Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM SUKANRIA
SEMPENA HARI KANAK-
KANAK SEDUNIA
 PENDAHULUAN
 
            Program sambutan hari kanak-kanak sedunia adalah sebuah program yang
diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan untuk menyuburkan
potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas
dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.
Lantaran dari itu, pihak sar kafai al-humaira’ mengambil peluang untuk mengadakan
program yang berbentuk riadah kepada pelajar tahap satu. Sebagai menyahut
cabaran sekolah cemerlang dari pelajar yang sihat dan cerdas.
 
TAJUK
SUKANRIA TAHAP SATU
 
OBJEKTIF 

1. Memberi peluang kepada murid menunjukkan potensi perkembangan fizial dan


psikomotor melalui aktiviti sukan.
2. Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan
bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat majmuk
3. Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti yang menggembirakan untuk
meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran. 

RASIONAL
 
            Kemahiran ini adalah satu aspek pembelajaran yang selaras dengan
Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) disamping memenuhi
keperluan asas kemahiran bersosial bagi murid-murid prasekolah selaras dengan
kehendak dan tuntutan konsep Pendidikan Sekolah untuk menyediakan pengalaman
pembelajaran yang pelbagai dan menarik dengan interaksi terus kepada persekitaran
 
SASARAN
 
            Aktiviti yang dirancang ini adalah melibatkan kesemua pelajar
tahap satu sesi pagi sar kafai al-humaira’
 
TARIKH
 
Program Sukanria tahap satu ini  akan dijalankan pada 11/11/2022
(jumaat) dari jam 8 pagi hingga 11.00 pagi.
 
ANGGARAN PERBELANJAAN
 
Bil Perkara Kuantiti Jumlah

1. Hadiah murid (1 tahun) 73 X RM 1.00 RM 73.00

2. Hadiah murid (2 tahun) 61 X RM 1.00 RM 61.00

53 X RM 1.00
3 Hadiah murid (3 tahun) RM 53.00

4 Alatan Sukaneka RM 13.00 RM 13.00


Jumlah Keseluruhan RM 200.00
 Anggaran perbelanjaan ialah sebanyak RM200.00
(Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja).
 
JAWATANKUASA PELAKSANA SUKANRIA
 
PENASIHAT                        :     UST. SALEH HUDDIN BIN ABU SEMAN
                                               (KETUA GURU)
PENGERUSI                         :     UST. MEGAT AMIR BIN MEGAT THAIB
                                                   (GPK 1) 
N. PENGERUSI                     :     USTZ. UMI MAISARAH BINTI SELAMAT
                                                (GPK HEM) 
SETIAUSAHA                         :     USTZ. NORAZILA BINTI ZAKARIA
                                                 
BENDAHARI                         :     USTZ. NORSYAFIQAH BINTI ISA

PENGURUS ACARA              :     UST. ZAINAL BIN OTHMAN


DAN PERALATAN                      
HADIAH                                :     USTZ. ROBIATUL ADAWIYAH BIN
KHOIRUDDIN
KESELAMATAN                    :     UST. MUSTHAPHA ZAKI BIN ISMAIL
KEBERSIHAN                    :     USTZ. NURULHUDA BIN ABD. MALEK 

TENTATIF PROGRAM
 
Tarikh              :  11/11/2022
Hari                 :  jumaat
Masa                :  8:00 Pagi
Tempat            :  dataran perhimpunan
 
Masa                                       Perkara
8:00 pagi                                 Murid berkumpul di dataran.
9:00 pagi                               Acara Sukanria bermula
 Acara untuk Murid:
 Lambungan kasih sayang
 Curahan hati bergelora
 Terompah gergasi

10:30 pagi                       Majlis Penutup


                                                - Ucapan penutup
11:00 pagi                      Bersurai
 

HARAPAN DAN PENUTUP


 
            Melalui aktiviti yang dijalankan , pihak sekolah khususnya
Prasekolah SJKC Pei Eng berharap murid-murid prasekolah akan mendapat
faedah yang berguna khususnya dalam meningkatkan lagi tahap keyakinan
diri dan semangat untuk bergaul dan bersosialisasi dengan masyarakat
luar. Aktiviti yang dirancang ini juga dapat memberi peluang kepada murid-
murid melakukan aktiviti yang menggembirakan dan berpeluang menerokai
persekitaran yang lebih luas tanpa mengabaikan aspek keselamatan.
 
Disediakan Oleh:
 
 
…………………………………….
(Ustazah Norazila Binti Zakaria)
Setiausaha Sambutan Dan Perayaan

Disahkan oleh:

......................................
(Ustaz Saleh Huddin Bin Abu Seman)
Ketua Guru
Kafa Integrasi Al-Humaira’

Anda mungkin juga menyukai