-masing. Dokumentasi 4. Murid menghasilkan dokumen hasil kerja di samping menghasilkan model yang telah direka. Menguji prototaip 5. Murid duduk di dalam 60

Apakah cara lain untuk anda mempersembahkan hasil tugasan ini? Adakah anda berpuashati dengan hasil kerja anda?

Bagaimana anda dapat membuktikan bahawa

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Pentaksiran Nilai dan sikap

kumpulan masing-masing dan rekabentuk ini paling sesuai menjawab soalan yang berupa seperti yang dikehendaki? penilaian terhadap hasil kerja mereka.. Respon pelajar terhadap soalansoalan yang diutarakan oleh guru dan kesesuaian prototaip. 1 Bekerjasama dan bertolak ansur ketika membuat perbincangan kerja berkumpulan. 2 Ketelitian dan ketepatan dalam menghasilkan model rekabentuk kawasan berpagar.

LAMPIRAN 1

PROJEK MEREKABENTUK KAWASAN UNTUK MENGINDAHKAN KAWASAN SEKOLAH Sekolah kita ingin menceriakan kawasan sekolah supaya kelihatan lebih cantik dan ceria. Pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah bermurah hati menyediakan peruntukan untuk membina lantai bagi beberapa kawasan laluan dalam kawasan sekolah supaya lebih bersih. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki untuk meninjau dan mendapatkan maklumat tentang beberapa kawasan yang bolah diceriakan. Daripada maklumat tersebut anda dikehendaki merekabentuk kawasan yang perlu dibina dengan lantai jubin dengan mengambil kira keluasan kawasan. Rekabentuk kawasan mestilah kreatif dan menarik dengan menggunakan bentuk-bentuk asas geometri.

Di akhir tugasan anda, anda harus berupaya untuk: i ii iii iv Menentukan bentuk dengan ukuran yang sesuai bagi kawasan yang dikehendaki. Melakarkan rekabentuk kawasan yang telah anda pilih. Membina satu model untuk kawasan yang hendak dibina dengan jubin. Menghasilkan dokumentasi yang lengkap bagi projek anda.

Tugasan ini mestilah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu sebelum pembentangan projek berkenaan dijalankan. 61

KREATIVITI MATEMATIK DALAM P&P(SEKOLAH MENENGAH)

201 1

Contoh Rekabentuk Projek

62

Anda mungkin juga menyukai