Anda di halaman 1dari 2

TEMA : BERBAKTI KEPADA IBUBAPA

KUMPULAN US OMAR
Bismilahhiramannirahim… 
Assalamualaikum w.b.t,
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para muallimin dan
muallimat serta hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.
Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya ………………………….menyampaikan
sebuah pidato bertajuk ‘Berbakti kepada Ibubapa’.
Muslimin yang dirahmati Allah,

Islam mewajibkan ke atas setiap anak agar mentaati ibu bapa. Perintah itu bukan
setakat meletakkan seseorang anak melakukan kebaikan, tetapi adalah sebagai
bukti keimanan dan ketaqwaan.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Ahqaaf ayat 15:

‫س ٰـ ًن ۖ‌ا‬
َ ‫نس ٰـنَ ِب َوٲلِ َد ۡي ِه ِإ ۡح‬
َ ‫ص ۡي َنا ٱِإۡل‬
َّ ‫َو َو‬

Maksudnya: “Dan kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya.”

Maksudnya:
“Daripada Abdullah bin Amru, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda
bersabda: keredaan Allah terletak pada keredaan bapa dan kemurkaan Allah
terletak pada kemurkaan bapa.”
(Riwayat Al Imam At-Termizi)
Muslimin yang dirahmati Allah,
Cara yang pertama ialah memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah perkara yang
sangat penting dalam sesebuah keluarga. Ia dapat membentuk sebuah keluarga
yang bahagia dan harmoni. Tambahan pula, sifat kasih sayang merupakan antara
sifat-sifat Allah yang mulia.

Kasih sayang membawa makna yang sangat tidak terbatas. Sejak kita kecil lagi,
mereka mencurahkan kasih sayang terhadap kita bagai menatang minyak yang
penuh tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Cara yang kedua, bertutur dengan lemah lembut. Cara ini dapat menjaga hati dan
perasaan mereka daripada terluka dengan kata-kata kita yang kurang sopan. Ia juga
dapat menunjukkan rasa hormat kita terhadap mereka. Di samping itu, Allah SWT
juga menyuruh kita untuk menjaga pertuturan terutamanya ketika bersama ibu bapa.
Malahan, menengking dan menyergah mereka juga adalah perkara yang dilarang
oleh Allah.

Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 23;

‫ضى َر ُّب َك اَاَّل تَ ْعبُد ُْٓوا آِاَّل اِيَّاهُ َوبِا ْل َوالِ َد ْي ِن اِ ْح ٰسنً ۗا اِ َّما َي ْبلُ َغنَّ ِع ْن َد َك ا ْل ِكبَ َر اَ َح ُد ُه َمٓا اَ ْو ِك ٰل ُه َما فَاَل تَقُ ْل لَّ ُه َمٓا اُفٍّ َّواَل تَ ْن َه ْر ُه َما َوقُ ْل‬
ٰ َ‫َوق‬
‫لَّ ُه َما قَ ْواًل َك ِر ْي ًما‬
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur
tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada
mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah
engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Surah al-Isra’: 23)”
Muslimin yang dirahmati Allah,
Cara yang ketiga adakah dengan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.
Amalan membaca doa untuk ibu bapa sudah diterapkan kepada kita semenjak kecil
lagi oleh para guru. Antara amalan lain yang boleh dilakukan adalah dengan
membaca dan berniat untuk sedekahkan al-Fatihah kepada ibu bapa. Perkara ini
boleh dilakukan untuk ibu bapa yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia.
Antara kelebihan berdoa kepada ibu bapa adalah pintu rezeki kita sentiasa terbuka.
Ini dibuktikan dengan hadith Rasullah SAW iaitu, 

“Tidak akan terputus rezeki seseorang anak selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari”. 

Justeru, kita hendaklah sentiasa mendoakan kebaikan kepada ibu bapa setiap hari
sama ada selepas solat atau pun sewaktu kita sedang melakukan aktiviti seharian.

Demikianlah, sebagai anak, sudah menjadi satu kewajipan kepada kita untuk
berbakti kepada ibu bapa bagi membalas jasa mereka. Kita juga perlu sentiasa ingat
bahawa redha Allah adalah kepada redha ibu bapa. Semakin kita menderhakai
mereka, semakin besar balasan yang Allah akan beri sama ada di dunia atau pun
akhirat. 

Sekian wabillahitaufiq wal hidayah, Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai