Anda di halaman 1dari 4

DOA MESYUARAT PIBG SK SERI BERANG

Ya Allah Ya Ghafur ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul
kerana-Mu Ya Allah, Kami berkumpul untuk
mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh
kehidupan kami Ya Allah. Kami membawa diri
kami yang penuh dengan kehinaan noda dan
dosa Ya Allah, Sudilah kiranya engkau
ampunkan dosa kami ini, dosa kedua ibu bapa
kami, dosa guru-guru kami, dosa keluarga
kami, dosa jiran tetangga kami serta dosa
seluruh kaum muslimin Ya Allah.
Sesungguhnya engkaulah Tuhan yang
mengampunkan sekalian dosa besar dan kecil
Ya Rahim.
Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Kami berkumpul pada Mesyuarat Agung PIBG
pada hari ini adalah untuk meraih
keredhaanMu Ya Rahman, Kami berkumpul
untuk bermusyawarah, bertukar-tukar
pendapat dan menyumbangkan buah fikiran,
tenaga serta sokongan ke arah memajukan
lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak
kami. Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-
mudahan dengan rahmatmu Ya Allah sekolah
ini akan menjadi sekolah yang cemerlang,
gemilang dan terbilang , sekolah yang
disegani dan dihormati, sekolah yang akan
melahirkan pelajar-pelajar yang soleh dan
musleh yang berjaya di dunia mahupun di
akhirat.
Ya Faarijal Hamm Wa Ya Kasyifal Ghamm ,
Perbaikilah segala kesilapan kami,
jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan
dan lembutkanlah hati-hati kami dan
tunjukkanlah kami jalan yang membawa
kepada penyelesaian, keselamatan dan
keharmonian dalam menyelesaikan segala
perbincangan yang wujud antara semua pihak
samada guru,ibubapa dan setiap orang yang
berperanan dalam menjayakan mesyurat
PIBG pada kali ini. Natijahkanlah Ya Allah,
hasil yang terbaik pada anak-anak murid
didikan kami di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan
ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah
kami dengan keta'waan dan indahkanlah diri
kami dengan kesihatan. Supaya dengan segala
nikmat yang diberikan ini, kami mampu
memperhambakan diri kami hanya kepadaMu
Ya Mujib.

Anda mungkin juga menyukai