menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia yang akan bersara, menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang penjawat awam. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurnikan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.
Allahumma Ya Munzilar Rahmah wa Ya
FatihalBarakah
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya
dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan bapa yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecermerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang penjawat awam.
Allahumma Ya Aalim wa Ya QadhialHajat
Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan
hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
Ya Zal Jalalil Wal Ikram
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Jadikanlah pertemuan ini
sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.