Anda di halaman 1dari 3

Nusyuz

Definisi :
i. Bahasa : derhaka/ingkar ii. Istilah : sesuatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan munasabah mengikut hukum agama

Hukum : haram dan malaikat melaknat isteri yang nusyuz Perbuatan isteri yang dianggap nusyuz :
i. Keluar rumah tanpa izin suami dengan tiada tujuan yang mustahak ii. Tidak melayan suami tanpa sesuatu keuzuran iii. Musafir tanpa keizinan suami iv. Membantah atau mengingkari perintah suami yang tidak bertentangan dengan ajaran islam v. Melahirkan reaksi yang tidak baik terhadap suami

Perkara-perkara yang boleh membawa kepada nusyuz :


i. Enggan melayan suami ke tempat tidur. ii. Melakukan kekasaran, perkataan & perbuatan iii. Membenarkan lelaki lain yang tidak disukai suami memasuki rumah ketika ketiadaan suami.

Langkah dan cara mengatasi masalah nusyuz menurut islam :


i. ii. iii. iv. v. vi. Pihak suami wajib memberi didikan agama dan tunjuk ajar supaya mereka menjadi wanita yang solehah. Suami isteri hendaklah menjalankan tanggungjawab masing-masing terhadap keluarga dengan penuh ikhlas dan amanah. Suami isteri perlu mengetahui dan memahami tanggungjawab masing-masing dan mengelakkan perasaan kurang puas hati di antara satu sama lain ada kelemahannya. Pihak suami perlu memberi penghargaan dan mengucapkan terima kasih atas pengorbanan isteri dalam urusan rumah tangga. Suami isteri perlu peka terhadap keperluan bersama supaya tidak timbul rasa tidak puas hati mana-mana pihak. Pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, perlu memastikan memilih jodoh daripada lelaki atau wanita yang beriman.

Cara suami bertindak terhadap isteri nusyuz :


Apabila berlaku nusyuz perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian i. Nasihat y Memberi nasiahat dengan lemah-lembut. y Memberitahu keluarga isteri mencari jalan damai. y Mendapatkan khidmat nasihat pakar kaunselor muslim untuk menyelesaikan masalahnya. Mengasing dari tempat tidur y Memulaukan tempat tidur isteri tidak lebih tiga hari. Memukul y Memukul isteri tanpa mencederakan. Bertahkim y Iaitu melantik jururunding untuk menyelesaikan perselisihan rumahtangga, seorang dari pihak lelaki dan seorang dari pihak perempuan.

ii. iii. iv.

Adab mendidik isteri yang nusyuz :


i. Memberi nasihat dengan penuh hikmah ii. Memisahkan tempat tidur iii. Memukul dengan tujuan mendidik.

Syarat-syarat memukul isteri nusyuz :


i. Tidak keterlaluan hingga mencederakannya ii. Tidak memukul dibahagian yang sensitif iii. Memukul dengan tujuan mendidik iv. Memukul dengan alat yang tidak membahayakan.

Bahagian nusyuz :
y Nusyuz yang mengugurkan nafkah dan pembahagian giliran bagi yang berbilang isteri. Iaitu keluar rumah dengan tidak meminta izin dari suami tanpa darurat(keperluan yang terdesak) dan keperluan syara . Tidaklah gugur nafkah dan pembahagian dengan keluarnya isteri untuk menemui kadhi kerana menuntut hak atau meminta fatwa yang suaminya tidak dapat memberinya. Nusyuz yang tidak menggugurkan nafkah dan pembahagian. Iaitu seperti isteri memaki dan menyakiti hati suami dengan lidah dan lainnya. Perbuatan seperti ini tidaklah menggugurkan nafkah dan pembahagian giliran tetapi berdosa. Suami berkewajipan memberi nasiaht kepadanya.

Implikasi yang akan timbul daripada nusyuz :


i. ii. iii. iv. v. Isteri akan kehilangan hak sebagai seorang isteri seperti tidak mendapat perbelanjaan harian dan pakaian Isteri yang terbukti nusyuz langsung tidak berhak menuntut sebarang tanggungan suami terhadapnya Pihak isteri mendapat kemurkaan Allah ketika di dunia mahupun di akhirat nanti Suasana rumahtangga akan berlaku krisis yang berpanjangan yang akhirnya boleh membawa penceraian Boleh membawa kerenggangan perhubungan antara keluarga kedua pihak suami-isteri

Kesan nusyuz :
i. Hilang hak nafkah daripada suami ii. Hilang hak giliran bermalam

Akibat buruk nusyuz :


i. Suami : hilang pertimbangan dan akan bertindak kasar terhadap isteri. ii. Keluarga : anak-anak hilang rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa. iii. Masyarakat : hubungan antara keluarga akan terjejas.

Kesimpulan :
y y Nusyuz adalah suatu perbuatan mungkar dan terkutuk. Isteri tidak dianggap nusyuz jika tidak menyediakan makanan dan minuman atau mengeluarkan kata-kata kesat dan kurang sopan terhadap suaminya jika suruhan suaminya melanggari hukum-hakam agama islam.

Anda mungkin juga menyukai