Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PENGENALAN Pembelajaran adalah sebahagian dari kehidupan manusia dan proses ini boleh berlaku bila-bila dan di mana-mana sahaja sama ada secara formal atau pun tidak formal. Dalam proses pembelajaran secara formal, guru haruslah mengenali jenis personaliti para pelajarnya untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini adalah kerana setiap pelajar itu berbeza dan memiliki sifat yang unik disebabkan oleh suasana persekitaran dan perwarisan yang berbeza di antara mereka. Terdapat pelbagai ciri-ciri proses belajar. Pertama, perubahan yang berlaku secara disengajakan. Proses ini berlaku apabila individu itu sendiri yang berusaha untuk melakukan perubahan dalam diri mereka melalui apa yang sudah dipelajari. Contohnya, seorang pelajar menyedari kelemahannya dalam pelajaran apatah lagi apabila mendapat markah yang rendah dalam ujian. Pelajar itu akan berusaha mendapatkan markah yang lebih baik dalam ujian seterusnya dengan mengambil inisiatif meningkatkan kaedah belajar yang baik dan lebih berkesan seperti lebih banyak melakukan pembacaan dan latih tubi. Dalam erti kata yang lain, pelajar sedar akan perubahan yang berlaku dalam diri mereka. Proses belajar berlaku apabila terjadi perubahan tingkah laku di dalam diri seseorang. Untuk memudahkan perubahan tingkah laku terjadi, maka seseorang itu perlulah ada matlamat dan terarah. Perubahan tingkah laku secara Holistik bermaksud perubahan yang menyeluruh dalam diri seseorang. Ia terdiri dari semua aspek seperti cara hidup, cara pemikiran, kepercayaan, matlamat dan lain-lain lagi. Setiap individu mempunyai gaya belajar tersendiri. Kefahaman tentang gaya belajar ini penting kerana dengan kefahaman ini seseorang itu dapat merancang aktiviti, memilih kaedah dan teknik pengajaran. Kita sendiri perlu mengetahui gaya belajar diri agar masalah belajar dapat diatasi. Terdapat pelbagai cara belajar iaitu gaya belajar visual, audiotori dan kinestatik. Gaya belajar visual menggunakan bahan-bahan visual seperti gambar-gambar, carta-carta, peta, graf, gambar rajah, jadual dan seumpanya. Individu yang mempunyai gaya belajar auditori sering melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan atau kelas. Selain itu, mereka membentuk kumpulan 1

perbincangan kecil. individu ini juga mendedahkan diri memberi ucapan atau persembahan. Selain itu, individu yang menggunakan gaya belajar kinestatik pula perlu berehat seketika selepas belajar dalam tempoh yang agak panjang. Mereka juga sentiasa bergerak dan beraktiviti semasa membaca. 2.0 DEFINISI BELAJAR Belajar merupakan istilah yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian

manusia. Semua orang seakan-akan tahu maksud belajar. Namun jika ditanyakan kepada diri kita sendiri, akan muncul sebuah pertanyaan apakah yang dimaksud dengan belajar. Kemungkinan akan muncul berbagai definisi mengenai belajar,begitu juga dalam kalangan ahli psikologi. Berikut merupakan pendapat para ahli psikologi tentang belajar: i. Skinner (1958) menyatakan bahawa Learning is a process progressive behavior adaptation. Dari definisi tersebut dapat dikemukakan bahwa belajar itu merupakan suatu proses adaptasi perilaku yang bersifat progresif. Ini bermaksud bahawa belajar akan membawa pada keadaan yang lebih baik dari keadaan sebelumnya. Disamping itu, belajar juga merupakan proses yang memerlukan waktu untuk mencapai suatu hasil. ii. McGeoch (1956) memberikan definisi belajar learning is a change in performance as a result of practice. Ini bererti bahawa belajar membawa perubahan dalam tindakan, yang disebabkan oleh proses latihan. iii. Kimble memberikan definisi belajar Learning is a relative permanent change in behavioral potentiality occur as a result of reinforced practice. Dalam definisi tersebut kita dapat melihat adanya perubahan yang bersifat kekal, yang disebabkan oleh latihan yang berterusan. iv. Horgen (1984) memberikan definisi mengenai belajar learning can be defined as any relatively, permanent change in behavior which occurs as a result of practice or experience. Suatu hal yang muncul dalam definisi ini adalah perilaku sebagai akibat belajar itu disebabkan latihan atau pengalaman.

v.

Woolfolk, A. (2001) mendefinisikan belajar sebagai apabila berlakunya perubahan dari segi pengetahuan dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahn itu mungkin disengajakan atau tidak. Perubahan itu dapat dikesan sekiranya berlaku proses pembelajaran di dalam kehidupan anda sama ada melalui kesedaran anda sendiri ataupun disedari oleh orang-orang di sekitar anda. Mengikut kamus Inggeris - Melayu Dewan (1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran proses pembelajaran. Proses belajar juga berlaku dalam semua peringkat iaitu adanya rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deria, pemikiran makna sesuatu rangsangan dalam otak, membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan,

mengamalkan dalam situasi yang sepadan, dan perubahan tingkah laku. Oleh itu, belajar adalah merupakan memproses maklumat yang membawa kepada perubahan pengetahuan, tingkah laku dan juga kemahiran seseorang. Pelbagai sifat yang boleh didapati dalam diri manusia. Cara belajar, mahupun

persepsi manusia terhadap belajar juga turut berlainan. Walaupun belajar telah menjadi satu kebiasaan dan kewajipan bagi manusia pada zaman ini, namun masih terdapat segelintir manusia yang menganggap belajar itu adalah suatu proses yang susah. Maka secara tidak langsung wujudlah kelompok masyarakat yang tidak gemar belajar dan seterusnya tidak belajar sehingga mana-mana peringkat kelulusan pun. Namun, dalam keadaan sedar atau pun tidak, belajar bukan sahaja untuk golongan bijak pandai, golongan kaya dan ia juga tidak dijalankan pada setiap hari dan setiap masa secara formal. 3.0 KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR Kemahiran belajar amat diperlukan oleh setiap individu terutamanya pelajar untuk mendapat hasil yang baik. Setiap individu harus menggunakan kemahiran belajar yang sesuai untuk memudahkan proses pembelajaran. Terdapat pelbagai pendapat mengenai konsep belajar seperti belajar merupakan salah satu kegiatan yang melibatkan penghafalan. Selain itu, pendapat lain mengenai konsep belajar ialah belajar

memerlukan pelaksaan latih-tubi yang berterusan. Belajar juga adalah hasil pengumpulan maklumat dan membut rujukan. Pandangan individu terhadap konsep belajar ini akan mempengaruhi tingkah laku seseorang, contohnya bagi orang yang mempunyai pengertian belajar itu adalah kegiatan menghafal, maka tingkah lakunya ke arah menghafal sesuatu semasa dalam proses belajar. Tindakan seseorang banyak melakukan latih tubi, ulang kaji dan sebagainya sekiranya pandangan belajar kearah latih tubi. Belajar merupakan suatu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan, sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi dengan persekitarannya. Belajar juga adalah merupakan proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi yang membawa kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran. Kemahiran belajar adalah merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar. Kemahiran belajar dapat membantu pelajar menggunakan celik akal untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud. Sebagai contoh, seorang pelajar akan dapat menyelesaikan masalah pengiraan dalam kehidupan seharian dengan mudah. Selain itu, pelajar juga akan dapat mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan pembelajaran yang baru. Contohnya, seseorang yang pernah belajar sesuatu yang berkaitan dengan mata pelajaran tersebut akan mengaitkan pembelajaran mereka dengan kehidupan seharian. Kemahiran belajar ini juga akan membangkitkan kesediaan anda terhadap isi pelajaran yang akan dipelajari. Pelajar ini biasanya akan mencari maklumat atau membaca sumber-sumber yang berkaitan sebelum memulakan pembelajaran. Mereka akan lebih memahami apa yang telah diajar dengan mudah. Disamping itu, kemahiran ini juga melatih pelajar menggunakan persepsi dengan tepat untuk membina jalan pemikiran yang rasional. Perkara yang dipelajari juga akan berkembang dengan adanya kemahiran belajar mengikut tahap-tahap perkembangan kognitif, konkrit kepada abstrak, pengalaman sedia ada kepada pengalaman yang baru,

dan memupuk motivasi dan menggalakan anda melibatkan diri secara aktif dalam belajar. Tambahan lagi, pelajar juga akan terbimbing mengenalpasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum. Pelajar juga akan menggunakan sumber-sumber persekitaran yang ada untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan. Ingatan jangka pendek dan jangka panjang juga dapat dikukuhkan melalui kaedah menyusun, mengedit, mengklasifikasi, menghubungkait, mnemonik dan cara-cara lain yang bersesuai dengan adanya kemahiran belajar. Naluri ingin tahu pelajar juga akan dapat ditingkatkan melalui pelbagai kaedah belajar seterusnya dapat mendorong pelajar untuk belajar dan melakukan lebih banyak penyelidikan. 4.0 KEMAHIRAN BELAJAR BERKESAN Kemahiran belajar boleh dibahagikan kepada tiga iaitu kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota serta kemahiran mengingat. 4.1 KEMAHIRAN MEMBACA Dalam proses kemahiran belajar, kemahiran membaca juga merupakan salah satu aspek penting dan tidak boleh dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul boleh meningkatkan pemahaman sesuatu informasi dengan lebih jelas dan berkesan. Teknik membaca dengan betul amat penting dalam sesuatu proses pembelajaran kerana ini akan dapat meningkatkan pemahaman seseorang individu dengan lebih berkesan. Teknik membaca yang betul merupakan teknik yang amat penting dalam sesuatu proses pembelajaran kepada setiap individu itu. Selain itu, kemahiran membaca ini juga terdapat beberapa teknik yang dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca, antaranya ialah:

4.1.1 Membaca secara berhati-hati Teknik ini amat digalakkan dan semua individu yang terlibat dalam proses kemahiran belajar mesti memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa-apa yang dibaca supaya dapat memahami apa yang dibaca. Selain itu, kita juga hendaklah cuba memahami fakta atau apa sahaja informasi yang kita baca, dan cuba memahami fakta5

fakta yang dianggap penting. Apabila kita membaca, sudah semestinya kita mahukan ketenangan dan kedamaian, walaupun ada juga segelintir individu yang suka membaca dengan suasana tidak tenang. Seharusnya, elakkan gangguan-gangguan luar seperti bunyi televisyen, radio dan sebagainya. Ini kerana tumpuan kita terhadap pembacaan akan terjejas akibat gangguan tersebut dan boleh menyebabkan apa yang kita baca tadi terjejas dan sukar difahami. .

4.1.2 Membaca secara menyeluruh Teknik ini juga sesuai digunakan. Jika seseorang individu itu mahu membaca secara menyeluruh, bacaannya hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat-ayat terakhir, tetapi masih mengekalkan teknik pembacaan secara berhati-hati supaya tidak terlepas fakta-fakta atau informasi penting. Pembacaan secara menyeluruh ini hendaklah dimulakan dari pnegenalan. Jangan menganggap

pengenalan itu bahagian yang kurang penting, kerana di situlah tempat yang memberi gambaran awal yang jelas tentang isi kandungan dan bab. Kita juga boleh mengetahui samada informasi atau apa sahaja yang kita cari itu terdapat pada buku itu atau tidak. 4.1.3 Membaca secara berulang-ulang Cara ini juga merupakan salah satu cara yang bagus untuk sesetengah individu yang tidak mempunyai ingatan yang kuat. Tidak salah jika orang yang cerdik pun menggunakan teknik yang sama kerana apabila kita membaca secara berulang-ulang boleh membantu kita mengingat fakta dengan baik dan jelas. Selain itu, isi-isi juga dapat difahami dengan mendalam apabila kita membaca secara berulang-ulang kali. teknik ini juga boleh mengelakkan kita daripada tertinggal membaca fakta penting. 4.1.4 Membaca dalam suasana yang selesa Apabila kita membaca, pastikan lampu dipasang dengan terang terutamanya pada waktu malam. Ini kerana apabila suasana yang tidak terang boleh menimbulkan rasa ketidakselesaan kerana tidak dapat memberi sepenuh perhatian pada pembacaan. Selain itu, mata mudah menjadi rosak seperti rabun kerana otot mata bekerja keras untuk mendapatkan cahaya yang sedikit itu. Selain keadaan yang terang, suasana 6

tempat itu hendaklah sunyi dan senyap supaya apa yang dibaca dapat di fahami dengan mudah selain dapat menimbulkan keselesaan dan keharmonian kepada kita. Udara juga memainkan peranan yang penting dalam sesebuah kawasan. Apabila seseorang itu tidak mendapat udara yang secukupnya, seseorang itu berkemungkinan pitam atau mati. Begitu juga dengan suasana di kawasan pembacaan bilik atau kawasan itu mestilah mempunyai ruang udara yang mencukupi supaya sistem pernafasan kita berjalan dengan lancar dan selesa dengan kedudukan kita. Jika kita belajar didalam bilik yang berhawa dingin, sebaiknya pasanglah alat penghawa dingin dengan suhu yang sederhana sahaja supaya tidak terlalu sejuk mahupun panas. Jika memerlukan kipas, sebaiknya pasanglah kipas supaya keadaan kita tidak terganggu dengan gangguan.

4.1.5 Kita berasa dalam keadaan selesa Apabila kita hendak memulakan sesuatu pekerjaan, kita semestinya mahukan keadaan yang betul supaya keadaan kita menjadi selesa. Apabila kita hendak memulakan pembacaan,kita hendaklah melihat kepada posisi duduk. Kita hendaklah duduk dalam keadaan yang betul seperti duduk dengan tegak diatas kerusi supaya kita berasa lebih bersemangat untuk membaca. Selain itu, kita hendaklah memastikan kesihatan badan kita supaya tidak menghidapi sebarang penyakit seperti demam, pening, selsema dan sebagainya. Apabila kita menghidapi sebarang penyakit, kita tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang kita baca. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga kesihatan badan dengan baik supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang kita lakukan. Kita juga tidak digalakkan berbaring semasa membaca .Pada kebiasaannya, seseorang akan tertidur dan mudah berasa mengantuk kerana apabila kita berada dalam keadaan seperti itu seolah-olah mahu merehatkan otak daripada terus berfikir.

4.1.6 Baca secara berperingkat Pembacaan secara berperingkat ini amat sesuai digunakan supaya informasi atau fakta yang penting tidak terlepas tidak tertinggal. Pada peringkat permulaan, baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan. Peringkat seterusnya, hendaklah 7

membaca isi untuk mendapatkan maklumat. Pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota akan digunakan. Pada peringkat seterusnya, kita hendaklah mencatatkan apa sahaja isi yang telah kita baca dan apa yang kita kumpulkan.

4.1.7 Bentukkan soalan ketika membaca Cuba anda gunakan kaedah 1 husband 6 wives atau 6 W question 1 H seperti berikut: HOW, WHAT, WHO, WHEN, WHERE, WHICH, WHY. Apabila kita membentuk soalan seperti ini, kita lebih mudah mengingat apa isi yang kita baca kerana apabila kita bermain dengan soalan seperti ini, kita lebih cepat dan mudah memahami apa yang kita baca.

4.1.8 Catatkan isi yang dibaca Apabila kita mencatat, secara automatiknya kita akan menggunakan tiga kaedah iaitu membaca, mencatat serta mengingat. Ketika kita mencatat, kita berfikir Apakah yang perlu dicatat?. Soalan ini menjadikan ingatan kita lebih tajam dan senang untuk mengingat apa-apa. 4.1.9 Gunakan bahan pembelajaran lain ketika membaca . Apabila kita membaca,kita mestilah gunakan alat lain sebagai tambahan seperti pen, pensel, kamus, highlighter dan penanda buku supaya isi-isi penting yang kita cari senang difahami. Apabila semua peralatan itu sudah disediakan, tandakan isi-isi penting dengan highlighter. Selepas itu, gunakan kamus untuk mencari

perbendaharaan kata yang sukar jika anda memerlukan kamus. Selepas itu, gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian yang sudah ditanda dengan highlighter. Kemudian, tulislah semula isi-isi penting pada kertas lain supaya apa yang dibaca tadi mudah difahami.

4.2 KEMAHIRAN MENCATAT NOTA Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat

semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota adalah satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar. Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu. 4.2.1 Kenapa perlu membuat nota? Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca. Secara tidak langsung, isi pembelajaran akan lebih mudah difahami dan diingati. Selain itu, nota juga dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca dengan lebih cepat. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa terutamanya sebelum peperiksaan. Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan. Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan. 4.2.2 Teknik Mencatat Nota Berikut adalah beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota: 1. Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku. 2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat. 3. Kenal pasti kata kunci. Gunakan formula [4 w + h] 4. Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan 5. Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.

4.2.3 Ciri-ciri Nota yang Baik 9

Nota yang baik hanya terdiri daripada isi-isi penting [utama] dan bukan merangkumi semua isi pembelajaran. Selain itu, nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca agar lebih mudah difahami. Tulislah nota di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran untuk memudahkan catatan dan pembacaan. Untuk lebih mudah difahami, catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri. Elakkan menggunakan ayat yang panjang sekiranya menggunakan poin. Gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham sekiranya perlu. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca.

4.3 KEMAHIRAN MENGINGAT Walaupun pelajar sudah memahami apa yang telah diajar, ini tidak bermakna mereka boleh ingat untuk jangka masa panjang. Oleh itu, guru harus menentukan pelajar mempelajari kemahiran mengingat. Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulang kaji. Lebih kerap kita mengulangkaji, kita akan lebih mengingati apa yang kita pelajari. Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan bilangan ulang kaji yang berbeza. Oleh itu, pelajar seharusnya mengetahui potensi diri-sendiri. 4.3.1 Teknik mengingat Teknik yang pertama ialah menyedia dan mengulang kaji peta konsep atau peta minda. Selain itu, pelajar juga boleh menyedia dan mengulang kaji carta aliran dan gambar rajah Venn. Teknik lain ialah menyedia dan mengulang kaji singkatan, simbol, nemoniks, lukisan atau lakaran, membuat bayangan atau visual iaitu membuat bayangan atau visual dalam minda dengan gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual, graf, pemandangan atau pergerakan dan mengulang atau mengingat kembali bayangan atau visual itu dengan lebih kerap. Pelajar juga dapat mengingat sesuatu dengan menyebut berulang kali. Menyebut berulang kali perkataan, data, fakta atau maklumat akan membantu ingatan. Disamping itu, mengingat perkataan adalah susah tetapi boleh dicapai sekiranya bilangan perkataan dikurangkan kepada perkataan yang penting sahaja dan juga digunakan dengan teknik lain seperti peta konsep, 10

bayangan, carta aliran dan sebagainya.Pelajar juga boleh menggunakan teknik menulis atau melakar semula. Sebagai contoh, menulis atau melakar semula berulang kali perkataan, data, fakta, peta konsep, carta aliran dan sebagainya akan membantu daya mengingat. Pelajar anda perlu dilatih menulis atau melakar tanpa melihat nota yangtelah disediakan. Individu juga dapat mengingat dengan melakukan gerakan, kerja amali, eksperimen.

5.0 TOKOH BELAJAR 5.1 DR RITA DUNN DAN KENNETH DUNN Menurut Dunn (1980), gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memproses serta mengekalkan maklumat baru. Gaya pembelajaran bergantung kepada ciri-ciri biologi dan perkembangan sahsiah seseorang dan ia dipengaruhi oleh persekitaran, emosi, pengaruh sosial serta perasaan individu. Akibatnya, sesuatu pengajaran boleh jadi berkesan bagi seorang pelajar tetapi tidak berkesan bagi pelajar yang lain kerana gaya pembelajaran mereka berbeza. Dunn, et al. (1990), berpendapat adalah tidak patut sekiranya satu-satu gaya pembelajaran seperti belajar secara berkumpulan dipaksa ke atas semua pelajar. Ini kerana langkah sedemikian boleh menjejaskan pencapaian pelajar yang mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap gaya yang lain. Semasa ditemubual tentang gaya pembelajaran, Dunn (1990) berpendapat bahawa pelajar dengan tahap akademik yang berlainan boleh menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam pencapaian akademik apabila gaya pengajaran guru disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Pelajar juga boleh menunjukkan sikap positif terhadap persekolahan selepas mereka ditunjuk cara belajar dengan mengambil kira kecenderungan gaya pembelajaran mereka. Model mereka juga lebih dikenali sebagai Model Dunn & Dunn. Ciri-ciri pembelajaran yang berbeza memerlukan satu pendekatan pengajaran bersepadu yang mengambil kira perbezaan individu bukan saja dari segi gaya kognitif tetapi juga dari aspek-aspek lain. Cadangan oleh Dunn dan Dunn (1993) dilihat sebagai altenatif yang lebih sesuai di dalam menzahirkan pendekatan pengajaran yang bersepadu. Menurut 11

Rita dan Kenneth Dunn dalam Meng (1997) menyatakan, If children cannot learn the way we teach them than we must teach them the way they learn. Dunn dan Dunn juga telah mengenal pasti lima jenis pemboleh ubah utama di dalam model pembelajaran iaitu alam sekitar, sosial, emosi, fisiologi dan psikologi. 5.1.1 Persekitaran Orang yang termasuk dalam kategori ini selesa belajar dalam suasana yang tenang dan aman. Mereka suka kepada kedinginan dan nyaman suasana, selesa dengan bunyi latar belakang seperti muzik serta memerlukan tempat belajar yang terang dan cerah. Individu ini tidak mempunyai masalah untuk belajar di luar kawasan bangunan seperti di taman-taman dan tepi tasik.

5.1.2 Emosi Golongan ini memerlukan dorongan yang kuat untuk belajar terutamanya dari keluarga, guru-guru dan rakan-rakan. Mereka perlu dicabar dan dirangsangkan untuk mendapat minat untuk belajar. Dorongan mungkin berupa luaran dan dalaman. Rasa untuk belajar timbul di dalam diri apabila suasana dan persekitaran ditingkatkan. Emosi perlu sentiasa dirangsang untuk mendapatkan dorongan belajar. Peristiwa-peristiwa yang menyedihkan, menggembirakan, melucukan, semuanya memberi makna kepada untuk meningkatkan lagi minat seseorang dalam perkara yang dipelajari. Kata-kata perangsang merupakan nadi penggerak untuk mereka belajar seperti kata-kata hikmah. 5.1.3 Sosiologikal Mereka yang termasuk dalam ciri ini seharusnya mempunyai ramai rakan sokongan untuk belajar. Selain itu, mereka kurang selesa untuk belajar bersendirian serta perlu mendapat pandangan dan pendapat orang lain.mereka juga memerlukan orang lain untuk menerangkan sesuatu perkara yang anda kurang faham. Disamping itu, mereka juga ingin pendapat dan pandangan mereka didengar oleh orang lain. Mereka gemar kepada suasana perbincangan, kerjasama, bersoal-jawab, mengemukakan hujah dan memberi ulasan kepada maklumat yang diterima. Perkara penting di sini ialah orang

12

lain merupakan faktor penting untuk mereka belajar. Tanpa mereka suasana belajar akan menjadi hambar dan minat belajar akan cepat hilang.

5.1.4 Fizikal Golongan ini termasuk dalam kalangan orang yang tidak dapat duduk sahaja semasa belajar serta memerlukan aktiviti dan pergerakkan yang banyak. Semasa belajar mungkin mereka akan melukis sesuatu, bangun mengambil air, pen, pensil dan seumpamanya. Mereka juga akan mencari makanan yang boleh mereka makan semasa membaca. Semasa belajar, individu ini mungkin akan membuka tingkap, memasang radio dan mundar-mandir sehingga orang lain menyangka individu ini tidak tekun belajar dan kurang berdisiplin tetapi hakikatnya inilah suasana mereka belajar.

5.1.5 Psikologikal Mereka yang termasuk dalam kategori ini seharusnya belajar dengan menggunakan segala potensi yang ada dalam diri anda. Terdapat kepelbagaian cara dan gaya anda mendapatkan maklumat dari pembelajaran mereka. Mereka belajar secara keseluruhan dan bersifat global. Individu yang tergolong dalam golongan ini menganalisis sesuatu dengan tekun dan membuat reflektif global. Individu lebih memproses maklumat di otak kiri suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis. Mereka juga lebih cenderung memproses maklumat di otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu. Dalam erti kata lain, individu dalam kategori ini menggunakan kemampuan otak kanan dan kiri untuk mendapatkan maklumat.

5.2 DAVID A. KOLB Kolb, Professor Organizational Behavior di Weatheread School of Management (1985) dapat menggambarkan empat model pembelajaran yang asas hasil daripada gabungan pengalaman pelajar dan keperluan persekitaran. Model ini mengandungi empat jenis gaya pembelajaran iaitu pengalaman konkrit, pemerhatian reflektif, eksperimentasi aktif dan konseptualisasi abstrak. Model Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (PBP) David Kolb banyak ditemui di dalam perbincangan tentang teori dan 13

praktis pendidikan dewasa, pendidikan tidak formal dan pendidikan berterusan. Gaya pembelajaran ini menekankan kepada pengalaman individu dalam memperoleh pengetahuan. Beliau berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran, semua pelajar yang berkesan perlu berkebolehan dalam aspek pengalaman konkrit (concrete experience), pemerhatian reflektif (reflective observation), konseptualisasi abstrak (abstract conceptualization) dan eksperimentasi aktif (active experimentation). Model yang dibina oleh Kolb ini memfokuskan pemprosesan maklumat. menegaskan bahawa proses pembelajaran adalah satu proses yang berkitar. Kolb juga telah menjelaskan model gaya pembelajaran beliau seperti berikut: Pembelajaran merupakan satu proses integrasi yang berada dalam satu kitaran dan bermula dengan pengalaman diikuti dengan pengumpulan data dan pemerhatian tentang pengalaman tersebut. Data akan dianalisis dan kesimpulan yang diperolehi akan digunakan untuk mengubahsuai tingkah laku dalam menghadapi satu situasi pengalaman yang baru. (Kolb, 1984 dalam Sadler-Smith, 1997).

Model ini boleh diperincikan lagi seperti berikut: 5.2.1 Pengalaman konkrit Proses pembelajaran biasanya bermula apabila seseorang pelajar mula melakukan sesuatu perbuatan tertentu dan kemudiannya ia akan melihat kesan perbuatan tersebut di dalam situasi yang khusus. Dalam pengalaman konkrit, pelajar terlibat dengan pengalaman baru. Intuisi amat ditekankan. Pelajar perlu berfikiran terbuka, mudah beradaptasi, intuitif dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

5.2.2 Konseptualisasi abstrak Pelajar berusaha untuk mengatur dan menyusun maklumat secara sistematik dan logik ke dalam bentuk konsep, teori dan idea. Aspek pemikiran ditekankan berbanding intuisi.

5.2.3 Pemerhatian reflektif Pelajar menjadi pemerhati yang objektif. Kemahiran mendengar, memerhati, dan menyedari perubahan amat penting bagi individu yang terlibat dalam gaya pembelajaran ini. Rogers (2002) dalam menerangkan sikap pelajar reflektif menyatakan 14

bahawa sesetengah orang gemar bersikap tunggu dan lihat, memerhati dan mendengar perbincangan orang lain terlebih dahulu dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan apabila soalan diajukan, mereka mengambil masa untuk berfikir, teragakagak dan kurang berkeyakinan. 5.2.4 Eksperimentasi aktif Pelajar terlibat secara langsung dengan persekitaran. Gaya dominan yang terlibat dalam eksperimentasi aktif ialah pengujian. Strategi utama adalah mencari jalan penyelesaian yang tepat dan mendapat keputusan yang praktikal.

Kolb juga telah mengkategorikan pelajar atau individu ke dalam kumpulan yang dikenali sebagai diverger, asimilator, konverger dan akomodator berdasarkan empat gaya pembelajaran yang tersebut. Ciri-ciri diverger ialah mempunyai kebolehan dalam menjana idea, suka mendengar dan berkongsi idea, gemar menyatukan pengalaman dengan perasaan, mempunyai imaginasi yang baik, mampu melihat suatu perkara dari pelbagai perspektif, bersifat emosional, kreatif dan inovatif. Pelajar yang tergolong sebagai asimilator pula mempunyai kekuatan pada kebolehan mencipta model berasaskan teori dan memahami konsep yang abstrak, gemar menyatukan

pemerhatian dengan pengetahuan sedia ada dan ingin sentiasa mendapat jawapan yang betul dalam menyelesaikan masalah. Konverger pula merupakan pelajar yang aktif, gemar menyatukan teori dan praktis, menggunakan pengetahuan abstrak dan juga akal waras (common sense), serta mempunyai kelebihan dalam mengaplikasikan idea-idea yang praktikal dalam proses pembelajaran. Sementara akomodator pula merupakan pelajar yang sangat aktif dan kreatif, belajar dengan mencuba hingga berjaya tanpa bantuan dari pengajar, merupakan kumpulan yang bersifat intuitif, menjana kesimpulan berasaskan intuisi, berani mengambil risiko dalam melakukan sesuatu, mudah beradaptasi dengan situasi baru dan mempunyai kebolehan semula jadi sebagai ketua.

5.4 PERBANDINGAN DAN ULASAN PENDAPAT TOKOH

15

Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn membincangkan tentang rangsangan rangsangan yang menjurus kepada pembelajaran yang berkesan, iaitu rangsangan dari segi persekitaran atau alam sekitar, emosi, sosiologi, fizikal, dan psikologi. Model Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (PBP) yang dibina oleh David Kolb

mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses kitaran yang bermula dengan pengalaman. Empat jenis gaya pembelajaran iaitu pengalaman konkrit, pemerhatian reflektif, eksperimentasi aktif dan konseptualisasi abstrak dalam model ini. Selain itu, berdasarkan model tersebut, Kolb telah mengkategorikan pelajar atau individu ke dalam kumpulan yang dikenali sebagai diverger, asimilator, konverger dan akomodator. Dunn & Dunn berpendapat pelajar yang belajar dengan gaya belajar yang sesuai dengan mereka walaupun mempunyai tahap akademik yang berlainan akan dapat menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Manakala model Kolb menekankan dua aspek penting iaitu penggunaan pengalaman sebenar untuk menguji sesuatu idea dan penggunaan maklumbalas untuk mengubah amalan dan teori. Kita dapat melihat bahawa kedua-dua tokoh ini mempunyai pendapat yang agak berbeza dalam pembelajaran. Menurut pernyataan Kahn et al. (1978) dan House (1981) dalam Subahan (2001) mengatakan bahawa ciri-ciri peribadi dan keadaan suasana atau persekitaran boleh membawa kesan langsung dan tidak langsung ke atas ketenteraman jiwa seseorang. Ini adalah berkaitan dengan emosi seseorang di mana emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain. Kesedaran yang berlaku kebanyakannya bergantung kepada faktor emosi seperti seseorang pelajar tidak suka kepada mata pelajaran dan tidak mengambil berat dengannya. Pelajar perlu gigih

berusaha dan memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman, sekali gus membolehkan mereka diterima dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa. Seperti mana yang diperkatakan oleh Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, menerusi usaha bersungguh-sungguh akan dapat membezakan individu itu dengan rakan-rakan lain dari sudut penampilan diri, kematangan dan ketahanan fizikal. Mereka yang takut dan pesimis akan tertinggal di belakang (Mingguan Malaysia : 07hb Ogos 2005). Keadaan fizikal seseorang pelajar juga mempengaruhi gaya pembelajaran

mereka. Dalam satu kajian yang dibuat, pelajar akan lebih berminat belajar tentang 16

sesuatu mata pelajaran sekiranya terdapat penglibatan daripada semua pancaindera. Antaranya ialah 10% pelajar memahami dengan mendengar, 20% memahami dengan melihat dan 60% memahami dengan mendengar dan melihat. Kesemuanya ini akan mempengaruhi gaya pembelajaran bagi setiap pelajar (Hasan Hj. Mohd Ali, 1996). Pembelajaran yang berkesan juga bergantung kepada faktor sosiologi. Kebolehan pelajar memupuk perhubungan kerjasama sesama mereka atau pelajar dengan orang tertentu akan dapat mewujudkan keadaan yang mendorong kearah gaya pembelajaran yang lebih baik berbanding dengan pelajar yang bersendirian (Ee Ah Meng, 1994). Seperti yang dikatakan oleh J.S.Mill, di kalangan orang Inggeris, sikap tidak mahu memberitahu apa yang mereka minati kepada orang lain mahupun diri mereka sendiri menyebabkan perasaan dan keintelektualan mereka tidak membangun dan

menurunkan kerohanian mereka kepada satu kewujudan negatif Gaya pembelajaran Kolb merupakan salah satu model bagi gaya pembelajaran melalui pengalaman yang menekankan pemerolehan maklumat melalui pengalaman tersendiri individu. Penglibatan individu dalam sesuatu aktiviti pembelajaran akan dapat meningkatkan daya ingatan dan kemahiran dalam mempelajari sesuatu terutama perkara yang baru (Miettinen, 2000). Menurut Woolfolk (1995), jantina seseorang individu memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi cara bertindak, berfikir, memproses maklumat dan esteem kendiri individu tersebut. Severiens & Ten Dam (1994) juga berpendapat bahawa gaya pembelajaran seseorang individu itu berbeza terutama antara jantina kerana faktor-faktor fisiologi, persekitaran dan cara pemikiran. Pelajar mempunyai pandangan yang positif terhadap pendekatan PBP ini dan ianya merupakan satu kaedah pembelajaran yang menarik minat mereka. Pendekatan PBP juga mempunyai banyak kesan positif terhadap proses pembelajaran mereka (Hussain et.al, 2006 dan 2007). Pada pendapat saya, Model Pembelajaran Berasaskan Pengalaman lebih

sesuai digunakan oleh pelajar berbanding Model Dunn & Dunn. Model Dunn & Dunn hanya membahagikan pelajar kepada beberapa golongan sahaja. Namun begitu, kedua-dua model ini boleh digunakan. Model PBP sebenarnya telah lama digunakan dan kebanyakan pelajar sememangnya menggunakan pengalaman untuk belajar. Belajar melalui pengalaman lebih membantu kita untuk lebih memahami sesuatu. 17

Dalam Journal of Human Capital Development, pembelajaran berasaskan pengalaman ini telah digunakan oleh Imam al-Ghazali. Beliau berpendapat bahawa tanggapan pancaindera dan akal sahaja tidak mencukupi. Kata Al-Ghazali (1983), Amat jauh bezanya seorang yang mengetahui takrif sihat dan takrif kenyang serta sebab-sebab dan syaratnya dengan seseorang yang benar-benar sihat dan kenyang... dari sini yakinlah aku bahawa para sufi memperolehi tasawwuf dari pengalaman dan keadaan yang dirasainya dan bukan diperolehi dari pengertian takrif yang boleh disusun dan dituturkan dengan perkataan. 6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Sebenarnya, tiada alasan bagi sesiapa pun untuk tidak belajar kerana manusia mengalami proses belajar pada bila-bila masa sahaja termasuklah belajar dari pengalaman hidup. Ramai menganggap belajar hanya boleh berlaku di dalam kelas, ada guru yang mengajar, mengambil nota, membuat latihan dan mengulangkaji untuk peperiksaan tetapi hakikatnya, belajar boleh berlaku dimana-mana dan bila-bila malah dengan sesiapa pun. Contohnya, sejak kecil lagi manusia telah mula belajar. Belajar untuk bertatih, berjalan dan bercakap. Proses awal ini berlaku apabila manusia belajar mendengar suara ibu bapa, mengenal persekitaran dan seterusnya belajar

menggunakan sentuhan, pandangan, pendengaran, bau dan rasa. Setiap pelajar seharusnya menggunakan kemahiran belajar berkesan untuk memudahkan individu menjalani proses belajar. Selain itu, pelajar juga haruslah mengetahui gaya belajar sendiri untuk memudahkan pelajar menggunakan cara yang sesuai untuk mereka belajar. Walaupun terdapat kemahiran belajar yang lebih berkesan, tetapi seperti yang dikatakan oleh Dr Rita Dunn dan Kenneth Dunn, pelajar tidak seharusnya dipaksa untuk belajar dengan menggunakan satu-satu kemahiran belajar tersebut apatah lagi sekiranya pelajar berkenaan tidak sesuai dengan cara pembelajaran tersebut. Pelajar juga seharusnya diajar dengan cara yang mereka suka agar mereka gembira untuk belajar seterusnya menanam minat yang mendalam untuk belajar. Sekiranya pelajar mempunyai keinginan yang mendalam untuk belajar, pelajar akan lebih mudah menerima sesuatu pelajaran itu.

18

Secara psikologinya, apabila kita membuat sesuatu dalam keadaan yang tenang dan harmoni, ia akan dapat menimbulkan keselesaan pada diri dan sikap kita seterusnya dapat menaikkan perasaan gembira kita. Oleh itu, keadaan dan suasana persekitaran kita juga amat penting untuk membantu keselesaan kita semasa belajar. Dalam Model Dunn & Dunn juga telah menyatakan lima pemboleh ubah atau suasana semasa belajar. Model Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (PBP) yang dibina oleh David Kolb telah menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses kitaran yang bermula dengan pengalaman dan pemprosesan ilmu. Oleh itu, kita seharusnya sentiasa belajar daripada pengalaman kerana pembelajaran melalui pengalaman akan mendatangkan kesan yang lebih mendalam dan akan lebih mudah dipelajari oleh individu. Jika individu menanam matlamat dalam diri untuk mencapai suatu matlamatnya, secara tidak langsung ia akan mengubah cara pemikiran, strategi dan cara belajar untuk mencapai kejayaan tersebut. Selain itu, pelajar juga perlu mengubah persepsi untuk Berjaya dalam sesuatu. Contohnya, pelajar tidak seharusnya menganggap pelajaran itu sesuatu yang sukar kerana pelajar sukar untuk belajar perkara yang dianggap sukar. Setiap pelajar seharusnya berfikiran positif.

19

REFLEKSI Setelah mendapat tugasan ini, kami merasa amat berat hati kerana dalam masa yang sama kami mendapat banyak tugasan lain yang perlu disiapkan dan dihantar pada tarikh yang sama. Namun begitu, kami tetap melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada kami. Kami telah mencari maklumat dan sumber yang berkaitan dengan tugasan kemahiran belajar saya di Pusat Sumber IPG Kampus Kota Bharu. Selain itu, saya juga mencari maklumat melalui internet. Buku Kemahiran Belajar juga telah banyak membantu saya untuk menyipakan kerja kursus ini. Bahan-bahan untuk melaksanakan kerja kursus ini tidak susah untuk diperoleh untuk dijadikan bahan rujukan kerana pusat sumber mempunyai banyak sumbersumber yang berkaitan terutamanya sejarah perkembangan bahasa Melayu. Begitu juga sumber melalui internet. Namun begitu, saya mengalami sedikit masalah untuk untuk membuat perbandingan dan ulasan mengenai pendapat tokoh. Justeru, dengan berkat serta bimbingan pensyarah dan rakan-rakan, akhirnya berjaya menyiapkan menyelesaikan masalah itu. Selain itu, bahan-bahan seperti kertas untuk mencetak hasil kerja kursus kami juga mudah didapati di kedai-kedai berhampiran. Sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini, saya dapat bekerjasama dengan setiap rakan-rakan saya untuk mendapatkan maklumat. Saya juga dapat memahami kemahiran belajar dengan lebih mendalam. Tambahan lagi, saya juga dapat membuat perbandingan pendapat tokoh-tokoh. Kelemahan dalam kerja kursus ini ialah kami mempunyai masa yang terhad apatah lagi apabila kami mendapat kerja kursus yang lain pada masa yang sama. Walaubagaimana pun, saya berjaya mengatasi masalah ini dengan membahagikan masa dan mengisi masa lapang dengan membuat kerja kursus.

20

BIBLIOGRAFI a) Sebahagian daripada buku Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2005). Kemahiran Belajar untuk Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP), this is the book title. (pp.2-17).

b) Artikel dalam jurnal Joseph Gomez. (1999). This is the title of a journal article. Jurnal Pendidikan Tigaenf

c) Artikel dalam jurnal Norasmah Othman dan Siti Rashidah Othman (2004). This is the title of a journal article. Jurnal Teknologi, 40(E) Jun. 2004: 4558

d) Laman web http://www.ugmc.bizland.com/ebook-msbtmp.html

21