Anda di halaman 1dari 1

Telekom Malaysia Berhad

Telekom Malaysia Berhad (TM) merupakan kumpulan komunikasi dan integrasi maklumat terkemuka di Malaysia, menawarkan pelbagai perkhidmatan komunikasi yang menyeluruh dan penyelesaian dalam urusan broadband (jalur lebar),data dan talian tetap. Sebagai pasaran terkemuka di dalam perniagaan talian tetap dan broadband (jalur lebar), TM terdorong untuk memberikan nilai kepada para pemegang saham dalam persekitaran yang sangat kompetitif. Kumpulan ini menekankan usaha berterusan melibatkan kualiti perkhidmatan pelanggan dan inovasi. Dengan kesinambungan ke dunia global, TM bermatlamat untuk meletakkan Malaysia sebagai pusat serantau dan gateway Internet digital bagi negara-negara Asia Tenggara. Seiring dengan ini, TM berkembang menjadi pembekal perkhidmatan Next Generation Network, membolehkan Kumpulan ini meningkatkan kecekapan dan produktiviti sementara menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik. Dari segi Tanggungjawab Korporat (CR), Kumpulan ini sememangnya merupakan syarikat yang memberi sumbangan besar terhadap kegiatan bertanggungjawab, dengan keyakinan bahawa amalan-amalan ini adalah prinsip asas bagi pentadbiran dan pengurusan syarikat yang baik. Kumpulan ini mempromosikan tiga platform utama yang terdiri daripada pendidikan, kemasyarakatan dan pembangunan bangsa, serta persekitaran. Dalam platform pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia, menjadikannya salah satu universiti terkemuka negara dengan lebih dari 20,000 pelajar

TM juga telah memberikan biasiswa kepada lebih dari 11,000 lulusan program akademik baik tempatan mahupun luar negeri. Di bawah inisiatif pembangunan bangsa dan masyarakat , Kumpulan ini memberikan sumbangan terhadap pusat amal sekaligus membantu kemajuan masyarakat dan bangsa pada umumnya. TM telah dianugerahkan STARBIZ ICRM Corporate Responsibility Award berprestij atas usaha komunitinya, serta Prime Minister Awards 2009 untuk aktiviti tempat kerjanya. TM telah memilih lima buah sekolah di bawah program sekolah PINTAR. Melalui program ini, TM telah melengkapkan sekolah-sekolah dengan komputer, lengkap dengan sambungan broadband untuk akses yang lebih baik kepada Internet. Kelas Aplikasi internet dan Penjagaan Komputer serta program motivasi juga diberikan untuk kepentingan pelajar, dengan tujuan memperlengkapkan para mahasiswa luar bandar dengan pengetahuan ICT yang lebih baik dan mendedahkan mereka kepada penggunaan kemudahan ICT yang lebih luas, sekaligus menjembatani jurang digital.

Anda mungkin juga menyukai