Anda di halaman 1dari 20

Di Sebalik Wajah

Nama: Mohd. Nur Solihin Bin Jimahari Kelas: 2 Kreatif No. Maktab: HT100004 Guru subjek: Pn. Nurrajatulaswa Binti Hj. Yappa Tandatangan guru:

Sipnosis
Bab Satu
Di luar wad bersalin, hospital Ratu Elizabeth, Kota Kinabalu, Cikgu Saiful kelihatan cemas untuk menunggu kelahiran anaknya. Dalam masa yang agak lama, isterinya berada di dalam wad sehingga Cikgu Saiful berasa bimbang. Dia berdoa semoga anak dapat dilahirkan dengan selamatnya. Cikgu Saiful amat sayang akan isteri, Halipah. Dia bertimbang rasa dan simpati akan kesukaran yang dihadapi oleh isteri ketika mengandung. Dia mengimbas kembali tentang isterinya yang mengandung mengidamkan daging rusa. Setelah bersusah paya mencari daging rusa di seluruh Kota Kinabalu, dia tetap tidak dapat mencari daging rusa sehingga dia membeli sup daging arnab untuk membohongi isteri. Tiba-tiba namanya dipanggil oleh seorang doctor India yang bernama Vasutheven bahawa isterinya perlu dibedah kerana kandungannya songsang. Setelah menandatangani kebenaran, Cikgu Saiful termenung di bawah pohon semarak api yang rendang. Ketika itu dia diajak oleh seorang doktor berbangsa Melayu untuk bersolat sembahyang. Atas nasihat doktor itu, dia semakin tenang. Di dalam minda, Cikgu Saiful hendak menamakan anak lelakinya sama dengan doktor itu, iaitu Doktor Fikri. Jika anak perempuan, namanya akan diserahkan kepada isterinya untuk menentukannya. Kemudian dia diberitahu oleh doktor, anaknya telah selamat dilahirkan. Cikgu Saiful bersyukur lalu menuju ke bilik bayi. Dia meminta kebenaran daripada seorang jururawat Cina untuk bernazar kepada anaknya. Akhirnya dia dibenarkan menjumpai anaknya. Cikgu Saiful tidak dapat menerima seorang bayi yang berambut kuning emas, dan kulit merah yang jauh berbeza dengan bayi lain. Atas nasihat dan pengesahan doktor dan jururawat, Cikgu Saiful menyesal atas gelagatnya. Dia bernazar kepada anaknya dan menerima kehadiran seorang anak yang cacat dari segi kulit, iaitu anak balar. Ketika isteri terjaga, dia cuba menasihati isteri agar menerima satu kenyataan, iaitu anak mereka merupakan anak balar. Cikgu Saiful memberitahu Halipah bahawa dia hendak menamakan anak mereka Doktor Fikri.

Bab Dua
Setelah 14 tahun kemudian, Cikgu Saiful sudah meletakkan jawatan sebagai seorang guru danbekerja di sebuah syarikat swasta. Mereka sekeluarga telah berpindah dari Tuaran ke pekan Menggatal, Kota

Kinabalu. Anaknya yang bernama Doktor Fikri telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Doktor Fikri telah ditempatkan di Kelas Tingkatan Dua Mawar. Seluruh murid Tingkatan Dua Mawar terkejut dengan kehadiran seorang pelajar baru yang disangka sebagai orang putih. Setela memperkenalkan diri sebagai Doktor Fikri, semua pelajar ketawa dan mereka melemparkan pelbagai sindiran dan nama jolokan, Doktor Fikri sabar dan menerima segalanya kerana dia sudah biasa dengan layanan sedemikian. Sebelum itu Doktor Fikri pun tidak mempunyai rakan dan murid lain sering meminggirnya. Ketika masa rehat, Doktor Fikri makan bekalan yang disediakan oleh emak sambil membaca novel yang dipinjam daripada Perpustakaan Negeri. Hobinya adalah membaca novel. Ketika itu, seorang pelajar perempuan, Josy dari Tingkatan Dua Melati berminat terhadapnya dan asyik bertanya kepadanya. Doktor Fikri memberitahukan keadaan keluarga secara jujur dan ikhlas. Josy terkejut kerana mengentahui Doktor Fikri mempunyai tabung sebanyak RM1000 di bank dan simpanan itu adalah hasil daripada menjual sayur-sayuran. Pada masa itu, ada tiga orang pelajar Tingkatan Empat( Narius, Jais, dan Jamadi) masuk ke kelas Tingkatan Dua Mawar lalu mengejek Doktor Fikri sudah pandai memikat hati perempuan. Mereka juga habis makan dan minum bekalan Doktor Fikri. Gelagat bketiga-tiga murid Tingkatan Empat diperhatikan oleh murid Tingkatan Dua Mawar. Mereka menasihati Doktor Fikri supaya melaporan kejadian kepad aguru disiplin, Cikgu Wahab. Doktor Fikri berterima kasih kepada mereka.

Bab Tiga
Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz yang gemuk telah mengayuh basikal ke rumah rumah Doktor Fikri yang berdua tingkat di 69, Taman Richdar, Menggatal. Mereka disambut dengan mesra oleh ibu Doktor Fikri. Doktor Fikri begitu gembira kedatangan rakan-rakan baharunya dan membawa mereka ke bilik bacanya. Mereka kagum akan bilik baca Doktor Fikri yang penuh dengan bacaan. Doktor Fikri tidak keberatan untuk meminjamkan bukunya kepada rakan-rakannya. Setelah itu, mereka juga dibawa ke belakang rumah untuk melihat kebun sayur-sayuran yang berbaja tahi lembu. Mereka bergurau senda dan berjanji akan membantu Doktor Fikri untuk menjual sayur-sayuran di Tamu di pekan baru Menggatal pada hari minggu. Ketika melihat kepulangan rakannya yang mengayuh basikal, Doktor Fikri ingin meminta kebenaran daripada ayahnya untuk membeli sebuah basikal.

Bab Empat
Keesokan hari, Doktor Fikri menunggang basikal barunya yang dibeli dengan wang simpanannya. Sesungguhnya Cikgu Saiful sentiasa memenuhi segala permintaan anak kesayangannya dan sentiasa membantu anaknya untuk mempraktikkan ilmu yang telah diajarkan di sekolah, seperti menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan menjual sayuran seperti yang telah diajar dalam Kemahiran Hidup, malah dia pernah mengumpul tahi lembu dengan Doktor Fikri. Ketika sampai di pintu sekolah, dia mendapati bahawa dia telah lewat ke sekolah. Pintu pagar telah ditutup. Nasib baik guru disiplin Cikgu Wahab terkenal sebagai guru yang tegas membuka pintu pagar untuknya dan memberi amaran supaya dia tidak lewat ke sekolah lagi. Doktor Fikri meminta maaf kepada Cikgu Wahab. Ketika masuk ke kelas Tingkatan Dua Mawar, Doktor Fikri telah ditegur oleh guru kelasnya iaitu Cikgu Asnawi dan mengingatkan semua pelajar supaya menjaga nama baik kelas Tingkatan Dua Mawar. Keadaan kelas sangat bising, tetapi Doktor Fikri masih leka membaca bukunya. Tiba-tiba murid Tingkatan Enam masuk ke kelas mereka dan mengingatkan merek asupaya berlatih sukan pada petang itu memandangkan hari sukan akan menjelang sebulan lagi. Sanin telah mengajak Doktor Fikri supaya menyertai pasukannya, iaitu rumah Tun Ismail.

Bab Lima
Pada awal pagi hari minggu, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz telah datang ke rumah Doktor Fikri, setelah bersarapan pagi, mereka membantu Doktor Fikri menimbang dan membungkus sayur sayuran, iaitu sawi, kacang bendi, bayam, cili, dan tomato. Setelah itu mereka berbasikal dengan sayur-sayuran itu ke tamu. Pada awal pagi, mereka sempat menjual seringgit sayur sawi kepada seorang perempuan. Tidak lama kemudian, hujan turun dengan lebat. Rakanrakan berasa hampa kerana sayur-sayuran itu tidak laku dijual. Namun demikian, Doktor Fikri kelihatan tenang dan sabar kerana untung rugi merupakan fitrah perniagaan.

Bab Enam
Pada petang itu, Narius, Jamadi, dan Jais (murid Tingkatan Empat) menghalang Josy, Dayang Mahani, dan Suriani untuk menanyakan Doktor Fikri. Suriani terjatuh lalu mengugut bahawa dia akan memberitahu Cikgu Wahab tentang peristiwa itu. Ketika Doktor Fikri melalui jalan itu ke sekolah untuk mengikuti latihan sukan, dia ditahan oleh ketiga-tiga murid jahat itu. Mereka meminta wang keselamatan daripada Doktor Fikri. Apabila mendapati bahawa Doktor Fikri tidak membawa wang, mereka memarahinya dan mengugutnya supaya membawa wang esok.

Bab Tujuh
Perhimpunan khas telah diadakan di dewan. Pengetua sekolah, Puan Hamidah, telah merotan Narius, Jamadi dan Jais di khalayak untuk memberikan amaran kepada semua murid supaya tidak melakukan peras ugut di sekolah.

Bab Lapan
Doktor Fikri berasa bimbang kerana mereka mungkin akan membalas dendam terhadapnya walaupun dia tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak sekolah. Keesokan hari, Doktor Firkri berkunjung ke perpustakaan sekolah, dia terserempak dengan Narius, Jamadi dan Jais. Mereka menyindir Doktor Fikri supaya tidak menunjuk-nunjuk. Doktor Fikri terus membaca buku di perpustakaan kerana kebetulan tidak ada guru di kelas. Di dalam kelas, Cikgu Wahab mengadakan pemeriksaan secara mendadak di kelas Tingkatan Dua Mawar kerana banyak pelajar melaporkan bahawa mereka kehilangan buku, dompet da pen di perpustakaan. Ketika memriksa beg Doktor Fikri, terdapat buku perpustakaan, dompet dan pen yang mahal yang dilaporkan telah hilang itu. Seluruh kelas tergempar kerana tidak disangka bahawa murid baru ialah pencuri. Kemudian Doktor Fikri telah dipanggil ke pejabat kaunseling. Cikgu Wahab telah mendakwa Doktor Fikri mencuri. Doktor Fikri menafikannya tetapi tidak dapat membela diri lalu membisu sahaja. Cikgu Wahab mengambil keputusan untuk memberitahukan hal itu kepada ayahnya. Seluruh sekolah tergempar keran kes Doktor Fikri.

Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz berasa kecewa dan marah ats kejadian itu. Mereka tidak mahu lagi berkawan dengan Doktor Fikri. Mereka sengaja meminggirnya. Hanya Josy seorang sahaja yang bertegur sapa kepadanya dan masih mempercayainya. Dia turut mendengar rintihan Doktor Fikri. Sejak itu, Doktor Fikri kelihatan sayu kerana semua rakan sekelasnya mendakawa dia sebagai panjang tangan.

Bab Sembilan
Sukan tahunan sekolah telah diadakan secara meriah.

Bab Sepuluh
Doktor Fikri berseluar panjang dan berbaju panjang serta bertopi untuk menghindar cahaya matahari yang terik. Dia mengambil bahagian dalam acara 1500 meter lelaki B. Ibu bapa turut datang ke sekolah untuk memberikan sokongan kepadanya. Hakikatnya penyertaan dalam rumah Tun Ismail tidak disokong oleh anggota rumah sukannya.Josy yang merupakan ahli Bulan Sabit Merah memberikan semangat kepadanya. Semasa acara 1500 meter lelaki B diadakan, Doktor Fikri berlari dengan selaju-lajunya untuk membuktikan keupayaannya kepada rakanrakannya tetapi langkahnya semakin perlahan dan bernafas pantas sehingga jauh ketinggalan. Walaupun telah ketinggalan, Doktor Fikri tidak berputus asa dan masih menruskan larian untuk ke garis penamat. Hanya beberapa langkah lagi ke garis penamat, dia jatuh pengsan. Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah segera mengusungnya ke khemah rawatan. Ibu Doktor Fikri mendekatinya dan bercadang untuk membawanya pulang ke rumah. Ibunyaa melarangnya menunggang basikal dan mengarahkan dia menaiki kereta bapanya dan basikal diletakkan di belakang kereta. Ketika Doktor Fikri mencari basikalnya, dia terkejut kerana basikalnya telah hilang. Jeritan jauh kedengaran.

Bab Sebelas
Semua murid memperkatakan peristiwa itu. Rakannya masih mengatakan bahawa memang padan kerana panjang tangan telah

mencuri panjang tangan. Rakan sekelasnya masih mendakwa bahawa Doktor Fikri memang suka menunjukkan kebolehan walaupun tidak mampu seperti menyertai lumba lari.

Bab Dua Belas


Doktor Fikri berasa kecewa kerana basikal baru yang dibeli dengan wang simpanannya itu telah dicuri. Dia berasa tidak tenteram atas kejadian demi kejadian yang menimpanya. Lebih-lebih lagi kawan baiknya Josy akan berpindah sekolah. Dalam Pendidikan Jasmani, tidak ada murid hendak bermain dengannya. Apabila termenung di bawah pokok, Cikgu Wahab (guru disiplin) telah mendekatinya dan meminta ke pejabat. Doktor Fikri berasa cemas. Kemudian Cikgu Wahab memberitahu bahawa basikal telah ditemukan oleh pihak polis. Pencuri telah ditahan. Mereka ialah Narius, Jamadi dan Jais. Menurut Cikgu Wahab, ketiga-tiga berguru dengan seorang bekas banduan. Bekas banduan telah mengarahkan mereka mencuri. Bapa Doktor Fikri diminta ke balai polis untuk mengambil balik basikal Doktor Fikri. Cikgu Wahab berasa malu kerana pernah mendakwa Doktor Fikri mencuri barang di perpustakaan.

Bab Tiga Belas


Ketika sampai di rumah, Doktor Fikri berasa gembira dan memberitahukan kejadian itu kepada ibunya. Setelah ayahnya pulang, dia pun meminta ayah ke balai polis. Ketika ke balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius menangis di lokap dan bapa Narius yang tua tidak mampu memberikan wang jamin untuk mengeluarkan Narius. Doktor Fikri berasa simpati terhadap Narius yang bekeluarga miskin lal u meminta bapanya menjamin Narius. Pihak polis terkejut terhadap tindakan Doktor Fikri dan bapanya kerana Narius telah mencuri basikalnya. Setelah dijamin, Narius dan bapa segera berterima kasih kepada mereka. Narius berasa segan dan terharu keran dia pernah menganiayi dan memfitnah Doktor Fikri tetapi Doktor Fikri tidak menaruh dendam dan membantunya.

Bab Empat Belas


Apabila ternampak Doktor Fikri seddang berbual mesra dengan Narius, Jamadi dan Jais di sekolah, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz berasa kecewa. Mereka beranggapan bahawa Doktor Fikri telah terpengaruh oleh murid jahat. Suriani berpendapat bahawa mereka ada tanggungjawab untuk menyelamatkan Doktor Fikri daripada terus terjerumus ke lembah hina. Mereka pun berbincang untuk membantu Doktor Fikri daripada bergaul dengan murid jahat.

Bab Lima Belas


Doktor sudah tiga hari tidak hadir ke sekolah. Rakan sekelasnya menyangka bahawa dia telah pandai ponteng sekolah. Tiba-tiba, Narius, Jamadi dan Jais masuk ke kelas Tingkatan Dua Mawar dan menyerahkan surat Doktor Fikri kepada mereka. Mereka bertiga meminta maaf kepada semua murid kelas Tingkatan Dua Mawar dan mengatakan bahawa mereka telah mencemarkan nama baik kelas Dua Mawar dan mengakui bahawa merekalah yang mencuri barang-barang di perpustakaan lalu memasukkannya ke dalam beg Doktor Fikri. Narius, juga memberitahu bahawa ketika ditahan di lokap, bapa Doktor Fikri telah menjaminnya walaupun dialah yang mencuri basikal Doktor Fikri dan menganiayinya sebelum itu. Dayang Mahani telah membaca i si kandungan surat Doktor Fikri. Dalam surat itu, Doktor Fikri menyatakan bahawa dia terpaksa mengikut ayahnya yang bekerja di Jepun selama lima tahun. Dia juga mengatakan bahawa dia menghargai persahabatan mereka terutamanya mereka menjual sayur-sayuran dan mendapat keuntungan satu ringgit di samping meminta maaf atas menyinggung perasaan mereka. Selain itu, dengan murah hati, dia telah menghadiahkan basikal baru kepada Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz dan membiarkan mereka membuat pilihan untuk memi likinya. Semua rakan terharu terhadap kemuliaan Doktor Fikri dan selama ini mereka telah salah faham terhadapnya.

Bab Enam Belas


Setelah setahun berada di Osaka, Jepun, Doktor Fikri sekeluarga telah balik ke Sabah untuk bercuti selama dua bulan. Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Doktor Fikri tidak sabar untuk menjumpai rakannya. Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz telah menunggu di luar balai ketibaan. Mereka bertegur sapa dan bersalamsalaman lalu bertolak ke rumah mereka di Menggatal. Doktor Fikri dan rakannya terus masuk bilik bacanya. Dia menceritakan pengalamannya di Jepun kepada rakan di samping memaparkan album foto. Doktor Fikri juga menceritakan bahawa dia telah mendapat trofi dalam pertandingan reka cipta. Dia telah mereka cipta sebuah kereta mainan yang dapat mengesan depan, belakang dan tepinya. Dipercayai kereta ini jika dikomersialkan dapat mengelakkan kemalangan jalan raya dengan berhenti tiba-tiba. Mereka kagum akan kreativiti Doktor Fikri.

Bab Tujuh Belas


Teringat Fujiyama, Doktor Fikri bercadang untuk mendaki Gunung Kinabalu, iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Ibu dan bapanya juga bersetuju. Setelah memohon cuti daripada pejabat, Cikgu Saiful telah memberitahu bahawa mereka bertolak pada keesokan hari. Doktor Fikri meminta ayahnya supaya membeli jaket dan sarung muka.

Bab Lapan Belas


Mereka sekeluarga bertolak di Taman Negara Kinabalu. Mereka terpesona oleh pemandangan yang indah dan udara yang dingin. Pada malam itu, mereka tinggal di sebuah chalet.

Bab Sembilan Belas


Pada awal pagi, sebuah lori pikap sudah berada di chalet untuk membawa mereka ke kakim gunung. Akibat terlalu sejuk, mereka tidak mandi pagi da bersiap sedia untuk meneruskan pengembaraan mereka. Atas bimbingan jurupandu, mereka bertiga mula mendaki Gunung Kinabalu yang setinggi 4101 meter dari aras laut. Tidak lama kemudian,

mereka berasa sangat letih, tercungap-cungapp, penat dan terpaksa melangkah dengan perlahan sambil berehat kerana lutut yang sakit. Dengan perlahan sekali, mereka sampai juga di tengah-tengah lereng Gunung Kinabalu, iaitu Panalaban pada waktu senja. Ketika itu, banyak pelancong sudah berada di rumah rehat itu. Doktor Fikri menyaksikan pemandangan yang indah di situ. Udara di situ sangat sejuk. Dia dinasihati supaya berehat dengan secukup-cukupnya keran keesokan pada pagi pukul tiga mereka akan bertolak untuk menakluki puncak Gunung Kinabalu. Cikgu Saiful juga menerangkan bahawa mereka perlu bertolak pada awal pagi sebelum ditudungi kabus yang tebal sehingga boleh menyebabkan kesesatan.

Bab Dua Puluh


Ketika pukul empat pagi, udara terlalu sejuk dan Doktor Fikri mendapati bahawa dia telah jauh ketinggalan oleh pendaki yang lain. Dalam kegelapan itu, dia hanya mengesan lampu cahaya picit yang agak jauh. Dia berasa cemas dan takut kerana mendapati bahawa dia telah telah tersesat. Dia meminta tolong tetapi tiada orang di sekitar. Tiba-tiba dia ternampak cahaya merah yang hilang wujud. Dia menuju ke arah sinar itu. Tiba-tiba dia ternampak seekor naga. Dia berasa sangat takut keran mulut naga itu mengeluarkan api dan deruman yang terlalu bising. Dia berlali sekuat-kuatnya kerana takut dimakan olehnaga itu. Belum sempat menjadi mangsa kepada naga, dia telah terhumban ke dalam gaung.

Bab Dua Puluh Satu


Jeritan Doktor Fikri telah mengejutkan semua penghuni di rumah rehat itu. Rupa-rupanya dia hanya bermimpi da jatuh dari katil. Doktor Fikri masih dalam ketakutan, dia memberitahu ibu bapanya tentang mimpi yang ngeri itu. Ayahnya menyuruhnya masuk tidur lagi kerana masih awal lagi. Doktor Fikri meminta ibu bapanya supaya bersama-sama dengan ibu bapa ketika mendaki nanti. Puan Halipah mengurau bahawa Doktor Fikri bukan jatuh ke gaung tetapi jatuh ke bawah katil. Mereka bertiga turut ketawa.

Tema
Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya. Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajarpelajar lain di sekolahnya.

Persoalan
1. Persoalan Rajin membaca
Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya denganmembaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.

2. Persoalan Menghargai persahabatan


Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya

3. Persoalan Kasih sayang antara ahli keluarga


Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka. 4. Persoalan Keinsafan Contoh: Narius, Jamadi dan Jais berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Fikri, lebih-lebih lagi setelah Doktor Fikri menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis.

5. Persoalan Aplikasi ilmu


Contoh: Doktor Fikri mengaplikasi pengetahuan menanam sayursayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya.

6. Persoalan Kemahiran menguasai ilmu elektronik


Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu dirterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi.

7. Persoalan Berdikari
Contoh: Doktor Fikri berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.

8. Persoalan Pasrah menerima ketentuan Tuhan


Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar.

9. Persoalan Taat akan perintah agama


Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.

Plot
Binaan Plot
Secara kronologi peristiwa disusun mengikut urutan masa

Permulaan
Memperkenalkan watak Doktor Fikri iaitu anak kepada Cikgu Saiful dan Puan Halipah yang dilahirkan cacat iaitu balar

Perkembangan
Doktor Fikri berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal dalam tingkatan dua .

Perumitan
Doktor Fikri sering diejek oleh pelajar lain, dibuli dan difitnah oleh Narius, Jais dan Jamadi.

Puncak/Klimaks
Narius, Jais dan Jamadi mengaku kesalahan mereka yang memfitnah Doktor Fikri.

Peleraian
Doktor Fikri dan keluarga pulang bercuti ke Malaysia setelah setahun tinggal di Jepun. Mereka sekeluarga dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu.

Teknik Plot
1. Dialog
Nama saya Doktor Fikri. Doktor Fikri berdiri dan duduk semula. Doktor? Cikgu Asnawi tergelak.

2. Monolog
Sewaktu melangkah meninggalkan bilik sembahyang itu dia berkata, Ya Allah, lahirkanlah lebih ramai doktor Melayu yang kuat beribadat kepada-Mu.

3. Monolog dalaman
Comelkah anakku? Adakah menyerupai rupaku? Cerahkah kulitnya? Ya Allah mogamoga kulit anakku putih, tidak seperti kulitku yang hitam legam ini. Itulah soalansoalan yang timbul dalam fikirannya yang belum lagi melihat anak sulungnya.

4. Imbas kembali
Cikgu Saiful teringat kembali perbualan dengan Puan Halipah semasa menghantarnya ke klinik Doktor Nadia bagi pemeriksaan ibu mengandung.

5. Imbas muka
Doktor Fikri bermimpi diserang oleh seekor naga semasa tidur di rumah rehat Panalaban.

6. Pemerian
Peristiwa pengarang menggambarkan penantian Cikgu Saiful menunggu kelahiran anak sulungnya semasa di hospital.

7. Konflik
Doktor Fikri tidak mahu membayar cukai keselamatan yang dipaksa oleh Narius, Jais dan Jamadi.

8. Kejutan

Pembaca dikejutkan dengan peristiwa Doktor Fikri tiba-tiba berpindah ke Jepun kerana ayahnya bertugas di sana.

9. Suspen
Pembaca tertanya-tanya mengapa Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah selama dua hari.

WatakdanPerwatakan
WatakUtama
DoktorFikri
Pelajartingkatandua berumur 14 tahun Cacatkulit - balar Tabah menghadapidugaansepertidiejeksifatfizikalnya Rajinmembaca sentiasamembacabukujikaadamasalapang Penyayang menyayangikeluargadanrakan-rakan Berdikari berusahasendiriuntukmenambahtabungandenganmenjualhasiltana mandanayamternakannya

Watak Sampingan
Cikgu Saiful
Bapa Doktor Fikri Penyayang amat sayang kepada Doktor Fikri Bertanggungjawab sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarga Taat kepada agama melakukan sembahyang berjemaah bersama-sama keluarga

Puan Halipah Ibu Doktor Fikri Bertanggungjawab menyediakan bekal makanan untuk Doktor Fikri ke sekolah Prihatin sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabilaDoktor Fikri pulangdari sekolah Penyayang memberikan sokongan moral semasa Doktor Fikri mengambil bahagian dalam acara sukan Josy Pelajar Tingkatan Dua Melati Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal Prihatin sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor Fikri dan memberikan semangat kepadanya Teguh pendirian tidak mudah mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh Narius dan rakan-rakannya terhadap Doktor Fikri Narius Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal Berbadan besar Bermasalah disiplin selalu membuli Doktor Fikri/ cuba memeras ugut Doktor Fikri Insaf akan kesalahan lalu berubah menjadi seorang pelajar yangbaik apabila Cikgu Saiful menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan cuba mengopak cermin kereta. Cikgu Wahab Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal Garang merotan pelajar yang melakukan kesalahan Bertimbang rasa membenarkan Sanin makan di kantin di luar waktu rehat setelah Sanin memberikan alasan bahawa dia terlalu lapar

Dayang Mahani

Pelajar Tingkatan Dua Mawar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal Kawan Doktor Fikri Mudah terpengaruh percaya bahawa Doktor Fikri seorang pencuri setelah Cikgu Wahab menjumpai barang curi di dalam beg Doktor Fikri lalu terus memulaukannya

Latar
Latar Masa
Pagi peristiwa Doktor Fikri datang lewat ke sekolah dan ditegur oleh Cikgu Wahab, guru disiplin sekolah. Petang Narius, Jais dan Jamadi sedang menunggu Doktor Fikri di bawah sebatang pokok yang rendang untuk meminta duit cukai keselamatan. Malam Keluarga Cikgu Saiful tidur di rumah rehat Panalaban sebelum meneruskan perjalanan mereka mendaki Gunung Kinabalu.

Latar Tempat
Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal Tempat Doktor Fikri dan rakan-rakannya bersekolah. Rumah Cikgu Saiful Rakan-rakan Doktor Fikri datang membantunya membungkus sayursayuran untuk di jual di Tamu. Pasar Tamu Doktor Fikri dan rakan-rakanya menjual sayur-sayuran di pasar Tamu tetapi tidak lama

Kerana hujan turun dengan lebatnya. Gunung Kinabalu Doktor Fikri dan keluarganya dalam perjalanan untuk mendaki puncak Gunung Kinabalu. Balai polis Doktor Fikri dan ayahnya mengambil semula basikal yang dicuri oleh Narius, Jais dan Jamadi. Cikgu Saiful juga menjamin Narius keluar dari lokap tersebut atas permintaan Doktor Fikri. Hospital Ratu Elizabeth Cikgu Saiful menunggu isterinya Puan Halipah melahirkan anak sulung mereka.

Latar Masyarakat
Masyarakat pelajar Doktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Masyarakat guru Cikgu Wahab, Cikgu Girlie dan Cikgu Fatmawati mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Masyarakat yang prihatin Josy amat prihatin kepada Doktor Fikri yang sering diejek dan disihkan oleh pelajar lain.

Masyarakat yang bertanggungjawab Cikgu Saiful dan Puan halipah merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ibu bapa. Masyarakat yang taat kepada perintah agama Cikgu Saiful dan keluarganya sering menunaikan sembahyang bersama-sama bagi mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga. Masyarakat penyayang Cikgu Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi Doktor Fikri walaupun anak mereka cacat. Masyarakat yang pasrah kepada ketentuan Tuhan

Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah mendapat anak mereka yang cacat kulitnya.

Gaya Bahasa
Kata Ganda Contoh: kelima-lima, sofa-sofa, terhinggut-hinggut, jari-jemari, warna-warni Peribahasa Contoh: buku lima, keras hati Pengaruh bahasa asing Contoh: bahasa Arab (Allah, nauzubillahiminzalik), bahasa Inggeris (nurse) Hiperbola Contoh: Apabila cahaya matahari yang terlalu tajam menembusi ruang di dalam kelas itu, matanya hampir tertutup. Simile Contoh: Ada yang menepuk-nepuk meja, ada pula yang bersuara seperti katak memanggil hujan. Pengulangan kata atau repitisi Contoh: Sap! Sap! Sap! Sinkope Contoh: Ampun cikgu, saya tak buat lagi! Personifikasi Contoh: Hanya daun-daunnya yang melambai lembut seolah-olah berbisik kepada pelajar yang berada di dalam pagar itu.

Nilai
Nilai kasih sayang Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri saling menyayangi antara satu sama lain. Nilai keinsafan Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri. Nilai keberanian Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Nilai ketabahan Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Nilai kerajinan Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya. Nilai menghormati orang tua Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.

Pengajaran
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi antara satu sama lain. Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.

Kita haruslah berani memperrtahankan hak kita. Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan. Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Kita haruslah mengamalkan sikap rajin. Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayam. Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.