Anda di halaman 1dari 3

KUMPULAN 1 : AMILY & MAR

AYAM PANGGANG MARYLAND

Bahan-Bahan :
2 ketul ayam (whole leg)
2 sudu teh herba thyme
2 biji bawang holand
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji perahan lemon
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak sawit merah
1 sudu teh lada hitam
Sedikit garam
¼ cawan air
Planta

Cara-Cara Memasak :
1. Bersihkan ayam dan toskan airnya sehingga sedikit kering. Gunakan tisu dapur untuk
mengeringkan permukaan ayam.
2. Campurkan perahan jus lemon bersama sos tiram, minyak sawit merah, bawang putih
cincang. Kacau sebati dan ketepikan.
3. Potong bawang holand membulat dan sedikit tebal. Kemudian sapukan sedikit planta
pada dasar dulang pembakar.
4. Oleskan sedikit planta pada permukaan ayam.
5. Ratakan sedikit garam dan lada hitam pada keseluruhan ayam.
6. Susun bawang holand dalam dulang pembakar, diikuti dengan herba thyme dan ayam.
7. Akhir sekali, tuang adunan perapan ke atas ayam dan ratakan. Kemudian tambahkan
¼ cawan air. Tinggalkan sedikit adunan perapan untuk disapu pada ayam semasa
proses memanggang.
8. Panggang ayam menggunakan oven pada suhu 200ºC selama 40 minit atau sehingga
masak.
9. Keluarkan ayam seketika pada minit ke 20 dan sapu rata lebihan perapan. Kemudian,
sambung memanggang sehingga ayam masak.

ITALIAN CLASSIC SALAD

Bahan-Bahan :
Semangkuk campuran suyaran salad pelbagai – salad, lobak merah, tomato, kobis ungu dan
lain-lain.
1 sudu besar mayonis
½ sudu teh mix herbs
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu besar minyak sawit merah
1 sudu besar perahan lemon
1 sudu kecil madu

Cara-Cara Memasak :
1. Bersihkan sayuran salad pelbagai dan toskan.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan mayonis, bawang putih cincang, perahan lemon,
mix herbs, minyak sawit merah dan madu. Kacau sebati kesemua bahan
menggunakan whisk.
3. Tuangkan ke atas sayuran salad tadi.

JUS TEMBIKAI LEMON

Bahan-Bahan :
Ais
Semangkuk buah tembikai siap dipotong
2 sudu besar perahan lemon
3 sudu besar madu
Setangkai daun pudina

Cara-Cara :
1. Masukkan tembikai, jus lemon, madu dan 2 helai daun pudina.
2. Kisar semua bahan sehingga halus.
3. Letakkan sedikit ais ke dalam gelas dan tuangkan jus yang telah siap dikisar.
4. Hiaskan dengan pucuk pudina. Siap untuk dihidang.

Anda mungkin juga menyukai