Anda di halaman 1dari 16

Journal of Human Development and Communication

Volume 1, 2012 [137-152]

Penyelesaian Konflik Selatan Thailand Dengan Menggunakan


Model Gagasan 1 Malaysia
Mohd Mizan Aslam

ABSTRAK

Tragedi Masjid Tak Bai dan Krue Sae (Masjid Kerisik) pada tahun 2004 adalah
merupakan titik tolak kepada kemusnahan yang berterusan di wilayah Selatan
Thailand (Veitch, J. 2007). Sejak insiden tersebut, siri-siri serangan, pembunuhan
dan pengeboman menjadi satu lumrah di kawasan Selatan Thailand. Isu besar ini
umpama api dalam sekam. Ia sememangnya telah lama berakar umbi dan bergejolak
Cuma masanya belum tiba untuk memuncak hinggalah kedua-dua insiden ini
tercetus. Peristiwa besar dalam sejarah negara Thailand ini berlarutan hingga
membawa kepada kudeta di Thailand pada tahun 2006 (Martin, C. 2009).
Kemudiannya pimpinan negara diambil alih oleh tentera (Sarayud Chulanon)
sebelum diserahkan kepada Samak Sundaraj, Somchai Wongsawat dan Abishit
Vejjajiva (Aslam, M. M. 2008). Artikel ini memerihalkan pilihanraya pertama sejak
2006 telah diadakan pada Julai 2011 dalam usaha mengembalikan semula demokrasi
dan kuasa pentadbiran kepada rakyat jelata yang berlaku di Thailand.

PENDAHULUAN

Tragedi Masjid Tak Bai dan Krue Sae (Masjid Kerisik) pada tahun 2004 adalah
merupakan titik tolak kepada kemusnahan yang berterusan di wilayah Selatan Thailand
(Veitch, J. 2007). Sejak insiden tersebut, siri-siri serangan, pembunuhan dan
pengeboman menjadi satu lumrah di kawasan Selatan Thailand. Isu besar ini umpama
api dalam sekam. Ia sememangnya telah lama berakar umbi dan bergejolak Cuma
masanya belum tiba untuk memuncak hinggalah kedua-dua insiden ini tercetus.
Peristiwa besar dalam sejarah negara Thailand ini berlarutan hingga membawa kepada
kudeta di Thailand pada tahun 2006 (Martin, C. 2009). Kemudiannya pimpinan negara
diambil alih oleh tentera (Sarayud Chulanon) sebelum diserahkan kepada Samak
Sundaraj, Somchai Wongsawat dan Abishit Vejjajiva (Aslam, M. M. 2008). Pilihanraya
pertama sejak 2006 telah diadakan pada Julai 2011 dalam usaha mengembalikan semula
demokrasi dan kuasa pentadbiran kepada rakyat jelata.

Dalam pilihanraya umum pertama yang diterima oleh majoriti rakyat Thailand sejak
kerajaan Thaksin Shinawatra ditumbangkan oleh Rejim Tentera pada Oktober 2006
yang lalu, satu sinar di penghujung terowong kearah kehidupan yang harmoni dan stabil
di bumi Thailand telah diperlihatkan. Pilihanraya ini juga menyaksikan kemenangan
besar parti baru iaitu Pheu Thai dengan 265 kerusi Parlimen manakala tempat kedua
adalah parti Demokrat pimpinan bekas Perdana Menteri Abishit Vejjaivva dengan 159
kerusi (Utusan, M. 03/07/11). Ini adalah merupakan satu sejarah kepada rakyat
Mohd Mizan Aslam / Penyelesaian Konflik Selatan Thailand...

Thailand yang sedang berusaha memulihkan demokrasi di negara gajah putih ini, ini
kerana bukan sahaja mereka bakal menerima kepimpinan yang merupakan proksi
kepada bekas Perdana Menteri yang telah digulingkan (Thaksin Shinatwatra), malah juga
mereka bakal menerima Perdana Menteri wanita pertama dalam sejarah Thailand. Malah
ia juga akan menjadi negara ketiga di Asia Tenggara yang mempunyai wanita sebagai
ketua negara selepas Filipina yang diterajui oleh Aquino dan Arroyo serta Indonesia
yang diterajui oleh Megawati Sukarnoputri.

Akan tetapi ada sesuatu yang menarik untuk kita sama-sama perhatikan disini ialah
tentang gagasan ‘Satu Malaysia’ yang telah diguna pakai oleh Yingluck Shinawatra dalam
kempen-kempen yang dilakukannya bagi meraih sokongan akar umbi warga Thai
terutamanya penduduk Muslim Selatan Thailand (Hindustantimes, 03/06/11). Yingluck
merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan
lima tahun lalu. Antara masalah utama yang dihadapi oleh parti Yingluck (Pheu Thai)
ialah menyelesaikan konflik di utara dan selatan Thailand, iaitu konflik dengan
Cambodia berkenaan kuil bersejarah Vnar Preah dan pejuang pemisah Selatan Thailand.
Dalam tempoh masa yang singkat, selepas parlimen dibubarkan pada pertengahan Mei
lalu, Yingluck telah memulakan kempem pilihanrayanya dengan mengguna pakai
konsep satu Malaysia dengan juga dikenali sebagai ‘Satu Thailand’ untuk menarik
sokongan masyarakat terutamanya kaum Muslim yang merupakan penduduk majoriti di
tiga buah daerah termiskin iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani (Bernama, 23/12/09).

Sumber: http://www.thefullwiki.org/South_Thailand_insurgency

Gambar 1: Kedudukan tiga Daerah di Selatan Thailand iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala yang
berkongsi bahasa, agama, adat resam dan cara hidup dengan masyarakat pantai timur Malaysia.

138
Journal of Human Development and Communication
Volume 1, 2012 [137-152]

KONFLIK PALING LAMA DI ASIA TENGGARA

Historikalnya, Thailand telah menerima Islam yang dibawa oleh para pedagang Arab
sekitar abad ke 10 Masihi. Ajaran ini diterima dengan baik tanpa sebarang tentangan
daripada penduduk Thailand terutamanya masyarakat di daerah selatan iaitu Pattani,
Yala, Narathiwat, Satun dan juga Songkhla. Selain itu juga, ajaran Islam tersebar ke
kawasan lain seperti di Kok Samui, Kok Lanta, Krabi, Pattaya, Patthalung dan Nakhon
sithammarat. Hari ini ketiga-tiga wilayah tersebut mempunyai lebih 95 peratus
penduduk beragama Islam dan selebihnya adalah penganut Buddha yang bersamaan
dengan 1.4 juta penganut Islam daripada jumlah keseluruhan 1.7 juta penduduk di
wilayah-wilayah ini (Abuza, Z. 2003). Jumlah keseluruhan Muslim di Thailand hari ini
dianggarkan sebanyak 3.2 juta orang iaitu kira-kira 5 peratus daripada keseluruhan
penduduk Thailand.

Kerajaan Islam Pattani juga dikenali sebagai Pattani Darussalam adalah sebuah kerajaan
berdaulat yang pernah menjadi sebuah kerajaan Islam yang besar di rantau ini (Islam,
S.S. 1990) Kerajaan hebat ini bermula sekitar abad ke 15 Masihi iaitu apabila kerajaan
Melaka mula mengalami zaman kejatuhannya. Kerajaan besar ini mempunyai kawasan
jajahannya hingga mencakupi wilayah Myanmar dan Laos di utara dan negeri-negeri
Pantai Timur Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Manakala negeri-
negeri Pantai Barat seperti Perlis dan Kedah dikehendaki membayar ufti kepada Raja
Siam sebagai tanda bahawa kedua-dua negeri ini berada di bawah naungan Bangkok
(Aslam, M. M. 2009).

Walau bagaimanapun, kerajaan berdaulat pimpinan Sultan Muhammad ini hanya


mampu bertahan sehingga abad ke 18 Masihi apabila kerajaan Siam menyerang dan
menakluki kerajaan Pattani pada tahun 1785 (Che Man, W. A. K. 2008). Sultan
Muhammad yang bersama-sama rakyat Pattani berjuang mempertahankan kerajaan ini,
walau bagaimanapun beliau telah terkorban dan kerajaannya telah musnah sama sekali.
Sejak dari peristiwa itu, penduduk di wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala tidak lagi
mempunyai kerajaan (Respondent A1, 2007)1. Mereka terpaksa tunduk dan mengikuti
segala arahan yang datang dari Bangkok. Maka siri-siri penentangan dan pemberontakan
sentiasa berlaku di tiga buah daerah ini hingga mencetuskan pertumpahan darah.
Semangat penduduk Islam yang ingin mengembalikan semula kedaulatan kerajaan
Pattani tidak pernah pudar. Usaha ke arah tersebut sentiasa berjalan dan diteruskan dari
generasi ke generasi.

Walau bagaimanapun, melalui ‘Anglo-Siamese Treaty’ yang dimeterai oleh Raja Siam
dan British secara rahsia pada tahun 1909, negeri-negeri utara Malaysia yang
merangkumi Pantai Timur dan Pantai Barat telah diambil alih oleh British (Che Man,
W. A. K. 2008). Manakala Pattani, Yala dan Narathiwat yang berkongsi agama, bangsa,
bahasa, dan budaya dibiarkan di bawah pengaruh Siam. Maka terpisahlah kedua-dua

1
Respondent A1 (2007). Temubual pada 28 Disember 2007 di Kampung Baru Kota Mengkuang, Kedah (Beliau
telah ditembak oleh pemisah Selatan Thailand pada tahun 2005. Telah dimasukkan ke wad kerana
kecederaan di mata dan kaki.

139
Mohd Mizan Aslam / Penyelesaian Konflik Selatan Thailand...

kelompok masyarakat ini. Juga terpecahlah kerajaan hebat yang suatu masa dahulu
menguasai sebahagian besar ‘survanabumi’. Realitinya, untuk mengembalikan kuasa
kerajaan Pattani dan tanah jajahannya iaitu negeri-negeri pantai timur dalam sebuah
kerajaan berdaulat mungkin mustahil pada masa ini. Jika mampu berdiri pun, ianya
mungkinlah kerajaan Pattani yang mempunyai autonomi dan hanya meliputi tiga daerah
majoriti penduduk Islam iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani. Akan tetapi perjalanannya
masih jauh dan penuh dengan liku-liku.

Sesuatu yang menarik disini ialah tetang masyarakat Islam Pattani ini, walaupun
dihimpit dengan pelbagai tekanan oleh kerajaan Bangkok, namun mereka terus bertahan
dan berusaha berdakwah di samping mengekalkan identiti Melayu Pattaninya. Dalam
bidang ekonomi, mereka jauh dibelakang jika dibandingkan dengan masyarakat Cina
yang beragama Buddha. Walaupun begitu, kebanyakan mereka adalah merupakan
peniaga terutamanya golongan wanita. Dalam bidang politik dan pentadbiran pula,
pemerintahan Thailand yang didominasi oleh penganut Buddha seringkali
meminggirkan penduduk Selatan Thailand ini. Umat Islam seringkali dituduh sebagai
penyebab timbulnya berbagai masalah politik dan sosial serta menggugat kestabilan
ekonomi di wilayah-wilayah ini.

Rata-ratanya penduduk Selatan Thailand ini bekerja sebagai petani dan nelayan.
Kebergantungan mereka kepada Laut adalah satu yang pasti dan telah berlaku sejak
ratusan tahun dahulu. Manakala hutan dan kebun pula adalah sahabat mereka di darat.
Ramai yang terlibat dalam industri getah tetapi bukan sebagai pemilik kebun, hanya
sebagai penoreh yang mengambil upah mengikut hasil torehan mereka. Tipikal
kampung yang dipenuhi dengan adat resam dan budaya Melayu masih utuh di
perkampungan mereka. Kesederhanaan dan kejujuran mereka menjadi simbol utama
dalam membina keharmonian dan kesejahteraan setempat.

Sistem pendidikan keagamaan bercorak tradisional masih boleh dilihat dimana-mana


sahaja di wilayah ini. Rutin mereka ialah menunaikan solat subuh berjemaah di surau
atau masjid kemudian keluar bekerja dan kembali semula sebelum zuhur (Respondent
A2, 2007)2. Mereka akan ke surau dan masjid untuk menunaikan solat zuhur berjemaah
dan membaca al-Quran disamping menelaah kitab-kitab lama tulisan jawi yang masih
dijadikan rujukan utama mereka. Kebanyakan kanak-kanak Muslim di Selatan Thailand
pada kebiasaannya belajar di dua buah sekolah iaitu sekolah harian yang disediakan oleh
pemerintah sekuler Thailand dan sekolah agama tidak formal di setiap kampung-
kampung yang mana mereka belajar membaca dan memahami al-Quran dan ajaran
Islam dengan bimbingan ustaz dan imam-iman surau dan masjid yang berhampiran.
Identiti pakaian mereka adalah berserban dan memakai kain sarung bagi lelaki serta baju
kurung, tudung kepala dan t-shirt labuh bagi perempuan. Kehidupan mereka sangat
sederhana jika dilihat dari aspek pakaian dan tempat tinggal.

2
Respondent A2. (2007). Temubual pada 6 Disember 2007 di Ba Gan Koey. Satun, Thailand. Beliau adalah Imam
yang disegani di bandar Satun dan menjadi seorang pakar rujuk utama dalam pendamaian untuk kes-kes
berkaitan kumpulan pemisah.

140
Journal of Human Development and Communication
Volume 1, 2012 [137-152]

Latar belakang sejarah wilayah Selatan Thailand yang majoritinya adalah Muslim sangat
berbeza dengan wilayah utara yang mana didiami majoritinya penganut Buddha. Mereka
mempunyai perbezaan yang cukup besar dari segi budaya, ideologi dan agama.
Penduduk tiga buah daerah ini tidak merasakan diri mereka adalah sebahagian dari Siam
(Respondent A3, 2007)3. Malah penduduk selatan Thailand juga dipaksa untuk
menerima pelbagai elemen Siam-Buddha dalam kehidupan seharian mereka seperti
mengguna pakai nama Siam sebagai identiti diri, menukarkan nama-nama kampung
Islam menjadi perkampungan Thailand dan menidakkan tulisan jawi dan bahasa Melayu
sebagai salah satu keunikan negara Thailand. Malah dalam beberapa insiden, mereka
juga telah dipaksa dan dikasari oleh pemerintah Siam kerana menolak elemen-elemen
Siam-Buddha (Respondent A3, 2007). Keadaan ini menyebabkan mereka semakin
memberontak dan menentang pemerintah kerana ketidakadilan dan diskriminasi yang
berlaku.

Hubungan yang agak tegang antara penduduk Muslim dan kerajaan Siam berpanjangan.
Walaupun ada inisiatif yang cuba diambil oleh kedua-dua belah pihak dalam
mengharmonikan hubungan kedua-duanya, tetapi seringkali gagal. Hal keadaan ini
berpanjangan hingga dekad 70-an. Penentangan oleh Muslim Selatan Thailand menjadi
semakin bersistem dengan lahirnya kumpulan-kumpulan perjuangan yang berdaftar dan
diiktiraf. Maka timbullah berbagai organisasi yang menuntut kemerdekaan wilayah
selatan ini seperti Pattani United Liberation Organization (PULO), Barisan Nasional
Pembebasan Pattani (BNPP), dan Barisan Revolusi Nasional (BNP) dan Wa Ka Rae
(WKR) (Che Man, W. A. K. 2008).

Pemerintahan Thaksin Shinawatra juga telah menyaksikan dua insiden besar berlaku
iaitu tragedi Tak Bai dan Masjid Kerisik. Insiden kematian 87 pemuda Muslim yang
disumbat ke dalam trak askar dalam keadaan meniarap dan tangan diikat dibelakang
telah menjadi katalis dalam insiden pemberontakan berdarah di wilayah ini. Perjalanan
selama lebih dua jam dalam trak tentera yang panas dan ditambah pula dengan keadaan
mereka yang berpuasa telah menyebabkan kematian besar-besaran ini berlaku. Manakala
tragedi Masjid Kerisik pula adalah melibatkan kematian 10 orang Islam yang sedang
bersembahyang akibat ditembak oleh tentera Thailand (Respondent A1, 2007). Maka
keadaan ini telah menyebabkan siri-siri pengeboman dan serangan berbentuk gerila yang
disasarkan ke atas pihak tentera dan penduduk Buddha serta Muslim yang dikatakan
sebagai tali barut kerajaan sentiasa berlaku. Ketika bahan ini ditulis, tidak kurang dari
4,500 orang penduduk dan pihak keselamatan Thailand telah menemui ajal akibat
serangan oleh kumpulan pemberontak ini. Insiden inilah antara sebab utama kerajaan
Thaksin telah ditumbangkan oleh pihak tentera melalui kudeta yang berlaku pada
Oktober 2006 (Aslam, M.M. 2008).

Keadaan agak sedikit baik sejak pemerintahan Abhisit Vejjajiva, iaitu tokoh neutral yang
dipilih oleh pihak tentera. Penentangan dan pemberontakan antara Muslim dan
pemerintah Thailand mulai berkurangan. Bangkok kelihatannya telah berlembut dengan

3
Respondent A3. (2007). Temubual pada 05 Disember 2007 di Yala. Merupakan aktivis masyarakat dan telah
bertanding dalam beberapa pilihanraya Thailand sebelum ini.

141
Mohd Mizan Aslam / Penyelesaian Konflik Selatan Thailand...

melakukan beberapa perubahan sikap terhadap umat Islam Selatan Thailand. Dari selalu
curiga dan menekan, menjadi lebih terbuka dan memberi peluang sama-rata. Tindakan-
tindakan kekerasan telah berkurang dan masyarakat Muslim telah diberikan peluang
dalam beberapa pilihanraya yang dijalankan sebelum ini. Pilihanraya yang baru lalu juga
memperlihatkan bagaimana parti Pheu Thai dan Demokrat turun ke padang untuk
mendekati penduduk Muslim yang telah lama terpinggir ini.

Walau bagaimanapun, penentangan dan pemberontakan masih berlaku. Selagi cita-cita


politik kumpulan pejuang Muslim ini tidak tercapai, maka selagi itulah perjuangan ini
akan berterusan. Objektif utamanya adalah menubuhkan semula kerajaan Islam Pattani
yang telah ditewaskan oleh Siam pada tahun 1785 dan juga mengembalikan kedaulatan
yang telah dirampas oleh British dalam ‘Treaty Anglo-Siamese’ pada tahun 1909.
Perjuangan yang dimulakan ratusan tahun dahulu kelihatannya akan berterusan tanpa
penghujung. Kerajaan yang baru dibentuk ini pastinya mempunyai tanggungjawab yang
besar dalam berkompromi dengan golongan pejuang ini dan seterusnya memenangi hati
penduduk Islam wilayah selatan ini.

DETIK PERUBAHAN

Pada 19 September 2006, kira-kira jam 10.00 malam tentera kerajaan Thailand telah
digerakkan ke bangunan Parlimen di tengah ibu kota Bangkok. Pergerakan yang secara
langsungnya menguasai bangunan Parlimen, mengelilinginya dengan kereta kebal dan
beberapa ketumbukan askar telah menghalang ahli Parlimen menjalankan tugas mereka
dan menandakan bahawa sistem demokrasi yang mengambil alih sistem monarki yang
dibina sejak tahun 1932 telah musnah (Aslam, M.M. 2008). Kudeta yang berlaku buat
kali ke-18 dalam sejarah kerajaan Thailand ini telah menghumban Perdana Menterinya
Thaksin Sinawatra yang berkuasa selama lima tahun.

Sejarah telah mencatatkan bahawa 167 kudeta telah berlaku di dalam dunia politik
moden. Bermula pada tahun 509 apabila senat Roman menumbangkan kerajaan
monarki untuk menubuhkan kerajaan republik di Rom hinggalah yang terakhir pada
Disember 2006 di Fiji apabila Frank Bainimarama, komander tentera Fiji
menggulingkan kerajaan Laisenia Qarase. Kudeta bermaksud satu tindakan untuk
menggulingkan kerajaan tanpa mengikut perlembagaan. Sejarawan membahagikan
kudeta kepada 3 jenis, pertama dikenali kudeta dengan persetujuan atau tanpa
pertumpahan darah untuk menggantikan kerajaan yang sedia ada sebagaimana yang
berlaku di Mesir 1952, Liberia 1980 dan Thailand 2006 lalu. Kudeta jenis kedua ialah
kudeta terkawal atau dikenali sebagai kerusi berirama yang mana ketua kerajaan masih
memegang kuasa tetapi arahan dan tindakannya datang dari pihak lain. Manakala yang
terakhir ialah kudeta besar-besar atau melibatkan pertumpahan darah sebagaimana yang
berlaku di Chile 1973 dan Venezuela 2002.

Persoalan yang timbul ialah siapakah yang memimpin negara selepas berlakunya kudeta?
Satu kumpulan yang dikenali sebagai junta akan menjalankan pemerintahan. Biasanya
ketua tentera akan mengambil alih pucuk pimpinan ataupun melantik seseorang yang

142
Journal of Human Development and Communication
Volume 1, 2012 [137-152]

dirasakan layak dan sesuai untuk memegang jawatan tersebut. Pemimpin seperti
Muammar Ghadaffi di Libya, Blaise Compaoire di Burkina Faso, Pervez Musharraf di
Pakistan, Than Swee di Myanmar dan Soonthi Bonyaratlingam di Thailand adalah
antara ketua negara yang dilantik hasil kudeta. Surayud Chulanont yang mengetuai
kudeta di Thailand pada September 2006 telah menyerahkan kuasa pentadbiran kerajaan
kepada Sonthi, bekas panglima tentera yang disegani dan pernah tinggal beberapa bulan
di hutan untuk mendalami kehidupan sami Buddha selepas persararaannya.

Thaksin, merupakan jutawan telekomunikasi dan mempunyai empayar perniagaan yang


besar, menubuhkan parti Thai Rak Thai (TRT) dan memimpinnya untuk memenangi
pilihanraya Thailand pada tahun 2001. Thaksin menguasai kerajaan pimpinan Chuan
Leekpai yang telah meminjam wang daripada Tabung Pinjaman Antarabangsa (IMF)
selepas berlakunya krisis matawang pada 1997/98. Tekanan pihak luar berhubung
pinjaman dan usaha untuk mengatasi kemelut masyarakat yang baru sahaja musnah
ekonomi dan perniagaan merupakan cabaran terbesar bagi Thaksin. Dengan kepintaran
dan pengalaman dalam bidang perniagaannya, Thaksin telah memperkenalkan pelbagai
pembaharuan seperti tawaran pelaburan kepada pihak luar, memajukan infrastruktur,
membantu syarikat-syarikat yang terjejas, insentif untuk pekerja rendah dan golongan
petani serta miskin, memudahkan pinjaman perniagaan dan perkhidmatan kesihatan
percuma serta bantuan 1 juta Baht untuk setiap kampung telah menjadikan
kepimpinannya disanjung dan mendapat pengiktirafan rakyat.

Tetapi, populariti Thaksin hanya melonjak di kawasan utara yang mana Chiang Mai
adalah tempat kelahirannya. Sebaliknya, popularitinya menurun dengan teruk di
kawasan-kawasan lain terutamanya di selatan yang ramai masyarakat Islam. Dengan
melaungkan slogan ‘perang terhadap pengganas’ tindakan tentera arahannya telah
melakukan beberapa tindakan yang melanggar hak asasi manusia termasuklah tragedi
Tak Bai pada 25 Oktober 2004 yang menyebabkan kematian 89 pemuda Islam
(Montblake, S. 12/07/06). Malahan keadaan diburukkan lagi dengan rusuhan dan siri
letupan serta pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan pemberontak dan pejuang
pemisah Pattani atau dikenali sebagai PULO. Sepanjang pemerintahan Thaksin
semenjak September 2001 hingga saat berlakunya kudeta lebih 1300 nyawa terkorban
sama ada di pihak kerajaan, tentera, Muslim mahupun Buddha di Selatan Thailand.

Melalui pilihanraya Februari 2005, Thaksin telah memenangi pilihanraya dengan


majoriti yang lebih besar, tetapi kekalahan dialami oleh partinya (TRT) di semua kerusi
di bahagian selatan. Parti Demokratik yang mendapat sokongan pembangkang dan
pihak tentera telah menguasai kawasan-kawasan yang mana populariti Thaksin
menurun. Walau bagaimanapun kepimpinan Thaksin masih mendapat sokongan dan
disukai oleh golongan marhaein dan miskin (Respondent A1, 2007).

Penghujung tahun 2005, kerajaan Thaksin dilanda tsunami sebagaimana yang berlaku
pada 26 Disember 2004 di negara-negara Asia Pasifik yang telah mengorbankan hampir
350,000 nyawa. Thaksin dan kerajaannya dituduh dengan amalan rasuah dan kronisme.
Ini diterukkan lagi dengan peningkatan harga minyak akibat lonjakkan minyak di
pasaran dunia dan kelembapan ekonomi yang berlaku akibat demonstrasi aman yang

143
Mohd Mizan Aslam / Penyelesaian Konflik Selatan Thailand...

dilakukan secara konsisten. Masalah penjualan tenaga elektrik dan penjualan sahan Shin
Corp, syarikat telekomunikasi Thailand kepada Temasek Holdings, syarikat milik
Singapura telah mencetuskan krisis dan menjadi peledak yang dilepaskan oleh
pembangkang. Ratusan ribu rakyat berkampung di ibu kota Bangkok untuk memaksa
Thaksin meletak jawatan. Secara drastiknya, Thaksin membubarkan Parlimen dan
mengumumkan pilihanraya pada April 2005. Pembangkang dengan jayanya memboikot
pilihanraya tersebut menyebabkan Thaksin hanya memenangi 38 kerusi iaitu kurang 20
peratus untuk membentuk kabinet baru.

Akhirnya tentera yang mula mendapat sokongan rakyat dengan jayanya melakukan
kudeta ketika Thaksin berada di New York untuk persidangan PBB. Kemelut politik
dan krisis ekonomi menjadikan Thaksin tumbang di kaki rakyat dan tentera. Rakyat
yang melantiknya mula menyuarakan ketidakpuasan hati dan sanggup melakukan apa
sahaja untuk melihat perubahan. Kudeta yang berlaku buat kesekian kalinya dalam
sejarah Thailand ini ditagih dengan keamanan dan kemakmuran ekonomi dan politik.
Junta tentera yang menjanjikan kerajaan demokrasi akan ditubuhkan dalam tempoh satu
tahun telah menunaikan janji mereka dengan terlantiknya Samak Sundaraj pada
penghujung 2005 yang lalu.

SOUTHERN THAILAND CASUALTIES


DURING COUP (SEPT 06-DEC 07)
70

60

50
Casualties

Muslims
40
Buddhists
30 Army
Total
20

10

0
Nov-06

Nov-07
Jan-07

Jun-07

Jul-07
Sep-06
Oct-06

Dec-06

Feb-07

Mar-07
Apr-07
May-07

Aug-07
Sep-07

Oct-07

Dec-07

Month

Graf 1: Kematian yang berlaku di Thailand ketika dalam tempoh kudeta yang lalu. Sumber dari
Aslam, M. M. (2008). Southern Thailand Insurgency. Wellington: The Intelligence and Security
Research Programme, School of Government, Victoria University of Wellington.

144
Journal of Human Development and Communication
Volume 1, 2012 [137-152]

Teachers Killed in ST conflict 2004-2007

2004 2005 2006 2007

50

40

30
Total Killed
20

10

0
Year
2004 11
2005 32
2006 31
2007 44

Graf 2: Rekod kematian guru-guru di Selatan Thailand sama ada di pihak Muslim mahupun
Buddha. Sumber: Aslam, M. M. (2008). Southern Thailand Insurgency.

Graf 3: Jumlah kematian yang berlaku semasa pentadbiran dua Perdana Menteri singkat iaitu
Samak Sundaraj dan Somchai. Sumber: Aslam, M. M. (2008). Southern Thailand Insurgency.

145
Mohd Mizan Aslam / Penyelesaian Konflik Selatan Thailand...

KONSEP ‘SATU MALAYSIA’ DI SELATAN THAILAND

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan ke
wilayah Narathiwat di Selatan Thailand pada September tahun 2009. Lawatan khusus
dari ketua negara luar ke wilayah bergolak ini adalah merupakan satu catatan penting
bagi penduduk majoriti Melayu Islam Selatan Thailand. Lawatan ini telah membuka satu
lembaran sejarah baru antara kedua-dua negara dan juga menandakan betapa
pentingnya peranan Malaysia dalam membantu menyelesaikan krisis berdarah yang telah
mengorbankan lebih 4,000 nyawa sejak tragedi Tak Bai dan Masjid Krue Sei pada tahun
2004.

Hubungan yang rapat antara masyarakat Melayu Selatan Thailand dan Melayu Malaysia
terutamanya bagi penduduk pantai timur semenanjung Malaysia dapat dibuktikan
melalui persamaan budaya, bahasa, agama dan fizikal. Ini ditambah lagi dari sudut
historikalnya bahawa tiga wilayah Selatan Thailand ini adalah merupakan sebahagian
daripada kesultanan Pattani yang mempunyai hubungan rapat dengan Tanah Melayu
pada kurun ke 15 dahulu. Oleh sebab itulah, kerajaan Malaysia telah berulang kali
menyatakan pendirian terbukanya untuk membantu menyelesaikan konflik di Selatan
Thailand yang mana sedikit sebanyak tetap memberikan kesan kepada Malaysia.

Lawatan ini dilakukan bersempena persidangan tahunan kali keempat yang menjadi
medan membincangkan pelbagai isu dua hala seperti ekonomi, pembangunan,
diplomatik, keselamatan dan konflik antara Malaysia dan Thailand. Walaupun
persidangan ini berlangsung di ibu kota Bangkok, tetapi inisiatif yang diambil oleh
Datuk Seri Najib untuk mengunjungi wilayah selatan ini amatlah disanjungi. Lawatan ini
dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan lawatan rasmi yang telah dilakukan oleh
Abisit Vejjajiva, Perdana Menteri Thailand beberapa bulan sebelum itu, iaitu selepas
beliau dipilih mengetuai Thailand. Abisit dipercayai meminta bantuan Malaysia untuk
membantu mencari penyelesaian krisis di Selatan Thailand.

Lawatan yang julung-julung kalinya dilakukan oleh pemimpin tertinggi Malaysia ini,
menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha menangani konflik berdarah Selatan
Thailand. Abishit, turut bersama-sama menemani Datuk Seri Najib dalam lawatan
tersebut termasuklah ketika mengunjungi sekolah swasta Islam. Malah Malaysia juga
telah menyatakan kesediaannya untuk membantu memajukan tiga daerah termundur di
Selatan Thailand iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishamuddin Hussein turut berkata, “Malaysia bukan sahaja bersedia membantu dalam
penyelesaian krisis ini, malah juga bersedia membantu dalam bidang-bidang lain seperti
pendidikan dan pembangunan ekonomi serta membina peluang-peluang perniagaan di
Selatan Thailand” (Bernama, 23/12/09).

146
Journal of Human Development and Communication
Volume 1, 2012 [137-152]

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/South_Thailand_insurgency

Gambar 4: Bendera Pattani Raya, sebuah negara Islam berdaulat yang diperjuangkan oleh
kumpulan pemisah Selatan Thailand.

Rentetan dari kunjungan tersebut, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis
Thailand juga bersetuju untuk bekerjasama dalam menjalankan siasatan berkaitan
dengan keganasan dan aktiviti jenayah antara kedua-dua negara. Ini dikuatkan lagi
dengan penemuan beberapa bom buatan sendiri di sebuah rumah di Kampung Gebeng,
Pasir Mas, Kelantan baru-baru ini. Hasilnya beberapa individu telah ditahan untuk
membantu siasatan pihak polis. Walaupun kerjasama antara pihak polis di kedua-dua
negara telah terjalin sejak sekian lama, tetapi difahamkan ianya bertambah erat selepas
lawatan tersebut.

Kerajaan Thailand juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM63 juta untuk
program pembangunan di Selatan Thailand. Projek khas selama tiga tahun (2010-2012)
yang dilancarkan oleh kerajaan Thailand ini mensasarkan pembangunan dan membasmi
kemiskinan di tiga wilayah majoriti Muslim ini dengan bantuan Malaysia (Bernama,
23/12/09). Kerajaan Thailand juga mengharapkan bahawa Malaysia akan menggunakan
kepakaran yang dimiliki dalam bidang kelapa sawit dan getah untuk membantu
masyarakat Muslim Selatan Thailand yang rata-ratanya miskin. Penduduk Selatan
Thailand juga dipercayai telah lama terlibat dengan sektor perladangan kelapa sawit dan
getah di Malaysia terutamanya mereka yang tinggal di sempadan.

147
Mohd Mizan Aslam / Penyelesaian Konflik Selatan Thailand...

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/South_Thailand_insurgency
Gambar 5: Logo rasmi Pattani United Liberation Organization (PULO), salah sebuah kumpulan
pemisah yang didakwa aktif melakukan siri-siri serangan di Selatan Thailand.

Menyentuh aspek pendidikan, kerajaan Malaysia juga akan memainkan peranan besar
dalam mempertingkatkan kefahaman dan kualiti pengajaran dan pembelajaran
penduduk di Selatan Thailand. Puluhan sekolah rendah dan menengah Islam sama ada
swasta mahupun separa kerajaan di selatan Thailand ini mempunyai sukatan
pembelajaran yang berbeza dan tersendiri antara satu sama lain. Oleh itu, kemajuan
yang dimiliki Malaysia dalam bidang pendidikan amat ditagih untuk mempertingkatkan
kualiti pendidikan masyarakat Melayu Muslim ini. Makanya, hasil daripada lawatan
Datuk Seri Najib, lima orang guru Sekolah Islam Attakiah di wilayah Narathiwat akan
dipilih sebagai perintis untuk menjalani kursus Bahasa Inggeris di Institut Perguruan di
Malaysia (Utusan Malaysia, 09/12/09). Wanmahdee Wandaud, Gabenor Narathiwat
menyambut baik usaha Malaysia untuk menempatkan guru-guru tersebut di Malaysia
bagi kursus Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun beliau percaya sebenarnya peranan
yang lebih besar boleh dimainkan oleh Malaysia jika kerajaan Thailand benar-benar
ikhlas dan bersedia membuka ruang untuk kerajaan Malaysia.

Sumber:http://www.hindustantimes.com/photos-news/Photos-World/june3worldinpics/Article4-705161.aspx

Gambar 6 : Menunjukkan Yingluck Shinawatra dan penduduk Muslim Selatan Thailand


menggangkat jari dengan isyarat satu, iaitu Satu Thailand dan ‘Bersatu’.

148
Journal of Human Development and Communication
Volume 1, 2012 [137-152]

Seterusnya, lawatan bersejarah ini juga diharapkan akan menjadi bukti kepada dunia dan
masyarakat Muslim di Selatan Thailand bahawa kedua-dua kerajaan tidak berkompromi
dengan kegiatan militan dan keganasan. Hanya perjuangan yang sah dan melalui lunas-
lunas demokrasi sahaja yang diterima. Oleh itu, sebarang aktiviti yang merosakkan harta
benda dan nyawa adalah ditolak. Siri-siri serangan dan letupan bom yang mewarnai
Selatan Thailand sejak 2004 hingga sekarang ini, adalah sesuatu yang menyedihkan dan
memburukkan imej masyarakat Melayu Islam Selatan Thailand. Kerajaan Thailand
pimpinan Thaksin telah mengambil pendekatan kekerasan dalam menangani krisis
Selatan Thailand. Setelah berlakunya rampasan kuasa pada 2006, kerajaan Surayud
Chulanont, Samak Sundaravej dan Somchai mula berlembut dengan penduduk Selatan
Thailand.

Rombongan Perdana Menteri juga menerima sambutan yang menggalakkan daripada


tokoh tempatan dan pentadbiran Bangkok. Pendekatan pentadbiran Najib Tun Razak
yang dilihat berjaya mengetengahkan konsep 1 Malaysia amat diminati oleh Bangkok.
Delegasi mereka juga memohon kepakaran Malaysia dalam mempraktikkan gagasan 1
Malaysia di Selatan Thailand (Bernama, 23/12/09). Gagasan 1 Malaysia dilihat sebagai
wadah terbaik untuk menyatukan masyarakat yang terbahagi dua ini. Malah jika dihayati
sepenuhnya, konsep ini lebih mudah diaplikasikan di Thailand kerana mereka hanya
terpisah agama dan budaya tetapi bukan terpisah bangsa. Jika dibandingkan dengan
Malaysia, penyatuan rakyat pelbagai kaum dan berlainan bangsa ini sebenarnya lebih
mencabar. Tetapi tiada apa yang perlu dirisaukan kerana konsep 1 Malaysia ini telah
terbukti berjaya di Malaysia dan pastinya boleh di Thailand.

Era pemerintahan Abishit, masalah sosio ekonomi Selatan Thailand mula diberikan
perhatian yang lebih khusus terutamanya dalam menyelesaikan konflik berdarah pejuang
pemisah Thailand. Malaysia amat mengharapkan kerajaan Thailand dapat
menyelesaikan konflik di Selatan Thailand ini dengan sesegera mungkin untuk kebaikan
bersama. Kerajaan Abishit juga telah menunjukkan hasil positif dengan penurunan
ketara kadar serangan bom dan siri serang hendap. Manakala di pihak Malaysia, segala
usaha yang perlu akan dilakukan dengan syarat pihak Thailand membenarkan Malaysia
memainkan peranan lebih utama dalam menangani konflik tersebut.

Kini episod baru pemerintahan Thailand bakal diukur dengan pendekatan yang akan
diambil oleh Yingluck Shinawatra. Umum mengetahui Yingluck lebih mesra dan
mendekati masyarakat Muslim Selatan Thailand. Apa yang beliau tunjukkan semasa
tempoh kempen yang lalu menjanjikan masa depan yang cerah untuk Thailand. Beliau
juga secara terang-terangan menggunakan konsep 1 Malaysia dalam mendekati
penyokongnya, konsep yang kelihatannya sangat berjaya apabila parti pimpinannya
menang semua kerusi di Selatan Thailand. Konsep penyatuan dan penyelesaian kepada
konflik berdarah yang panjang dalam sejarah moden Thailand telah dijumpai. Walau
pun ianya konsep yang masih baru dan perjalanan ke arah keamanan dan kesejahteraan
yang ingin dicapai penuh dengan onak dan duri, tetapi langkah awal in dilihat mampu
membuka langkah seterusnya. Umpama pepatah Cina ‘seribu langkah bermula dengan
satu langkah’. Maka langkah menerapkan gagasan 1 Malaysia dengan 1 Thailand dilihat
sebagai wadah terbaik untuk penyelesaian yang dicari-cari selama ini.

149
Mohd Mizan Aslam / Penyelesaian Konflik Selatan Thailand...

RUJUKAN

Andaya, Barbara Watson & Leonard Y. Andaya. (2001). A History of Malaysia. 2nd
Edition. Honolulu: University of Hawaii Press.

Arshad, M. A. (2007). Interview on the 06 December 2007 at Ba Gan Koey. Sathun,


Thailand.

B. Raman, Thailand and International Islamic Front in South Asia Analysis Group
(SAAG) article dated September 01, 2004.

Bernama, 23 Disember 2009. Retrieved daripada


http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news1Malaysia.php?id=464151

Carroll Quigley. (1979). The Evolution of Civilizations: An Introduction to Historical


Analysis, Indiapolis: Liberty Press.

Che Man, W. A. K. (2008). Phone Interview on the 30 January 2008 from Wellington,
New Zealand to Petaling Jaya (pp. Dr Wan Kadir Che Man is the official leader
of the BERSATU (The United Front for the Independence of Pattani) or
"Bersatu" (Malay for “United”) was formed with the idea to unify resources so
foreign sources of support could be refused. More significantly, this
demonstrated the effectiveness of the Thai government’s success in combating
separatist groups. Beratsu claims 60-80 fighter trained in SW Asia). Selangor.

David Capitanchik. (1986). Terrorism in Islam, in Terrorism, ideology & Revolution:


The Original of modern Political Violence, 128. Great Britain: Wheatsheaf
Books Ltd.

Goliath Knowledge, Indonesia, Thailand Reiterate Closer Antiterror Cooperation,


August 29, 2003. Full article from
http://goliath.ecnext.com/comsite5/bin/pdinventory.pl.

International Crisis Group, Southern Thailand Insurgency: Not Jihad. May 18, 2005
from http://www.crisisgroup.org/home/index.cfm?id=3436&l=1.

John McBeth, September 22-23, The Danger Within. Far Eastern Economic Review
(FEER).

Kate McGeown, BBC News-Asia Pacific Violence, Fighting Thailand’s Insurgents, 09


August 2006. http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/asia-pacific/4775623.stm.

Kate McGeown, BBC News-Asia Pacific Violence, Search For Justice in South Thai, 08
August 2006. http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/asia-pacific/5255054.stm.

150
Journal of Human Development and Communication
Volume 1, 2012 [137-152]

Kate McGeown, BBC News-Asia Pacific Violence, Violence and Vendettas in Thai
South, 06 August 2006. http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/asia-
pacific/5255054.stm

Respondent A1. (2007). Interview on the 28 December 2007 at Kampung Baru Kota
Mengkuang (pp. He was shot by Southern Thailand Insurgents in 2005.
Warded in Pattani Hospital with injury in his eyes and legs.). Kedah.

Respondent A2. (2007). Interview on the 06 December 2007 at Ba Gan Koey. Satun,
Thailand. He is Respected Imam in this Town and one of the mediator for
local conflict resolution.

Respondent A3. (2007). Interview on the 05 December 2007 at Yala Town. Yala.

Retrieved from http://news.xinhuanet.com/english/2008-


01/28/content_7511078.htm

Retrieved from http://news.xinhuanet.com/english/2008-


01/30/content_7526850.htm

Richard Clutterbuck. (1994). Terrorism in an Unstable World, 96. London: Routledge.

Simon Montlake. Learning to Live With Thai Violence. BBC News-Asia Pacific Violence,
12 July 2006. http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/4675415.stm.

Supara Janchitfah. Southern Muslims Plead for Understanding. Bangkok Post, September 30,
2001.

Teena Amrit Gill. Thai Hilltribes Battling Discrimination. Asia Times Online, September 1,
2001.

Utusan Malaysia. 20,000 Rakyat Thai Lari ke Malaysia (20,000 Thais Escape to Malaysia),
13 September 2006.

Utusan Malaysia. Bom: Pelancong mulai Tinggalkan hat Nyai (Bomb: Tourist Leave Hat
Nyai). 17 September 2006. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp.

Utusan Malaysia. Malaysia Taja Biasiswa, Latih Guru Selatan Thai. 09 Disember 2009.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=1210&pg=mh_01.htm&pub
=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2009

Veitch, J. A., Mohd Mizan & Boyer, Charlotte. (2007). The Insurgency in Southern Thailand:
A Quest for Identity and Security, 7. Intelligence, and Security Studies reserach
Unit, School of Government.

151
Mohd Mizan Aslam / Penyelesaian Konflik Selatan Thailand...

Veitch, Jim, The Search for Identity in Muslim Southeast Asia: The Colonial Context for the rise of
Terrorism. Paper presented at Colloquium on Religion and Identity held at
Victoria University of Wellington, New Zealand from 15th – 16th September
2004.

Zachary Abuza, 2003, Militant Islam in Southeast Asia, Colorado: Lynne Rienner
Publisher.

Zachary Abuza, A Breakdown of Southern Thailand's Insurgent Groups, Global


Terrorism Analysis: The Jamestown Foundation.

152

Anda mungkin juga menyukai