Anda di halaman 1dari 2

Rujukan: SKPR 100-13/1/4 ( )

Tarikh : 21 Ogos 2022

Kepada,

Hj Mat Daud bin Musa


Imam Masjid Paya Resak

Tuan,

MEMOHON PINJAMAN PERALATAN

Sukacitanya dimaklumkan perkara di atas dirujuk.

2. Pihak Sekolah Kebangsaan Paya Resak dengan kerjasama PIBG akan mengadakan
Program ‘ Jom Kuca Sure’ pada ketetapan berikut:

Tarikh : 25 Ogos 2022 ( Khamis)


` Masa : 7.00 – 1.30 tengahari
Tempat: Garaj guru

3. Sehubungan dengan itu, kami mohon jasa baik tuan untuk meminjamkan peralatan
berikut bagi menjayakan program tersebut.

Bil Peralatan Kuantiti


1 Kawah 5 buah
2 Tungku 5 buah
3 Dapur 7 buah
4 Senduk besar 5
5 Sudip kayu 10
6 Kuali besar 1
4. Besarlah harapan kami agar permohonan ini dapat diluluskan demi menjayakan majlis
tersebut. Pihak kami berjanji akan menjaga peralatan tersebut dengan sebaik mungkin dan
akan memulangkannya semula dengan kadar segera.

5. Segala perhatian, tindakan dan kerjasama tuan amatlah kami hargai dan dahului
dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

............................................
(AHMAD FAISAL BIN ALI)
Setiausaha PIBG
Sk Paya Resak

Anda mungkin juga menyukai