Anda di halaman 1dari 1

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkan kebenaran, guru-

guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan
saya sampaikan pada hari ini ialah “Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak”.

Hadirin yang dihormati,

Kanak-kanak seperti kain putih. Terpulanglah kepada cara didikan ibu bapa untuk membentuk anak
mereka. Jika ibu bapa ingin melihat anak mereka minat membaca buku, maka biasakanlah diri mereka
dengan buku-buku. Ibu bapa mestilah memperuntukkan sejumlah wang pada setiap bulan untuk
membeli buku bagi anak-anak mereka. Penuhkanlah bilik mereka dengan pelbagai jenis buku. Ibu bapa
juga boleh membawa anak-anak mereka ke kedai buku atau ke pameran buku jika berkesempatan.

Selain itu, ibu bapa dan anggota keluarga yang lain juga perlu menjadi contoh kepada anak mereka
dalam semua perkara. Jika anggota sesebuah keluarga suka membaca buku, maka tidak hairanlah jika
anak mereka juga akan suka membaca buku. Ibu bapa mestilah mengurangkan hobu lain dan serlahkan
minat membaca buku atau majalah agar anak-anak meneladani tabiat suka membaca buku yang
ditonjolkan oleh ibu bapa.

Bagi ibu bapa yang prihatin terhadap perkara ini, mereka bolehlah mengambil inisiatif untuk menanam
minat membaca pelabagai bahan bacaan dalam kalangan anak mereka. Bacakan buku untuk anak
mereka sebelum mereka tidur. Hal ini demikian kerana anak-anak akan dapat menyimpan perkara
terakhir sebelum mereka tidur.

Selain itu, ibu bapa atau orang yang terdekat boleh member hadiah atau pujian kepada kanak-kanak
sebagai galakan. Hal ini akan merangsang minat kanak-kanak untuk membaca dengan lebih kerap lagi.
Hadiah yang diberi semasa menyambut keramaian seperti hari jadi juga mestilah berupa buku yang
menjadi idaman atau kegemaran anak-anak.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyatakan bahasa ‘jika hendak melentur buluh, biarlah
daripada rebungmya”. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai